Telegram Web Link
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
JENG❗️JENG❗️JENG‼️

ARAHAN PENDAFTARAN MyDIGITAL ID

Sesetengah jabatan Kerajaan terutama badan penguatkuasa dan penyelamat telah menerima arahan supaya anggota melaksanakan pendaftaran MyDigital ID.

Di mana jabatan menetapkan sasaran 100 peratus kakitangan melaksanakan arahan tersebut.

MyDigital ID merupakan Pengenalan Diri dalam talian kononnya bertujuan untuk memudahkan urusan Kerajaan dengan rakyat.

MyDigital ID merupakan integrasi sistem PADU, HRMIS (penjawat awam), MyJPJ dan MySejahtera.

Sebaik semua rakyat Malaysia memiliki MyDigital ID akan integrasi dengan sistem e-wallet Digital Bank yang telah mendapatkan kebenaran operasi dari Bank Negara Malaysia (BNM) di mana penggunaan Digital Currency akan diperkenalkan untuk menggantikan sistem tunai.

Kemudian sistem jual beli sepenuhnya dalam bentuk digital akan dilaksanakan yang mana gerai, warung tepi jalan turut dipaksa membuat pembayaran melalui e wallet.

Setelah semua urusan jual beli berlaku dalam bentuk digital sepenuhnya maka MyDigital ID diintegrasi dengan sistem penilaian untuk setiap individu di mana individu perlu memiliki skor kredit yang mencukupi bagi memastikan MyDigital ID digunakan tanpa sekatan.

Misal skor kredit tidak mencapai jumlah minimun yang diperlukan maka sekatan tertentu akan dilakukan ke atas Wallet MyDigital ID dan mengehadkan untuk anda bergerak dan berbelanja.

Selain disekat berbelanja, anda mungkin disekat daripada menaiki penerbangan, rentas negeri, tidak layak mendapatkan rawatan percuma di hospital Kerajaan.

Justeru, penjawat awam mesti bertindak berani dan bersama-sama mengabaikan arahan pendaftaran MyDigital ID.

Anda takkan dikenakan dengan tindakan Tatatertib sekiranya ke semua penjawat awam bersatu menolak arahan.

Lagipun MyDigital ID ini dikawal MIMOS Berhad dan tidak terikat dengan Akta Pendaftaran Negara seperti MyKad atau Sijil Kelahiran.

#WakeUp
#DoNotComply
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Live stream scheduled for
Live stream scheduled for
Live stream started
Live stream finished (1 hour)
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
IN PDRM WE TRUST!

Dalam banyak-banyak kenyataan oleh Pengarah Jenayah Komersial yang ini saya sangat sokong.

Majlis Peguam ibarat majlis yang terdiri daripada manusia dungu kerana segala aduan berkaitan peguam, tidak pernah diambil tindakan tegas.

Contoh peguam langgar etika, adalah mendedahkan segala maklumat pasal klien selepas dilantik.

Lebih teruk lagi ada peguam yang buat sidang media fitnah klien selepas ambil bayaran penuh.

Paling tak boleh tahan, ambil RM5,000 untuk LOD tetapi apabila klien bertanya status peguam hanya beri “bluetick”.

Malah terdapat peguam pecah amanah selepas menerima bayaran tertentu dan mendakwa tidak terima bayaran selain tidak bersikap jujur dengan klien sendiri.

Saya sendiri dalam kes Baby Syifaa ada seorang peguam terima RM10,000 tapi hadir ke mahkamah baru sekali.

Ada seorang lagi terima RM30,000 tapi selepas itu bertindak tarik diri padahal bayaran penuh dibuat.

Justeru Majlis Peguam mungkin boleh jelaskan prosedur atau kaedah bayaran kepada Peguam agar tiada pihak yang teraniaya.

Tak guna ada Majlis Peguam sekiranya peguam yang melanggar etika guaman tidak dikenakan tindakan. Baiklah bubar Majlis Peguam!

LAPORAN MALAYSIA GAZZETE
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ramai yang mengikuti prosiding Inkues kematian Baby Syifaa sedang berkira-kira samada mahu hadir ke Majlis Aidilfitri #YYCC 2024 pada 27 April 2024 atau prosiding Inkues pada 29 April 2024.

Jika Tuan Puan mengikuti Inkues sejak hari pertama, penting untuk Tuan Puan hadir pada 29 April 2024 kerana Mahkamah Koroner akan mendengar keterangan daripada saksi awam yang merupakan jiran Taska di mana Polis gagal temukan.

Sebaliknya saksi awam tampil jumpa saya secara sukarela menceritakan perkara yang beliau nampak pada hari kejadian.

Saksi ini dinamakan ketika saya beri keterangan hadapan Hakim Koroner susulan DPP mengasak saya iaitu bapa mangsa dengan soalan untuk menjatuhkan kredibiliti saya sebagai bapa dan saksi.

Sebaik saya namakan saksi awam - prosiding dihentikan serta-merta oleh DPP sedangkan sebelum saya kata ada saksi awam DPP mengasak seolah-olah saya OKT yang dituduh di bawah pertuduhan jenayah.

Selepas bekas pakar forensik CSI, Supt (B) Amidon Anang mengatakan beliau ‘hilang ingatan’ ketika hadir memberi keterangan melalui aplikasi Zoom.

Saya tidak letak harapan tinggi pada saksi awam yang akan memberikan keterangan pada 29 April 2024.

Mungkin saksi awam tak ingat malah kata beliau tidak pernah berjumpa Saya.

Apa pun kes kematian Baby Syifaa, semua Polis tahu yang Baby Syifaa dibunuh. Polis juga tahu kes terjerut buai cerita rekaan Polis nak cover pembunuhan tapi tersalah langkah. Sebab bunuh dulu selepas itu baru kelam kabut siasat siapa Bapa mangsa.

Ini kali ke berapa Aku buat kenyataan secara terbuka dan sepatah Polis tak berani beri maklum balas.

Jadi, kena ambil cuti 29 April 2024 bagi membolehkan anda hadir Majlis Aidilfitri dan Prosiding Inkues.

#Justice4BabySyifaa
#NoJusticeNoPeace

🤲🇲🇾🙌

https://www.facebook.com/share/v/NBaTVosr8x4LojBJ/?mibextid=WC7FNe
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
PELABURAN PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG: 30 INDIVIDU DIPERCAYAI KERUGIAN RM230 RIBU

Hari ini selain membuat persiapan bagi Majlis Sambutan Aidilfitri YYCC 2024 - Kita Kekalkan Tradisi.

YYCC turut menerima aduan berkaitan kes pelaburan dalam penternakan ayam kampung.

Menurut pengadu, sebelum ini mereka menerima pelaburan modal yang dilaburkan beserta keuntungan.

Bayaran dibuat secara bulanan dan jumlah bergantung modal pelaburan.

Seperti pengadu sebelum ini membuat pelaburan sebanyak RM8,000 dengan pembayaran balik RM400 setiap bulan selama setahun bulan terakhir bayaran modal dibuat kepada pelabur.

Berdasarkan perkiraan kasar: RM400 dibayar selama 12 bulan + ditambah RM8,000 = RM12,800.

Pelabur memperolehi keuntungan RM4,800 untuk setahun.

Bagaimanapun untuk kali kedua selepas membuat pelaburan sebanyak RM17,000. Timbul pelbagai isu dan beliau hadir ke YYCC untuk mendapatkan nasihat selepas tidak menerima bayaran bulanan seperti dipersetujui.

Kami sedang meneliti perkara ini kerana scammer mungkin ubah cara menipu.

P/s: surat perjanjian antara dua pihak bukan jaminan pelaburan. Scammer ubah modus operandi, memang kali pertama dia akan bayar.
2024/05/15 11:14:46
Back to Top
HTML Embed Code: