Doa Ketika Ditimpa Musibah
Sobahul khair
Forwarded from DrZaharuddin Group
Doa istikharah bukan hanya ketika ingin memilih pasangan berkahwin, tetapi juga hal ehwal urusan penting berkait segala aspek kehidupan seperti kerjaya, berhutang, mula bisnes etc.

#DrZaharuddinAbdRahman
DOA PAGI KHAMIS

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍ
‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah berkati dan muliakanlah kami, anugerahkanlah kebahagiaan utk diri dan keluarga kami.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami, berilkanlan rezeki yg halal buat kami dan sahabat2 kami, jauhilah kami dari perasaan dengki dan iri hati, semoga apa yg kami kerjakan hari ini mendapat keredhaan Mu.

Ya Allah kurniakanlah juga kekuatan dan kegagahan iman, limpahi dan berkati rezeki kami, makbulkan segala hajat, doa dan taubat kami.

Ya Allah, panjangkanlah umur kami, berilah kami kesihatan yg baik, terangilah hati kami dgnt Nur hidayah -Mu, dekatkan kami dgn kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah kurniakan kami kesenangan, ketenangan dan hidayah dari-Mu,

Ya Allah, dlm menempuh cabaran kehidupan, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Ya Allah lembutkanlah tutur kata kami, bataskanlah dgn kemuliaan dan pemikiran yg waras.

Ya Allah indahkanlah pekerti kami, berilah kesabaran di setiap langkah kami dan Nur diwajah kami.

Ya Allah bersihkanlah hati kami dengan kasih sayang dan berilah kami sifat bersyukur dlm kami menjalani kehidupan hari ini.

Ya Allah jgnlah Engkau sibukkan diri kami dan lalaikan kami dgn dunia dan segala isinya sehinggakan kami melupakan dosa dan kesalahan kami kpd Mu Ya Allah.

Ya Allah berikan kpd kami jalan petunjuk kebenaran mudah2an kami menjadi hambaMu yg beriman dan bertaqwa.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua2 ibubapa kami tpt yg istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isterix kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah lindungilah aku dr angin merah, lindungi aku dr darah hitam (stroke) dan penyakit berat

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
*Doa Akhir Ramadan*

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami..

Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni X3

aamiin3 ya rabbal'aalamiin..
Zikir pagi
Zikir & doa sebelum berbuka puasa
Niat puasa
2024/04/29 17:37:49
Back to Top
HTML Embed Code: