Telegram Web Link
Soalan:
Apakah hukum berkhitan bagi perempuan?

Jawapan:
Wajib dalam mazhab Syafie.

(Ustaz Azhar Idrus)

@Thetypewriterchannel
Soalan: Macam mana tak nak membenci orang?

Jawapan: Sentiasa memaafkan orang.
Soalan:

Seseorang membeli buah durian secara timbang dgn harga sekian sekian dan bersetuju dgn harga tersebut. Setelah sampai di rumah, bila dibelah durian tersebut, hanya ada seulas shj dan pembeli tersebut rasa tidak berbaloi dan berpuas hati dgn hasil pembelian tersebut walaupun dia bersetuju dgn harga dinyatakan pd awal nya. Adakah jualan tersebut diharuskan?

Jawapan:

Jual beli berdasarkan persetujuan. Dah setuju mcm tu, kira sah jual beli. Boleh juga suruh kupas terus buah durian tu, lagi selamat.

(Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman)
Soalan: Apakah perbezaan antara riba dan hadiah?

Jawapan:

Riba: Ditetapkan oleh pemberi pinjam.

Hadiah: Tidak ditetapkan oleh pemberi pinjam.

Contoh:
Pinjam RM 5000
Bayar RM 7000
Hadiah RM 2000
Soalan: Apakah syarat² untuk meletakkan gambar di media sosial?

Jawapan:

1) Menutup aurat.
2) Tidak bertabarruj.
3) Bukan tujuan untuk lelaki melihat.
4) Tidak boleh gaya menggoda.
5) Gambar mestilah kecil.
Soalan: Apakah tanda² riak?

Jawapan:

Riak merupakan salah satu perangkap syaitan yang membawa maksud menunjuk².

Terdapat 3 tanda riak:
1) Malas apabila bersendirian tetapi rajin apabila berada di hadapan orang
2) Memperbanyakkan amal apabila dipuji
3) Mengurangkan amal apabila dicela

Oleh itu, apabila melakukan sesuatu ibadah atau amal kebajikan yang dikerjakan jangan sesekali mengharapkan pujian atau sanjungan daripada manusia.
Soalan: Sekiranye seorg wanita masih dlm iddah. Tiba² ibunye sakit, boleh tak wanita tu kluar berjumpa ibunya. Ibunya tinggal negeri berlainan.

Jawapan: Boleh jika berlaku darurah, spnjng perjlnn pergi blik dan semasa di rumah ibunya jaga diri daripada berlaku fitnah dengan menutup aurat dan berakhlak.
Soalan: Saya mempunyai jiran. Dia tidak pernah menegur saya tetapi dia selalu memberi salam dan senyum.

Jawapan: Mempunyai jiran yang tidak menyakiti hati lebih baik daripada mempunyai jiran yang menyakitkan hati. Dia memberi salam dan senyum merupakan perbuatan yang baik. Jika dia tidak menegur kita, kita la kena tegur dia.
Soalan: Kalau seseorang tu terkena cat pada kuku, sah tak wuduk?

Jawapan: Tidak sah wuduk krna sifat cat menghalang air ke anggota.
Soalan: Apakah adab dengan guru?

Jawapan:

1) Memberi salam kepada guru apabila bertemu.

2) Bercakap dengan bahasa yang sopan.

3) Bermanis muka apabila menerima teguran dan nasihat guru.

4) Mendoakan kebaikan dan kebajikan guru.

5) Menziarahi guru ketika berkelapangan.

6) Memanggil guru dengan panggilan yang mulia.
Soalan: Apakah adab dengan guru?

Jawapan:

1) Duduk dalam keadaan sopan.
2) Jangan keluar sebelum guru selesai mengajar.
3) Mendengar dengan penuh perhatian.
Soalan: Bolehkah murid ingin bertanya kepada guru?

Jawapan: Jika murid ingin bertanya kepada guru:

1) Bertanya apabila guru bagi peluang untuk murid bertanya.

2) Jangan bertanya ketika guru sedang keletihan.

3) Jangan bertanya ketika guru masih ingin menyampaikan ilmu.

4) Guru bersedia menerima soalan.
Soalan: Bolehkah belajar daripada guru yang berlainan jantina?

Jawapan: Boleh. Belajar dalam suasana yang elok seperti:

1) Menjaga adab berpakaian.
2) Belajar dalam keadaan ramai orang untuk mengelakkan fitnah.
🟢 Soalan: Assalamualaikum, ustaz. Macam mana ya kalau seorang perempuan dia pakai tudung singkat. Kemudian, dia ambik kain selendang letak atas tudung singkat. Tapi kain selendang tu dia tak pin. Dia letak mcm tu je. Jadi, akn mudah jatuh, terselak dan ternampak aurat. Apa hukumnya?

🔵 Jawapan: Waalaikumussalam. Tu cari pasal namanya. Tak boleh la mcm tu. Kena ada sikap mencegah.

Ia ibarat saja duduk tepi jalan. Tak apa kalau kena langgar pon. Ter tak sengaja kan.

@PenaHijauDakwah
🟢 Soalan: Assalamualaikum, ustaz. Macam mana kalau dah pakai tudung labuh tapi terselak juga seperti terkena angin?

🔵 Waalaikumussalam.
Kalau dah cuba ikhtiar sebaik mungkin tapi nampak juga tanpa sengaja, dimaafkan pada syarak.
Dengan syarat pantas menutupnya semula selepas dia sedar.

Jika selalu pula berlaku, maka berdosa jugak sebab dengan sengaja. Janganlah mencampakkan diri ke arah kebinasaan.

@PenaHijauDakwah
Kenapa Nabi Muhammad S.A.W. bin Abdullah bin Mutallib mengikut rekod tidak pernah melaungkan azan sehingga akhir hayat baginda S.A.W.?

Antara hikmah/sebab Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah melaungkan azan sehingga akhir hayat Baginda ialah:

1) Kerana sesungguhnya Nabi S.A.W. apabila melakukan sesuatu, Baginda akan beristiqamah melakukannya. Baginda sangat sibuk menguruskan urusan umat hingga tidak mempunyai waktu untuk beristiqamah melaungkan azan.

2) Sekiranya Baginda S.A.W. melaungkan azan yang di dalamnya terdapat kata perintah untuk menunaikan solat pada lafaz:

"حي على الصلاة"

Sedangkan solat itu mempunyai waktunya yang luas iaitu boleh ditunaikan sepanjang waktunya seperti solat Zohor yang boleh ditunaikan selagi belum masuk waktu Asar. Namun, apabila yang menyeru itu adalah Nabi S.A.W., maka adalah menjadi suatu kesalahan apabila menolak seruan atau perintah Nabi S.A.W.

3) Bahawa kesaksian Nabi SAW sebahagian adalah daripada azan, maka tidak harus untuk Baginda bersaksi ke atas diri Baginda sendiri.

4) Kasihnya Nabi S.A.W. pada umatnya pada waktu itu kerana jika Nabi S.A.W. yang panggil (azan) ada sahabah r.a yg tak dapat datang mungkin sebab tertidur atau apa saja ulama kata hukumnya kafir.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Dikatakan dalam hadis sahih bahawa nabi SAW mengenali umatnya dari selawat kita terhadapnya di akhirat kelak.

Ramai nabi akan menolak kita hinggalah kita bertemu nabi junjungan kita nabi penutup baginda SAW.

Kita akan memohon syafaat daripada baginda SAW dan nabi SAW akan membantu kita setelah baginda SAW menyedari bahawa kita adalah umatnya.

Persoalannya, melalui selawat nabi SAW mengenali kita tapi apakah bentuk selawat itu?

Dari suara kita.
Disebutkan dalam hadis sahih bahawa setiap ucapan salam, selawat kita sampai pada nabi SAW dan di akhirat kelak nabi SAW akan berkata suara ini sepertinya pernah kudengar.
Inilah suara yang selalu berselawat kepadaku.
Soalan:
Kawan saya tidak menutup aurat, macam mana nak tegur?

Jawapan:

1. Apabila nak tegur, jangan tegur secara terburu-buru. Kena pandai tegur seseorang. Ajak berjalan-jalan. Masa berjalan tu, bercakap dengan dia. Tegur dia.

2. Beli tudung. Hadiahkan kepada dia.
Soalan:
Bagaimana nak elak rasa dengki?

Jawapan:

1. Jangan tengok orang yang lebih daripada kita tapi tengok orang yang kurang daripada kita.

2. Untuk elakkan perasaan dengki, ia tidak dapat dilatih dengan jalan yang singkat tapi ia mestilah dilatih oleh guru. Guru yang membimbing kita.
Soalan:
Bagaimana nak delete perasaan geram, dendam dan memori buruk dalam hati dan fikiran.

Jawapan:
Solat taubat.

(Ustaz Kamal Said)
2024/05/21 13:39:01
Back to Top
HTML Embed Code: