Telegram Web Link
Forwarded from Bbm Cintabooku (Noor Hafizah)
Untuk guru² , Ibu ayah, Cubalah amalkan ...

Kepada semua murid dan anak² dirumah.
Untuk diri sendiri, Suami isteri, Keluarga .

"Jadikan zikir biar sebati dalam diri. Sampai ke hati."
Forwarded from Koleksi BBM sekolah
PERKEMBANGAN KEMAHIRAN MENULIS

Assalamualaikum.. sekadar nak berkongsi..

Bagi ibu bapa yang sedang melatih anak² untuk menulis, latihlah anak² mengikut kemahiran.. jgn terus mula dgn huruf A..

Mula dengan garisan menegak,
dah ok melintang pula.

Kalau dua² garisan dah ok, boleh mula dgn huruf² yg berunsurkan dua garisan tersebut. Contohnya huruf L, F, I dll (ikut list yg saya lampirkan)

Kalau anak tak boleh nk control tekanan pencil, parents boleh start dgn guna marker, crayon, watercolor dulu.

Banyakkan aktiviti gross dan fine motor.

Selamat melatih anak² semua. Insyaallah Allah takkan abaikan usaha kita untuk anak² kesayangan.

Kredit: Pn. Hani Hashim
Forwarded from Affendy fazil
*ULANGKAJI BAB PUASA 2025*

*Syarat Wajib Puasa* :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

*Syarat Sah Puasa* :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

*Rukun-Rukun Puasa*:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa


*Perkara Yang Membatalkan Puasa* :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

*Perkara Sunat Ketika Puasa* :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

*Makruh Ketika Puasa* :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah


*Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga


*Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa*:-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya


*Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan* :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat


*Tingkatan Puasa*:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak

2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin


*Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa* :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran

2. Orang Musafir

3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah

4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga

5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

*LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN (HARIAN) BESERTA BACAAN RUMI*

*نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى*
Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Wallahualam,
Semoga Bermanfaat
Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Forwarded from MUTIARA KATA HIKMAH
"Esok Bermula Ramadan, Malam Ini Bermula Solat Sunat Tarawih"

MasyaAllah, tanpa kita sedar, Ramadan telah kembali. Esok kita akan mula berpuasa, dan malam ini solat sunat Tarawih akan bermula. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah bulan penuh keberkatan, bulan keampunan, dan bulan yang menjanjikan ganjaran berlipat ganda bagi setiap amal kebaikan.

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Malam ini juga adalah malam pertama kita menunaikan solat sunat Tarawih, satu ibadah khas di bulan Ramadan yang tidak terdapat di bulan lain.

Benarkah Malam Ini Bermula Solat Tarawih?

Ya, solat Tarawih bermula pada malam pertama Ramadan, iaitu selepas solat Isyak sebelum kita mula berpuasa esok.
Rasulullah ﷺ sendiri sangat menganjurkan solat ini dan ia menjadi amalan umat Islam sepanjang Ramadan.

Dalilnya:
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barang siapa yang mendirikan (solat) pada malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari & Muslim)

Solat Tarawih boleh dilakukan secara berjemaah di masjid atau bersendirian di rumah. Rasulullah ﷺ pernah mengerjakan solat ini secara berjemaah beberapa malam, tetapi kemudian baginda meninggalkannya kerana bimbang ia akan menjadi kewajipan kepada umat Islam.

Diriwayatkan oleh Aisyah رضي الله عنها:
"Pada suatu malam Rasulullah ﷺ solat di masjid, lalu orang ramai pun ikut solat bersama Baginda. Pada malam berikutnya, mereka pun berkumpul dengan jumlah yang lebih ramai, tetapi Rasulullah ﷺ tidak keluar. Kemudian, ketika pagi tiba, Baginda bersabda: 'Aku telah melihat apa yang kamu lakukan, tetapi aku tidak keluar kerana aku bimbang solat itu akan diwajibkan ke atas kamu.’" (HR. Bukhari & Muslim)

Selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Sayyidina Umar رضي الله عنه menghidupkan kembali solat Tarawih secara berjemaah di masjid dengan imam tetap, dan amalan ini diteruskan sehingga hari ini. Oleh itu, solat Tarawih secara berjemaah adalah sunnah yang diamalkan oleh para sahabat dan umat Islam sepanjang zaman.

Bagaimana Cara Solat Sunat Tarawih?

Bilangan Rakaat

Rasulullah ﷺ tidak menetapkan bilangan rakaat khusus untuk solat Tarawih.

Baginda pernah mengerjakan 11 rakaat (8 rakaat Tarawih + 3 Witir) dengan bacaan yang panjang.

Namun, di zaman para sahabat, solat ini dilakukan 20 rakaat secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang dianjurkan oleh Sayyidina Umar رضي الله عنه.

Dalilnya:
Imam Malik dalam Muwatta’ menyebut bahawa penduduk Madinah melakukan 36 rakaat.
Ulama seperti Imam As-Syafii menyatakan 20 rakaat lebih utama jika dilakukan secara berjemaah kerana mengikut amalan sahabat di zaman Umar رضي الله عنه.

➤ Kesimpulan:
Tidak ada ketetapan khusus mengenai bilangan rakaat, tetapi yang lebih utama ialah konsisten dalam melaksanakannya dengan ikhlas dan khusyuk.

Tatacara Solat

Dilakukan setiap 2 rakaat dengan satu salam.

Bacaan selepas Al-Fatihah boleh mana-mana surah yang mudah.

Diakhiri dengan solat Witir (1, 3, atau 5 rakaat).

Apa Keistimewaan Solat Tarawih?

Mendapat Pengampunan Dosa

Setiap malam Ramadan adalah peluang keemasan untuk menghapuskan dosa-dosa lalu.
Meningkatkan Keimanan dan Ketenangan Jiwa

Tarawih adalah waktu istimewa untuk mendekatkan diri kepada Allah di bulan yang penuh keberkatan.
Salah Satu Bentuk Syukur atas Nikmat Ramadan

Beribadah di malam hari menunjukkan kesungguhan kita dalam menyambut Ramadan dengan penuh rasa syukur.

Persiapan Menyambut Ramadan Malam Ini

Berniat untuk Berpuasa Esok Hari

Jangan lupa membaca niat puasa sebelum tidur malam ini.

Niat boleh dilakukan dalam hati, atau lafaz:
"Aku berniat berpuasa esok hari di bulan Ramadan kerana Allah Ta'ala."

Bersedia untuk Bangun Sahur

Rasulullah ﷺ bersabda: "Makan sahur itu ada keberkatan." (HR. Bukhari & Muslim)

Sahur bukan sekadar makan sebelum subuh, tetapi ia adalah amalan sunnah yang membawa keberkatan dalam puasa kita.
Forwarded from MUTIARA KATA HIKMAH
Walaupun hanya dengan seteguk air, sahur tetap dianjurkan.

Perbanyakkan Doa dan Zikir

Gunakan malam ini untuk berdoa agar Allah memberikan kita kekuatan dan keikhlasan dalam beribadah sepanjang Ramadan.

Rasulullah ﷺ mengajarkan kita untuk meminta:
"Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadan dan terimalah amal ibadahku di dalamnya."

Kesimpulan

MasyaAllah, malam ini adalah malam pertama Ramadan—malam pertama kita menunaikan solat sunat Tarawih dan berniat untuk berpuasa esok. Jangan lepaskan peluang ini kerana bulan yang penuh keberkatan ini hanya datang sekali dalam setahun.

Solat Tarawih boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian, tetapi lebih utama dilakukan di masjid kerana amalan ini diteruskan sejak zaman sahabat.
Bilangan rakaat tidak ditetapkan secara khusus, tetapi 8 dan 20 rakaat adalah yang paling masyhur dalam kalangan umat Islam.
Jangan lupa berniat puasa, bersahur, dan perbanyakkan doa untuk memanfaatkan Ramadan sepenuhnya.

Semoga Allah memudahkan kita dalam mengerjakan ibadah di bulan Ramadan ini dan menerima segala amalan kita.
Forwarded from MUTIARA KATA HIKMAH
Forwarded from JAKIM
Doa Menyambut Ketibaan Bulan Ramadan

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

“Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan,
sejahterakanlah Ramadan bagiku, dan terimalah dariku (ibadah pada bulan itu).”

Marilah kita panjatkan doa ini agar dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kekuatan untuk beribadah di bulan penuh keberkatan ini.

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

#DoaRamadan #RamadanKareem #MalaysiaMADANI #JAKIM
Forwarded from JAKIM
Niat Puasa Ramadan

MAZHAB AL-SYAFIIE
Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil) yang tidak terikat antara satu sama lain.

MAZHAB AL-MALIKI
Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIIE
Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.

Malam ini, jangan lupa niat ya!
Bulan penuh barakah telah tiba! Jangan lupa membaca niat puasa setiap malam agar ibadah kita diterima.
Bulan penuh barakah telah tiba! Jangan lupa membaca niat puasa setiap malam agar ibadah kita diterima.

Kalau takut terlupa, boleh baca niat puasa sebulan penuh di awal Ramadan.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar, tapi juga kesempatan gandakan doa & mendekatkan diri kepada-Nya!

Jangan lepaskan peluang menunaikan solat tarawih.
Forwarded from JAKIM
Kelebihan Bersahur

Rasulullah SAW bersabda:
“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Jangan tinggalkan sahur! Walaupun hanya dengan sebiji kurma dan seteguk air, ia membawa keberkatan dalam ibadah puasa kita.

Tag rakan-rakan anda dan ingatkan mereka tentang pentingnya sahur!

#BersahurBerkat #KeberkatanSahur #Puasa #Ramadan #JAKIM #MalaysiaMADANI
Malam ni ibu menyusu pastikan minum air cukup. Buatlah apa cara asalkan kita kekal hidrasi.

Elak minum air sekaligus banyak waktu sahur esok sebab ia tidak membantu malah badan akan cepat flush air keluar kembali.

In shaa Allah kalau malam ni jumlah air yang diambil mencukupi, badan terhidrasi (cukup air), tidak terlalu letih dan pastikan sahur esok juga berkualiti (ada karbohidrat, protein, lemak baik dan serat).

Selamat berpuasa
Forwarded from Neuroversiti by Dr Rizal
TIDUR SELEPAS SAHUR?😴
.
.
Nanti masuk bulan Ramadan, mesti akan bangun untuk bersahur.
.
Ya lah nak 'isi minyak' siap siap sebab perjalanan nanti ambil masa 13 -14 jam tanpa stop.
.
Bermula dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari.
.
Siapa dekat sini kaki tidur lepas sahur?
.
Nak tahu tak apa jadi kalau lepas bersahur tu anda buat keputusan untuk tidur?
.
.
DEHYDRATION
Tidur lepas sahur antara penyebab 'dehydration'. Tubuh tak dapat cukup air untuk berfungsi.
.
Sebabnya?
.
Air yang diambil sewaktu sahur tadi tidak diserap tetapi dibawa ke pundi kencing apabila tidur.
.
Sebab tu bila bangun je, kering semacam tekak. Cepat letih. Kurang bertenaga, lesu.
.
.
INDIGESTION
Makanan yang dimakan tak diproses seperti sepatutnya. Sisa jadi toksid. Nutrisi tak diserap.
.
Tubuh kena kerja lebih keras untuk hadam makanan dimakan.
.
Pesta bunyi keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi.
.
Paling menakutkan, perut mula memulas. Gastrik, GERD kata mari....
.
.
BRAIN FOG
Interaksi otak dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
.
Fikiran senang melayang. Kurang motivasi untuk produktif. Lemau.
.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur.
.
Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur HAPUSKAN semuanya.
.
Kalau lah nak juga tidur atau memang kena tidur.
.
Lakukannya SELEPAS 4 JAM dari waktu makan sahur. Bisa begitu?
.
Cuba tag sikit mana suka sangat tidur lepas sahur tu.
.
.
P/S:
Inilah masanya untuk anda LEVEL-UP ramadan tahun ini ..!

Dapatkan NeuroBox Ramadan Sekarang...
Harga NeuroBox + NeuroPlanner hanya RM59 bermula HARI INI!

Dapatkannya sebelum harga bertukar.
👉🏻 https://bit.ly/43csIoK
👉🏻 https://bit.ly/43csIoK
👉🏻 https://bit.ly/43csIoK
Forwarded from Dr Samhan (Official) (Miera Kamaludin)
Forwarded from Dr Samhan (Official) (Miera Kamaludin)
KEKAL HIDRAT DI BULAN RAMADAN

💡Cadangan waktu minum air kosong untuk capai 8 gelas sehari

1️⃣ Bangun sahur

2️⃣ Semasa sahur

3️⃣ Semasa azan maghrib

4️⃣ Selepas solat maghrib

5️⃣ Semasa berbuka

6️⃣ Selepas solat isyak

7️⃣ Selepas solat tarawih

8️⃣ Sebelum tidur

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://www.tg-me.com/drsamhan
Forwarded from Neuroversiti by Dr Rizal
Puasa merangsang otak untuk keluarkan hormon Brain Derived Neurotrophic Factor (BDNF).
.
Keluar pula 4 kali ganda lebih banyak daripada biasa.
.
Fungsi BDNF ni selain awet muda ialah bantu proses belajar. Proses terima maklumat.
.
Lagi power bila BDNF juga naikkan kuasa memori. Masa ni lah kena perbanyak amalan membaca, menghafal dan mengaji.
.
Belajar sesuatu?


#DrRizal #Neuroversiti #Ramadan
Forwarded from STAYCATION.IG
Nah korang boleh start planning untuk travel kemana tahun ni. Banyak juga yang panjang tu. Plan bercuti boleh plan kat bawah ni👇

👉 https://tinyurl.com/3796z42s

👉 https://tinyurl.com/msyac79e
TAKWIM & CUTI PERSEKOLAHAN SESI 2025/2026

Semua dah sedia ke?

https://www.tg-me.com/TheSAShop/33700
2025/10/22 21:56:23
Back to Top
HTML Embed Code: