Telegram Web Link
Itik Masak Kurma
👇resepi kat bawah
Resepi dan tips dapur di www.tg-me.com/ResepiDuniaMasakan
Itik Masak Kurma 👇resepi kat bawah
Itik Masak Kurma
Kredit: sayachefkecil.blogspot.my


Bahan-bahan:

1 ekor itik muda (potong 8 bahagian)
1/2 sudu  kecil garam
2 sudu besar air asam jawa
5 sudu besar minyak
6 biji bawang merah (Diiris nipis)
1 batang serai (ditumbuk)
2 biji buah pelaga
5cm kayu manis
250 ml santan pekat
1 liter santan cair (ditambahkan air pada santan pekat)
10 helai daun salam


Bahan Dikisar:

10 biji lada merah

3 sudu kecil kunyit (dicincang)

1 sudu kecil halia (dicincang)

2 sudu besar daun ketumbar.

1 sudu kecil jintan manis.

5 biji buah keras

2 sudu kecil kas-kas

4 ulas bawang putih

8 biji bawang merah.

Langkah-langkah:

Langkah pertama, lumurkan daging itik dengan garam dan asam Jawa, biarkan selama 10 minit dan letakknya di tepi dahulu.

Panaskan kuali dan tumiskan bawang merah sehingga layu.

Kemudian, masukkan bahan yang dikisar berserta dengan serai, pelaga dan kayu manis. Gaulkan hingga naik bau.

Selepas itu, masukkan potongan itik dan gaul hingga itik mula lembut.

Tuangkan santan cair dan masukkan daun salam. Biarkan ia didih hingga kuah tinggal setengah.

Masukkan santan kental dan masak sampai daging itik lembut serta kuah naik minyak.

Selepas minyak sudah naik, tutup api dan pindahkan lauk dalam magkuk.

Makan dengan nasi yang baru masak.

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
SANDWICH SALAD AYAM

BAHAN-BAHANNYA smile emoticon
2 keping roti sandwich (mat guna roti gardenia)
2 keping nugget ayam, Ayamas, goreng, toskan
1/2 biji bawang holland, cincang halus
3 helai daun bawang, hiris kecil
1 camca besar mayonnaise
1/2 camca besar sos thousand island
Sedikit serbuk lada hitam
1 keping cheesedale
sedikit minyak zaitun

CARA MEMBUATNYA smile emoticon
Nugget ayam dipotong kecil, masukkan ke dalam mangkuk bersama bawang, hirisan daun bawang, mayonnaise dan sos thousand island, kacau rata dan tambah sedikit serbuk lada hitam.
Letak atas sekeping roti, lapis dengan cheesedale dan letakkan sekeping roti atanya. Panaskan non-stik pan dengan sedikit minyak zaitun, bila pan panas, berhati2 letak sandwich tadi. Kecilkan api dan masak hinga roti kuning keemasan dan sedikit garing.
Terbalikkan dan masak hingga permukaan satu lagi sedikit garing. Angkat dan kerat 4 bahagian.
- chef mat gebu

jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
1
Mujahadah melawan nafsu adalah sesuatu yang berat.

Melawannya bukan sehari dua tetapi mungkin sepanjang hidup kita secara maksimal dalam meraih takwa kepada Allah.

Melawannya mesti diiringi dengan doa yang berterusan dan khusyuk kerana tanpa bantuan Allah memang kita tidak mampu menewaskan hawa nafsu yang terus hidup dan dalam pelbagai bentuk ini.

Mungkin doa ini boleh membantu kita untuk mendapat ketakwaan jiwa dalam melawan hawa nafsu yang sentiasa menganggu perjalanan mujahadah kita.

‎اَللّٰهمَّ آتِيْ نَفْسِيْ تَقْوَاهَا وَزَكِّيْهَا اَنْتَ خَيْرٌ مَنْ زَكَّا هَا اَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْ لَا هَا.

Ya Allah, berikan kepada jiwaku ketakwaan. Sucikanlah ia kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik baik Dzat yang menyucikannya. Engkau adalah penolong dan pembelanya.


....banyak lagi di sini👇👇


👇🌸 jemput join SINI 🌸👇
https://www.tg-me.com/mutiarakataMKH
❤️
2
Udang Berempah Kurma

Bahan-bahan:

8 ekor udang besar (kulit dikekalkan dan urat hitam dibuang)
4 biji buah pelaga
4 cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar (dipotong kiub kecil)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
5 tangkai cili kering (dipotong dan buang biji)
2 sudu besar rempah kurma (dicampur dengan sedikit air)
1/3 cawan susu sejat
Minyak untuk menumis


Langkah-langkah:

Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang besar, bawang putih, buah pelaga dan kulit jayu manis sehingga bawang kelihatan kuning. Masukkan cili kering dan goreng sekejap.

Kemudian masukkan rempah kurma dan masak sehingga minyak naik dan rempah kelihatan sedikit gelap.

Masukkan susu sejat dan kacau sehingga sebati. Masak rempah sehingga hampir kering.

Masukkan udang dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata dan sambung masak selama 10 minit. Hidangkan.

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
4
#tipsDapur
Petua 8 lembutkan ayam tua.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan
3
Cucur Kentang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:

250 gram tepung gandum

3 biji bawang merah - dimayang halus

1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecil 

Secekak daun kucai - potong pendek

1/2 sudu kecil garam

Secubit gula

1 biji telur

200 ml air - lebih kurang
Sedikit air panas

Minyak untuk menggoreng


Cara cara:
🌿🌿🌿

Satukan tepung gandum dengan daun kucai, kentang, gula dan garam. 

Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit dan sebiji telur. Kacau adunan sehingga rata. 

Masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tidak tepu. 

Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu. 

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
5
Resepi dan tips dapur di www.tg-me.com/ResepiDuniaMasakan
 Tortilla Wrap
Bahan-Bahan:

1 kepingan ‘tortilla’ (boleh didapati di kebanyakan pasar raya)

Separuh dada ayam saiz sederhana (dipotong dadu)

1 ulas bawang putih (dicincang)

Bawang merah (dimayang)

Timun (dipotong dadu)

Daun bawang/sup/ketumbarSalad

Sos ciliMayonis

Serbuk lada hitam

Garam

Minyak zaitun/minyak masak (untuk menumis)


Cara-Cara:

Panaskan satu sudu besar minyak masak di atas pan.

Masukkan bawang putih dan kacau seketika, kemudian masukkan ayam.

Letakkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.

Setelah ayam hampir masak, masukkan timun dan kacau-goreng seketika kemudian tutup api kuali.

Letakkan kepingan tortilla di atas pinggan dan susun daun salad ke atasnya.

Letakkan ayam yang telah siap dimasak diatas susunan tortilla dan salad dan taburkan bawang merah yang telah siap dimayang dan daun bawang/sup/ketumbar di atasnya.

Letakkan sos cili dan mayonis

Gulung dan siap!

 Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
1
ROTI GULUNG SARDIN
👇resepi kat bawah
Resepi dan tips dapur di www.tg-me.com/ResepiDuniaMasakan
ROTI GULUNG SARDIN 👇resepi kat bawah
ROTI GULUNG SARDIN

Bahan-bahan
● 10-15 keping roti sandwich atau secukupnya potong tepi supaya nampak kemas .
● Sardine ayam brand mackerel (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)
● 1 labu bawang besar (hiris halus )
● 2 tangkai cili merah (hiris halus)Cili padi (jika suka pedas)
● 2 biji telor dipukul
● 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)
● 2 sudu kecil jus limau kasturi

Cara Menyediakannya.
1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.
2. Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb.
3. Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar.
4. Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).
5. Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis.
- chef mat gebu

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Teknik meroti / kreativiti membuat jalinan roti @ pastri
#seniPastri

Antara bentuk diajar
- jalinan
- bunga inti kacang merah
- roti sosej potong
- udang
- pau bunga

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
🚨 RAHSIA SHOPPING JIMAT TERBONGKAR! 🚨
ASSALAMUALAIKUM SEMUA! 🌟

Kalau korang suka barang keperluan murah + banyak pilihan, korang MESTI tengok ni 😱👇

💥 Harga macam tak logik
👜 Barang keperluan harian penuh 1 rumah
📦 Kiriman selamat & cepat
💳 Bayar senang, tak pening kepala

Tapi… benda best ni RAMAI masih belum tahu 😏
Nak jadi antara yang TERAWAL tahu?

👇 Klik link ni sekarang jangan tunggu esok!
💙 https://www.tg-me.com/anekajualanmkhbqi 💙

🎁 Masuk je terus nampak macam-macam menarik. Tapi AWAS… boleh ketagih shopping!😍
Roti Telur Cheese

Bahan-bahan :

Roti
Telur
Keju

Cara-caranya:

💖Letakkan 2 keping keju diatas roti, kemudian letakkan sekeping lagi roti di atas keju tersebut seperti sandwich.

💖Salutkan roti tersebut dengan telur yang telah dipukul. Panaskan minyak dan gorengkan.

💖Setelah keperangan, angkat roti.Roti telur cheese sedia untuk di hidang.

jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
2
#alatanDapur HUD DAPUR

Ia digunakan mengelakkan wap, asap, bau, kelembapan dan juga haba sewaktu memasak merebak ke kawasan lain. dalam rumah anda. Perkakasan ini sangat berguna terutamanya jika anda tinggal di sebuah. kondo, apartmen ataupun studio.

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
3
Mujahadah melawan nafsu adalah sesuatu yang berat.

Melawannya bukan sehari dua tetapi mungkin sepanjang hidup kita secara maksimal dalam meraih takwa kepada Allah.

Melawannya mesti diiringi dengan doa yang berterusan dan khusyuk kerana tanpa bantuan Allah memang kita tidak mampu menewaskan hawa nafsu yang terus hidup dan dalam pelbagai bentuk ini.

Mungkin doa ini boleh membantu kita untuk mendapat ketakwaan jiwa dalam melawan hawa nafsu yang sentiasa menganggu perjalanan mujahadah kita.

‎اَللّٰهمَّ آتِيْ نَفْسِيْ تَقْوَاهَا وَزَكِّيْهَا اَنْتَ خَيْرٌ مَنْ زَكَّا هَا اَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْ لَا هَا.

Ya Allah, berikan kepada jiwaku ketakwaan. Sucikanlah ia kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik baik Dzat yang menyucikannya. Engkau adalah penolong dan pembelanya.


....banyak lagi di sini👇👇


👇🌸 jemput join SINI 🌸👇
https://www.tg-me.com/mutiarakataMKH
❤️
2
Petua goreng Hati supaya tidak meletup.
- soul kitchen lunch box delivery

Haa.. memang ramai yang tanya cara tak nak bagi minyak meletup masa menggoreng hati.

Senang je.. Macam ni cara nya:
1- Basuh semua hati yang hendak di goreng.
2- Masukkan dalam periuk dan isi air jangan byk sangat.
Biar ngam2 dengan paras hati tu
3- Hidupkan api dan rebuskan ia.
4- Dah hampir masak, barulah digoreng dalam kuali.

Hati tak akan meletup dah.
Lembut dia tu sampai petang tau..

Ok selamat mencuba! #tipsDapur

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
6
Mengenali jantina cili benggala.
#tipsDapur

Jemput kawan join telegram @ResepiDuniaMasakan
2
2025/07/14 20:21:49
Back to Top
HTML Embed Code: