Forwarded from #BroSyariefShares
👅 MUSLIM TERBAIK MENJAGA LIDAH & TANGANNYA 🤚🏻
#NotaTerjemahanBroSyarief (020617) (240519) 060521
Abu Musa al-Asy'ari - radhiyalLaahu 'anhu - meriwayatkan:
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْمُسْلِمِينَ أَفْضَلُ
RasululLaah - sallalLaahu 'alaihi wa sallam - ditanya, ‘Siapakah muslim yang terbaik?'
قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Nabi menjawab, “Seseorang yang mana orang Islam yang lain merasa selamat dari ganguan lidah dan tangannya."
[HR at-Tirmizi] #BSS
Syaikh al-Mubarakfuri (w.1353H) menjelaskan:
لِسَانِهِ ) أَيْ بِالشَّتْمِ وَاللَّعْنِ وَالْغِيبَةِ وَالْبُهْتَانِ وَالنَّمِيمَةِ) وَالسَّعْيِ إِلَى السُّلْطَانِ وَغَيْرِ ذَلِكَ
Maksud gangguan lidahnya, ialah seperti menggunakannya untuk mengherdik, mengutuk, mengumpat, memfitnah, mengadu domba, membodek pemimpin, dan banyak lagi selain dari itu,
( وَيَدِهِ ) بِالضَّرْبِ وَالْقَتْلِ وَالْهَدْمِ وَالدَّفْعِ وَالْكِتَابَةِ بِالْبَاطِلِ وَنَحْوِهَا
Adapun maksud gangguan tangannya pula, ialah seperti dengan memukul, membunuh, menghancurkan, menentang, menulis perkara batil dan seumpamanya. #BSS
وَخُصَّا لِأَنَّ أَكْثَرَ الْأَذَى بِهِمَا أَوْ أُرِيدَ بِهِمَا مَثَلًا
Kedua-dua anggota tubuh ini disebut secara khusus kerana kerosakan paling banyak timbul berpunca daripada kedua-dua anggota ini,
Boleh jadi juga ia disebut bertujuan sebagai contoh (berbanding anggota-anggota yang lain). #BSS
وَقَدَّمَ اللِّسَانَ لِأَنَّ الْإِيذَاءَ بِهِ أَكْثَرُ وَأَسْهَلُ، وَلِأَنَّهُ أَشَدُّ نِكَايَةً كَمَا قَالَ :
Didahulukan lidah berbanding tangan kerana kerosakan menggunakannya lebih banyak dan lebih mudah berlaku, dan juga kerana kesan gangguannya lebih menyakitkan. #BSS
Sebagaimana kata seorang penyair:
جِرَاحَاتُ السِّنَانِ لَهَا الْتِئَامُ
Luka terkena anak panah, kelakkan sembuh,
وَلَا يَلْتَامُ مَا جَرَحَ اللِّسَانُ
Tapi apa yang dilukai lidah, sukar untuk sembuh.
[Tuhfatul Ahwazi]
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<subscribebss.wasap.my>>

🛣 KENAPA KE JALAN, TAK KE DESTINASI? 🛣
#NotaTadabburBSS
Bila kita memohon petunjuk, kita minta petunjuk ke JALAN yang lurus.
﴿اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ﴾ [الفاتحة: ٦]
Bila kita nak mengajak & menyeru, kita dipesan ajak ke JALAN Tuhanmu.
﴿ادعُ إِلى سَبيلِ رَبِّكَ﴾ [النحل: ١٢٥]
Bila Allah war-warkan tentang agama ini, katanya: Inilah JALAN-KU.
﴿وَأَنَّ هذا صِراطي مُستَقيمًا﴾ [الأنعام: ١٥٣]
Bila Allah suruh berjuang, ditekankan ianya perjuangan di JALAN Allah.
﴿وَقاتِلوا في سَبيلِ اللَّهِ﴾ [البقرة: ٢٤٤]
Cuba renungkan.
Andai kita nak ajak seseorang, pastilah fokus ajakan untuk ke lokasi, bukan ke JALAN.
Contohnya: A mengajak B dengan menyebut lokasi, ‘Jom ke Melawati Mall!’. Pelik kalau dia mengajak, ‘Jom ke MRR2!’
MRR2 adalah jalan. Apa faedah mengajak ke JALAN? Yang utama ialah nak ke mana destinasi yang dituju.
Tapi Allah menyebutkan di dalam ayat-ayat di atas dengan fokus kepada JALAN, bukan LOKASI TUJUAN.
Kenapa tidak sebutkan sahaja destinasinya yang menjadi matlamat kita semua iaitu ke syurga-Nya?
Sampai atau tidak ke destinasi, itu tertakluk pada ketetapan-Nya. Tugas kita ialah usaha BERJALAN di JALAN-NYA.
Ringkasnya, kita dituntut untuk berdoa, beribadah, mengajak ke JALAN-NYA yang jelas & tulus.
Sebuah jalan tidak akan dinilai & berfungsi sebagai JALAN, melainkan kita BERJALAN padanya.
Apabila kita berada di atas JALAN, maka segalanya kembali kepada usaha diri kita untuk terus mara di atas jalan tersebut.
Apa pun caranya. Lambat atau cepat. Merangkak atau berlari. Naik kereta atau basikal. Bersendiri atau beramai-ramai.
Yang penting kita terus mara ke depan di atas JALAN yang lurus ini. Walau terjatuh & terpesong berapa kali pun.
Matlamat penting kita agar terus berusaha kekal di atas JALAN ini, bukan sibuk memikirkan hasil destinasi.
Menjadi ahli ibadah, walau tak ditemui ketenangan dan khusyuk, kita tetap terus beribadah, agar kita terus berJALAN.
Menjadi penuntut ilmu, walau tak faham & lemah penguasaan, kita tetap terus belajar mencari ilmu, agar kita terus berJALAN.
Menjadi pendakwah, walau tiada tanda difahami & bukti penerimaan, kita tetap terus mengajak, agar kita terus berJALAN.
Bila memanjatkan doa, walau kelihatan tidak terjawab sekian lama, kita tetap terus berdoa, agar kita terus berJALAN.
Demikian hikmah penegasan kenapa JALAN yang disebutkan, bukan lokasi atau destinasi akhirnya.
Agar kita terus BERJALAN. Berusahalah, walau puluhan malah ratusan kali kita terjatuh atau terlalai menyimpang.
Yang pasti, kita terus BERUSAHA untuk kembali BERJALAN di JALAN yang lurus ini!
وَأَن لَيسَ لِلإِنسانِ إِلّا ما سَعى وَأَنَّ سَعيَهُ سَوفَ يُرى
“(Balasan) Bagi insan itu hanyalah hasil dari USAHANYA sendiri, dan usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kembali kepadanya di akhirat)”
[an-Najm(53):39-40]
Lihat! Nilai sebenar pada USAHA untuk KEMBALI & KEKAL BERJALAN DI JALAN YANG LURUS.
Selamat meneruskan PERJALANAN di JALAN ini untuk masa yang berbaki..
__
@BroSyariefShares

#SesiBssHariNi
2.00-3.00 ptg :: *Don’t Fret! Ramadhan is still here!* (MRC Zubair) :: G.Meet meet.google.com/gke-arat-ooi
3.30-4.30 ptg :: *Kitaran Kehidupan* (SKIL) :: Live Fb >> fb.com/schoolofislamicthought/
7.45-8.30 malam :: *Riyadhus Solihin* (MRC Asiah) :: Zoom >> bit.ly/solihin2021

Hari ni masih Ramadhan.
Malam ni juga masih Ramadhan.
Begitu juga pagi esok, masih Ramadhan.
Tak perlu tunggu malam ini baru nak lakukan sesuatu.
Tak dapat banyak beramal, paling tidak usaha elak buat dosa.
Tak dapat nak banyak solat, mengaji.. paling tidak rasakan takut kepada-Nya, ulang istighfar dan taubat.
Ini bukan hipokrit, kerana hipokrit itu membenci kebaikan dari lubuk hati, sedang kita sebaliknya.
Jujurnya diri kita mahukan kebaikan dari-Nya walau sehalus apa pun ia..
Jangan putus asa..

#AllahuAkbar Pesan Sy. Soleh al-Fauzan, ‘Hak Allah tidak berakhir dengan berakhirnya Ramadhan!’. Allah kekal sebagai Tuhan pencipta. Kita kekal sebagai hamba-Nya yang dicipta. Teruskan kembara pengabdian hanya kepada-Nya. #SalamAidilFitri #BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
#SesiBssHariNi
[7.45pm] • Forty Hadith - Forbidance of Oppression at Zoom >> bit.ly/hadithnawawi.
[9.00mlm] • Hayati Erti Syukur di Youtube >> youtube.com/c/PERKIMClubIIUMGombak

😍 NABI SAW SUKA PUASA SUNAT! 😍 #PesanNabi
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ #BSS
“Dahulu RasululLah - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - sering berpuasa pada 9 hari awal bulan Zulhijjah, hari ‘Asyura (10 Muharram), 3 hari di setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan & hari khamis”
[HR Abu Dawud. Dinilai sahih oleh al-Albani]
Hikmah pesannya: Tampunglah kekurangan pada amal wajib dengan memperbanyak amal sunat. Andai berkelapangan, rebutlah peluang kelebihan berpuasa sunat sebagaimana ditunjukkan oleh RasululLah - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam -.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>

💪🏻 UJIAN INI REALISASI CINTA TUHAN! 💪🏻 #PesanNabi
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ، فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا، وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
“Hebatnya ganjaran berkadar langsung dengan hebatnya bala ujian menimpa. Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka. Siapa yang redha dengan ujian itu, maka dia mendapat redha Tuhan. Adapun siapa yang membencinya, dia akan mendapat murka Tuhan.”
[HR at-Tirmizi] #BSS
Hikmah pesannya: Semakin berat musibah menimpa, semakin hebat tawaran ganjaran-Nya. Demikian formula Tuhan, ia bukan sembarangan. Malah ia bukti utama kasih-Nya agar kita memperoleh rahmat-Nya di akhirat kelak. Dengan syarat: REDHA, SABAR & YAKIN dengan janji-Nya. Untungnya orang beriman.

Forwarded from UiTO Channel: Ustaz Emran Ahmad
Pilih antara Dua Kejahatan Kerajaan PN
1. Jika kerajaan PN secara sedar dan sengaja mengambil tindakan yang tidak cerdik, tidak serius dan tidak bersungguh-sungguh dalam menangani masalah covid-19 semata-mata demi untuk terus mengekalkan kuasa secara darurat maka mereka adalah golongan yang paling zalim, khianat dan fasik.
Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;
مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً ، يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ ، إِلاَّ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
"Tiada seseorang pun yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah kepimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.”
[HR. Al-Bukhari dan Muslim]
Setiap kematian rakyat kerana covid-19 maka dosanya adalah ditanggung oleh mereka.
Gaji mereka haram, elaun mereka haram. Hasil pendapatan mereka selama berkuasa secara zalim dan khianat ini adalah haram.
Mereka boleh dikenakan qisos dan takzir.
Daripada gaji PM dan Menteri sehingga timbalannya, daripada Setiausaha-setiausaha politik sehingga kepada seluruh pegawainya, penyokongnya dan mereka yang menjadi pengikutnya.
Kaedah fiqh menyatakan:
الإِعَانَةُ عَلَى المَعْصِيَةِ مَعْصِيَةٌ
"Menolong perbuatan maksiat juga adalah maksiat."
Gaji penulis media sosial yang membela kerajaan PN, lebai-lebai yang memakan duit GLC hasil kerjasama dengan Kerajaan PN yang telah menipu dan menzalimi rakyat juga turut haram
Dan mereka terpaksa menangung dosa membunuh, dosa menindas rakyat dan dosa zalim serta dosa khianat kepada rakyat.
2. Sekiranya Kerajaan PN memang bukan sengaja mahu menzalimi rakyat dengan kegagalan mengekang wabak Covid-19 serta tiada niat jahat kepada rakyat seperti sengaja mahu memanjangkan darurat dan menutup parlimen untuk mengekalkan kuasa.
Sebaliknya segala kelemahan yang berlaku pada kerajaan PN hari ini adalah semata-mata kerana mereka tidak kompeten, bodoh, tidak pandai mengurus tadbir tanpa ada tujuan dan niat buruk untuk mahu mengekalkan kuasa.
Maka mereka tetap berdosa kerana tidak memberikan amanah kepada rakyat yang berhak mendapatkan hak dan kerana tidak merujuk nasihat pakar-pakar yang ramai dalam kerajaan.
Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;
وَإنّهَا أَمَانَةٌ، وَإنّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إلاّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقّهَا وَأَدّى الّذِي عَلَيْهِ
"... Sesungguhnya hal ini (kepimpinan) adalah amanah, ia merupakan kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat, kecuali orang yang mengambilnya dengan haknya, dan menunaikannya (dengan sebaik-baiknya).” (HR Muslim).
Para ulama juga menyebut;
كل ذنب أصابه عبد فهو بجهالة
"Semua dosa yang dilakukan hamba itu adalah kerana kebodohan."
Kerajaan yang bodoh dan tidak pandai memimpin perlu meletakkan jawatan kerana mereka dilarang oleh syarak untuk memikul amanah.
Bahkan Allah melarang diserahkan harta benda kepada orang bodoh.
وَلا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ …
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya (bodoh) harta benda mereka…” (An-Nisa: 5).
Inikan pula kuasa politik dan kerajaan yang memerintah negara.
Akhir kata,
Kita menentang PN, bukan kerana nama dia PN. Kita menentang PN ialah kerana dia jahat atau bodoh dan merosakkan rakyat dan negara,
Sistem ekonomi kita rosak rakyat berjuta menganggur.
Sistem kesihatan kita rosak, rakyat ramai yang jatuh sakit.
Sistem pendidikan kita rosak, anak-anak kita ketinggalan dan tercicir.
Sistem agama kita rosak, ibadah banyak yang tidak boleh dilaksanakan.
Sistem moral kita rosak, rakyat sudah hilang hormat kepada pemimpin dan ramai yang menjadi gila di media sosial.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak yang gila kuasa sehingga merosakan negara dan masa depan rakyat semuanya.
اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنا وَأَعِذْنَا مِنْ شَرِّ أَنفُسِنَا
“Ya Allah! Ilhamkan kami kepada petunjuk dan selamatlah kami dari kejahatan jiwa kami.”

👨🏻⚕️ SERAHKAN URUSAN KEPADA AHLINYA! 👨🏻🏫 #PesanNabi
إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ
“Apabila diserahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan kepakarannya (dalam urusan itu), maka nantikanlah kedatangan kiamat!”
[HR al-Bukhari] #BSS
Hikmah pesannya: Berat amaran Nabi saw! Setiap urusan ada ahlinya. Bab perubatan, ahlinya ialah doktor. Bab agama, ahlinya ialah ilmuan sarjana agama. Nantikan kehancuran apabila kepakaran tidak diiktiraf, malah diberi kepada yang tidak ahli.
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا

⚗️ TUHAN MAHA TAHU, KITA SERBA TAK TAHU! ⚗️ #PesanTuhan
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلمُ السّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الغَيثَ وَيَعلَمُ ما فِي الأَرحامِ وَما تَدري نَفسٌ ماذا تَكسِبُ غَدًا وَما تَدري نَفسٌ بِأَيِّ أَرضٍ تَموتُ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ خَبيرٌ #BSS
“Allah sahajalah.. yang mengetahui (rahsia) hari kiamat, yang menurunkan hujan, & yang mengetahui hakikat isi di dalam rahim. (Hakikatnya) Tiada siapa yang tahu apa akan dia peroleh keesokan hari, dan di tanah mana dia akan meninggal. Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Maha Menyedari!”
[Luqman(31):34] #BSS
Ibrah kalam-Nya: Rahsia ketetapan-Nya itu tanda rahmat-Nya agar kita teguh beriman & berharap, sambil patuh & akur mentaati perintah, menjauhi larangan-Nya. Meyakini adil balasan-Nya bagi setiap tindakan kita di dunia. Sibuklah mempersiap diri, bukan sibuk membongkar rahsia ghaib-Nya, kerana itu usaha yang sia-sia!

Akhirnya kau akan tahu
Bukan soal siapa yang paling alim, tetapi siapa yang mampu menolak jawatan dan tidak goyah dengan godaan kuasa.
Bukan siapa yang paling terkenal dan kelihatan hebat tetapi siapa yang mampu menahan diri daripada perkara yang haram dan tidak tergoda oleh wang dan ringgit.
Bukan soal siapa yang paling banyak pengikut dan pengiktirafan tetapi siapa yang mampu mengawal diri terhadap wanita dan fitnah dunia.
Akhirnya kau tahu.
Bukan sebab dia ustaz atau Dr, bukan sebab dia belajar luar negara atau tempatan.
Bukan sebab dia anak tok guru atau tukang cuci.
Bukan sebab dia bergaji tinggi atau berkarisma.
Tetapi sebab dia ikhlas dan jujur mengikuti agama.
Akhirnya kau tahu, hanya iman dan taqwa itulah penyelamat.
Itulah yang menyelamatkan wanita daripada diraba ustaz atau ditipu.
Itulah yang menyelamatkan umat daripada dusta dan khurafat, sesat dan khianat.
Iman dan taqwa, kejujuran dan keikhlasan.
Ianya tidak diajar di universiti.
Ianya tiada dalam silibus madrasah atau sekolah.
Ianya rezeki Allah pada yang diberkati.
Hidayah petunjuk pada yang diredhai.
Ketika orang lain berlumba-lumba mengejar untung mudah, dia bersusah payah mencari halal dan berkah.
Ketika orang lain menjamu syahwat dan nafsu amarah, dia bertaubat dan menjauhkan diri.
Ketika orang lain sibuk mengangkat diri, dia berusaha mencari ikhlas dan menyembunyikan diri.
Itu, itulah yang patut kau cari sebagai guru dan sebagai peneman diri, sebagai pemimpin agama dan sebagai panduan di dunia.
Orang yang telah lulus diuji Allah seperti Nabi Ibrahim alaihisalam.
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menyempurnakannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia." (Al-Baqarah: 124)
Diangkat seseorang itu menjadi Imam dan pemimpin hanya setelah dia lulus ujian...Bukan sebelumnya!
قُلْ إِنَّ الْهُدَىٰ هُدَى اللَّهِ

🗣 INSAN BERALASAN DIKECAM TUHAN 🗣 #PesanTuhan
وَلَقَد صَرَّفنا في هذَا القُرآنِ لِلنّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍ وَكانَ الإِنسانُ أَكثَرَ شَيءٍ جَدَلًا
“Kami variasikan (gaya peringatan) di dalam al-Quran ini pada setiap perumpamaan, untuk semua orang. Namun insan ini sangat banyak membantah (beralasan, tidak akur & patuh).”
[al-Kahf(18):54] #BSS
Ibrah kalam-Nya: Mesej al-Quran itu jelas & tuntas. Malah Allah raikan fitrah insan mudah bosan, dengan variasi contoh & perumpamaan. Namun begitu, ada yang terus buta memenang ego, suka beralasan & membantah apa yang jelas dari Tuhan. Jauhi sikap ini!