Telegram Web Link
2021

Tahun ini adalah salah satu tahun yang baik bagiku banyak nikmat dan kejayaan yang Allah beri dan mungkin baik pada seglintir orang.Banyak sekali ujian & cabaran datang bertimpa, segala pahit dan manis diri ini menyaksikannya.Tahun yang boleh dikatakan berlalu begitu pantas .

Untuk hati yang sedang berjuang tabahlah engkau kerana engkau adalah teman yang menemaniku untuk menempuh segala perit manis di buku baharu.

Wahai diri ingatlah bahawa engkau ialah hambaNYA.Jangan pernah lupakanNYA walau dimana engkau berada .Pabila engkau berada dalam kekusutan, kesedihan mahupun kegembiraan DIA yang pertama sentiasa bersama Kau. Ya DIA Maha Melihat.Taatlah diriku pada perintah Allah Dan RasulNYA.

Semoga 2022 ini memberi sinar baru pada diriku dan semua yang membaca. Dan semoga kita dapat manfaatkan peluang yang ada ini untuk terus beramal, memperbaiki diri kearah kebaikan dan sentiasa memohon keampunan dari Sang Pencipta Allah Azzawajalla 🤍

@souloftaqwa
SoulofTaqwa pinned «2021 Tahun ini adalah salah satu tahun yang baik bagiku banyak nikmat dan kejayaan yang Allah beri dan mungkin baik pada seglintir orang.Banyak sekali ujian & cabaran datang bertimpa, segala pahit dan manis diri ini menyaksikannya.Tahun yang boleh dikatakan…»
Forwarded from Musollah Aisya
Amalan Bulan Rajab Baru.pdf
760.9 KB
Amalan Bulan Rajab Baru.pdf
Malam ni salah satu malam mustajab doa , jangan lepaskan peluang
SoulofTaqwa pinned a file
Reminders🌟

Bila kita semakin meningkat usia pasti akan hadir suatu perasaan yang dipanggil “terpinggir” / “dipinggir” dari orang pernah rapat dengan kita . Ni biasanya jadi dalam persahabatan kita , persahabatan yang kita rasa hebat , indah tiba tiba rasa macam berpecah. Yang pernah rasa tu faham la macam mana😌 So bila kita dah bertambah usia teman utama kita bukanlah kawan kita , tapi Tuhan kita Allah yang Maha Esa💜

@souloftaqwa
So that way bila kita semakin matang , kita akan biasa untuk bawa diri sendiri walaupun kadang kadang tu rasa sunyi . Tapi tu lah yang terbaik dari biarkan kita berada dalam gelombang negatif 🥰
Bacaan Al Fatihah yang benar
Forwarded from Jalan dakwah 💚
Kita dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang kita baca. Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika
rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika
bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika
iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika
sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika
Duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika
Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika
Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, seluawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam ala m ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
.
Semoga bermanafaat utk kita bersamaKita dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang kita baca. Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat
#jomdakwah

Share dan Join Telegram Channel Ilmu percuma disini ➡️
http://T.me/akumencariredhamu
Selagi kita dikurniakan waktu untuk berubah gunakan sebaik mungkin, jangan lalai . Kita tak tahu sampai bila kita hidup sebab semua tu rahsia Allah. Jadi usahkan yang terbaik semasa kita hidup ,ubah segalanya dengan perbetulkan SOLAT . Sebab bila SOLAT kita betul Inshaallah hal lain turut ikut berubah 😊 saya kongsikan sedikit sebanyak bacaan 👆🏻 Semoga bermanfaat untuk kalian

@souloftaqwa
Forwarded from akakpuisi🌸
PERISTIWA AGUNG ISRAK MIKRAJ ❤️
2024/06/07 14:06:32
Back to Top
HTML Embed Code: