Telegram Web Link
C&P Abul Az Abu Jamil

https://www.facebook.com/1043498363/posts/10224121775605824/

Bnd mudah yg jd susah. Jika vaksin itu wajib, keluarkanlah akta yg mewajibkannya. Senang. X perlu berselindung di sebalik arahan2 perkhidmatan yg akhirnya memeningkan.

Setiap kali menteri2 akan kata vaksin ini sukarela dan pilihan. Ini dasar kerajaan yg belum lg diubah. Tp pd masa yg sama mereka itu bagai telunjuk lurus kelingking berkait. Siapa yg membuat pilihan yg 'berlainan' ditekan, didesak, dipaksa, diugut, dipulau dan didiskriminasi. Tidak masuk akal rakyat bawahan 'dihukum' kerana hak dan pilihan yg kerajaan sendiri berikan.

Lebih melucukan apabila menteri yg warga kementeriannya selalu menolak testimoni,
tiba2 memberikan 'testimoni' bergambar yg menggambarkan dos vaksin campuran yg diterimanya slmt. Tolonglah.. cakap itu murah. Jika benar yakin, tukarlah klausa 'SAYA / IBUBAPA BERTANGGUNGJAWAB..' kpd 'KERAJAAN / KKM BERTANGGUNGJAWAB..' dlm borg persetujuan vaksin yg ada skrg.

Isu ni boleh saja diselesaikan dgn harmoni dan berhemah. Syarat utamanya buang ego dan politik. Lihat sains dan data. Lihat situasi dunia sebenar. Buka ruang perbincangan. Lebihkan mendengar daripada bercakap dgn prasangka.

Hanya menteri2 yg tau kenapa mereka beria2 sgt nak memaksa dan mendesak krg 10% rakyat yg menggunakan hak pilihan yg diberikan oleh kerajaan utk tidak menerima vaksin2 ujikaji ni. Bukan sains tp prasangka apabila menuduh dan mengasingkan org yg tidak divaksin kononnya mereka membawa penyakit. Usah guna alasan Herd Immunity. Vaksin yg x mmpu mengekang penularan dan jangkitan dgn tempoh perlindungan yg sgt singkat x boleh pun nk wujudkan imuniti sebegitu.

Tetapkanlah pendirian. X letih ke berbulan2 asyik buat kenyataan smpi rakyat pun dh pening yg vaksin ni sbnrnya wajib atau pilihan? Tolonglah buat keputusan yg berpendirian.
Forwarded from AEFI CASES [PATV]
TIPS PENTING PEMILIHAN PEMIMPIN YG IKHLAS PERJUANGKAN HAK RAKYAT DARI TERUS DITINDAS, DIZALIMI, DIDISKRIMINASI, DISAKITI, DIBUNUH, DLL.

Pilihanraya Negeri Melaka Menghampiri.

Pilihanraya Umum juga bakal hadir nanti.

Pastikan Pemimpin Yg Dipilih Mampu Mewakili Suara² Rakyat Marhaen Tidak Kira Dari Kalangan Majoriti Apatah Lagi Golongan Minoriti.

Pilih Pemimpin Yang BENAR² IKHLAS & JUJUR Pedulikan Kelestarian Umat.

Tinggalkan mereka yang korup, tinggalkan mana² sistem kepartian yg mementingkan parti berbanding kesejahteraan rakyat sendiri.

Pastikan kita buat perubahan besar pada kali ini. Apatahlagi jika anda, keluarga dan rakan2 anda pernah atau bakal menjadi mangsa yg ditindas tanpa sebarang pembelaan dari para pemimpin terdahulu.

Mangsa² diskriminasi, mangsa² AEFI, mangsa² paksaan tanpa rela untuk terima suntikan berbahaya, INI ADALAH PELUANG ANDA UNTUK MELIHAT & MELAKUKAN PERUBAHAN.

Jangan disia-siakan peluang ini.

https://www.facebook.com/104896005341659/posts/106568278507765/
#bebaskanrakyat
DAH LAMA SAYA PENDAM

Sampai bila saya mampu berdiam?

Jiwa memberontak.

Kat akhirat nanti, jenuh ketaq kaki, menjawab depan Tuhan, apa diguna dengan amanah ilmu yang diberi.

Apatah lagi, awal-awal dulu, saya pernah menulis tentang perlunya saintis bersuara ( https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2020/01/650214/saintis-tempatan-perlu-perjelas-wabak-coronavirus ).

Daripada bacaan saya dalam artikel ini (https://www.sinarharian.com.my/article/172306/KHAS/Covid-19/Doktor-bidas-pandangan-Rita-Rudaini-persoal-keberkesanan-vaksin ), saya sedikit menyebelahi Puan Rita Rudaini.

Vaksin sepatutnya bersifat 'mencegah'. Lihatlah dalam mana-mana buku teks Medical Microbiology. Saya berikan contoh definisi dari Centre for Disease Control & Prevention (CDC) ( https://www.cdc.gov/vaccines/vac-gen/imz-basics.htm ) dan WHO ( https://www.who.int/health-topics/vaccines-and-immunization#tab=tab_1 ) . Jika ada yang mengatakan hanya untuk mengurangkan risiko, kongsikan dengan saya supaya saya boleh perbaiki lecture note saya. Imuniti kelompok yang kami pelajari daripada zaman matrikulasi, membawa kepada sarjana muda Mikrobiologi di Universiti Malaya, hinggalah ke PhD di Faculty of Medicine, Dentistry, and Health Sciences, The University of Melbourne, Australia, pun berkiblatkan 70%-80% imuniti kelompok, sebelum COVID-19 muncul di muka bumi.

Awal-awal dulu, saya juga 'salute' dengan salah seorang pakar perubatan, meskipun dia bukanlah berlatarbelakangkan vaksinologi. Tegas mempertahankan vaksin COVID-19. Dengan lantang menyebut, kita mesti capai 70-80% populasi yang divaksinasi. Kanak-kanak tak perlu vaksin, kerana Allah bagi 'special' imuniti. Tapi masa tu sahajalah.

Saya berpendapat, jika merasakan diri 'ahli', perlulah diperjelaskan dengan data dan tidak bermain persepsi juga emosi. Sepertimana kita membenci testimoni herba itu ini, begitu juga dalam mempertahankan vaksinasi.

------------------------------------

Saban hari, 'ahli' akan berkata vaksin COVID-19 untuk kurangkan risiko jangkitan. Jika kurangkan risiko dinamakan vaksin, tidakkah ia aneh? Sabun tangan juga mengurangkan jangkitan. Makan buah-buahan juga mengurangkan jangkitan. Berkumur mouthwash juga mengurangkan jangkitan. Cuma kena jelaskan, kenapa vaksin COVID-19 ni, tak seperti vaksin polio, mmr, dtap etc yang 'mencegah jangkitan' patogen tersendiri. Kenapa dengan mengurangkan risiko sahaja, 'vaksin COVID-19' ini diangkat martabatnya menjadi satu vaksin? Jadi ‘ahli’lah yang kena perbetul dan perjelaskan.

Kenapa satu ketika dahulu, kita kata vaksin (COVID-19) hanya untuk dewasa? Kini, ia expand hingga kanak-kanak kecil pula? Berapakah kadar kanak-kanak berada pada stage 3 hingga 5 berbanding jumlah keseluruhan yang dijangkiti, jika objektif vaksin ini untuk mengurangkan severiti?

Saya juga teringin bertanya kepada sebahagian kita yang mengaku 'ahli’, berapa banyak genome yang kita dah sequence kehari ini? Berapa banyak primer PCR dah kita design sendiri? Berapa banyak microb dah kita inokulasi? Berapa banyak cell line kita dah kultur dengan tangan sendiri? Berapa banyak tikus dah kita guna untuk kaji keberkesanan vaksin yang kumpulan kajian buat? Berapa kali pernah kita buat cfu counting, makanan asas budak mikrobiologi? Dan soalan ini tak akan berkesudahan. Kalau jawapan rata-rata tidak, bolehkah kita claim diri ini ahli? Semua ni benda-benda asas dalam vaksin imunologi.

------------------------------------

Saya tak berhasrat merendahkan sesiapa. Saya sendiri pun tak pandai mana walaupun terlibat sedikit dalam vaksinologi. Cuma sudah-sudahlah rasa kita tahu segalanya. Can we sometimes terima yang kita bukanlah tau semuanya? Boleh tak yang kita juga mengaku, bahawa kita pun tak tahu jawapan kita betul ataupun salah masa jawab soalan microb dan immuno sewaktu pro-exam ketika degree dulu? Boleh tak kita terima yang ada di antara kita, yang resit subject microb masa pre-clinical year dulu? Boleh tak mengaku yang kita tak belajar pun detail vaksin selain apa yang dikongsi oleh pensyarah secara surface tu sahaja
bertahun-tahun dulu?

Nak suntik, suntiklah. Tapi bagi individu yang tidak mahu terlibat dalam kajian, kenapa perlu terus didiskriminasi, kecuali pilihanraya, yang niatnya nak jaga periuk nasi politikus? Politikus pun ramai tak lengkap vaksinasi (COVID-19). Mana data mereka? Sedangkan kakitangan awam, termasuk cikgu, habis nak didenda, kononnya nak jaga golongan majoriti (yang dh divaksin).

Oh ya, tidak bolehkah juga ditambah baik borang penerimaan vaksinasi? Hapuskan sahaja bahagian yang secara tak langsung memaksa agar segala kesan sampingan akan ditanggung sendiri oleh tuan punya diri. Bukankah katanya nak bagi setengah juta kalau mati sebab vaksinasi? Cuba bentangkan, berapa makhluk yang dah jadi setengah jutawan? Jika tak ada, mmg sangsi la rakyat jelata. Sedang negara maju ada ratusan kalau tak ribuan AEFI direkodkan, di Malaysia pula suci murni, umpama tak ada walau satu kuman.

Kenapa takutkan yang belum divaksin dan belum sempurna divaksin? Takut mereka menjadi pembawa? Bukankah telah lengkap vaksinasi lebih 95% populasi dewasa. Takkan kes-kes 5k-6k setiap hari tu, datangnya dari 5% ini pula? Sedangkan mereka, didiskriminasi, hingga ke sekolah dan tempat kerja. Apakah terlalu special utk COVID-19 ini hingga term herd immunity umpama haram disebut hari ini? Dah tak wujud lagi walau dah 95% populasi telahpun dicucuk bahu kiri? Terangkan juga kenapa banyak sangat positifnya daripada yang dah sempurna vaksinasi berbanding yang belum? Sila rujuk COVIDNOW. Pening nak buat karangan summary SPM hari ni.

Justeru, mikrobiologis, imunologis, doktor, dan semua yang terasa diri ahli, kembalikanlah kepercayaan orang awam dengan menyatakan yang hakiki. Sudah-sudahlah bermain persepsi. Bukan guna hujah populis yang akhirnya, tak beza dengan politahi. Muak!

Lama dah pendam. Tapi rasa sangat tak tahan bila makin menjadi-jadi kezaliman. PRN Melaka kemuncak kegeraman saya. Macam manalah boleh ON. Masjid macam tu juga. Sampai apabila musafir nk bawa anak2 solat di masjid pun takut.

Lepas ni solat jemaah di masjid dalam 'koq' bubuh klorin. Baru macam Sunway Lagoon.

Cukup-cukuplah.

#hafizarzmi
#dhcomplete2doses
#antidiskriminasi
#lecturermicrob
#lecturerimmuno

DR HAFIZ ARZMI
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217230010096892&id=1670486085
Sekejap galakan untuk 60 tahun ke atas
Sekejap galakan untuk 40 tahun ke atas
Sekejap galakan untuk 18 tahun ke atas

Nantikan pula galakan untuk 12 tahun ke atas.

Kemon KKM, nak bercakap terus terang semua bakal kena ambil disebabkan dah order 88 juta dos ketiga untuk setiap rakyat pun masih segan silu ke ?

#membebalsayang

Nurul Hidayah
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=423647769299409&id=100049625679033

HTTP://T.ME/SURATPENOLAKANVAKSIN
Profesor Supyan
Forwarded from Shikin Said
Antara soalan yg saya terima.

1) Jika nak merentas negeri/ nak masuk bank tapi tak dibenarkan bagaimana nak maklum kpd pegawai yg menghalang?

Jawapan: Bagi sesalinan spv kalau ada, semua poin ada dalam tuh.

2) Jika sedang dine- in datang pegawai nak saman

Jawapan: Tanya balik dia vaksin ni wajib ke sebb kalau ikut dokumen kerajaan ia program sukarela.

Baru baru nih di Mahkamah Tinggi Penang , hakim pun sebut benda yg sama.

Jika dia nak saman juga tanya lah atas dasar undang2 mana?

Kalau kena saman pun, tanya soalan yg sama, mcm mana boleh kena saman sebb vaksin tak wajib?
Forwarded from MZO - Allah Jaga Kita
Follow Rapat Puan Asiah Jalil

Esok saya akan buat standby police report bagi menolak pemberian vaksin COVID-19 berikut :-

Post FB beliau;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4890682704327162&id=100001564414911

1) dos penggalak bagi anak-anak saya yang berusia 12 hingga 19 tahun

2) dos baru bagi anak-anak saya yang berusia 5 hingga 11 tahun

---------------

Pada sepanjang masa, kerajaan tidak pernah mewajibkan vaksin COVID-19. Tetapi sepertimana janji Menteri Kesihatan, individu yang enggan divaksin akan disusahkan hidupnya.

Sesiapa yang tidak divaksin, akan didiskriminasi seperti manusia kelas kedua. Hak asasi manusia, kebebasan bersuara, kebebasan bergerak, hak untuk mengamalkan ajaran agama dan sebagainya, begitu mudah dicabuli dan tidak dihormati.

Kuasa eksekutif dan kuasa pentadbiran yang dimiliki oleh Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Akta 342 seolah-olah lebih tinggi daripada Perlembagaan Persekutuan.

Kononnya vaksin tidak diwajibkan. Tetapi rupa-rupanya dipaksa secara halus. Borang consent wajib ditandatangani sebelum divaksin, walaupun persetujuan menerima vaksin dibuat tanpa kerelaan hati.

Assessment kepada faktor risiko dibuat secara general, bukan secara individual. Laporan AEFI dan dakwaan kematian akibat vaksin tidak disiasat secara telus.

Kajian vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak hanya dibuat terhadap sekelompok kecil sahaja, tetapi dapatan kajian hendak dilaksanakan ke atas 7 juta kanak-kanak.

Terlalu banyak yang pincang dalam pengurusan dan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Perjanjian pembelian vaksin dengan pharmaceutical companies sulit dan penuh rahsia. Tanpa warranty, tanpa guarantee, tanpa pengakuan liability.

Perolehan bekalan dibuat secara berlebihan. Tarikh luput vaksin senang-senang diubah. Pemberian vaksin mesti melalui syarikat tertentu. Bajet negara begitu besar untuk vaksin.

---------------

Enough is enough. Bagi melindungi anak-anak saya daripada agenda vaksin kerajaan, saya akan ambil tindakan undang-undang sekiranya anak-anak saya diwajibkan suntikan vaksin COVID-19.

Khairy Jamaluddin dan Dr. Noor Hisham Abdullah perlu diheret ke mahkamah di bawah kausa tindakan tort of misfeasance in public office.

Go to hell.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4890682704327162&id=100001564414911
Laporan polis bertujuan untuk :-

1) menolak sebarang vaksin COVID-19 pada masa akan datang

2) menarik balik persetujuan suntikan vaksin COVID-19 yang telah ditandatangani sebelum ini

3) melindungi kepentingan sekiranya didiskriminasi akibat status vaksin tidak lengkap pada rekod MySejahtera

Peguam, Pn. Asiah Abd Jalil
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4892540067474759&id=100001564414911
Jumaat 7hb Jan 2022
2024/05/19 20:45:52
Back to Top
HTML Embed Code: