Perkembangan teknologi memang bagus. Banyak maklumat dapat dicapai dengan mudah. Namun, masih tidak mampu menandingi kehebatan manusia.

Hebat macam mana pun teknologi, tetap tak berkemampuan mendidik manusia. Teknologi hanya menyalurkan maklumat, tetapi tidak berupaya mengajar manusia untuk memproses dan menapis maklumat dengan betul.

Di sinilah peranan guru. Jadi guru tidak mudah seperti yang disangka. Hanya perlu hadir dan mengajar di sekolah sesuai silibus. Tidak, tugas guru bukan begitu.

Kata Dr Adian, guru harus menjadi motivator dan inspirator kepada murid. Tugas guru bukan sekadar berkongsi ilmu tetapi juga harus menanamkan nilai-nilai Islam kepada anak didik. Ta'dib dan ta'lim, itulah tugas hakiki seorang guru.

Dan guru pula tidak semestinya formal, mesti di sekolah. Harus diyakini, ibu bapa juga adalah guru meski tidak dipanggil cikgu. Bahkan ibu bapa adalah guru pertama buat anak-anak dan rumah adalah madrasah pertama bagi mereka.

Makanya penting ibu bapa memiliki ilmu bagaimana mahu mendidik. Malang sekali jika ibu bapa tidak mengerti tentang perkara ini, sebaliknya tugas guru seratus peratus diserahkan pula kepada pihak sekolah.

Justeru, jika proses membentuk generasi tidak berjalan baik seperti yang diinginkan, mungkin sudah boleh diagak kesalahannya ada di mana.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0qLZ7rQA8KnYEWh8y9VXJv96aNiGnKmmXvXCtG5vVAjF9iQMecfkPkZz2aZKDhj53l&id=100000623571778

MANHAJ PEMIKIRAN IMAM AL-QARADHAWI YANG MEMBEKAS.

Nama Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam wacana keilmuan umat Islam abad ini. Beliau masyhur sama ada dalam kalangan yang bersamanya atau yang tidak menggemarinya.

Kita diajar agar mengasihi para ulama' dengan memanfaatkan pusaka ilmunya. Syeikh al-Qaradhawi boleh dikatakan sebagai antara ilmuwan semasa yang sangat banyak mengarang kitab.

Dari perbahasan aqidah, pemikiran, fiqh, akhlak, kemasyarakatan, ekonomi & politik, hampir semua permasalahan yang membabitkan kepentingan umat pasti ada ulasan ilmiah dari beliau. Disebabkan itu nama Syeikh al-Qaradhawi menduduki tempat istimewa dalam hidup kita semua selaku pembaca & penuntut, kerana karyanya sering menjadi rujukan sejak dahulu.

Antara manhaj pemikirannya yang cukup relevan untuk kita semua warisi adalah:

• Taysir, Tabsyir & Realistik.

Mengemukakan praktis Islam yang mudah & mesra umat, sesuai dengan realiti hari ini yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan Islam dahulu. Cara pengolahannya menyebabkan Islam kelihatan realistik, tidak bersifat utopia yang hanya terperangkap dalam kapsul masa lampau.

• Jelas & Sederhana.

Perbahasan yang dikemukakan mesti dipasak dengan nas-nas yang jelas, dari sudut maksud, konteks & keabsahannya. Tulisannya tidak merewang, sebaliknya ringkas & objektif. Begitu juga kesederhanaan yang digagaskannya, dalam permasalahan seumpama aqidah, pemikiran, fiqh mahupun akhlak, selalu Syeikh al-Qaradhawi akan nyatakan juga kutub-kutub ekstrim yang pada hematnya tidak tepat dijadikan sebagai pegangan.

• Al-Insof & Bebas Dari Fanatisme.

Terdapat beberapa kitab Syeikh al-Qaradhawi yang menyentuh soal permasalahan-permasalahan dalam bermazhab. Beliau menyedarkan kita bahawa mazhab adalah mazhab, yang seharusnya menjadi kemudahan buat umat, bukan sebaliknya. Syeikh al-Qaradhawi juga berani mengamal sikap mengkritik secara konstruktif, sekalipun ke atas lingkungannya sendiri. Sebagai seorang Azhari & Ikhwani, beliau tetap mengkritik jika ada yang dilihatnya tidak selari dengan aspirasi agama. Riwayat hidupnya pun telah membuktikan beliau seorang pemberani.

• Tajdid & Menyeluruh.

Antara masalah umat hari ini adalah jumud, lantas Syeikh al-Qaradhawi menekankan betapa pentingnya menjalankan tajdid dari segenap aspek. Beliau menekankan tajdid itu bukan buat perkara baharu, tetapi mengembalikan agama tanpa pencemaran persis keadaannya baru disampaikan oleh Nabi. Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa Islam adalah agama ilmu, bahkan Islam adalah agama yang mensepadukan antara naqal (al-Quran al-Hadith) & akal.

Selaku pembaca kitab-kitabnya & pendengar syarahan-syarahannya di internet, kita semua boleh menganggap beliau sebagai al-Imam yang telah menjadi pencerah kepada umat ini dalam banyak hal. Syeikh al-Qaradhawi telah memberikan yang terbaik untuk kita.

Tinggal lagi, kita menjadi penyambung kepada usaha-usaha ilmunya. Semoga al-Imam Yusuf al-Qaradhawi ditempatkan bersama para nabi, siddiqin, syuhada' & salihin. Amin.

Abdul Mu'izz Muhammad
26 September 2022.
Wajah merupakan tempat tilik manusia kepada kita. Adapun hati adalah tempat tilik Allah swt terhadap makhluknya.

Adapun yang menjadi kebimbangan kita pada hari ini, berapa ramai yang suka memperolakkan wajahnya semata ingin dilihat cantik pada pandangan manusia lain berbanding menyucikan hatinya sendiri supaya Allah swt memandangnya dengan pandangan rahmat?

Muhasabah!
Syaitan tidak pernah jemu membisikkan was-was ke dalam jiwa anak Adam. Dia akan datang kepada kita dengan pelbagai persoalan. Siapa yang mencipta itu dan ini.

Sampailah ke tahap dia mempersoalkan Tuhan. Dia akan bertanya siapa pula yang ciptakan Tuhan. Hal ini membuatkan ramai daripada kalangan kita terpedaya dan akhirnya terseleweng.

Perkara ini diceritakan dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA.

Maka kata Nabi SAW, apabila sudah sampai ke peringkat berfikir tentang penciptaan Tuhan, ucaplah isti'azah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) dan berhentilah daripada mendengar bisikan keraguan daripada syaitan terkutuk.

Ini adalah cara terbaik untuk menjaga iman daripada terikut rentak syaitan.
Dalam Islam, kita diajar supaya menjauhkan diri daripada syaitan.

Antara kaedah yang diajar Nabi SAW apabila tiba waktu senja, jaga dan laranglah anak-anak daripada berkeliaran di luar rumah. Kerana syaitan-syaitan suka bertebaran pada waktu ini.

Kemudian apabila berlalu waktu isya', tempatkan anak-anak di perbaringan. Kunci pintu-pintu rumah dan sebutlah nama Allah. Padamkan lampu dan sebutlah nama Allah.

Segala bekas-bekas makanan, minuman dan tempat takungan air hendaklah ditutup. Sekalipun hanya dengan sebatang kayu kecil atau lidi, tutuplah ia dengan menyebut nama Allah.

Beginilah Islam menjaga kita daripada mudarat dan bahaya. Sama ada yang zahir mahupun yang halus. Semua larangan dan suruhan ini terdapat padanya kebaikan. Bahkan selari pula dengan ilmu kesihatan dan kebersihan.
Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa ada seorang laki-laki yang hampir menemui ajal. Di kala itu, dia telah pun putus harapan daripada hidup.

Diwasiatkan kepada ahli keluarganya supaya dihimpunkan kayu api untuk membakar mayatnya. Biarkan api tersebut membakar dagingnya sampai ke tulang-belulang.

Kemudian dia berpesan lagi, saki baki daging dan tulang yang telah terbakar tadi hendaklah dikisar sampai halus. Apabila tiba hari yang berangin, maka campaklah ia ke dalam laut.

Lalu Allah SWT menghimpunkan kembali debu-debu tersebut dan berkata kepadanya; kenapa engkau berbuat demikian? Da menjawab; kerana takutkan Engkau.

Maka Allah pun mengampuni dosa-dosa yang dia pernah perbuat sebelumnya.

Ini merupakan kisah seorang lelaki daripada bani Israel. Di mana kerjanya sewaktu hidup adalah membongkar kubur untuk mencuri kain kafan.

Ketika mana menjelang kematian, dia pun berwasiat kepada ahli keluarganya sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

Kata Ibn Abi Jamrah, kisah di dalam hadis ini menggambarkan tentang keluasan kemurahan dan keampunan Allah SWT ke atas hambanya di samping menegaskan bahawa tujuan wasiat adalah untuk ditunaikan oleh ahli-ahlinya.
Orang yang normal pasti pernah merasai demam. Tahukah bahawa demam itu adalah daripada kepanasan api neraka?

Jawapannya, ya.

Dalam sebuah hadis riwayat Rafi' bin Khadij RA, junjungan besar Nabi SAW pernah bersabda; penyakit demam adalah daripada bersangatan panas api neraka jahannam.

Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Bukhari.

Sebab itulah apabila demam, orang tua-tua akan suruh mandi. Tak pun basahkan kepala dengan air dingin. Ini cara cepat nak sembuh daripada demam, kena sejukkan tubuh yang panas.

Adapun perbuatan tersebut sememangnya sejajar dengan kaedah yang diajar Nabi SAW dan ianya terbukti berkesan dengan izin Allah SWT.
Muslim itu peribadinya luhur dan bersih, akhlaknya mulia lagi terpuji, dan sikapnya pula tenang tidak kepoh.

Muslim pakejnya adalah seorang penyeru dan pendidik.

Justeru itu, menjauhi perkara yang lalai, meragukan serta muhlikat adalah tuntutan bagi setiap individu Muslim demi penampilan dan wibawanya yang mesti dipelihara.

Watak selaku dai'e dan murabbi mesti dijaga. Jika tidak diawasi, tentunya bakal menjejaskan kualiti kerohanian yang ada.

Jiwa yang sepatutnya subur dengan zikrullah jika dibiarkan terhakis dengan keduniaan akan direntap kemuliaan darinya bahkan menjurus kepada hilang rasa hormat orang kepadanya.

Kerana itu, Islam menggalakkan cara hidup yang wara' dan zuhud, biar terlepas daripada hambatan keduniaan yang melekakan.
Ustaz Fadli Ghani pernah sebut, intelektual adalah orang yang boleh menyelesaikan masalah orang ramai.

Sebaliknya, jika cerdik tapi tak pandai nak tanggapi masalah orang sekeliling, itu bukan intelektual, tapi intelektua sebab otak dah kaku tak boleh nak berfikir.

Sebab itu, jika berada di posisi qiyadah perlu menjadi seorang mufakkir yang ada idea dan falsafah tersendiri yang mahu diperjuangkan.

Kalau tidak, konten agama Islam yang sedia progresif itu pun boleh dilihat rigid akibat kekontangan idea serta pembawakan hala tuju perjuangan yang tidak dinamik. Apatah lagi nak selesaikan masalah umat.

Nak berhadapan dengan cabaran semasa yang kian rencam lagi membelit, dalam keadaan gerakan Islam diasak kiri dan kanan, paling kurang perlu ada kolaborasi antara qiyadah dan mufakkir jika qiyadahnya tidak idealis.
Ajar diri kita panggil nama orang dengan sempurna. Itu akhlak.

لكل شيء له حظ باسمه

"Setiap sesuatu ada bahagian/untung pada namanya"

Kalau nama dia Hassan, panggil betul-betul dengan panggilan Hassan. In shaa Allah, dia akan jadi manusia yang baik sebagaimana nama yang diberikan kepadanya.
Selain daripada memiliki akhlak yang jelek, antara punca hidayah tidak masuk ke dalam diri adalah jenis yang suka puji diri sendiri. Kata Imam al-Ghazali, 2 keburukan ke atas mereka. Pertama, Allah benci. Kedua, menjatuhkan harga diri tanpa sedar.

Contoh mudah menurut Imam al-Ghazali, jika manusia lain berhadapan dengan mereka, nescaya hati manusia pasti akan mengutuk sikap mereka, dan apabila mereka pergi, manusia mula bercerita perihal buruk berkenaan mereka. Lalu, di manakah kemuliaan harga diri buat mereka? Begitulah jua keadaannya apabila kita sendiri yang suka mengangkat diri sendiri.

Pengajarannya mudah, berhenti sembang kencang/lebat. Kembalikan setiap amal kita kepada Allah. Itu lebih baik.
Tazkirah Akhir Ramadan - Tanda Taqwa dan Fadilat Lailatul Qadar Kepada Diri

Oleh: Ustaz Abdul Muizz Muhammad

1) Kesan lailatul qadr terkait dengan al-Quran, kita mestilah melihat cerminan diri kita adakah kita semakin akrab dengan al-Quran ataupun sebaliknya.

2) Keberkatan malam lailatul qadr. Rujuk ad-Dukhan 44:3.

Mereka yang berjaya memperoleh lailatul qadr adalah mereka yang bertambah berkat kehidupannya yakni semakin bertambah kebaikan dan manfaat.

Nilailah diri kita sendiri.

3) Obektif berpuasa sebagaimana dalam al-Baqarah 2:183 adalah supaya kita menjadi mukmin yang bertaqwa.

Cita-cita taqwa disematkan dalam diri supaya kita mampu meneruskan amalan soleh yang telah dirutinkan semasa bulan ramadan.

4) Nilai ubat yang mujarab bukan dilihat kepada proses penghasilan ubat tetapi kesan atau hasil ubat. Begitulah kita selepas melalui madrasah ramadan. Berubah lebih baik atau kembali kepada perangai lama. Jika sama sahaja petanda kita belum memperoleh kelebihan lailatul qadr.

4) Bertambah petunjuk dan ketaqwaan.

Rujuk Surah Muhammad 47:17

Allah Swt menyuruh kita menghargai hidayah antaranya kita diberi peluang mendengar nasihat/ceramah/kuliah.

5) Menjadi mereka yang suka mendengar perkataan yang baik seperti dalam surah az-Zumar 39:18.

Dengan hidayah kita mengetahui akan iman dan pahala. Ternyata adanya keterikatan antara taqwa dan hidayah.

Manfaatkan tarbiyah ramadan yang mana kita disuruh mendapatkan ketaqwaan dengan menghargai hidayah yang diberikan melalui dorongan melakukan amal kebaikan.

6) Hadiah Syawal. Al-Baqarah 2:185.

Slogan takbir sebagai tanda kesyukuran kerana Allah Swt memberikan kita hidayah serta kesempatan ramadan untuk kita menjadi lebih baik.

Kita disuruh menyambut syawal dengan takbir.

7) Renungan, apakah kita mampu melangsungkan kebaikan yang telah kita buat?

Disinilah kita perlu memahami doa untuk terus beristiqamah di dalam surah al-Fatihah. Konteks ramadan adalah untuk kita memastikan amalan soleh dapat diteruskan sehingga ke bulan-bulan seterusnya.

Syeikh Yusuf al-Qardhawi berpesan: Jadilah hamba Allah Swt bukan hamba ramadan.

Pastikan kita benar-benar memahami maksud laungan takbir pada hari raya nanti. Teruskan misi selepas ramadan, kita perlu bimbang sekiranya kualiti kita semakin menghilang.

- Catatan Muhammad Hanif Ahmad Zabidi
Membangun sebuah bangsa yang besar dimulai dari pembangunan individu. Kualitas individu dibentuk dan ditentukan oleh pendidikan rumah tangga.

Bagaimana kualitas suatu rumah tangga atau keluarga begitulah anak-anak generasi yang akan lahir daripadanya. Jika pendidikan keluarga menghasilkan individu yang memiliki kesadaran moral yang tinggi dan mental yang kuat, maka pendidikan sekolah akan menyempurnakan pendidikan keluarga tersebut dan masyarakat hanya akan memperkaya pengalaman hidupnya.

Maka tidak salah jika seorang ibu dalam rumah tangga disebut sebagai sekolah kehidupan.

- Prof. Hamid Fahmy Zarkasyi
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02jwgdVW2YjkbAGUDxNp7cA8uaEADG8eZY1hQmKCLBh5NSjr9jNSZnDU7y8e1ZQRgYl&id=100000623571778&mibextid=Nif5oz

KONFLIK ALIRAN, PENYAKIT AHLI KITAB & IMPLIKASI KE ATAS MASJID.

Beberapa tahun dahulu saya pernah menulis artikel Waspada Dengan Polemik Khilafiyyah. Namun dari hari ke hari, pertembungan seumpama itu kelihatan meleret-leret lalu menatijahkan konflik yang secara zahir kelihatan ilmiah. Namun jika diamati betul-betul, ia semakin menampakkan dorongan nafsu ingin bertelingkah semata-mata.

Kisah Golongan Terdahulu Adalah Cerminan Buat Kita.

Al-Quran menceritakan kisah orang-orang terdahulu sebagai sempadan. Sekalipun yang diceritakan itu adalah sikap-sikap Ahli Kitab dalam kalangan Yahudi atau Kristian, ia adalah cerminan kepada kita umat Islam. Betapa jika berlarutan dengan penyelewengan ilmu & sikap, akhirnya akan menyerupai perangai golongan yang tersesat itu.

Apatah lagi Nabi telah mengingatkan bahawa umatnya akan terikut-ikut perangai golongan terdahulu iaitu Yahudi & Kristian secara berdikit-dikit. Maka sudah pastilah, kita tidak boleh membataskan cerita-cerita mereka di dalam al-Quran hanya ke atas mereka semata-mata, tanpa muhasabah ke atas diri kita.

Penyakit Ahli Kitab.

Allah telah menceritakan perangai pendeta Yahudi & Kristian yang saling bertelingkah, padahal kedua-duanya didorong kejahilan & kesombongan. Firmannya:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصَارَىٰ عَلَىٰ شَيْءٍ وَقَالَتِ النَّصَارَىٰ لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَىٰ شَيْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ ۗ كَذَٰلِكَ قَالَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ مِثْلَ قَوْلِهِمْ ۚ فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

"Dan orang Yahudi berkata "Orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan". Dan orang Nasrani pula berkata "Orang Yahudi tidak mempunyai pegangan". Padahal mereka sama-sama membaca al-Kitab. Demikian pula orang yang tidak berilmu, berkata seperti ucapan mereka itu. Maka Allah akan mengadili mereka pada hari kiamat terhadap apa yang mereka pertelingkahkan padaNya" - al-Baqarah 113.

Ayat ini turun sebagai reaksi pertelingkahan antara pendeta Yahudi & Kristian yang disaksikan oleh Nabi. Ibnu Kathir menjelaskan mereka bertelingkah dengan merujuk kitab masing-masing. Sedangkan jika mereka jujur dengan kitab-kitab suci yang dirujuk itu, sudah pasti mereka akan mendapati ada ruang persamaan & harus memperakui Nabi (Musa & Isa) yang disanjung oleh masing-masing.

Imam Qatadah menekankan punca kerosakan mereka adalah kerana sikap suka mengada-adakan perkara dalam agama lalu berlaku perpecahan. Jika ditelusuri sejarah perkembangan agama mereka pun, ia bermula dengan konflik aliran hingga terhasil seperti yang ada pada hari ini.

Faktor Kenapa Rakus Bertelingkah?

Al-Quran turut mendedahkan, hakikat pertelingkahan mereka adalah berpunca dari sentimen kebencian yang tidak terkawal. Terdapat 3 tempat di dalam al-Quran, Allah mendedahkan hakikat tersebut.

وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ

"Dan tidaklah bertelingkah sesama golongan yang telah diberikan Kitab itu setelah datang kepada mereka ilmu, melainkan kerana dengki sesama mereka" - Ali Imran 19.

وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۚ

"Dan tidak mereka berpecah setelah datang kepada mereka ilmu, melainkan kedengkian sesama mereka" - al-Syura 14.

فَمَا ٱخْتَلَفُوٓاْ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۚ

"Maka tidaklah mereka bertelingkah melainkan setelah datang kepada mereka ilmu, berlaku hasad sesama mereka" - al-Jathiyah 17.

Dalam tiga-tiga ayat ini, Allah mendedahkan faktor kedengkian yang memacu pertelingkahan. Apatah lagi dalam lapangan ilmu seringkali dikaitkan dengan reputasi, dan di mana ada soal reputasi maka disitulah wujudnya persaingan. Di mana ada persaingan, di situ jugalah berpotensi wujudnya bibit-bibit kedengkian.

Konflik Aliran.
Apabila menelusuri polemik tamazhub yang banyak menebarkan sentimen & kekejian, kita akan menyedari kebenaran yang telah diperingatkan oleh wahyu. Penyakit persaingan sesama ahli ilmu yang menjadikan hasad sebagai modal untuk berseteru. Ia akhirnya akan melupakan orang yang terlibat dalam kancah tersebut soal apakah tujuan sebenar dalam beragama.

Seperti yang telah diingatkan oleh Allah berkaitan penyakit Ahli Kitab yang bertelingkah, hakikatnya berpunca dari penyakit hasad. Apatah lagi jika memahami lapangan ilmu itu berupaya membina pengaruh, pengikut & lobi kekuasaan, ia sememangnya merangsang nafsu manusia untuk kelihatan serba unggul. Soal reputasi-reputasi seumpama itulah yang menghidupkan hasad.

Jika kita mengikuti pertarungan secara fanatik kononnya atas nama mazhab, memang secara zahir kelihatan seakan-akan khilaf yang terjadi berdiri di atas alasan-alasan ilmiah. Namun sekiranya ditilik secara jujur akan hukuman melampau yang dilemparkan dan sentimen jahat yang dipasangkan, kebanyakkannya tidak sepadan dengan alasan khilaf yang berlaku. Ia bersifat melebih-lebih dan melampau-lampau, selektif & tidak adil.

Justeru apabila hasad itu sudah bersarang, jalan tabayyun sudah tidak lagi menjadi pilihan oleh mereka. Jika berdialog pun bukan untuk tunduk dengan kebenaran. Sebaliknya secara sophistry semata-mata ingin membenamkan pihak yang dihasadkan itu walau dengan apa cara sekalipun.

Kita Menanggung 3 Masalah.

• Masalah yang pertama adalah kejahilan berkenaan hakikat mazhab & tamazhub yang melanda umat Islam. Kejahilan sedemikian membentuk kelompok ekstrim, sekalipun terkadang berselindungkan gaya yang lunak. Sama ada ekstrim hingga menjadikan mazhab seakan-akan agama, atau ekstrim hingga menafikan relevansi bermazhab. Kemelampauan inilah yang menerbitkan sentimen serta fanatik yang pasti membunuh budaya ilmu dalam kalangan umat Islam.

• Masalah yang kedua adalah, makar musuh Islam yang menjadikan polemik atas nama mazhab sebagai kesempatan untuk mereka menguasai umat Islam. Tiupan sentimen itu berlaku dan ada pasang surutnya. Ini termasuk juga dalam maksud strategi pecah & perintah.

• Masalah yang ketiga adalah, kematangan umat Islam itu sendiri yang tidak cukup terpandu menguruskan masalah-masalah atas nama mazhab secara matang. Sebaliknya mereka lebih memilih sentimen, emosi & didorong favoritisme, berbanding sikap objektif yang lebih hampir dengan taqwa. Kadang-kadang konsep adab itu semata-mata dijadikan sebagai dalih bagi mewajarkan sikap yang cukup diskriminatif.

Implikasi Ke Atas Masjid.

Berbalik kepada ayat 113 surah al-Baqarah yang menceritakan sikap bertelingkah Ahli Kitab, Allah melanjutkan peringatan soal fungsi masjid yang seharusnya dilestarikan.

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا ۚ أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَا إِلَّا خَائِفِينَ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang dari menyebut nama Allah dalam masjid-masjidNya. Dan berusaha merobohkanNya. Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamNya kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat" - al-Baqarah 114.

Masjid seharusnya menjadi tempat perkembangan ilmu serta kesedaran umat yang harus diperanankan oleh semua. Namun apabila pertelingkahan aliran yang hadir dalam segmen ilmu itu semakin meruncing, sudah pasti ia akan memberi kesan kepada masjid.

Sekat menyekat & adu domba pun berlaku, yang akhirnya memberi kesan kepada pengimarahan budaya ilmu di dalam masjid. Dalam ayat al-Quran di atas, mengingatkan usaha merobohkan masjid. Terdapat juga hadith menjelaskan yang roboh itu bukan bangunannya, tetapi fungsinya.

Politik Agama.
Manusia disifatkan sebagai Zoon Politikon, iaitu makhluk politik. Selalunya orang akan menganggap politik itu hanya yang membabitkan kepartian semata-mata. Walhal sebenarnya, setiap aspek kehidupan, manusia berpolitik. Sama ada sedar atau tidak, termasuklah yang beria-ia menolak politik. Hakikatnya dia pun sedang berpolitik.

Termasuklah politik agama yang beralasankan aliran, atau mazhab. Sebagaimana dalam politik kepartian ada retoriknya, ada propagandanya, ada fanatismenya & ada seteru yang perlu dicipta, begitu juga hal yang sama dalam permasalahan konflik aliran yang dibahaskan ini. Justeru, berwaspadalah dengan tipu daya yang tersembunyi dicelah-celahnya.

Abdul Mu'izz Muhammad
10 Mei 2023.
Kena baca tulisan ini kalau nak faham konflik yang berlaku antara agamawan sekarang.
Pada waktu Nabi menolak memberi jabatan kepada seorang alim ulama Abu Zar al-Ghifari, kita lalu faham bahwa tidak semua ulama bisa jadi atau kuat menjadi umara. Ketika Khalid bin Walid yang bukan seorang yang sangat alim dalam ilmu agama dipercaya Nabi menjadi pemimpin perang kita pun mengerti bahwa syarat pemimpin dalam Islam adalah iman yang kuat dan amal yang saleh.

Maka dari itu jika anda memilih pemimpin pilihlah pemimpin yang kuat pegang amanah dan tegas, cerdas menginspirasi, jujur tidak pernah berbohong, ikhlas tidak punya interest pribadi dan saleh dalam segala amal- amalnya serta siap mensejahterakan umat dan rakyat sebangsanya.

-Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi-
(Ketua MIUMI)
Esok adalah 10 hb Muharram atau disebut juga dengan nama Hari Asyura. Berpuasa pada hari Asyura Nabi katakan dapat menggugurkan dosa setahun. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Abu Qatadah berkata: "Rasulullah SAW ditanya tentang puasa Asyura. Baginda menjawab: Menghapuskan (dosa) tahun yang lepas." (Muslim)

- Dr Umar Muhammad Noor
2024/06/08 07:00:05
Back to Top
HTML Embed Code: