Telegram Web Link
Forwarded from JAKIM
10 Hari Terbaik Zulhijjah! Peluang setahun sekali, jangan sia-siakan.

Zikir & Baca Al-Quran
Puasa Arafah
Sedekah & amal baik
Korban (bagi yang mampu)

Ganjaran besar, masa terhad. Jom hidupkan Zulhijjah dengan amal & takwa!

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from JAKIM
Revitalisasi Iman, Semarakkan Zulhijjah

10 hari pertama Zulhijjah adalah antara hari terbaik dalam setahun. Jangan biarkan ia berlalu tanpa amalan bermakna dan jiwa yang bersih.

Setiap amalan kecil, ganjarannya besar di sisi Tuhan. Ayuh, hidupkan Zulhijjah dengan keinsafan dan kebaikan.

“Laju ke garisan akhir, pahala menanti.” 🕋

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from JAKIM
Rukun Haji Ada Enam (6)

1. Niat Ihram Haji
2. ⁠Wuquf di Arafah
3. ⁠Tawaf di Kaabah
4. ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan Marwah
5. ⁠Bergunting atau Bercukur Rambut
6. ⁠Tertib pada kebanyakan Rukun

Rukun Haji ialah perkara yang mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika mengerjakan haji. Jika tidak ditunaikan, haji seseorang tidak sah/tidak sempurna/ tergantung dan masih tertakluk dengan larangan ihram.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from JAKIM
Wajib Haji Ada Enam (6)

1. Niat di Miqat
2. ⁠Larangan Ihram
3. ⁠Bermalam (mabit) di Muzdalifah
4. ⁠Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
5. ⁠Bermalam (mabit) di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah
6. ⁠Melontar Ketiga-Tiga Jamrah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah

Wajib Haji ialah perkara yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji. Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan DAM menurut syarat-syaratnya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.

Sumber : Tabung Haji

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from JAKIM
Sebaik-Baik Doa Di Hari Arafah

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR Tarmizi, 3585)

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Jumaat, 6 Jun 2025 bersamaan 9 Zulhijjah 1446 Hijrah.
Forwarded from JAKIM
GALAKAN BERPUASA HARI ARAFAH

Puasa Hari Arafah sangat dianjurkan oleh Nabi SAW kerana padanya terdapat fadilat yang besar.

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Jumaat, 6 Jun 2025 bersamaan 9 Zulhijjah 1446 Hijrah.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from JAKIM
Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha

Jenis-Jenis Takbir Raya

Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.

Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah.

Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijjah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Aamiin Ya Rabbul Alamin.

Kredit : Khairul Azri

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.
WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - KHAMIS - 5 Jun 2025
Zuhur 🇸🇦 12:22pm
Maghrib 🇸🇦 7:04pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - JUMAAT - 6 Jun 2025
Waktu 🇲🇾 5:22pm
Waktu 🇲🇾 12:04am

Bagi yg berada di 🇲🇾, Puasa pada Hari KHAMIS di kira puasa hari Tarwiyah manakala Puasa pada hari JUMAAT 6/6/2025 (9 Zulhijjah 1446H) dikira Puasa Arafah.
Forwarded from JAKIM
Kaifiyat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H/2025M
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1446H

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Semoga keberkatan Aidiladha menyinari setiap langkah kehidupan kita dalam menyusuri makna pengorbanan sejati.

#MalaysiaMadani
#TaatSetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
Forwarded from JAKIM
LARANGAN BERPUASA PADA HARI TASYRIQ

Diharamkan berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Ada satu kes dirujuk, budak perempuan asyik main game, tak nak solat. Kebetulan revision tadabbur al-Kausar ayat 2: refleksi dalam didik anak solat. Semua mula dengan solat. Kenapa solat penting dan akhirnya kenapa anak perlu didik anak tadabbur al-Quran. Beberapa poin penting di bawah⤵️

1⃣Surah Al-Kausar ayat 2 menyusun keutamaan:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah.”

Ayat ini bukan setakat susunan bahasa, tapi urutan tarbiyah anak.

2⃣Dalam konteks parenting dan pendidikan anak, ayat ini sangat meaningful kerana Allah perintahkan solat dahulu sebelum berkorban. Ini memberi satu prinsip penting dalam mendidik anak. Refleksi dalam parenting: Didik solat ulu, baru pengorbanan untuk mempersembah ibadah terbaik dengan ikhlas dan taqwa kepada Allah.

3⃣Solat, asas hubungan dengan Allah

Solat adalah asas dan simbol connection terus dengan Allah. Ibarat, kalau internet, cable cucuk terus modem. Tak pakai wireless. Better connection dengan cable kan?

Jika nak didik anak jadi taat dan bersedia untuk berkorban (masa, tenaga, kehendak diri), untuk 'mempersembahkan' the best ibadah, mereka perlu kenal dan cinta Allah dahulu, dan solat adalah kuncinya.

Tanpa cinta dan hubungan yang kuat dengan Allah, pengorbanan (dunia, games, hiburan) akan terasa berat dan terpaksa.

4⃣Solat mendidik disiplin dan ketundukan

Solat mengajar disiplin waktu, khusyuk, dan tunduk hati. Anak yang terlatih bersolat akan terbiasa tunduk pada arahan dan peraturan. Dalam kontek hidup, wahyu al-Quran dan sunnah.

Tapi, mana mungkin anak akan khusyuk dalam soalan dalam keadaan dia blur dengan wahyu. Di sinilah keutamaannya mentadabbur al-Quran, belajar sunnah dan memahami, merenungi bacaan dalam solat.

Anak lebih sedia untuk berkorban dunianya, kerana sudah terbiasa meletakkan kehendak Allah lebih tinggi dari kehendak diri.

Solat bukan kehendak mak ayah
Solat perintah Allah Kita perlukan strong connection dengan Allah melalui solat.

5⃣Pengorbanan tanpa iman adalah 'kosong'

Tanpa asas iman (yang dibina melalui solat), pengorbanan seperti berkorban waktu belajar, atau menolak hiburan, untuk akhirat jadi susah.

Kita pun, berapa ramai daripada kita tidak mempersembahkan the best solat kita kerana kepala dan fokus asyik ingat urusan dunia saja.

Kita masih solat lambat, lalai, tidak khusyuk kerana masih belum mampu korbankan dunia untuk Allah.

6⃣Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita jangan terlalu cepat minta anak “berkorban” atau “berdisiplin”, jika asas solat belum kukuh. Surah Al-Kausar memberi urutan mendidik anak. Kenalkan Allah melalui al-Quran dan sunnah (strong connection melalui solat), baru minta pengorbanan (pengorbanan masa, tenaga, kehendak untuk taat perintah-Nya).

7⃣ Refleksi -1

"Solat" (فَصَلِّ): Hubungan dengan Allah — hubungan peribadi, hati dan ruh.

"Sembelih" (وَانْحَرْ): Tindakan zahir yang menunjukkan kesanggupan berkorban apa sahaja demi Allah.

Dalam kontek didik anak, mendidik anak sampai anak sanggup utamakan akhirat dalam hidup dia.

8⃣ Refleksi -2

Tanamkan cinta dan keikhlasan kepada Allah dahulu (melalui solat),

Kemudian ajarkan anak untuk mempersembahkan hidup mereka dalam bentuk tauhid kepada Allah, dengan cara mereka bersedia,

+ mengorbankan kehendak sendiri (misalnya, main game vs. baca Quran),

+ mengorbankan masa untuk bantu ibu ayah,

+ atau memberi sedekah dengan duit belanja sendiri.

Anak kita susah nak tinggal larangan Allah, fokus betulkan solatnya. Solatnya bocor, kembali kepada asas fahamkan wahyu Allah. Tadabbur al-Quran, sunnah, faham & amal.

9⃣ Refleksi -3

Solat yang tidak khusyuk takkan membina rasa taqwa dan kehambaan.

Anak mungkin solat, tapi tetap:

+kejar pujian manusia (tak sanggup "korbankan cantik" dengan menutup aurat),

+ikut nafsu (tak mampu tundukkan pandangan),

+lalai (solat cepat sebab nak main game).

🔟 Refleksi -4

Contoh pengorbanan dari anak yang terbina solatnya:

Jenis pengorbanan
🌸 Korban dunia untuk akhirat, pakai longgar walaupun kawan-kawan pakai ketat.
👁 Korban pandangan, tundukkan mata dari tengok aurat di media sosial.

🎮 Korban hiburan, simpan telefon untuk fokus hafalan atau solat.

😔 Korban perasaan, maafkan kawan kerana tahu Allah suka orang pemaaf.

#notaUmmuIlham #notaIlyaniMunsarikh #theloppyfamily

Komuniti Ummu Ilham & The Loppy Family
https://chat.whatsapp.com/B9N4cd5sPMp5fuLfLJ6SY3

Channel
💗Untuk family
https://whatsapp.com/channel/0029VbA5ZHgJkK7BlouAgJ0a

🌹Untuk girls
https://whatsapp.com/channel/0029Vb5x1eD7z4keDfMwBh0G

Telegram
https://www.tg-me.com/+WpbZ_0Gn4nw3NDBl

https://www.tg-me.com/IlyaniMunsarikh
Forwarded from JAKIM
Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi perubahan jiwa dan tekad demi mencari reda Allah SWT. Seperti kata Ibn Kathir, orang beriman pasti akan menemukan perlindungan di mana saja kerana janji Allah buat mereka yang ikhlas berhijrah.

Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik, dari gelap kepada cahaya, dari lalai kepada taat, dari biasa kepada luar biasa.
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from JAKIM
Maal Hijrah 1447H mengajak kita semua muhasabah diri, menyusun langkah menuju redha Ilahi. Biar hijrah kita tahun ini bukan hanya di bibir, tetapi berbekas di hati dan terzahir pada amal.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
Forwarded from Pelik Bin Ajaib 🌘
MIT buat kajian kesan penggunaan ChatGPT untuk buat karangan.

Subjek kajian dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Kumpulan 1: Buat karangan pakai ChatGPT
Kumpulan 2: Buat karangan pakai enjin carian Google
Kumpulan 3: Tak payah pakai apa-apa. Pakai otak sendiri.

Aktiviti ini dilakukan selama 4 bulan. Hasil kajian mendapati, kumpulan 1 yang guna ChatGPT sudah tentunya dapat hasilkan karangan dengan lebih pantas.

Tapi impaknya?

Ia melemahkan ingatan mereka, aktiviti otak menjadi pasif. Sambungan di antara neuron-neuron jadi tidak ligat dan sangat rendah.

Lebih 80% tak ingat pun apa karangan yang mereka hasilkan kerana yang buat kerja ialah ChatGPT, bukan orang.

Kumpulan 3 yang hanya bergantung pada otak mempunyai aktiviti otak yang sangat aktif. Neuro-neuron ligat bersambung. Ingatan mereka pun lebih kuat.

Apabila kumpulan 1 diminta buat karangan sendiri tanpa bantuan AI, mereka tak dapat nak hasilkan karangan yang bermutu kerana terlalu bergantung pada AI.

Kumpulan 3 dapat hasilkan kualiti karangan yang baik kerana otak mereka telah dilatih.

Walaupun AI dapat langsaikan tugas dengan pantas, ia akan menyebabkan kapasiti otak untuk belajar jatuh. MIT panggil benda ini "Hutang Kognitif". Maksudnya, penyelesaian pantas yang kita dapat dengan membayar kemampuan berfikir manusia.

AI Penjana dah meresap rapat dalam kehidupan harian kita. Bukan kita nak buang AI terus. Cuma kena guna dengan betul.

Sebelum kajian MIT ini keluar, lebih dekad yg lalu pun dah ada orang buat kajian tentang impak penggunaan enjin carian (search engine) macam Google. Sebelum itu, ada yg buat kajian impak penggunaan kalkulator. Ilmuan purba pernah kritik aktiviti menulis pada otak.

We are still doing fine until this day eventhough we used calculator, search engine and publish a book. However, AI macam ChatGPT ini memang kena akui sangat lain daripada tulisan, kalkulator dan enjin carian.

Walau bagaimanapun, kajian ini ada had (limitation) dia;

- Sampel kajian kecil (54 orang)
- belum dinilai (peer-reviewed) lagi
- fokusnya hanya pada karangan, bukan tugasan atau aktiviti lain.
- karangan itu pun hanya umum. Ia tidak berpecah pada aktiviti mengarang macam janaan idea, huraian, binaan struktur ayat, suntingan, dll.

Baca buku Genesis II: Sapien & Neo-Manusia kalau nak tahu impak AI pada masa hadapan manusia. Pautan di ruangan komen.
Forwarded from Dr Samhan (Official) (Miera Kamaludin)
Forwarded from Dr Samhan (Official) (Miera Kamaludin)
🤰7 RAGAM ISTERI HAMIL🤰

📌 Menangis jika tidak dapat makan

📌 Sentiasa lapar

📌 Mengidam tapi makan hanya 1-2 suap

📌 Sangat sensitif dengan bau yang tidak menyenangkan

📌 Pelupa

📌 Tidak boleh tidur malam

📌 Saat tengah sarat, tempat tidur penuh dengan bantal

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://www.tg-me.com/drsamhan
Bayi menangis macam nak susu lagi?

🤱🏻Mommies tahu tak yang menghisap ni adalah satu perbuatan yang membantu untuk menenangkan bayi tapi apabila di payudara setiap hisapan akan terus mengeluarkan susu.

Jadi bila bayi mommies menangis, bukanlah nak susu, bayi mahu ditidurkan & ditenangkan sebenarnya. Bantu bayi untuk masuk ke fasa tidur, bukan beri susu bila bayi dah menyusu.

🤱🏻Apabila dilalukan jari ke bibir atau pipi bayi yang baru dilahirkan, kemudian bayi mencari atau cuba mendapatkannya dinamakan sebagai ROOTING REFLEX.

Rooting Reflex ni adalah sesuatu yang tak mampu dikawal oleh bayi, contohnya seperti orang dewasa digeletek dan automatik akan rasa geli lalu ketawa.

Itulah tindak balas Rooting Reflex, lalukan dan bayi akan tangkap. Ia bukanlah tanda bayi masih mahu susu lagi tau.

Dapat sesuatu?

Nor Azura
Pembimbing Penyusuan
2025/10/20 00:23:13
Back to Top
HTML Embed Code: