Telegram Web Link
The last day in 2020;

Segala lakaran cerita ini akan tertutup disini, untuk hari esok kita buka lembaran baru; bersama sama kisah bahagia yang bakal kita coretkan sama sama.

Bagaimana dengan kisah kita yang semalam ?

Genggam dan bungkus elok elok dalam kotak simpananmu agar suatu saat nanti, jika kamu butuhkan ia -- Buka dan geledah kembali kenangan itu karna terlalu banyak perihal dan sosok seseorang yang bisa kamu pelajari tentang sesuatu.

Ya sudah -- masa akan terus berlalu meskipun kita tidak menginginkannya. Maka , amati kembali apa yang berlaku di masa lalu itu sudah kita genggam untuk kebaikan diri dan juga untuk destinasi seterusnya ? Fikir dan perbaiki lagi untuk di masa akan datang ya !

Azam baru bukan kerana esoknya sudah masuk tahun baru, tetapi azam itu sentiasa perlu bila kau masuk ke hari hari baru. Faham kan ?

Untuk segala cerita dan juga orang yang sentiasa ada dan pergi, terima kasih karna datangmu membawa segala lakaran cerita dan kenangan. Buat yang pergi lalu tak datang datang lagi -- terima kasih karna sudi untuk mencipta kenangan bersama di masa lalu.

Dan juga;
Terima kasih untuk diri sendiri kerana masih teguh berdiri meskipun sudah berulangkali jatuh menangis tersakiti.

Sampai jumpa lagi -- esok hari.

Selamat Jalan Kenangan 2020 πŸ‘‹
Welcome 2021

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Mungkin sepanjang 366 hari ni ada hari yang bahagia dan ada hari yang sebaliknya. Disini aku cuma nak ingatkan yang kau dah cuba yang terbaik untuk sampai ke hari ini. Hari ke 366, bukan mudah untuk bertahan sampai ke hari ini jadi tahniah sekali lagi, semoga kau makin kuat menempuhi hari-hari seterusnya, semoga kau sedar yang kau ni sebenarnya sangat berharga. Semoga kau sedar juga yang disetiap kesedihan ada terselit kebahagiaan. Manusia datang dan pergi, itu pasti. Yang pasti kalau ada rezeki tak akan lari. Semoga kau sedar yang disebalik kelemahan kau ada juga kelebihan yang mungkin kau sendiri tak sedar. Hidup ni macam sebuah buku, kau dah tamat satu syllabus dalam topik-topik kehidupan. Aku harap kau jangan mengalah dulu, sebab apa yang kita lalui semua pengalaman baru untuk kita sebagai manusia. Macam biasa kalau penat, rehat. Terima kasih banyak sebab percayakan aku yang penting aku harap kau percayakan diri kau, bagi peluang dekat diri kau. Kadang kau paling perlukan diri sendiri untuk hidup balik.

Terima kasih sebab bertahan!

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Ramai orang beranggapan tahun 2021 ni akan lebih mudah dari tahun 2020 tapi bila kau dah masuk 2021 baru kau rasa macam,

"Weh, apasal lagi mencabar ni weh?"

Itu biasa. I think that, setiap tahun, level kau dalam kehidupan kau semakin bertambah. Dan semakin tinggi level kau dapat harungi, semakin bersyukur dan tabah kau akan jadi. Jadi walau sukar mana pun cabaran yang hadir, jangan give dan teruskan lawan ok. Kita tak kuat tapi bila kita percaya Allah itu sentiasa ada, kita tak gentar inshaaAllah.

So stay happy, stay strong and no matter what happen to you, teruskan bangun dan jalan. Allah ada, jadinya usah takut.

😊

366/366 πŸ’œ

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Segala rasa yang tidak enak yang membelenggu kita di kala ini, luahkanlah kepada Allah, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui.

Allah je tahu apa yang terbaik untuk kita. Serah bulat bulat kat Dia. Kadang kadang ada yang kita perlu lepaskan, ada yang perlu kita pertahankan. Salah satu kaedah yang boleh kita pilih, lihat keperluannya dari sudut agama, dari sudut akhirat dan paling utama sejauh mana ia dekatkan kita dengan Allah atau sebaliknya.

Jangan berdukacita atas kehilangan sesuatu atau seseorang kerana duniawi, tetapi menangislah jika kehilangan kebaikan kebaikan yang membawa keredhaan Allah kepadamu.

Hidup ini singkat saja sayang. Mengadu lah lelah penatmu kepadaNya, moga Dia berikan kamu kudrat untuk terus melangkah ke hadapan.

Sesungguhnya Tuhanku, benar benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.

[Ibrahim,14:39]

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Dulu kau adalah seorang perempuan yang gemar bersosial. Dimana mana laman sosial pasti ada comment kau bersama ajnabi. Pasti ada kau bermesra dengan ajnabi.

Bab ikhtilat memang tak payah cakap. Memang hancus. Segala yang kau lakukan adalah dengan niat yang salah. Mahukan perhatian manusia. Setiap apa yang kau post.

Kau mahu manusia nampak kau hebat. Yaa HEBAT. Kau Bangga Post Post Agama. Sebab ramai yang likes. Kau tak jujur dengan diri kau sendiri. Kau terlalu bangga dengan kehidupan laman sosial.

Kau terlalu lena dengan indahnya dunia sementara. Tetapi kini Kau ubah. Tidak lagi melayan lelaki. Kau bukan lagi diri kau yang dulu. Kau bukan lagi suka memandang dan dipandang. Kau bukan lagi wanita yang murah diri untuk melayan karenah mengada ajnabi yang pasti membuatkan Allah murka.

Ya.

Kau yang ubah diri kau. Tidak ada orang yang boleh ubah diri kau. Melainkan diri kau sendiri.

Jadi UBAHLAH SEKARANG. Perkara yang lepas biarkan berlalu. Lihat diri kau yang sekarang.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Andainya hubungan bercinta sebelum nikah itu halal pasti nikmat yang indah selepas nikah nanti tak sehebat waktu bercinta. Kerana kita sudah merasainya. Merasai 'sebelum' dan 'selepas' itu sangatlah jauh berbeza.

Umpama kamu pakai emas palsu dengan emas originall. Mana lebih menarik? Pastilah memakai emas originall jauh lebih gah dari memakai emas palsu.

You know what i meant?

Masa single ini jangan mudah serahkan hati kamu pada yang bukan mahram. Dan belum tentu lagi dia adalah milik kamu. Sendiri ini serahkan dulu hati kita pada Pencipta Hati iaitu Allah, labuhkan dulu hati kita pada Allah, layarkan dulu hati kita itu pada jalan Allah, kerana hanya Allah lah yang lebih berhak mendapatkan hati kita itu melebihi makhluk-Nya.

Saya tahu kadang-kadang sendiri itu buat kita rasa sepi. Tapi percayalah bila kita serahkan hati kita kepada Allah, Allah tidak akan pernah sia-siakan. Allah tidak akan pernah hampakan. Allah akan sambut hati kita tadi dengan penuh kasih sayang.

Hidup ini cintailah Allah, biar di lubuk hati kita itu hanya Allah yang bertaktha. Kerana hidup atas muka bumi Allah ini tanpa Allah kita hanyalah seperti debu pasir yang singgah pada kasut.

Yang jelas tiada nilaian harganya. Kamu jaga Allah, Allah akan menjaga kamu.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Kenapa Allah turunkan ujian yang sama?
Berkali kali?
Sampai masa kita rasa letih.
Ingatkan tiada jalan lagi.

Rupanya Allah sedang siapkan sesuatu.
Rupanya Dia nak kita belajar sesuatu.
Rupanya ada hadiah yang sedang Allah persiapkan untuk kita hambaNya.

Sampai satu masa, Allah nak kita betul-betul faham apa lah yang Dia nak sampaikan sebenarnya.

Kerana,

Hari hari ke hari, setiap detik yang berlalu,
kita sedang diajar.

Diajar erti kehidupan oleh Tuhan.

_β€œDan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.”_

(Ath-Thalaq : 3)

"Ya Allah bantulah kami untuk merasa syukur, untuk sekecil-kecil nikmat, sehingga sebesar-besarnya, bantulah kami untuk bersifat qanaah untuk setiap rezeki yang Kau berikan kami, semoga kami sentiasa merasa cukup untuk segala yang Kau berikan kami."

Dan semoga Kau ampunkan jika kami masih lagi merungut terhadap nikmat yang telah Kau berikan kami.

Alhamdulillah for the lesson Ya Allah.
Alhamdulillah for everything ya Allah.

Terus kuat.
Kerana Allah sentiasa bersama kita.

Have faith!

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Ya Allah, jika ujian demi ujian ini adalah syarat untuk aku ke SyurgaMu, aku redha.

Apa saja yang kita lalui di dunia ini samaada ujian ataupun nikmat, semua itu boleh menjadi lorong menuju redha Dia.

Ada orang, dengan ujian terbentuknya dia jadi orang yang sabar dan kuat. Ada orang, dengan nikmat terbentuknya dia jadi orang yang bersyukur dan suka berbagi bagi. Yang paling rugi, samaada diberi ujian ataupun nikmat, tak ada apa yang dapat membuatnya menambah taat, syukur dan redha.

Andailah kita mampu berlapang dada dan bersangka yang baik baik dengan Allah sentiasa, pastilah hati kita ini hati yang dijaga dengan baik.

Diberi nikmat lalu bersyukur,
Diberi ujian lalu bersabar.

Itulah jiwa mukmin yang menang.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Sedasyat mana pun kisah silam kita,
Segerun mana pun kejahatan kita,
Sejijik mana pun dosa kita,

Tidak sekali-kali Allah tutup pintu taubat untuk kita kembali!

Allah sentiasa ada untuk menerima hamba-hambaNya yang ingin kembali bertaubat kepadaNya!

Walaupun kita pernah tersungkur, berubah, tersungkur kembali, bangun dan cuba berubah, tersungkur lagi, lagi dan lagi.

Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah! Jangan!

Buat hamba Allah itu, teguhkan perjalanan menuju Allah!

Percayalah, bila ribut dah reda, bahtera pasti dapat kembali berlayar di lautan yang mendamaikan!

Fitrah dalam diri setiap insan, sentiasa inginkan kebaikan.

Ya, tak mudah untuk berubah.

Kadang kala turut diiringi air mata.
Kadang kala turut dihantui kisah silam yang mencengkam.
Kadang kala turut menuntut sejuta pengorbanan.
Kadang kala turut datang bersama seribu kejian.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Hidup ini belajarlah untuk redha kerana bila tak redhalah kita masih lagi hidup dalam 'kenangan lama'. Dan kerana tak mengikhlaskan dia pergi. Tak boleh terima hakikat yang dia bukan milik kita. Kita sampai sekarang masih tak move on lagi.

Kenapa Allah pisahkan kita dari seseorang yang kita sayang? Kerana Allah nak kita sayangkan diri kita sendiri dan mula untuk belajar cintakan diri kita sendiri terlebih dahulu. You know what i meant? Mungkin selama kenal dengannya kita semakin menjauh daripada Allah, semakin menjauh daripada cinta Allah.

Dan kenapa Allah pisahkan kita dari seseorang yang kita sayang? Kerana Allah nak ingatkan kita tentang 'pengharapan'. Sebab kita terlalu berharap pada manusia. Bila Allah jauhkan dia daripada kita itu supaya pengharapan kita kembali kepada Allah.

Hayatilah kata-kata hikmah tentang pengharapan dari Imam Syafi’i ini.

"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya."

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Terkadang kita lebih sering memegang handphone, namun bagaimana dengan Al Quran ?

Mungkin sekadar menyentuhnya pun tidak. Kita sering update sesuatu di handphone dengan alasan agar tak ketinggalan zaman, tapi mengapa kita tidak pernah update di Al Quran ? Sedangkan telah banyak berita dan pengetahuan di dalam Al Quran.

Kita simpan handphone di tempat yang selamat agar tidak rosak dan hilang, tapi kenapa kita meletakkan Al Quran di sembarang tempat tanpa merasa bersalah sedikitpun. Bahkan sampai Al Quran nya berdebu saja.

Ingatlah,

β€’ Bagaimana kita akan hidup mulia jika kita tak memuliakan Al Quran??
β€’ Bagaimana kita akan hidup bahagia jika tak pernah kita merasa bahagia bersama Al Quran ?

Jangan harap kita akan mendapatkan kemuliaan jika kita tidak dapat memuliakan Al Quran yang sudah jelas sangat mulia dan dimuliakan oleh Allah SWT. Al Quran itu akan memberikan syafaat untuk kita jika kita selalu membacanya. Maka dari itu mulai sekarang marilah kita perbaiki diri kita, mari kita latih hati kita agar lebih cinta dengan Al Quran, agar hidup kita bahagia, selamat dan tenteram di dunia dan akhirat.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Siapa je yang tak dilanda dengan masalah.
πŸ™ƒ
Aku , kau dan dia selalu saja ditimpa dengan bermacam macam masalah . Tapi bezanya sesama kita, macam mana kita atasi segala masalah itu.

Orang yang menang, dia takkan sesekali melenting dengan masalah yang dia hadapi; meskipun masalah itu terlalu sulit dan pahit.

Selagi dia boleh bertenang dan sabar, dia akan sabar. Itulah cara orang yang menang atasi masalah karna dia tahu dan yakin bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada jalan solusinya.

Tidakkah masalah yang datang itu dari Tuhan ? Maka, jalan penyelesaiannya pasti ada; dengan Tuhan juga.

Maka bagaimana dengan dirimu, saat dirundung dengan masalah ?

Apa terus resah gelisah atau tenang saja persis tiada masalah ?

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Sebelum kau pilih untuk berputus asa, tanya balik pada diri kamu,

Mengapa pada dulunya kamu mulakan semua ini ?

Adapun mulut itu hanya membisu tiada jawaban, lantas ini pesanku untuk kamu.

Jasad kamu itu bukannya robot, bahkan robot itu ada waktu kan tersungkur jua, kehabisan bateri dan tenaga. Maka sama saja dengan kita; manusia.

Jika penat dengan pendakian ini, berehatlah untuk seketika. Jangan terlalu memaksa, kelak kau jua yang lelah lalu terus mengalah.

Ambil waktu, berehat dan fikir kembali perjalanan yang sudah kau mula sejak dari dulu untuk apa dan siapa ? Kalau bukan untuk diri, mungkin saja untuk yang tersayang bukan ?

Nah -- jangan meluncur laju lalu membuat keputusan sebelum fikir dalam dalam. Kelak kau kan menyesal, masa tidak boleh berundur lagi.

Jalan perlahan-lahan tidak mengapa, asalkan selamat di jalanan. Eh.

Maksudnya; jika berlari itu akan memenatkan, berjalan sahaja itu lebih baik asalkan dilakukan dengan istiqamah.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Andai kata kau dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kau, jangan bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara saudara nya. Andaikata ibubapa kau, atau mereka yang kau kasihi, menentang kau ketika kau berjalan di atas jalan kebenaran, jangan bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya.

Andaikata kau buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, jangan bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan. Andaikata kau didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kau di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

Andaikata kau melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kau, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna. Andaikata kau difitnah dan dicaci oleh manusia di sekeliling kau, jangan bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

Andaikata kau rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa. Andaikata kau diherdik dan dicerca oleh saudara mara kau sendiri lantaran kau memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, jangan bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat

Allah mewujudkan personaliti yang hebat hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti aku dan kau ,bilamana berhadapan dengan sebarang musibah, tak perlu kita kata,

β€œKENAPA AKU?"

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Salah satu bentuk terkabulnya doa-doa mu adalah kau akan merasa tenang dengan hal-hal apa saja yang akan menimpamu nantinya. Sebab kau paham bagaimana hakikat pasrah hanya kepada-Nya. Meski sakit yang kau rasa, meski tangisan selalu datang menyapa.

Cara Allah mengabulkan doamu akan dirasa tidak mungkin untuk ukuran akal manusia. Sungguh, kau akan dibuat takjub berkali-kali, dan mengucap syukur pun berkali-kali.”

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Tak ada yang salah dengan doa. Namun ketika kau memutuskan berhenti berdoa, disitulah kesalahannya, berhenti memohon kepada-Nya atas segala pinta yang bahkan akalmu pun tak akan sanggup mengurainya. Yakin saja, apa yang takkan mungkin bagimu, itu sangat mudah baginya.

@akhifaiz

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Terlalu leka mengejar cinta,
Sehingga terlupa menggapai cita, harapan orang tua.

Sampai gila, dia bertaruh cinta.
Separuh nyawa, dia harapkan cinta.
Sampai mati, dia setia.
Sehingga lupa, definisi sebenar bahagia.

Ramai terleka, terlelap lantas rebah terluka.
Dia tertipu, terpedaya dengan permainan syaitan durjana.

Fikirnya, ianya fitrah, biasa.
Sebenarnya, syaitan sedang ketawa, menang bahagia.

Kadang,
Kau mencari-cari bulan.
Memandang sekeliling, lama.
Namun tak jumpa.

Sedarlah.
Bulan itu ada.
Mungkin hilangnya bulan, terlindung dek matahari.

Redha.


https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Normal buat dosa sebab manusia, bukan malaikat yang punya sayap yakni imannya sekata.

Normal buat dosa,
Yang penting kau terus usaha untuk tidak mengulanginya.

Saat tersedar,
Berhentilah melangkah dan berpatah baliklah,
Betulkan jalan yang sudah tersilap.
Dari kaki yang laju menapak ke neraka kau pusingkan lalu lari mengejar Syurga.

Selagimana maut belum bergesel dengan bahu kau,
Selagi itu kau masih punya masa.

Kawan,
Nyawa itu satu,
Tahu kita tak bebas dari dosa,
Tapi itu bukan alasan untuk kita terus mengulanginya.

Ya, kita bukan malaikat.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Cinta itu terbukti dengan perbuatan. Cinta juga diterjemahkan bukan semata dengan kata-kata mainan. Cinta itu, ikhlasnya tiada tandingan. Kerana cinta, manusia boleh gila. Dengan cinta, manusia boleh bahagia. Dan dengan cinta, wujudlah derita dan sengsara.

Kawan, ini dunia.
Tiada kebahagiaan yang sebenar dan kekal di sini.
Yang ada hanyalah penipuan yang takkan berkesudahan.
Sehinggalah kau mati.

Dan apa?

Sengsara kau, akan berterusan, andai mati kau, bukanlah seperti yang diingini.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Jangan pernah lupa orang yang ada dengan kau saat kau tersungkuh rebah. Meski mereka sudah tiada di dunia, mereka takkan pernah mati. Kekal hidup selamanya dalam hati.

Mereka, sukar dicari.
Hargai.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
2024/06/01 02:54:20
Back to Top
HTML Embed Code: