Telegram Web Link
Forwarded from #BroSyariefShares
#RenunganBSS 1 Ramadhan disambut dengan masuknya waktu Maghrib lalu kita DIRIKAN SOLAT.

Begitu juga keesokan pagi bila kita mula berpuasa dengan masuknya waktu Subuh, lalu KITA SOLAT.

Diteruskan dengan tibanya waktu Maghrib pada hari esok, kita pun berbuka & sekali lagi MENUNAIKAN SOLAT.

Demikian seharian kita mengabdikan diri kepada-Nya di antara ruang-ruang waktu solat fardhu.

Jangan sekali-kali sengaja mengabaikan solat fardhu. Usahalah hadir berjemaah di masjid. 5 waktu sehari semalam.
__
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
๐Ÿ›ฃ KENAPA KE JALAN, TAK KE DESTINASI? ๐Ÿ›ฃ

#NotaTadabburBSS (090521) 120422

Bila kita memohon petunjuk, kita minta petunjuk ke JALAN yang lurus.

๏ดฟุงู‡ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตู‘ูุฑุงุทูŽ ุงู„ู…ูุณุชูŽู‚ูŠู…ูŽ๏ดพ [ุงู„ูุงุชุญุฉ: ูฆ]

Bila kita nak mengajak & menyeru, kita dipesan ajak ke JALAN Tuhanmu.

๏ดฟุงุฏุนู ุฅูู„ู‰ ุณูŽุจูŠู„ู ุฑูŽุจู‘ููƒูŽ๏ดพ [ุงู„ู†ุญู„: ูกูขูฅ]

Bila Allah war-warkan tentang agama ini, katanya: Inilah JALAN-KU.

‎๏ดฟูˆูŽุฃูŽู†ู‘ูŽ ู‡ุฐุง ุตูุฑุงุทูŠ ู…ูุณุชูŽู‚ูŠู…ู‹ุง๏ดพ [ุงู„ุฃู†ุนุงู…: ูกูฅูฃ]

Bila Allah suruh berjuang, ditekankan ianya perjuangan di JALAN Allah.

‎๏ดฟูˆูŽู‚ุงุชูู„ูˆุง ููŠ ุณูŽุจูŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู๏ดพ [ุงู„ุจู‚ุฑุฉ: ูขูคูค]

Cuba renungkan.

Andai kita nak ajak seseorang, pastilah fokus ajakan untuk ke lokasi, bukan ke JALAN.

Contohnya: A mengajak B dengan menyebut lokasi, โ€˜Jom ke Melawati Mall!โ€™. Pelik kalau dia mengajak, โ€˜Jom ke MRR2!โ€™

MRR2 adalah jalan. Apa faedah mengajak ke JALAN? Yang utama ialah nak ke mana destinasi yang dituju.

Tapi Allah menyebutkan di dalam ayat-ayat di atas dengan fokus kepada JALAN, bukan LOKASI TUJUAN.

Kenapa tidak sebutkan sahaja destinasinya yang menjadi matlamat kita semua iaitu ke syurga-Nya?

Sampai atau tidak ke destinasi, itu tertakluk pada ketetapan-Nya. Tugas kita ialah usaha BERJALAN di JALAN-NYA.

Ringkasnya, kita dituntut untuk berdoa, beribadah, mengajak ke JALAN-NYA yang jelas & tulus.

Sebuah jalan tidak akan dinilai & berfungsi sebagai JALAN, melainkan kita BERJALAN padanya.

Apabila kita berada di atas JALAN, maka segalanya kembali kepada usaha diri kita untuk terus mara di atas jalan tersebut.

Apa pun caranya. Lambat atau cepat. Merangkak atau berlari. Naik kereta atau basikal. Bersendiri atau beramai-ramai.

Yang penting kita terus mara ke depan di atas JALAN yang lurus ini. Walau terjatuh & terpesong berapa kali pun.

Matlamat penting kita agar terus berusaha kekal di atas JALAN ini, bukan sibuk memikirkan hasil destinasi.

Menjadi ahli ibadah, walau tak ditemui ketenangan dan khusyuk, kita tetap terus beribadah, agar kita terus berJALAN.

Menjadi penuntut ilmu, walau tak faham & lemah penguasaan, kita tetap terus belajar mencari ilmu, agar kita terus berJALAN.

Menjadi pendakwah, walau tiada tanda difahami & bukti penerimaan, kita tetap terus mengajak, agar kita terus berJALAN.

Bila memanjatkan doa, walau kelihatan tidak terjawab sekian lama, kita tetap terus berdoa, agar kita terus berJALAN.

Demikian hikmah penegasan kenapa JALAN yang disebutkan, bukan lokasi atau destinasi akhirnya.

Agar kita terus BERJALAN.

Usahalah untuk terus berjalan di JALAN-NYA, walau puluhan malah ratusan kali kita terjatuh atau terlalai menyimpang.

Yang pasti, kita terus BERUSAHA untuk kembali & meneruskan perjalanan di JALAN yang lurus ini!

ูˆูŽุฃูŽู† ู„ูŽูŠุณูŽ ู„ูู„ุฅูู†ุณุงู†ู ุฅูู„ู‘ุง ู…ุง ุณูŽุนู‰ ูˆูŽุฃูŽู†ู‘ูŽ ุณูŽุนูŠูŽู‡ู ุณูŽูˆููŽ ูŠูุฑู‰

โ€œ(Ganjaran) Bagi seseorang insan itu adalah dari USAHANYA sendiri, dan usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kembali kepadanya di akhirat)โ€

[an-Najm(53):39-40]

Ingat! Nilai sebenar pada USAHA untuk KEMBALI & KEKAL BERJALAN DI JALAN YANG LURUS ini.

Selamat meneruskan PERJALANAN di JALAN ini untuk masa yang berbaki..
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
HEBATNYA SERUAN โ€˜QUM FA-ANZIR!โ€™ โ€ข ู‚ูู… ููŽุฃูŽู†ุฐูุฑ โ€ข

#FaedahSesiBSS #NotaTerjemahanBSS

Syaikh al-Mubarakfuri menyebutkan nilai tadabbur hebat ketika membincangkan tentang penurunan wahyu ke-2 selepas tempoh senggang wahyu (ูุชุฑุฉ ุงู„ูˆุญูŠ) - revelation gap -.

‎๏ดฟูŠุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู…ูุฏู‘ูŽุซู‘ูุฑู โ€ข ู‚ูู… ููŽุฃูŽู†ุฐูุฑ โ€ข ูˆูŽุฑูŽุจู‘ูŽูƒูŽ ููŽูƒูŽุจู‘ูุฑ โ€ข ูˆูŽุซููŠุงุจูŽูƒูŽ ููŽุทูŽู‡ู‘ูุฑ โ€ข ูˆูŽุงู„ุฑู‘ูุฌุฒูŽ ููŽุงู‡ุฌูุฑ โ€ข ูˆูŽู„ุง ุชูŽู…ู†ูู† ุชูŽุณุชูŽูƒุซูุฑู๏ดพ

โ€œWahai orang yang sedang berselimut, bangkit dan berikan amaran! Besarkan Tuhanmu! Sucikan pakaianmu! Jauhilah segala kotoran itu! Jangan engkau memberi untuk mendapat lebih banyak.โ€

[al-Muddaththir(74):1-6] #BSS

Beliau menyebutkan, โ€˜Permulaan ayat-ayat ini merangkum seruan agung - dengan nada yang kuat lagi tinggi - akan pemberian mandat kepada Nabi saw dengan urusan dakwah yang mulia ini, sambil menariknya dari keselesaan tidur & hangatnya berselimut; kepada jihad, perjuangan dan kesusahan.

โ€œWahai orang yang sedang berselimut, bangkit dan berilah amaran!โ€ (74:2)

Seolah-olah dikatakan suatu pesanan kepadanya:

โ€˜Orang yang hidup semata-mata untuk dirinya, dia akan terpedaya dengan kehidupan yang tenang selalu.

Adapun engkau yang menanggung tanggungjawab yang besar ini.. apa kaitan tidur dengan dirimu? Apa hubungan rehat denganmu? Apa ertinya tilam yang hangat untukmu? Kehidupan yang tenang? Kelengkapan yang selesa?

Bangunlah! Waktu tidur dan berehat telah habis. Bermula hari ni yang ada hanyalah engkau bersengkang mata berterusan. Jihad yang perit berpanjangan. Bangkit bersiaplah untuk urusan ini! Bersedialah!

Ia merupakan kata-kata yang berat dan mengerikan. Ia menarik baginda saw dari kehangatan tilamnya di rumah yang selesa, terlindung dengan hangatnya; lalu membawanya berdepan dengan semua orang, menghadapi keributan & kesulitan; sama ada pada emosi semua & realiti kehidupan.. sama sahaja.

RasululLah saw pun bangkit.. malah baginda berterusan bangkit selepas itu selama lebih 20 tahun. Tidak pernah berehat. Tidak pernah bertenang. Dia tidak pernah hidup untuk dirinya atau keluarganya.

Dia bangkit dan berterusan bangkit di atas jalan dakwah kepada Allah, sambil memikul di bahunya beban berat yang berlebihan yang tak pernah membuat dia tersungkur.

Beban amanah yang terbesar di atas muka bumi ini. Beban seluruh kemanusiaan. Beban seluruh keyakinan. Beban tanggungjawab dan jihad di pelbagai lapangan.

Dia hidup di medan perjuangan yang berterusan lebih dari 20 tahun, tanpa terlalaikan dek urusan apa pun sepanjang tempoh tersebut, bermula dari dia mendengar seruan yang agung itu lalu menerima beban tugasan yang mengerikan ini.

Semoga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran kerana jasanya kepada kita dan seluruh kemanusiaan.

Apa yang ditulis sesudah ini hanyalah gambaran ringkas terhadap jihad yang berat lagi berpanjangan yang ditempuhi oleh Rasulullah saw sepanjang tempoh itu.

[ar-Rahiq al-Makhtum]
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุงู‹
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Tersebar tulisan yang mendakwa sesuatu hadith yang Dhaif hatta Dhaif Jiddan sekiranya ia diterima dan di amalkan ramai ahli ilmu maka hadith tersebut bertukar darjat Sahih bahkan boleh mencapai darjat mutawatir, kenyataan ini tidak benar dan ia menyalahi metod ahli hadith dalam tashih dan tadโ€™if. Saya kira penulis keliru antara tashih hadith (penilaian Sahih) dan juga qabul hadith (penerimaan hadith dalam amalan).

Seperti yang saya pernah tegaskan, amali fiqh lebih luas daripada tashih dan tadโ€™if, ini kerana sumber fiqh bukan hanya hadith, sebaliknya merangkumi nas al-Quran, Ijmaโ€™, amalan sahabat , qias. Sesuatu hadith yang Dhaif bukan semestinya tiada amalan fiqh, begitu juga sesuatu hadith yang Sahih boleh tertolak kerana ia telah mansuh hukumnya.

Perkara asas dalam tashih hadith ialah sesuatu hadith yang dinilai Sahih perlulah menepati lima syarat iaitu:

1- Bersambung sanad
2- Para rawi yang adil
3- Para rawi yang dhabit
4- tiada kesilapan (iaitu tidak syaz, munkar)
5- tiada โ€˜illah (kecacatan tersembunyi)

Ini adalah syarat-syarat yang disepakati ahli hadith dalam tashih dan tadโ€™if. Namun di sana terdapat kelompok - ahli kalam atau ulama usul - yang menjadikan kaedah-kaedah lain dalam tashih, dan kedah-kaedah tersebut adalah tertolak.

Syaikh Zakaria bin Ghulam Qadir al-Bakistani dalam bukunya Usul al-Fiqh โ€˜ala Manhaj Ahl al-Hadith menyatakan beberapa kedah yang tertolak dalam tashih hadith, iaitu:

1- Mensahihkan hadith dengan makna intipati teks hadith

Tidak dinafikan bahawa sememangnya terdapat hadith-hadith Dhaif akan tetapi makna intipati teksnya benar dan diamalkan fiqhnya, tetapi ini tidak bermakna hadith itu Sahih, ia tetap Dhaif dan tidak boleh disandarkan kepada Nabi SAW. Semua kata Nabi adalah benar, namum bukan semua kata yang benar itu dari Nabi.

2- Mensahihkan hadith dengan tajribah

Tajribah atau testimoni orang soleh atas sesuatu amalan, hadith tidak boleh di nilai Sahih dengan tajribah kerana tashih memerlukan sanad.

3- Mensahihkan hadith dengan kasyaf

Kasyaf tidak boleh digunakan dalam tashih hadith. Apalah guna jihad ulama hadith dalam jarh dan taโ€™dil serta penilaian sanad sekiranya tashih diterima dengan kasyaf!

4- Mensahihkan hadith kerana amalannya diterima ulama secara meluas (ุชู„ู‚ุงู‡ ุงู„ุนู„ู…ุงุก ุจุงู„ู‚ุจูˆู„)

Mereka yang mendakwa begini biasanya menukilkan kata al-Imam al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi:

ูŠุญูƒู… ู„ู„ุญุฏูŠุซ ุจุงู„ุตุญุฉ ุงุฐุง ุชู„ู‚ุงู‡ ุงู„ู†ุงุณ ุจุงู„ู‚ุจูˆู„ ูˆุงู† ู„ู… ูŠูƒู† ู„ู‡ ุงุณู†ุงุฏ ุตุญูŠุญ

โ€œDihukum bagi hadith dengan Sahih apabila ianya diterima manusia secara meluas walaupun tiada sanad yang Sahihโ€

Kata al-Imam al-Suyuti ini tidak pantas difahami secara zahir, kerana ianya menyalahi kaedah ahli hadith dalam tashih, sebaliknya apa yang dimaksudkan al-Suyuti adalah hukum bagi matan hadith itu Sahih dan ia diamalkan fuqahaโ€™ fiqhnya, walaupun isnadnya Dhaif.

Menurut Syaikh Zakaria bin Ghulam Qadir al-Bakistani, hadith-hadith Dhaif yang diterima fuqahaโ€™ secara meluas ini terbahagi dua keadaan;

Keadaan pertama: intipati hadith yang Dhaif itu baginya ijmaโ€™ ulama, maka diterima hukum dan amalannya disebabkan ijmaโ€™ ulama atas intipatinya, hadith tersebut tetap tidak boleh disandarkan kepada Nabi;

Antara contoh dalam hal ini ialah hadith tidak najis air selagi tidak berubah bau, warna dan rasa, hadith disepakati Dhaif namun intipatinya diamalkan ulama secara meluas kerana ijmaโ€™, begitu juga hadith tiada wasiat kepada ahli waris.

Keadaan kedua: sesuatu hadith dhaif itu didakwa diterima secara meluas kerana terdapat kenyataan sebahagian aimmah yang menerimanya, sedangkan yang lain tidak memberi komentar. Hadith yang begini sebenarnya tidak tepat disebut diterima ulama secara meluas kerana diammya seseorang bukan bermaksud membenarkan, dan ini kaedah usul yang masyhur.

Syaikhuna Dr. Maher Yasin al-Fahl dalam bukunya Athar โ€˜ilal al-hadith selepas membincangkan secara panjang bab hadith-hadith Dhaif yang diamalkan fiqhnya oleh fuqaha, membuat kesimpulan katanya:
ูŠู†ุจุบูŠ ุงู„ุชูุฑูŠู‚ ุจูŠู† ุงู„ุญูƒู… ุจุตุญุฉ ุงู„ุญุฏูŠุซ ูˆ ุจูŠู† ู‚ุจูˆู„ู‡ ูˆ ุงู„ุนู…ู„ ุจู‡ ุ› ูˆ ุฐู„ูƒ ุฃู† ุงู„ุชุตุญูŠุญ ุนู„ู‰ ู…ู‚ุชุถู‰ ุงู„ุตู†ุงุนุฉ ุงู„ุญุฏูŠุซูŠุฉ ุดูŠุก ูˆ ู‚ุจูˆู„ ุงู„ุญุฏูŠุซ ุดูŠุก ุขุฎุฑ ุŒ ูุงุฐุง ูˆุฌุฏ ุญุฏูŠุซ ู…ุซู„ ู‡ุฐุง ูู‡ูˆ ู…ู‚ุจูˆู„ ูŠุนู…ู„ ุจู‡ ู„ูƒู†ู‡ ู„ุง ูŠุณู…ู‰ ุตุญูŠุญุง

โ€œPerlu dibezakan antara hukuman Sahih hadith dengan Maqbul hadith yang menjadi amal dalam fiqh, Tashih adalah satu perkara manakala maqbulnya hadith sebagai amalan fiqh adalah satu perkara lain, kerana itu adanya hadith yang maqbul diterima dan diamalkan tetapi tidaklah ia dinamakan sebagai Sahihโ€

Allah Maha Mengetahui

Dr. Muhammad Fathi
18 Ramadhan 1443H
Kuala Lumpur; 0232H
#SilsilahShahihah: Hadits 1: Masa depan Islam

Tidak lenyap malam dan siang sehingga Al-Lata dan Al-Uzza telah disembah. Aku (Aโ€™isyah) bertanya: Ya Rasulullah! Aku kira hal ini ketika Allah menurunkan ayat: โ€œSesungguhnya Dia yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang haq, untuk dimenangkan atas agama-agama lain, walaupun dibenci oleh golongan musyrikin [surah At-Taubah ayat 33, dan surah Ash-Shaff ayat 9], hal ini telah sempurna. Jawab baginda: Hal ini akan terjadi pada saat yang diizinkan oleh Allah.

ู„ุง ูŠุฐู‡ุจู ุงู„ู„ูŠู„ู ูˆุงู„ู†ู‡ุงุฑู ุญุชูŽู‘ู‰ ุชุนุจุฏูŽ ุงู„ู„ุงุชู ูˆุงู„ุนุฒูŽู‘ู‰ . ูู‚ู„ุช ุนุงุฆุดุฉ : ูŠุง ุฑุณูˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ! ุฅู†ู’ ูƒู†ุชู ู„ุฃุธู†ูู‘ ุญูŠู†ูŽ ุฃู†ุฒู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู : { ู‡ููˆูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ุฃูŽุฑู’ุณูŽู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽู‡ู ุจูุงู„ู’ู‡ูุฏูŽู‰ ูˆูŽุฏููŠู†ู ุงู„ู’ุญูŽู‚ูู‘ ู„ููŠูุธู’ู‡ูุฑูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู ูƒูู„ูู‘ู‡ู ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ูƒูŽุฑูู‡ูŽ ุงู„ู’ู…ูุดู’ุฑููƒููˆู†ูŽ } [ 9 / ุงู„ุชูˆุจุฉ / 33 ] ูˆ[ 61 / ุงู„ุตู / 9 ] ุฃู†ูŽู‘ ุฐู„ูƒูŽ ุชุงู…ู‹ู‘ุง ู‚ุงู„ : ุฅู†ูŽู‘ู‡ู ุณูŠูƒูˆู†ู ู…ูู†ู’ ุฐู„ูƒูŽ ู…ุง ุดุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ู

Diriwayatkan oleh Muslim (2907).
Forwarded from #BroSyariefShares
#BanyaklahBerdoa

Ibn Rejab menukilkan kisah seorang lelaki di Basrah yang bisu selama 30 tahun.

Diapun berdoa pada malam ke-27 (bulan Ramadhan).

Lalu dia cuba menggerakkan lidahnya & dia dapat berbicara.

[Lathoif al-Maโ€™arif]
__
#BroSyariefShares
Allah SWT berfirman dalam QS 39 : 54

ูˆูŽุงูŽู†ููŠู’ุจููˆู’ู“ุง ุงูู„ูฐู‰ ุฑูŽุจู‘ููƒูู…ู’ ูˆูŽุงูŽุณู’ู„ูู…ููˆู’ุง ู„ูŽู‡ู— ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ู ุงูŽู†ู’ ูŠู‘ูŽุฃู’ุชููŠูŽูƒูู…ู ุงู„ู’ุนูŽุฐูŽุงุจู ุซูู…ู‘ูŽ ู„ูŽุง ุชูู†ู’ุตูŽุฑููˆู’ู†ูŽ

Terjemah Kemenag RI:
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.


ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡
Tazkirah bil Quran 10 minit.
9 Syawal.
750 pagi.

"Dan ingatkanlah dengan Al-Qur'an."

https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡
Tazkirah bil Quran 10 minit.
15 Syawal.
Isnin.
750 pagi.

Tazkirah setiap hari via Google Meet.

"Dan ingatkanlah dengan Al-Qur'an."


https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡
Tazkirah bil Quran 10 minit.
21 Syawal.
Ahad

Banyakkan tasbih, tahmid, istighfar dan selawat.

750 pagi.

Tazkirah setiap hari via Google Meet.

"Dan ingatkanlah dengan Al-Qur'an."


https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
Forwarded from #BroSyariefShares
To choose your words & care about peopleโ€™s feelings is not hypocrisy, itโ€™s courtesy..
__
#BeHonestToAllah1st
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
โฌ†๏ธ DI HARI JUMAAT BANYAKLAH BERSELAWAT โฌ†๏ธ #PesanNabi

‎ุฅูู†ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ููƒูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ูุนูŽุฉู ููŽุฃูŽูƒู’ุซูุฑููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ู‘ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ูููŠู‡ู ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุตูŽู„ุงูŽุชูŽูƒูู…ู’ ู…ูŽุนู’ุฑููˆุถูŽุฉูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ู‘ูŽ #BSS

โ€œAntara hari-hari kalian yang paling utama (kelebihannya) ialah hari Jumaat. Banyaklah berselawat kepadaku padanya, kerana selawat kalian akan dipamerkan kepadaku!โ€œ

[HR Abu Dawud] #BSS

Hikmah pesannya: Perbanyakkan berselawat di penghulu hari, Jumaat. Semakin banyak selawat dibaca, semakin banyak ia dipamerkan & diterima oleh Nabi kita - sallalLaahu โ€˜alaihi wa sallam -, semakin hampir kedudukan kita dengannya di akhirat nanti.
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุฅู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุง
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
Forwarded from #BroSyariefShares
#FaedahSesiBSS Ibn Rejab (w.795H) di hujung perbincangan kelebihan bulan Zulkaedah, mendendangkan bait ini, katanya:

Wahai engkau yang berulang alik dalam kelalaian,
Sampai bilakah engkau kan terus menyenangi keburukan?

Sampai bila lagi? Engkau tidak takutkah kedudukan..
di mana Allah akan menuntut seluruh anggotamu berbicara?

Aduhai betapa peliknya engkau ketika mampu menyedari,
bagaimana engkau boleh mengelak jalan yang jelas?

Bagaimana engkau boleh redha menjadi orang yang rugi..
pada hari orang yang beruntung (kerana taat) akan berjaya?

[Lathoif al-Maโ€™arif] #BSS

Faedah:

Jangan pernah tunduk pada bisikan pasrah konon kita ditakdirkan buruk & jahat.

Takutlah kelak Allah akan jadikan seluruh tubuh akan bersaksi menentang kita.

Sedangkan jalan kebenaran itu jelas untuk kita ikuti & turuti.

Jangan tunggu untuk menyesal di hari yang tiada peluang kembali.
__
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
#FaedahSesiBSS #NotaTerjemahanBSS

Pesan Ibn Rejab - rahimahulLaah - (w.795H) di hujung peringatannya tentang keutamaan 10 awal Zulhijjah:

ุงู„ู…ุจุงุฏุฑุฉ ุงู„ู…ุจุงุฏุฑุฉ ุจุงู„ุนู…ู„

Segeralah! Segeralah beramal!

ูˆุงู„ุนุฌู„ ุงู„ุนุฌู„ ู‚ุจู„ ู‡ุฌูˆู… ุงู„ุฃุฌู„

Cepatlah! Cepatlah sebelum datangnya ajal!

ู‚ุจู„ ุฃู† ูŠู†ุฏู… ุงู„ู…ูุฑุท ุนู„ู‰ ู…ุง ูุนู„

Sebelum menyesalnya orang yang lalai kerana apa yang telah dia lakukan.

ู‚ุจู„ ุฃู† ูŠุณุฃู„ ุงู„ุฑุฌุนุฉ ููŠุนู…ู„ ุตุงู„ุญุง ูู„ุง ูŠุฌุงุจ ุฅู„ู‰ ู…ุง ุณุฃู„

Sebelum (nanti di akhirat) dia merayu untuk dihantar pulang (ke dunia), lalu hampa.

ู‚ุจู„ ุฃู† ูŠุญูˆู„ ุงู„ู…ูˆุช ุจูŠู† ุงู„ู…ุคู…ู„ ูˆุจู„ูˆุบ ุงู„ุฃู…ู„

Sebelum datang kematian menghalang si pendamba dari mencapai impiannya.

ู‚ุจู„ ุฃู† ูŠุตูŠุฑ ุงู„ู…ุฑุก ู…ุฑุชู‡ู†ุง ููŠ ุญูุฑุชู‡ ุจู…ุง ู‚ุฏู… ู…ู† ุนู…ู„.

Sebelum seseorang itu di kuburnya hanya mampu menggadaikan amal seberapa adanya.

ู„ูŠุณ ู„ู„ู…ูŠุช ููŠ ู‚ุจุฑู‡ ## ูุทุฑ ูˆู„ุง ุฃุถุญู‰ ูˆู„ุง ุนุดุฑ

Tiada lagi bagi yang dah pergi itu di kuburnya..

## ..peluang berbuka, berkorban, & beramal 10 hari awal Zulhijjah.

ู†ุงุก ุนู† ุงู„ุฃู‡ู„ ุนู„ู‰ ู‚ุฑุจู‡ ## ูƒุฐุงูƒ ู…ู† ู…ุณูƒู†ู‡ ุงู„ู‚ุจุฑ

Dia jauh dari keluarganya walau jasadnya dekat.

## Demikianlah bagi orang yang kediamannya adalah kubur.


[Lathoif al-Maโ€™arif]
__
#BroSyariefShares
#ุตุญุญ_ู„ูŠ_ุงู†_ูƒู†ุช_ู…ุฎุทุฆุง
<<www.tg-me.com/brosyariefshares>>
2025/07/09 20:07:42
Back to Top
HTML Embed Code: