Telegram Web Link
Soalan:

Saya doktor gigi wanita. Adakah jika saya merawat pesakit lelaki hukumnya haram kerana jarak di antara saya dengan pesakit terlalu dekat. Sekiranya saya mengundur diri dan berkata saya tidak mampu bekerja lagi, tentu ada yang akan berkata yang saya enggan bekerja dan melarikan diri daripada kerjaya tersebut.

Jawaban:

Ummu Atiyah pernah merawat para sahabat. Sekiranya luka, beliau merawatnya. Beliau perlu menyentuh lelaki, membuka auratnya yang perlu dan menjaga pesakit. Tidak mengapa. Anda sedang merawat pesakit atas kapasiti doktor. Demi mengurangkan kesakitannya, anda harus melakukannya. Demikian juga dilakukan para sahabat.

@Thetypewriterchannel
Soalan:

Apakah hukum jika melambat-lambatkan solat?

Jawaban:

Harus = Lambat sampai pertengahan waktu.
Makhruh = Hujung waktu.
Haram = Hampir habis waktu.

@Thetypewriterchannel
Soalan:

Apakah hukum menggunakan produk komestik yang mengandungi uri manusia atau uri haiwan?

Jawaban:

Organ manusia tidak boleh digunakan semula untuk kecantikan. Hanya boleh dalam masalah darurah seperti pemindahan organ.

@Thetypewriterchannel
Soalan:

Apakah hukum lelaki dan perempuan bersalaman?

Jawaban:

Haram jika bukan mahram.

@Thetypewriterchannel
Soalan : Apakah hukum orang perempuan datang haid mengaji Al-Quran?

Jawapan : Haram. Orang perempuan datang haid boleh baca Al-Quran dalam hati. Boleh gerak mulut je tanpa mengeluarkan suara.

Wallahu a'lam.

@Thetypewriterchannel
Soalan: Bolehkah mengikut imam yang ketika sujudnya tidak melipatkan jari kakinya?

Jawapan: Jumhur ulama mewajibkan melipatkan jari. Apabila tidak lipat, syarat sujudnya tidak sempurna. Maka niat mufarokoh dan yakin bahawa imam itu tidak sah solatnya. Kalau tahu imam itu tidak sah solat tetapi masih menjadi makmum, maka tidak sah solat juga.

@Thetypewriterchannel
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan "esok hari" dalam niat puasa?

Jawapan: Yang diertikan dengan niat "esok hari" merujuk mulanya puasa pada setelah terbit fajar kerana niat atau lafaz berlaku sebelum ada waktu puasa (belum terbit fajar hari).

@Thetypewriterchannel
Soalan: Kawan selalu memberikan makanan kepada saya. Kemudian, dia minta saya promote makanan tersebut. Tapi masalahnya makanan itu kurang sedap.

Jawapan: Kawan yang selalu memberikan makanan kepada kita, tandanya dia mengingati kita. Sekiranya dia masak kurang sedap, maka kita kenalah menegurnya. Janganlah kita tidak mahu menegur kerana sekiranya tegur, kawan tidak akan memberikan makanan pada masa akan datang. Kita mestilah menegur kawan kita kerana tidak ada orang yang mahu menjual makanan yang kurang sedap.

@Thetypewriterchannel
Soalan: Adakah solat sunat qabliyah subuh boleh dilakukan berjemaah?

Jawapan: Solat sunat qabliyah subuh atau waktu² yg lain tidak boleh berjemaah. Ia sunat dilakukan secara infiradi.

@Thetypewriterchannel
Soalan: Siapakah yang boleh dapat malam lailatul qadar?

Jawapan: Semua orang akan dapat malam lailatul qadar kecuali orang yang memutuskan hubungan silaturahim. Tak dapat ganjaran pahala 83 tahun. Inilah peluang kita untuk memohon maaf.

Minta maaflah dengan:
1) Ibu bapa.
2) Adik-beradik kita.
3) Jiran yang paling dekat.
4) Jiran yang dulu pernah berjiran dengan kita.
5) Kawan-kawan kita.
6) Hamba abdi - tapi pada hari ini, tiada hamba abdi. Maka, hamba abdi ini kita ambil kira dengan orang yang kita tak kenal atau orang yang tidak rapat.

@Thetypewriterchannel
Soalan: Apa hukumnya kalau kita mengambil balik barang yang pernah diberikan kepada ibu bapa apabila ibu bapa meninggal dunia? Adakah berdosa?

Jawapan:

Barang yang telah diberikan pada kedua-dua orang tua.

Setelah kematian mereka semua barang menjadi harta pusaka dan menjadi hak si waris.

Jika barang yg tidak ada nilai ia tidak wajib difara'id, memadai dengan persetujuan antara waris bagaimana dan siapa yg memilikinya.

(Maulana Rusdi)

@Thetypewriterchannel
Soalan:

Apakah hukum memonteng kelas?

Jawapan:

Rugi la awak, ponteng kelas.

Kalau awak ngaji di sekolah ke, di madrasah ke atau di pusat tahfiz. Maka, janganlah disia-siakan peluang belajar.

Belajar, bukan semata-mata nak dapat sijil. Tapi ilmu tu yang penting.

@Thetypewriterchannel
Soalan: Apakah hukum jika seorang perempuan memakai jaket di luar tudungnya sehingga menampakkan bentuk bahu?

Jawapan: Tidak haram kerana bentuk bahu tersebut tidak dikira berdosa melainkan ketat sehingga nampak bentuk dada. Nampak bentuk bahu, tak dok masalah. Tak dosa.

Wallahu a'lam.

@Thetypewriterchannel
Soalan: Apakah hukum bersedekah tetapi ditipu oleh orang yang meminta sedekah tu?

Jawapan: Dapat 2 pahala iaitu pahala sedekah dan pahala ditipu.

Wallahu a'lam.

@Thetypewriterchannel
Soalan: Boleh tak solat sunat 6 rakaat satu salam?

Jawapan: Boleh.

@Thetypewriterchannel
Soalan: Ada orang pernah berhutang dengan saya tapi dia tak mahu bayar.

Jawapan: Kita dah pernah minta dia untuk bayar, tapi dia masih tidak mahu membayar. Jadi, kita halalkan hutang dia. Maafkan dia. Tapi kena ingat, perbuatan dia tidak mahu membayar hutang itu akan diazab oleh Allah.

Jadi, minta maaf je tak cukup.
Kalau kita ada buat silap dengan orang seperti pernah berhutang, kita kena bayar hutang.
Sentiasalah banyakkan istighfar dan bertaubat.

@Thetypewriterchannel
Soalan:

Bekerja dengan majikan berbangsa Cina, selama pkp ni kan gaji pekerja harus dibayar tapi gaji saya tak dibayar so saya ni nak berhenti.

Hajat saya sebelum berhenti saya nak bayar dengan bos saya duit sebab untuk bayar balik kesalahan saya lambat masuk kerja atau ada kesalahan lain. Saya takut nanti dituntut di akhirat kelak.

Adakah boleh saya beranggapan bahawa duit gaji saya selama pkp yg tidak d bayar itu sebagai gantinya?
Atau saya perlu juga untuk bayar dan minta maaf?

Jawapan:

Ada 2 sisi dalam kemusykilan di atas:

1. Majikan yang berhutang bayaran gaji.
2. Pekerja yang berhutang atas kekurangan masa bekerja digunakan untuk urusan selain itu.

1. Majikan ditakrifkan berhutang dan pekerja berhak dengan nilai akhir gaji.

2. Ada dua pilihan:

a) Pekerja membayar dengan wang lain.

b) Jika khawatir majikan enggan melunaskan gaji yang sepatutnya dibayar maka boleh dianggap sebagai bayaran atas hutang waktu bekerja dengan syarat jumlah nilai gaji mencukupi dan dimaklumkan pada majikan hasrat tersebut.

(Maulana Rusdi)

@Thetypewriterchannel
Soalan: Adakah semua dosa perempuan ditanggung oleh lelaki seperti ayah atau suami?

Jawapan:
Setiap dosa adalah ditanggung oleh si pelaku dan tidak ada dalil bahawa dosa ditanggung sepenuhnya oleh orang lain. Namun, dalam sesetengah keadaan dosa tersebut dipertanggungjawab juga secara bersama atas hubungan mahram dan akad:

1. Bapa
2. Suami
3. Adik beradik lelaki
4. Anak lelaki

Inilah wali² dan akad mahram yg dipertanggungjawab atas:
1. Anak Perempuan
2. Isteri
3. Adik beradik Perempuan
4. Ibu.

Namun beban dosa bersama (syirqah) termansukh atas mereka jika telah menunaikan hak² tuntutan fardhu ain ke atas dibawah tanggung jawab tersebut dalam situasi telah menunaikan tanggungjawab maka berlepaslah ia.

Adalah tidak benar sama sekali si pelaku (wanita) dosa terlepas atas alasan tidak berasas tersebut.

@Thetypewriterchannel
Soalan:

Hari ni dah boleh solat jumaat di beberapa kawasan dan tidak lebih 40orang. Apabila masjid² penuh kerana hnya 40org.

1) Apabila masuk waktu Zohor, orang lelaki yg tak dapat hadir Solat Jumaat boleh Solat Zohor apabila masuk waktu Zohor ketika khutbah sedang dibaca?
Ataupun org lelaki kat rumah perlu tunggu dulu khutbah selesai baru boleh Solat Zohor?

2) Ketika khutbah dibaca hari ini, adakah kaum lelaki boleh berjual beli?

Jawapan:

1) Bagi kaum lelaki yg tidak dapat kebenaran hadir utk solat jumaat kerana batas² undang² maka tiada celaan atas perkara tersebut, namun wajib menunggu Solat Jumaat selesai sebelum Solat Zohor didirikan.

2) Haram dan batal jual beli ketika khutbah jumaat atau dalam masa khutbat disampaikan, sebahagian ulama’ meletakkan hukum batal dan tidak sah tersebut bermula dari azan waktu jumaat.

Soalan: Adakah situasi ini termasuk dalam bab orang uzur?

Jawapan:

Dlm bab Fiqh ada bnyak qaul, cuma yang rojeh dan situasi Solat Jumaat itu telah ada, maka yang tak dpt hadir kena ambik bab org yang uzur pula iaitu kena tunggu usai Solat Jumaat baru boleh Solat Zohor.

Uzur ada tiga:
1) Uzur tubuh badan
2) Uzur atas perintah sultan.
3) Uzur kerana ditiadakan jumaat.

1&3) ditukar dengan Solat Zohor dn Solat Jumaat ada, maka wajib tunggu usai Solat Jumaat.

2) Solat Jumaat ada, tapi terhalang maka Solat Zohor sebagai ganti, oleh itu Solat Zohor ada setelah habis waktu jumaat (kecuali wanita).

Soalan: Maksudnya, orang prmpuan boleh solat walaupun khutbah belum habis?

Jawapan: Orang perempuan memang boleh solat selepas azan, tak perlu tunggu habis khutbah jumaat.

@Thetypewriterchannel
Soalan: Bilakah malam lailatul qadar?

Jawapan:

3 pendapat malam lailatul qadar:

1) Sepanjang bulan Ramadhan iaitu bermula 1 Ramadhan hingga 29 / 30 Ramadhan.

2) 10 malam terakhir.

3) 10 malam terakhir pada hari ganjil.

Terdapat yang paling sahih dan kuat ialah pendapat yang ketiga.

@Thetypewriterchannel
2025/10/16 16:38:23
Back to Top
HTML Embed Code: