Salam Ramadan Al-Mubarak 1445H 🌙

Moga Ramadan tahun ini menjadikan diri kita yang terbaik pada pandangan Allah SWT...
Allahumma Aamiin..

Maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri ini 👏🏻

#Ramadan #Islam #Muslim
#FreePalestine #Gaza #PrayForGaza #MerdekaPalestin #Malaysia
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-67🇲🇾

Kemerdekaan tanah air harus segera disusuli dengan perjuangan memerdekakan minda.

Menyedari apalah erti kemerdekaan bumi pertiwi, jika rakyat peribuminya masih tetap berminda anak jajahan. Membangkitkan jiwa merdeka adalah agenda terpenting yang tidak boleh dikompromikan.

Merdeka pada jasad,
Merdeka pada akal.

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi.

أَقَامُوا الصَّلَاة

Mereka yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengukuhkan hubungan mereka dengan-Nya

وَآتَوُا الزَّكَاةَ

Mereka yang menunaikan kewajipan harta, mengatasi tabiat bakhil, membersihkan diri mereka dari tamak haloba dan menumpaskan bisikan-bisikan syaitan

وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ

Mereka yang menyeru dan mendorong manusia ke arah kebaikan

وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ

Dan mereka yang menentang kejahatan dan kerosakan.

#Merdeka #TanahMelayu #Malaysia
UJI INGATAN PADA RASULULLAH (01)

Siapakah yang dikenali sebagai حاضنة (Penjaga) Nabi Muhammad ﷺ?
Anonymous Quiz
8%
As-Syifaa
44%
Ummu Aiman
13%
Thuwaibah
35%
Halimah As-Sa'diyyah
Sollu alan Nabiy💚

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

#CintaNabi #Selawat #Jumaat
UJI INGATAN PADA RASULULLAH (02)

Siapakah Wanita Pertama Yang menyusukan Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم selepas daripada Ibu Baginda?
Anonymous Quiz
25%
Thuwaibah Al-Islamiah
10%
Ummu Aiman
43%
Halimah As-Sa'diyyah
23%
Ummu Salamah
UJI INGATAN PADA RASULULLAH (03)

Siapakah diantara nama-nama berikut merupakan adik-beradik susuan Baginda Nabi Muhammad ﷺ?
Anonymous Quiz
14%
Abbas Bin Abdul Mutallib (Pakcik Baginda)
28%
Abu Talib (Pakcik Baginda)
28%
Ja'far Bin Abi Talib (Anak Saudara Baginda)
31%
Hamzah Bin Abdul Muttalib (Pakcik Baginda)
HAMZAH BIN ABDUL MUTTALIB
(Singa Allah Penghulu Syuhada)

Sudah tentu ramai mengenali sosok tubuh ini. Beliau terkenal sebagai Asadullah bermakna singa Allah. Hal ini kerana kepahlawanan dan keberaniannya terhadap musuh, yang membuatkan umat Islam menumpang bangga dengannya. Beliau adalah antara pembesar Quraisy. Seorang yang gagah perkasa, berbadan sasa dan tidak takutkan sesiapa.

Walaupun Hamzah merupakan bapa saudara kepada Nabi SAW, umur mereka boleh dikatakan sebaya. Mereka membesar bersama dan menyusu dari ibu susuan yang sama. Nabi SAW amat kasih kepada teman sepermainannya itu sejak kecil lagi.

Walaubagaimanapun, Hamzah tidak menerima dakwah Nabi SAW daripada awal. Bukan kerana benci, tetapi tidak mahu mempedulikan hal-hal rumit sedemikian. Beliau lebih suka menghabiskan masa dengan minatnya memburu. Walaupun tahu apa yang berlaku, beliau langsung tidak mengendahkan seruan Nabi untuk beriman dan bersama Islam.

Sehinggalah pada suatu hari, ketika beliau pulang dari memburu, datang seorang lelaki mengadu tentang apa yang telah dilakukan oleh Abu Jahal terhadap anak saudaranya Muhammad SAW. Hamzah bertanya adakah ada lagi orang lain melakukan perkara sama? Jawab lelaki itu, ya, bahkan ramai.

Hamzah menjadi marah tiba-tiba. Beliau terus meluru ke Safa, tempat biasa Abu Jahal berkumpul bersama konco-konconya. Tanpa apa-apa mukaddimah, beliau terus menerpa ke arah Abu Jahal dan menghentak kepala Abu Jahal dengan busur yang ada di tangannya, menyebabkan kepala Abu Jahal koyak dan berdarah.

Hamzah kemudian melaungkan:
“Hari ini aku umumkan bahawa aku telah memeluk Islam! Kalau ada sesiapa berani membuat aku kembali berpaling dari Islam, cubalah!”

Namun tiada siapapun yang berani menyentuh Hamzah.

Dalam masa yang pantas, tersebarlah berita keislaman Hamzah ke seluruh kota Mekah. Ia menjadi tamparan hebat dan malapetaka besar buat orang musyrikin. Adapun bagi orang Islam, ia adalah satu rahmat yang cukup besar. Bagi mereka, tiadalah hari-hari yang lebih menggembirakan ketika di Mekah melainkan dua hari; hari Islamnya Umar al-Khattab dan hari Islamnya Hamzah bin Abdul Muttalib.

Kedua mereka juga begitu teruja selepas memeluk Islam. Pernah mereka menyuarakan hasrat kepada Rasulullah SAW untuk keluar ke hadapan Kaabah secara terang-terangan bersama Rasulullah, dan solat di hadapan Baitullah disaksikan oleh semua penduduk Mekah.

Nabi SAW bersetuju lalu keluarlah mereka bertiga ke Baitullah. Baginda berjalan penuh haibah bersama dua orang pengawalnya. Seorang di hadapan baginda dan seorang di belakang.

Sampai di hadapan Kaabah, mereka menunaikan solat Zohor dengan tenang tanpa diganggu sesiapa. Setelah selesai mereka berjalan pulang ke rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Mata para musyrikin memerhatikan setiap tindak-tanduk mereka, dengan hati yang panas membara dan penuh dendam, tetapi tidak berani berbuat apa-apa.
UJI INGATAN PADA RASULULLAH (04)

Perkara-perkara luarbiasa yang berlaku kepada Baginda Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda menerima wahyu dikenali sebagai?
Anonymous Quiz
70%
Mukjizat
15%
Irhash
11%
Karamah
4%
Ma'unah
Ada lelaki hidupnya duduk di kerusi layan Netflix main game sampailah dia mati,

Ada lelaki tinggalkan anak-isteri melekat di kerusi mamak dengan kawan sampai pagi,

Ada lelaki empuk di kerusi berhawa dingin tunggu gaji demi duniawi,

Ada lelaki bila sakit bersandar di kerusi berhari-hari pabila sudah kuat habis ditinggalkan isteri yang berbakti,

Ada lelaki masanya mengejar kerusi kosong kapal terbang untuk melancong cari-cari makan bersama anak dan bini,

Ada lelaki narsistik gilakan kerusi kuasa dan semuanya ‘about me’,

Dan ada seorang lelaki ini maha berani mati parah bersandar rehat di kerusi, sudah habis terjual dagangan jasad dan dunianya,

Seolah-olah Ilahi di depannya sedang membayarnya dengan syurga,

Dan aku hanya mampu mengalirkan air mata terasa malang lelaki bagaimanakah aku nanti mati di atas kerusi yang mana?

~ Hanif Yaacob
Berbahagialah pemimpin kami, As-Syahid Yahya Sinwar.. Syurga buatmu..

P4L3STIN akan BEBAS!!
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Dengan rendah hati admin memohon kemaafan atas kekurangan & kekhilafan dalam menguruskan 'Channel Telegram' ini..

Disini admin kepilkan Takwim 2025 Hijri Miladi 1446-1447 & Tarikh Penting dalam Islam Tahun 2025.

Terima kasih atas sokongan semua..
MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW

Nuzul Al-Qur'an merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW.

Berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 M, tahun ke-40 keputeraan Baginda Nabi SAW, ketika sedang beribadat di Gua Hira'

Al-Qur'an ialah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW bukan hanya kepada baginda tetapi untuk seluruh umat manusia sehingga hari kiamat

Dari Malik, Rasulullah SAW bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi”
(Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah)

Peganglah Al-Qur'an berasaskan kefahaman & manhaj yang jelas berpandukan alim ulama' Ahli Sunnah wal-Jamaah agar kita tidak tersesat dalam memahami Al-Qur'an.

Mudah-mudahan kita mengambil peluang dalam bulan penuh barakah ini untuk meningkatkan mutu dan nilai ibadah seharian dengan al-Qur'an.

Aamiin Allahumma Aamiin

#NuzulQuran #AlQuran #Ramadan
2025/06/29 08:17:53
Back to Top
HTML Embed Code: