Telegram Web Link
Redha bukan bererti diam tanpa tangisan.

Tangisan yang gugur tidak menafikan redha kerana Rasul teragung ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… juga mengalirkan air mata.

Redha apabila menerima ketentuan Allah tanpa membentak dan memberontak.

Menerima perancangan Allah dengan bersangka baik pada Allah.

Menerima tanpa apa jua respond yang negatif.

Meyakini Allah Maha Mengetahui, Maha Berhikmah, Maha Bijaksana dan Maha Penyayang.

Moga Allah jadikan kita di kalangan yang redha agar layak dipanggil dengan gelaran annafsul mutmainnah.

Redha
Bila sebut tentang ujian, setiap manusia ada ujian masing-masing.

Ada yang di uji dengan kemiskinan.
Ada yang di uji dengan kesakitan.
Ada yang di uji dengan masalah orang sekeliling yang sering fitnah, kutuk dan membuka aibnya.

Ada yang di uji dengan masalah keluarga yang porak peranda.
Ada yang di uji dengan maksiat.
Ketagih sehingga jatuh berkali-kali.

Namun...

Setiap ujian itu hanya satu yang Allah mahu.

Allah mahu kita kembali padaNya.
Allah gembira mendengar suara kita.
Allah rindu mendengar rintihan kita.
Allah amat mencintai kita.

Yakinlah teman...

Allah akan balas segala kesabaranmu dengan syurga yang kekal selamanya!

Tika itu, tiada lagi kesedihan.
Tika itu, tiada lagi bebanan.
Tika itu, tiada lagi tangisan dan kesakitan.

Yang ada cuma kebahagiaan.
Tiada badai yg besar nan hebat,
Kecuali menyisakan pohon yg kuat..

Tiada ujian yg begitu dahsyat,
Kecuali untuk mereka yg sabar dan taat..

www.tg-me.com/Tausiyatul_qulub
Usrah adalah tunggak penting perjuangan. Ia bukanlah semata-mata pada namanya, tetapi pada fungsi dan buahnya.

Usrah adalah wadah membina kefahaman dan fikrah perjuangan. Ia medan memupuk dan mengikat bebenang ukhuwwah. Kita semua tahu kepentingan al-fahmu dan al-ukhuwwah.

Kefahaman adalah bekalan penting dalam perjalanan perjuangan. Sudah pastilah kefahaman itu berangkai bersama penghayatan, pelaksanaan, dan kesungguhan.

Sementara ukhuwwah pula ada kekuatan atau benteng yang berangkai dengan al-hubb (cinta), thiqah (mempercayai), ihtiram (menghormati) dan memaafkan selain tuntutan tuntutan ukhuwwah yang lainnya.

www.tg-me.com/Tausiyatul_qulub
"Konsep berkebajikan mengikut ajaran Islam berbeza dengan teori dan ideologi ciptaan manusia seperti liberal kapitalisme atau komunisme dan sosialisme yang berprinsipkan meterialisme dan duniawi semata-mata.

Hal yang demikian kerana, ajaran Islam berprinsipkan aqidah beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat mengikut perhitungan dosa dan pahala, dan hukumannya dijatuhkan di dunia sehingga kehidupan selepas meninggal dunia."

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS)

#IslamMemimpinPerpaduan
"Kita ni kalaupun nak bertabuh gendang perang,biarlah tentu pandai berpencak"
Aku kata โ€œAstaghfirullahโ€
Tetapi hatiku masih gemar akan maksiat.

Aku kata โ€œWa atubu ilaihโ€
Tetapi jasadku masih melakukan dosa sama.

Aku kata โ€œWa nadimna ya Allahโ€
Tetapi kesilapan lalu masih ku ulangi.

Aku kata โ€œSubhanallahโ€
Tetapi aku tidak mampu menghayatinya.

Aku kata โ€œAlhamdulillahโ€
Tetapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya.

Aku kata โ€œAllahuakbarโ€
Tetapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata โ€œMa fi qalbi ghairullahโ€
Tetapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.

Aku kata โ€œAku tak layak ke syurga tetapi aku tak sanggup ke neraka-Muโ€
Namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekati-Mu, namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu, kerana air mata yang mengalir seakan sia-sia.

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata, kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal. Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau, kerana aku insan yang dinodai dosa.
TASBIH

Biasakan jari itu untuk mengenal tali tasbih.
Biasakan untuk sentiasa menggenggam bijinya sehingga jari itu akan gelisah apabila dipisahkan.

Dengan hanya melihat tali tasbih itu
akan langsung ingatkan kita untuk berzikir.
Jika kita terlupa, alat ini berperanan sebagai peringatan.

Betapa tertusuk keindahan ke sanubari
jika seluruh anggota kita gunakan untuk mengingati Ilahi.
Bukan hanya hati sahaja yang manis memujiNya
bahkan lidah dan jari turut khusyuk serta.
"Walaupun sudah menjadi orang besar, ada ketikanya bantuan orang kecil diperlukan untuk kekal hidup. Jadi, buanglah ujub dan takabbur ke lautan."

Antara pengajaran tersadainya Ever Given di Terusan Suez.
CINTA

Jiwa yang berakar Cinta,
Membangunkan kebenaran,
Tanpa takut dan gentar,
Walaupun darah menjadi taruhan,
Walaupun hanya tinggal seorang,
Walaupun dihina seluruh alam,
Kerana itulah pengorbanan,
Untuk sebuah Cinta.ู

www.tg-me.com/Tausiyatul_qulub
Di saat tuhan titipkan rasa cinta,
Seringkaliku di kaburi janji manusia,
Aku terleka, terleka mengejar cinta,
Aku terlupa, terlupa pemberi cinta..

Di saat hati ini bersedia,
Untuk kembali berpaling kepadanya,
Aku terjatuh, terjatuh ke lembah tangisan,
Aku menghitung, menghitung dosaku bagai, tiada lagi harapan...

Jika rasa terlalu banyak ujian,
Jika rasa bagai tiada pilihan,
Jika rasa bagai mahu putus asa,
Ingatlah teman,
Kau sedang di sayang,
Kembalilah...

Zikir sujudku menemani tiap malamku,
Tangisan di iringi debaran jiwa raga,
Aku yang lemah, berpaut hanya padaMu,
Aku yang hina, layakkah aku ke syurga?

Apa maksud cinta di hatimu?
Apa maksud ikhlas di hatimu?
Khadijah binti Khuwailid,
Berkorban tak mengharap nama,
Memberi tak takut miskin,
Berjuang tak bimbang lelah,

Hidup untuk mati,
Dan mati untuk hidup kembali,
Beliau lebih rindukan dengan apa yang ada di sisi Allah,
Daripada apa yang ada ditangannya.


Sebab itu beliau boleh memberi, berikan dan terus memberi
Harta yang ada ditangannya sehingga bertanya
Apakah tulang belulangku laku untuk ku berikan buat perjuangan Islam?
Apa khabar hati?

" Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?

Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada."

(Surah al-Hajj 22:46)

Hati yang rosak ialah hati yang telah dipengaruhi serta dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsu dan syahwat yang jahat hingga tidak diendahkan lagi halal haramnya.

#Allahjagakita
#selawatdandalamkeatasNabiMuhammadSAW
๐Ÿ”ฐTausiyatul Qulub๐Ÿ”ฐ
Photo
Terdapat dalam kalangan manusia itu orang-orang yang mengingkari wujudnya Tuhan kerana mereka tidak dapat melihat Allah dengan pancaindera.

Mereka menjadikan pancaindera sebagai alasan dan berasaskan kebendaan semata-mata dengan pendapat yang singkat, tanpa menyedari sejahil manusia yang bersifat fitrah dan melihat sekelilingnya pun menyedari wujudnya Tuhan.

Mereka menyedari akal itu ada dengan tanda-tanda yang lahir daripadanya, percaya kepada tenaga elektrik dengan hanya melihat lampu yang bernyala, sifat semula jadinya yang percaya kepada Tuhan dengan memandang alam sekelilingnya sahaja.

Hanya manusia yang tidak mengetahui kemampuan pancainderanya atau sifat-sifat hati yang memesongkan fitrahnya menolak wujudnya Tuhan, dengan tidak memahami dalil-dalil yang tidak terhingga di hadapannya.

Kadang-kadang, mereka tidak menolak adanya Tuhan, tetapi sifat buruk yang ada dalam jiwa dan hati menyebabkan mereka tidak mengenali Tuhan yang sebenar, sepertimana yang dikisahkan kepada kita oleh Allah SWT dalam al-Quran.

Antaranya, mereka mensyaratkan untuk mengenali Tuhan itu mestilah dengan melihat dan mendengar secara berdepan, iaitu cara yang tidak munasabah dengan sifat ketuhanan Allah SWT.

Al-Quran mendedahkan sikap dan tasawur yang sesat itu dilahirkan disebabkan sifat jahil, takabbur, menyeleweng, dan zalim yang menguasai diri mereka
Hari ini ramai menyangka bahawa dialah yg berusaha memastikan hubungan keluarganya kekal. Dan rata ratanya membina rumahtangga atas sebab nafsu.

Atas sebab itu mereka mudah jemu.

Hari-hari i love you, biasa lah tu. Hari-hari bagi coklat bunga, ok lah tu.

Itu yang kita selalu berusaha sampai habis duit demi nak mendapatkan perhatian pasangan.

Hinggakan terlupa bahawa pasangan itu milik Tuhan.

Mahu memiliki hati dan cinta mereka, kita kena dulu memiliki dan mencintai Allah.

Suami yang mencintai Tuhan, dia akan selalu mencintai isteri.

Isteri yang juga mencintai Tuhan, dia akan selalu taat dan menyayangi suami.

Pasangan buat silap, masing-masing terus teringat dosa.Dosa lah yang menjarakkan suami dan isteri dalam rumahtangga.

Masing-masing tak membesarkan salah, apalagi memburukkan dan bercerita di khalayak semua.

Kembali lah kepada Tuhan.

Pada Tuhan, ada kunci segala penyelesaian rumahtangga yang semakin hambar dan derita.
"Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta segalanya dari dirimu"
๐Ÿ”ฐTausiyatul Qulub๐Ÿ”ฐ
Photo
Ucapan Saidina Abu Bakar RA ketika dilantik menjadi khalifah..

ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ุงู‘ูŽุณุŒ ุฅูู†ู‘ููŠ ู‚ูŽุฏู’ ูˆูู„ู‘ููŠู’ุชู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุณู’ุชู ุจูุฎูŽูŠู’ุฑููƒูู…ู’ุŒ ููŽุฅูู†ู’ ุฃูŽุญู’ุณูŽู†ู’ุชู ููŽุฃูŽุนููŠู’ู†ููˆู’ู†ููŠู’ุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ุฃูŽุณูŽุฃู’ุชู ููŽู‚ูŽูˆู‘ูู…ููˆู’ู†ููŠู’ุŒ ุงูŽู„ุตู‘ูุฏู’ู‚ู ุฃูŽู…ูŽุงู†ูŽุฉูŒุŒ ูˆูŽุงู’ู„ูƒูุฐู’ุจู ุฎููŠุงูŽู†ูŽุฉูŒุŒ ูˆูŽุงู„ุถู‘ูŽุนููŠู’ูู ูููŠู’ูƒูู…ู’ ู‚ูŽูˆููŠูŒ ุนูู†ู’ุฏููŠู’ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุขุฎูุฐู ุงู„ู’ุญูŽู‚ู‘ูŽ ู„ูŽู‡ู ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ู‚ูŽูˆููŠู‘ูŒ ูููŠู’ูƒูู…ู’ ุถูŽุนููŠู’ููŒ ุนูู†ู’ุฏููŠู’ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุขุฎูุฐู ุงู„ู’ุญูŽู‚ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ู„ุงูŽ ูŠูŽุฏู’ุนู ู‚ูŽูˆู’ู…ูŒ ุงู„ุฌูู‡ูŽุงุฏูŽ ูููŠู’ ุณูŽุจููŠู’ู„ู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุถูŽุฑู‘ูŽุจูŽู‡ูู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุจูุงู„ุฐู‘ูู„ู‘ูุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุชูŽุดููŠู’ุนูŽ ุงู„ู’ูุงูŽุญูุดูŽุฉูŽ ูููŠู’ ู‚ูŽูˆู’ู…ู ู‚ูŽุทู‘ูŒ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุนูŽู…ู‘ูŽู‡ูู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุจูุงู„ู’ุจูŽู„ุงูŽุกูุŒ ุฃูŽุทููŠู’ุนููˆู’ู†ููŠู’ ู…ุงูŽ ุฃูŽุทูŽุนู’ุชู ุงู„ู„ู‡ูŽ ูˆูŽุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽู‡ูุŒ ููŽุฅูุฐูŽุง ุนูŽุตูŽูŠู’ุชู ุงู„ู„ู‡ูŽ ูˆูŽุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽู‡ู ููŽู„ุงูŽ ุทุงูŽุนูŽุฉูŽ ู„ููŠู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’

Sesungguhnya aku telah dilantik sedangkan aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Maka jika aku berbuat baik maka bantulah aku, namun jika aku berbuat salah maka perbetulkanlah aku. Kebenaran itu adalah amanah sedangkan pendustaan adalah khianat. Golongan yang lemah di sisi kamu adalah kuat di sisiku kerana aku akan memberikan kepada mereka apa yang mereka berhak mendapatkannya dengan izin Allah. Golongan yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisiku kerana aku akan mengambil daripada mereka untuk aku berikan kepada golongan yang berhak mendapatkannya dengan izin Allah. Tidak ada sesuatu puak yang meninggalkan jihad melainkan Allah akan menimpakan kehinaan ke atas mereka. Tidak tersebar kejahatan di kalangan sesuatu puak melainkan Allah akan menimpakan bala ke atas mereka secara menyeluruh. Maka taatilah aku selama mana aku taat kepada Allah dan Rasulnya, dan jika aku menderhakai Allah dan RasulNya maka tidak perlu kamu mentaatiku.
Kesukaan Rasulullah SAW di bulan Ramadhan selain kewajipan puasa:

1- Qiyamullail
2- Sedekah
3- Baca al-Quran
4- Iktikaf
5- Menyediakan makanan untuk orang berbuka.

Kelekaan ramadhan yang lalu :-

1- Bangun sahur namun tak solat tahajjud Walaupun dua rakaat.
2- Seharian berlalu tanpa sedekah.
3- Saat Ramadhan pergi, Al Quran masih tak dibaca
4- Tiap hari masuk masjid tak niat iktikaf.
5- iklan Infaq iftar melintas di screen fon tak pernah disahut

Moga Ramadhan tahun ni kita sama perbaiki kealpaan ini
2025/10/26 04:26:52
Back to Top
HTML Embed Code: