Telegram Web Link
Forwarded from Fb: Nnur Atiqah
cikgu kalau dia cakap saya dah ada 111 FTR camne tu?
Forwarded from NORA YUSOF (FTR)
Boleh dapatkan ebook 61 RKR ni. Sebab tajuk-tajuk 61 RKR ni adalah kombinasi 15 RAR, 17FTR, 21 RDR dan 8 tajuk baru 121FTR.

Buku 111 FTR banyak yang takda kombinasi tajuk dari buku2 mini atas tu. So rugi kalau dia tak grab buku 61 RKR.


Lepas tu tempek lah dekat dia grafik senarai tajuk tu
Forwarded from NORA YUSOF (FTR)
Lagi pun versi ebook ni lebih menarik. Boleh baca secara online. Fully coloured.
Forwarded from NORA YUSOF (FTR)
Ataupun bg je dkt dia link testi ftr terus. Semua ada dalam tu
Forwarded from NORA YUSOF (FTR)
Value kepercayaan kastemer akan meningkat bila dia tgk testi
Forwarded from NORA YUSOF (FTR)
Tempek je jugak gambaran ebook yang cikgu snapshot tu.
Cikgu paling takut apa tau.

Kalau dengan ilmu lah. Ilmu sape2 pun lah.

Cikgu paling takut dengan ilmu itu bila ia hilang berkat.

Apa sahaja ilmu lah.

Bila saat kita tak hargai ilmu tu. Buku apa2 sahaja lah apatah lagi buku dari alim ulama yang tulis.

Paling tak berani nak kata ilmu tu apa2. Sebab keberkatan tu lah. Kalau hilang keberkatan tu. Habislah. Tak kisahlah belajar dengan sape2 pun.

Yang dicari tu keberkatan. Buku apa sahaja lah kalau cikgu beli. Nak letak buku tu pun mesti kena letak dengan baik macam kita pegang quran.

Begitulah adab alim ulama dengan ILMU. Terutamanya imam as syafie.


Berkat ni tak nampak tapi boleh dirasa dan ada tanda2 dia. Boleh tengok pada diri kita sama ada hidup kita berkat atau tidak. Kalau nak tahu hidup kita ni berkat atau tak. Kita makin dekat dengan Allah ke jauh dari Allah. Lagi satu dengan ILMU. 😬

20 MEI 2020
Ramai orang bukan masalah duit pun.
.
Tapi masalah keyakinan, kepercayaan dan kebergantungan dia kepada Rezeki itu hak milik Allah.
.
Ramai orang punya masalah hati. Kalau takda duit pun tapi bila ada Allah, jiwa pasti tenang, sabar dan syukur. Allah pasti tambah lagi. 😇
.
Takda duit. Tak rasa risau. Rasa tenang. Rasa bahagia. Yakin. Yang difokuskan hanyalah bertakwa iaitu melaksanakan perintah Allah amar makruf nahi mungkar.
.
Berapa ramai suami isteri bergaduh pasal duit. Pasal kewangan. Asbab bercerai. Hanya sebab takda ilmu rumah tangga yang betul. Pendek kata, ilmu dalaman diri betulkan jiwa. Dalam hati kalau dua-dua bawa Allah, pasti rumah tangga tu aman walaupun diuji dengan masalah kewangan. Rezeki yang berkat itu cukup.
.
Manusia ni nak ketenangan dan kebahagiaan je sebenarnya. Inilah rezeki yang dicari. Bila dalam hati ada Allah hati akan tenang dan bahagia. Kerana Allah lah sumber kebahagiaan dan ketenangan. Bukannya makhluk. Jadi letakkan hati kita ditempat yang betul. Pasti kita akan bahagia dan tenang.
.
Kalau dengan adanya benda lain contoh macam duit, baru hati kita tenang itu kena double cek. Bersedekah hati tak tenang. Gigil dan takut nak memberi. Takut rasa tak cukup. Tidak mahu doakan orang lain lebih. Takut orang lain dapat lebih. Itu tanda hati kita berpenyakit dan berperasangka.
.
Rasa tamak. Rasa iri. Kalau orang yang betul2 ikhlas. Mereka takkan ada rasa ini semua. Itu baru ikhlas namanya. Hanya kerana Allah. Ikhlas ni hanya kerana Allah. Bukan kerana mengharapkan balasan. Bukan kerana manusia dll. Hanya kerana Allah. Itulah ikhlas.
.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FTRExclusive.
Kejayaan boleh berjangkit. Sebab tu pembakaran penting. Supaya semua setting mindset yang betul. Orang lain boleh. Aku pun boleh. So settkan mindset positif. Kita akan menarik apa kita fikir. Sebab Allah itu mengikut sangkaan hambanya. Apa kita fikir dengan apa dalam hati kita mesti selari.

Contoh kepala kita fikir nak bayar zakat rm100 dengan bisness FTR ni.
.
Tapi dalam hati ragu2 tak tahu nak bayar macam mana sebab sales tak masuk.

Dalam hati mesti kena yakin Allah ada. ALLAH pasti bantu niat murni aku nak bayar zakat Rm100. Sebab yang bagi rezeki tu Allah kan. Apa nak risau.
.
Jangan buat kerja tuhan yang bagi hasil dan rezeki.
.
Kerja aku hanya berusaha. Berusaha tanpa henti. Tanpa nanti. Tanpa tapi.
.
Usaha ni bukan buat marketing je. Tapi usaha yang seiring iaitu.

80% marketing langit. =
Betulkan niat dulu. Syukur dulu.
1)Istighfar 100-1000 kali
2)Selawat 100-1000 kali
3)Doa (mintak macam cikgu ajar tu) mintak Allah datangkan kastemer yang baik2 dan mudah berurusan.
4) baca ya razzak dan ya wahhab banyak 300 kali
5) jaga solat

Marketing Bumi 20%=
1) iklan
2) copywriting, video, target prospek sharing dll
3) closing
4) follow up database.
(ni semua bahan FTR dah sediakan)

Modal malas atau rajin je nak buat.
Modal ikhlas atau komplain je nak buat kerana Allah atau mengharapkan balasan?

Jadilah orang yang sentiasa Bersyukur.
.
Nora Yusof
PenulisFTR
23 MEI 2020
Satu perkara paling penting yang perlu ada kalau kita nak berjaya.
.
Whats that?
.
Its call 'BELIEVE' - means percaya.
.
Percaya kepada apa?
.
Percaya pada diri sendiri yang paling utama.
.
Percaya kepada ALLAH. Perkataan lain kita panggil 'YAKIN'
.
If you have your believes. Then nothing can stop you. 😊
.
Ramai orang gagal sebab mereka tak bina 'believe' dalam hati dan mindset diorang. Sebab tulah punca utama sebenar kenapa ramai orang gagal mereka gagal. They dont have believe in what they are doing. Maybe half. Tak strong.
.
Full of believe is the key for your goals and succeed.
.
Thats the first thing that cikgu always pegang masa mula2 dulu di saat tiada siapa yang percaya impian nak jadi jutawan. After eight years it became reality. Believe is the driver to our succeed. Orang lain tak percaya takpa. But if you tak percaya pada diri sendiri apatah lagi tak yakin dengan Allah itulah kegagalan hidup you. Gagal untuk percaya yang you boleh berjaya.
.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
PERINGATAN‼️

Semua Sharing COPYWRITING Energy Booster untuk Team FTR Tidak Dibenarkan Untuk Siaran Umum atau Di Post Ke Media Sosial.

Ia khas Untuk Kegunaan Team FTR Sahaja. Mohon Jaga Keberkatan dan Adab Berguru.

Terima Kasih

Team Sales Marketing HQ FTR
AGEN LOMPAT PRODUK.
AGEN LOMPAT LEADER.
AGEN LOMPAT FOUNDER.
.
.
Huhu tajuk NY pagi ni nak cerita sikit pasal masalah yang satu ni.
.
Ketiga-tiga isu ni berlaku dalam hidup ramai orang termasuklah NY.
.
Tanya NY dari side founder lah. NY sebagai founder ada lebih 2000++ agen termasuk stokis. Sepanjang NY berbisness ramai yang keluar masuk ikut suka hati dia walaupun ada agreement bagai. Tak kurang yang jenis biadap pun ramai. Yang tabur fitnah pun ramai.
.
Kami para founder ni nakkan yang terbaik untuk team. Ada antara agen FTR ni juga merupakan agen-agen kepada produk lain. Kami antara founder tak pernah bergaduh atau berebut agen ke apa. Founder semua adalah rakan baik NY sendiri. NY bagi contohlah. Founder MMG. LiLy Wahab II. Hehe. Tag lily sat. Nak story sikit. Ramai team ftr adalah juga merupakan team MMG. Kadang kami saling komen dan mendoakan satu sama lain untuk keharmonian semua agen-agen kami. Dulu ada yang buat FTR. Skang dah berpindah ke MMG jadi stokis sepenuhnya pun ada. Itu antara team kuat FTR jugalah. Tapi NY takda pun p serang lily ke apa walaupun NY tahu itu adalah team NY juga.
.
Pointnya kat sini. Agen-agen ni semua nak keluar masuk mana-mana team nak buat produk mana, tidak pernah mereka ni mesej kami mintak kebenaran ke apa. Dan kami pun takda nak tanya mereka ni kenapa keluar buat produk lain dan sebagainya. Make it simple not complicated.
.
Sebab prinsip NY. NY sangat percaya yang setiap orang datang dan pergi dalam hidup NY adalah ditentukan dan dipilih oleh Allah untuk bersama dengan NY meneruskan perjuangan berdakwah dalam bidang bisness pilihan masing-masing. Kami para founder ni semua sebenarnya sedang berdakwah melalui produk masing2 untuk bantu ramai pengguna dan para agen untuk ubah hidup jadi lebih berjaya dunia akhirat.
.
Bila kita percaya orang yang datang dan pergi dalam hidup kita itu ditentukan oleh Allah jodohnya. Kita redha sahaja.
.
Lagi satu bila kita jadi leader ke founder ke yang ada anak team ni. Kenapa berlaku keluar masuk macam ni sebabkan banyak faktor. Faktor utama adalah diri kita sendiri sebagai leader tak perfect.
.
NY dulu jadi leader NY takda ilmu. Benda paling susah nak handle adalah manusia. Bukan produk. Tapi manusia tu. Emosi dia, cara fikir dia. Kepuasan dia. Kehendak dia. NY juga leader yang banyak sangat kelemahan. But then. NY make it improve day by day. Belajar dan belajar. Tanya diri kita adakah kita perfect nak judge orang lain tak perfect?
.
Dan kenapa agen beralih arah? Because of themself. Apa yang dia cari. Apa dia nak takda dengan kita. Sebab tu dia keluar atau dia pegi. Adakah dia perlu mintak izin kita kalau dia nak keluar? If dia ada agreement dia kena tanya kita dululah. Dan kita perlu halang dia ke? Tidak.
.
Kita kena buat apa? Buatlah yang terbaik yang kita mampu sebagai leader atau founder. Kita ubah dan jadi lebih baik di masa akan datang. Mesti ada sebab kenapa dia tak suka stay dengan kita.
.
Kita terabai tanggungjawab kita ke. Kita yang tak training dia ke. Kita yang salah cakap dengan dia ke. Sistem produk kita tak bagus ke. Dan banyak lagi sebab kenapa mereka pergi dari kita. Dan pergi pada orang lain. Dan orang lain tu sure takda masalah sama macam kita? Takda agen keluar masuk walaupun dah terbaik benar bagi? Tetap ada.
.
Pointnya, kalau kita mencari kesempurnaan kita takkan pernah jumpa pada manusia atau sistem manusia. Kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah.
.
Begitu juga dengan leader yang di bawah founder. Means stokis yang bersaing anak-anak agen. Ada agen yang tak suka dengan leader dia atas banyak sebab. Tak perform dan sebagainya. Mereka nak pindah leader. Nak tukar leader sebab nak mencari bimbingan yang lebih baik. Masalahnya anak agen kena minta izin dan boleh bergaduh antara leader kalau salah faham. Boleh putus silaturahim. So berat tak masalah ni? Berat.
.
Dan yang tersepit adalah agen tu sendiri. Padahal takda agreement apa pun. Orang ni kalau kita layan dia baik dan buat terbaik dia tetap nak keluar jugak itu masalah dia. Apa yang dia cari kena kenalpasti apa masalah dia. Dan kenapa ada agen setia dengan seseorang
leader tu? Because of leader tu sendiri sangat bagus manage team dia. Sangat menjaga team dia.
.
Jadi janganlah kita salahkan agen yang keluar masuk tak kekal dengan kita. Pergi kepada orang lain sebab hakikatnya Allah yang jodohkan dia bersama kita. Juga faktor kelemahan diri kita sendiri. Kelemahan gagal dalam menjelaskan hala tuju perniagaan, visi misi dan sebagainya. Jika kita dah buat terbaik dan mereka tetap pergi jua. Itulah ketetapan. Jangan halang mereka. Doakan mereka berjaya dimana mereka berada.
.
Sebab setiap kehilangan itu Allah pasti menggantikannya dengan yang lebih baik. PASTI!
.
Bukan yang pergi tu tak terbaik. Tapi mereka terbaik untuk berada bersama perjuangan orang lain.
.
.
Dan kami sebagai founder tidak pernah ada isu saman menyaman ke apa kau ambik agen aku. Aku ambik agen kau. Takda. Becos kami faham dan sedar. Hidup ini adalah pilihan. Dan mereka membuat pilihan hidup mereka. Kami cuba berikan yang terbaik yang kami juga tidak pernah sempurna.
.
.
Always improve ourself.
Always blame ourself
.
And make it change better.
.
Because no body is perfect.
.
.
UNTUK TEAM CIKGU. WALAU DI MANA ANDA BERADA. I AM ALWAYS PRAY FOR YOU. GOD BLESS U. and. Semoga sukses dalam apa jua bidang. Buat dakwah walau di mana berada.
.
Salam Sayang.
Nora Yusof.
#FounderFTR
05 Jun 2020
Terawal pulak cikgu pagi ni.

Nak dengar cerita tak. Kisah kejayaan ftr bermula dari rumah.

Dulu cikgulah yang buat semua benda. Menulis buku. Buat copywriting. Buat iklan. Buat packaging. Train agen affiliate. Buat closing. Semua cikgu buat sendiri tanpa bantuan sesiapa. Termasuklah tanpa bantuan hasben. Memang sorang betul. Kesian takda sapa ambik tahu.

Seawal jam 5 pagi cikgu dah bangun nak packing untuk pengeposan.

Nak sediakan congsignment notes lagi dll. Nak gunting2 kertas. Nak tanda semua.

Semua lah cikgu buat sendiri.

Ni dah ada staff 17 orang so takdalah buat sendiri tu semua dah.

Nak berjaya ni bermula dari kita.

Kita yang nak ke tak kejayaan tu. Takda yang senang. Waktu2 macam ni memang kenangan bagi cikgu

Seronok

Dapat bantu orang

😅

Anak cikgu masih kecik. Dalam pantang.

Skang ni Bagi aje staff buat.

Skang tgk staff buat

Masa banyak boleh fokus bangunkan bisness sambil kongsi rezeki dengan orang lain. Kualiti ibadah kita pun akan meningkat.

So cikgu yang tahu buat ni ada ilmu boleh lah ajar staff buatkan.

Ada agen cakap. Mesti cikgu rindu nak buat semua tu. Takda makna nak rindu2. Takdan aih nak p packing2 semula. Yang ada cuma rasa lega. 😂

Banyak keje lain cikgu nak pikir

🤣

Dah pernah lalui tinggal kenangan ajelah.

Ajar diorang bungkus parcel dengan penuh kasih sayang.

Buat dengan ikhlas.

Pastikan parcel dalam keadaan elok.

Semuanya sedang berdakwah walaupun packing parcel.

Sebab tanpa diorang ni macam mana parcel nak sampai pada kastemer.

Tanpa keihklasan diorang ni buat keje macam mana parcel tu nak sampai dengan penuh rasa cinta pada kastemer

Bekerja dengan ikhlas kerana mengharapkan redha Allah itu sangat penting.

Itu yang cikgu terapkan pada staff2 hq ketika bekerja. Pastikan barang kastemer sampai elok. Kita nak buat kastemer happy dengan servis kita

Buat kerana Allah adalah dakwah dan ibadah. So setiap perbuatan kita dapat pahala sama macam cikgu yang menulis buku ni. Kerja mereka juga mulia. Bantu mudahkan keje2 dakwah kita

Setiap orang ada fungsi masing2 dalam berdakwah. Dengan pengeposan barang pun berdakwah. Tanpa diorang ni semua tak mungkin barang kita sampai pada kastemer dengan selamat

Terutamanya abang posmen.

So angkat tangan dan berdoalah untuk semua pekerja2 kita dan juga poslaju.

Jangan ingat kita je yang berjasa sebab kita buat sales. Kita buat marketing. No.

Setiap orang adalah penting.

Ini yang cikgu terapkan pada team.

Hargai sesiapa sahaja.

Mereka juga berdakwah.

Berdakwah dengan 'tangan' mereka.

😌💪

Tqq semuaaa

Kejayaan cikgu adalah kejayaan team.

Nora Yusof
#FounderFTR
11 Jun 2020
*SOP REFUND PAKEJ FTR* ( 121 FTR)

Syarat Yang Wajib Pembaca Patuhi Sebelum Memohon *Money Back Guarantee*

1) Pembaca WAJIB Habiskan Membaca Semua mengikut setiap helaian Buku Keluaran FTR dalam Tempoh 14 Hari dari Tarikh Buku Diterima

15 Rahsia Asas Rezeki
⬇️
17 Formula Tarik Rezeki
⬇️
21 Rahsia Dikejar Rezeki
⬇️
121 Formula Tarik Rezeki

(Mohon Jujur. Allah Maha Melihat apa Yang Anda Lakukan)

2) Pembaca Wajib Amalkan Task FTR secara Konsisten selama 14 Hari tanpa Gagal
(Mohon Jujur. Allah Maha Melihat apa Yang Anda Lakukan)

3) Duit Takkan Dikembalikan tanpa Alasan Yang Munasabah

4) Tips Sebelum Mula Membaca Buku FTR

Buat Solat istiqarah tanya Allah. Sebelum nak baca tu. Doa.

"Ya Allah jika ilmu ni baik untuk aku. Kau berikanlah aku kefahaman dan beramal dengannya. Jika ia tak baik bagi aku maka kau jauhkanlah ia daripada ku dalam masa 14 hari ni jika aku baca aku tak dapat manfaat apa2. Tenangkanlah hati aku dalam menuntut ilmu. "

5) Sekiranya dalam tempoh 14 Hari masih rasa tak berbaloi setelah amalkan seperti yang ditetapkan syarat, Tuan /Puan boleh membuat tuntutan *Money Back Guarantee* dengan Seller yang Tuan /Puan berurusan.


Team S&M FTR Smart Solution
Jom team agresif buat marketing!
.
Pedulikan apa orang fikir dan cakap.
.
Iblis memang penuh tipu daya dan tak suka kerja2 dakwah kita. Lawannnnn.

.
.
Nak bantu orang
Nak bayar zakat banyak
Nak pahala banyak
Nal Allah redha
.
Jangan buang masa. Appreciate setiap minit.
.
Jangan giveup.
Jangan berhenti
Sabar syukur redha, jalan terus.
.
Buat followup
Tambah frenlist
Rekruit team
Train team
Jaga energy
.
Capai target berterusan.
.
Sentiasa ingat big why
Kena agresif baru jadi.

Kalau energy slow tak semangat. Fikir negatif pulak tu Alahai memang susah nk berjaya uols
Pakat berjemaah buat posting sama2

Closing buat sama2

Cw buat sama2

Bakar sama2

Ada kali pertama dia jeling je dulu. Kali kedua dia start tgk. Kali ketiga dia start ingin tahu. Kali keempat dia start servey. Kali kelima dia start nak. Kali ke7 dia start meminang dah..

Macam tulah bisness ni.

Uols faham tak. Formula ni memang tak boleh di buang. Kena konsisten buat.

Kena konsisten jaga

Kena konsisten beramal juga. Selawat sambil doa mintak Allah bantu gandakan rezeki semua. Supaya kita boleh capai apa yang kita dah target.
Hari-hari kita ajak orang buat baik tapi kita bukanlah baik mana pun lagi.
.

At least kita cuba berusaha untuk jadi baik sebenarnya. Proses.. Orang kata kita hipoktrit. Its okey jalan je k.
.

Teruskan menyampaikan apa yang benar sebab dengan belajar untuk berdakwah pada orang lain sebenarnya kita sedang dakwah diri kita sendiri.
.

Lebih baik kita berpesan2 kepada kebaikan berbanding kita buat benda tak berfaedah lain.
.

Kalau kita ajak orang lain solat dhuha tapi kita sendiri on off dhuha. Takpa. Ajak dan ingatkan selalu ya. Supaya nanti lama2 dengan izin Allah kita takkan on off lagi.
.

Teruskan dakwah dengan penuh hikmah. Jangan sesekali hinakan niat baik orang lain.
.

Begitulah perjalanan dakwah. Nak dakwah diri sendiri tak mudah iman juga turun naik. Bukannya maksum. Selalulah berpesan pada kesabaran dan kebenaran walaupun kita belum baik. Hidup ni ada 3 pilihan.
.
Buat baik
Tak buat apa2
Buat jahat.
.
Yang mana better? Sudah tentulah buat baik.
.
Berpesan-pesan lah pada kesabaran dan kebenaran. Sekalipun kita belum baik. Kerana itulah suruhan Allah. One day inshaaAllah kita akan beransur jadi lebih baik. Semoga Allah redha.
.

Orang yang baik dia akan support keje dakwah orang lain dengan hikmah bukan dengan hinaan dan cacian. ☺️
.

Sungguh konsep rezeki difahami berbeda beda oleh setiap orang ikut pemahaman masing-masing.
.

Team cikgu. Sekalipun anda masih lagi merangkak untuk jadi baik. Takpa teruskan dakwah lillahitaala dengan azam untuk perbaiki diri setiap hari. Solat taubat selalu jangan tinggal.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
*SOP SEBAGAI DROPSHIP (SRIKANDI ASIAH)*

BOLEH KE SRIKANDI ASIAH ADA DROPSHIP?

Srikandi Asiah Tidak boleh rekrut Dropship kerana Srikandi Asiah juga adalah seorang Dropship.

JIKA CUSTOMER SRIKANDI ASIAH NAK JOIN TEAM FTR?
Srikandi Asiah kena perkenalkan Customer yang nak join team kat Leader (Bagi yang ada leader) ataupun HQ (Bagi yang tiada leader)

Srikandi tidak akan dapat apa-apa Reward atau hadiah jika Customer nak upgrade menjadi Dropship

Srikandi Asiah hanya akan Dapat Reward seperti Syarat Yang HQ Telah tetapkan.

(Sila Rujuk Syarat Upgrade Level)

Team S&M FTR Smart Solution
2024/05/12 19:38:34
Back to Top
HTML Embed Code: