Telegram Web Link
🔰Tausiyatul Qulub🔰
Photo
~ SAMPAH HATI ~

Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang Guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar , meluapkan kebenciannya kepada Sang Guru .

Sang Guru hanya diam , mendengarkannya dengan sabar , tenang dan tidak berkata apa pun .

Setelah lelaki tersebut pergi , si murid yg melihat peristiwa itu dengan penasaran bertanya , "mengapa Guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut ?"

Beberapa saat kemudian , maka Sang Guru bertanya kepada si murid ,

“Jika seseorang memberimu sesuatu , tapi kamu tidak mahu menerimanya , lalu menjadi milik siapa kah pemberian itu ?”

“ Tentu sahaja menjadi milik si pemberi ” , jawab si murid .

“ Begitu pula dengan kata-kata kasar itu ” , balas Sang Guru .

“ Kerana aku tidak mahu menerima kata-kata itu , maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya . Dia harus menyimpannya sendiri . Dia tidak menyedari , kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia atau pun akhirat ; kerana energi negatif yang muncul dari fikiran , perasaan , perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup ”.

Kemudian lanjut Sang Guru , ” Sama seperti orang yang ingin mengotori langit dengan meludahnya . Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri . Demikian halnya , jika di luar sana ada orang yg marah-marah kepada mu . Biarkan sahaja , kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka . Jika engkau diam sahaja , maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri . Tetapi kalau engkau membalasnya , bererti engkau menerima sampah itu .”

Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan , sampah amarah , sampah kebencian , ego dan lainnya) . Maka jadilah kita orang yang BIJAK .

Sang Guru melanjutkan nasihatnya :

Jika engkau tak mungkin memberi , janganlah mengambil .

Jika engkau terlalu sukar untuk mengasihi , janganlah membenci .

Jika engkau tak dapat menghibur orang lain , janganlah membuatnya sedih .

Jika engkau tak mampu memuji , janganlah merendahkan .

Jika engkau tak dapat menghargai , janganlah menghina .

Jika engkau tak suka bersahabat , janganlah bermusuhan .

Wahai saudaraku ,,,

Marilah kita renungkan untuk diri kita masing-masing . Mampukah kita mencontohi nasihat dan meneladani kebijakan Sang Guru ?

Jagalah Adab dengan Guru

Moga ada manfaat bersama 😊
Penguasaan lelaki terhadap wanita bukan bermaksud bersikap keras dan sombong. Sebenarnya ia bermaksud tempat berlindung, menjaga, dan melayan dengan baik (lembut). Bahkan ketegasan dan kelembutan digunakan bersesuaian dengan situasinya.

Allah lebihkan lelaki bukan untuk dipertembungkan dengan wanita. Jauh pula merendahkan kedudukan mereka. Keduanya memiliki bakat dan peranan yang saling melengkapi. Ada perkara sekalipun dituntut, tetap tidak boleh dibuat.

Ustaz Adlan Mokhtarudin
🔰Tausiyatul Qulub🔰
Photo
Istriku adalah yang memasak masakan untukku, mencuci pakaian-pakaianku, menunaikan hajat-hajatku, menyusui anak-anakku.

Jika beberapa kali ia berbuat tidak baik kepadaku, aku selalu mengingat, keburukan itu tak ada harganya dibanding jasa dan pengorbanannya untukku. Dengan seperti itu tak ada tempat yang tersisa untuk kesal dalam hatiku.

(Sayyidina Umar bin Khattab)
#BreakingNews ||

Mohammed Hamayel,15, Palestinian boy was shot dead by Israeli occupation bullets on Sbaih mountain in Beita town, Nablus.

#IsraeliCrimes
#Act4Palestine
Mendung hati bukan kerana cinta manusia.

Tegar berjuang melawan rasa.

Badai kali ini berbeza, hebat dari sakitnya putus cinta.

Kuatlah jiwa 🤜🤛
Terkadang yg lemah itu bukan badan.

Tapi perasan yg terbeban..

Moga Allah beri kekuatan.
Cerita Yang sangat memberi kesan kepada Hati 😥🥺

Di sebuah pondok, ada seorang pelajar. Dia ni berguru seorang alim. Lama dia belajar di pondok ni. Ramai dah berhenti tapi dia sambung terus belajar.
.
Satu hari sampailah masa Orang Alim guru dia ni suruh dia balik. “Pengajian dah tamat.” Kata Si Alim ni. “Sekarang masa kembali kepada masyarakat. Tabur bakti pada mereka.
.
Si anak murid angguk. Akur dengan perintah guru dia.
Sebelum dia balik, si Guru yang Alim ni bagi satu ujian dekat dia. Si guru kata.
"Sebelum kamu pulang, dalam tiga hari ini, aku ingin meminta kamu carikan seorang ataupun makhluk yang lebih hina dan buruk dari kamu." Kata sang guru.
"Tiga hari itu terlalu lama Tuan Guru, nanti keluar saya boleh jumpa banyak orang atau makhluk yang lebih buruk daripada saya. Hari ni juga saya berikan jawapan” jawab dia penuh dengan yakin.
.
Si Alim tersenyum. Dia persilakan muridnya pergi. Pelajar ini pergi setelah bersalam dengan gurunya. Dalam hati dia fikir ‘kejap jer ni dapat Insyaa Allah.’
.
Hari itu juga ni berjalan ke pekan. Ditengah jalan, dia nampak seorang pemuda jalan terhoyong hayang. Sampai jatuh kerana terlalu mabuk.
.
Dia pun bertanya dengan tuan kedai berdekatan tempat dia berdiri. “Dia tu mabuk ke?” Tuan kedai angguk. “Dia ni setiap hari mabuk. Tak tahu malu demgam orang ramai. Kesian mak ayah dia.” Tambah tuan kedai sambil geleng gelengkan kepala.
.
Dengar saja kata tuan kedai tu dia pun kata dalam hati.
.
“Mamat ni mesti lagi buruk dari aku. Bayangkan setiap hari dia habiskan duit untuk mabuk. Aku tumpu pada mengaji ilmu dan buat ibadah.”
.
Berbunga hati dia sekejap. Dia fikir tugas dah selesai. Lega rasanya.
.
Tapi masa dia berpatah balik ke pondok tiba tiba ada lintasan di hati dia.
.
“Tapikan mamat yang mabuk tak semestinya lebih jahat dari aku. La ni dia jadi peminum arak. Entah nanti Allah beri hidayah. Dia bertaubat. Hidup dalam husnul khatimah..”
.
“Aku pula mungkin sekarang ni menutntu ilmu, rajin ibadah tapi esok esok macam mana? Kalau aku mati dalam su’ul khatimah, macam mana pula. Isshhh tak boleh jadi ni.”
.
Dia pun buat keputusan cari yang lain. Dia patah balik. Terus berjalan di pekan. Dia tengok kiri dan kanan. Mata liar mencari.
.
Dalam mencari tu tiba tiba dia nampak seekor anjing kurap. Nampak memang menjijikkan. Dengan kudis, nanah meleleh, lalat menghurung sakan. Dia fikir nilah makhluk lebih buruk dari aku.
.
“Anjing kan haram.” Dia cuba kukuhkan pandangan. “Betul lah tu. Alhamdulillah selesai Insyaa Allah”
.
Dia pun cari karung besar. Nak sumbat anjing dalam karung. Nak bawa balik tunjuk pada Tuan Guru.
.
Setelah berjaya trick anjing untuk masuk dalam karung, cepat cepat dia ikat. Anjing tu meronta. Sekejap saja. Lepas tu diam.
.
Dia pun angkat guni tu.
.
Masa dok berjalan dia fikir. “Anjing ni memang ada kurap kudis bagai. Tapi dia lebih buruk dari aku ke?” Kalau anjing mati, dia tak ada soal kubur bagai. Tapi aku kena. Silap silap aku yang ke neraka. Astaghfirulahal adzim.”
.
Dia terus lepaskan anjing. Lepas minta maaf kat anjing dia jalan balik ke pekan. Cuba cari yang lain. Ada terjumpa. Tapi semua tak kena.
.
Sampai isyak dia mencari. Lepas solat isyak dia buat keputusan balik ke pondok.
.
Sampai di pondok, Tuan Guru dah siap menunggu. Dia tanya “macam mana jumpa tak?”
.
Dengan muka sayu dan wajah tunduk ke tanah dia jawab “dah jumpa”
.
Dia sambung. “Ada makhluk yang hina. Anyara makhluk atau orang yang hina saya jumpa ternyata saya lebih hina dari mereka.”
.
Waktu itu air matanya menitis.
.
Memdengar saja penjelasan anak muridnya, Sang Guru tersenyum. “Kau lulus - mumtaz.” Kata sang guru lagi.
.
Kemudian dia sambung.
.
"Selama kita hidup di dunia, jangan pernah ada daki sombong dalam diri. Jangan pernah berasa lebih baik atau mulia dari orang ataupun makhluk lain. Kita tidak pernah tahu, bagaimana akhir hidup yang akan kita jalani. Mungkin sekarang kita baik dan mulia, tapi diakhir hayat kita jadi makhluk yang seburuk-buruknya. Boleh jadi sekarang kita beriman, tapi di akhir hayat, syaitan menghasut palingkan wajah kita hingga lupa pada Allah,"
Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dihatinya ada kesombongan meskipun sebesar biji sawi. (HR. Muslim: 91).
.
Si pelajar tadi dengar dan angguk. Dipeluknya Sang Guru. Kemudian dia minta izin untuk bermalam semalam lagi di pondok.
Pernah tak selepas solat,kita beristighfar minta ampun,khusus atas sebab kita masih tak mampu nak khusyu' dalam solat?

Kalau tak pernah,amalkanlah. Takut takut kita tak buat kerana kita angkuh,sombong dengan Allah.

Afif
Teringat peristiwa ketika Ijtima' Tarbawi di Perlis.. Ijtima' Tarbawi 6.0 kalau tak silap. Sebab yg di Perak baru ni,7.0..

Kami Amal Kuala Kangsar sampai di MATIN sejam sebelum Subuh. Sempat berehat sebentar sebelum azan Subub berkumandang. Sebelum azan,kami sudah siap melapor diri di Amal Command Centre ACC dan menyarung uniform.

Usai solat Subuh,aku diarah mengawal satu pintu di hadapan. Pintu masuk penceramah. Sedang aku mengawal,dtg satu sosok tua yg aku kenal wajahnya. Pak Daeng. Atau nama penuhnya Daeng Sanusi Daeng Mariok. Mantan Naib Presiden Pas dan mantan ahli Majlis Syuro Ulama'. Dialah penceramah Subuh hari itu.

Sempat bersalam,dan membuka pintu untuk Pak Daeng masuk. Selesai kuliah,Pak Daeng keluar dan katanya ingin ke rumah seorang kawan.

Aku katakan pada Pak Daeng, "pak Daeng,Tok Guru Presiden ada di bilik jamuan VVIP" sambil kataku disokong oleh Ustaz Yusof (yg jadi imam Maghrib dlm Fastaqim Kelantan).

Lembut Pak Daeng menjawab "Ana dah janji dgn kawan nak minum di rumahnya. Tak mengapa,ana akan datang semula"

Tak lama,saat Tuan Guru bergerak ke bilik kuliah,Pak Daeng juga sampai semula.

"Tok guru".. Lembut Pak Daeng menyapa Tuan Guru Presiden. TGHH berpaling,dan Pak Daeng mendekat. Pak Daeng tunduk,mencium tangan TGHH sambil TGHH juga menbongkokkan badannya tanda saling hormat menghormati. Pak Daeng memegang kepala TGHH lalu mencium dahi TGHH sambil berkata "ana nak balik dah..nak ambil barokah Tok Guru".

Boleh bayang kalau kejadian ni di depan mata? Aku saksi sendiri. Tipu la kalau tak keluar air mata. Mereka orang lama. Susah kita orang muda,mereka tempuh dulu dari kita.

Kemudian Pak Daeng minta diri nak balik,lantas aku mendekati Pak Daeng,meminta nasihat.

"Pak Daeng,nasihatkan sy"

Jawab Pak Daeng :

"Kalau jemaah meninggalkan Al Quran,Hadis,Ijma' dan Qias, ana orang pertama akan tinggalkan jemaah. Tapi jemaah masih berpegang dgn perkara itu. Beristiqomahlah"

Sekali lagi tangan Pak Daeng aku cium. Lalu kereta Pak Daeng meluncur laju meninggalkan bumi MATIN.
"Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.

Diturunkan ke lubuk hati orang berIman.

Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan."

-As Syahid Syed Qutb-

www.tg-me.com/Tausiyatul_qulub
If everything is already written in Luh Mahfuz, then why should I wish ?

Coz maybe on some pages Allah has written, "as you wish"

www.tg-me.com/Tausiyatul_qulub
Israel bersedia untuk merapatkan hubungan dengan Indonesia dan Malaysia kata Sagi Karni, Duta Israel ke Singapura.

Normalisasi Israel semakin menghampiri kita, wajib kita tolak sepenuhnya wahai rakyat Malaysia, Indonesia dan Brunei. 🇲🇾🇮🇩🇧🇳
Jangan terlalu ikutkan perasaan kalau disakiti, tak semua orang berharap kamu ada di dalam kehidupan mereka.

Begitulah manusia, pasti bakal ada haters.

Siapapun enta dan sebaik apapun enta ingatlah bahawa semulia mulia Nabi Muhammad pun, ada yang benci.

Enta siapa mahu selamat dan ingin selalu dirindu semua orang?

Akh, enta bukan azan Maghrib bulan puasa🤣
RASULULLAH SAW bersabda :

"Setengah daripada berkat bagi perempuan itu yaitu bersegera persuamikan ia dan bersegera rahimnya itu beranak dan murah isi kahwinnya"
2025/11/01 06:17:58
Back to Top
HTML Embed Code: