Telegram Web Link
Tak kisahlah apa jua posing dan teknik bergambar. Yang penting, jangan lupa bayar zakat fitrah, dan niatkan ikhlas kerana Allah SWT ye. 😁
Sejujurnya Abeben tak kisah mana order jarang2 sekali masuk kat Sopi, sebab Abeben pun takkan cukup masa nak uruskan jualan kalau order masuk berterusan. Memang kena cari staff untuk handle macam dulu.

Order yang jarang2 sekali masuk sekarang ni alhamdulillah macam ngam2 je dengan timing Abeben, boleh fokus buat benda lain seperti buat skrip, ambil tempahan komik, buat komik, buat bahan promosi dan macam2 lagi.

Dan yang paling best, Abeben akan rasa lebih nak menghargai mereka yang beli komik-komik Abeben ni direct kat Sopi Abeben, walaupun masih ada alternatif untuk mereka beli daripada orang lain. Apabila berkesempatan, Abeben buat sendiri freegift selit sekali dalam pembelian.
Button badge, keychain, artprint, penanda buku, semua Abeben buat sendiri je. Lebih eksklusif, limited, dan ada air tangan orang kata. Haha.

Contoh macam satu order yang baru masuk ni, Abeben selitkan sekali freegift. Harap2nya sampailah penghargaan Abeben ini kepada pembeli. 😊

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang pernah dan terus support Abeben hingga ke hari ni. Dan Abeben minta maaf kalau ada yang tak dapat freegift sebab memang kadang2 Abeben sempat buat, kadang2 tak sempat
Dan apabila ada, tak banyak.

Macam artprint ni pun x banyak. Yang mana sempat dapat tu, tahniah lah ye. 😁

Semoga bermanfaat! 😁🤲
Di dalam setandang pisang, bukannya buruk belaka, begitulah juga orang, common sense tu biar ada. 🥲

Daripada buang masa layan tik tok joget2 dalam tandas awam, baiklah baca komik Tarbiah Kampus di perpustakaan awam. 😆
Perasan tak... Makin lama makin dah terbiasa dah budaya couple ni dalam kalangan umat Islam. Baik yang muda, mahupun yang tua. Budak-budak sekolah, universiti, sampailah yang dah bekerja.

Keluar dating, berikhtilat, chatting, video call, naik kereta berdua, sampai ada yang bersekedudukan. Lebih parah lagi, sampai berzina dan anggap ia biasa.

Lepas clash, couple ngan orang lain pulak, pastu berzina dengan orang lain pulak. Allahurabbi...

Last2, budaya couple terbawa-bawa sampai ke selepas dah kahwin. Bila dh bosan dengan pasangan sendiri, curang pula.

Dari mana umat Islam kita terpengaruh dan terbiasa dengan benda2 macam ni? Tengok balik, apa jenis entertainment yang kita consume hari2, tema apa yang dibawa secara tersurat mahupun agenda yang dibawa secara tersirat...

Jagalah diri dan ahli keluarga kita. Consume hiburan yang bebas normalisasi couple dan zina, Insya-Allah hati akan sentiasa membenci dosa tersebut, dan selamatlah kita dan seisi keluarga daripada terpengaruh nak cuba couple2 ni.
Al-kisah weekend hari tu Abeben pergi office Tarbiah Sentap untuk shoot bahan marketing Pesta Buku. Kebetulan ada sekali member serumah sewa zaman bujang dulu. Apa lagi, masing2 punya masuk air terus ter-activated. Dan terhasillah video ni. haha. TQ Abemat dan Darwisy Cringeman kerana sudi collab.

Enjoy guys. Dipersilakan share juga. Mana tahu lepas share, kot-kot ada member lama tiba-tiba call bagitahu nak bayar hutang. Hehe.

Nak tak kalau Abeben buat lebih banyak sketsa pendek macam ni adaptasi / inspirasi daripada komik-komik Abeben? Ha, kalau nak, cer bagi idea komik yang mana satu.

Yang belum ada idea, boleh dapatkan dulu komik-komik Abeben, terutamanya komik Tarbiah Kampus ni. Kat Sopi Abeben ada, kat semua platform Tarbiah Sentap pun ada. Atau, dapatkan je nanti masa PBAKL. Kalau datang Sabtu petang, insya-Allah boleh dapatkan sign Abeben terus. Hehe
Daripada kau terus mencemburui kejayaannya, lebih baiklah kau cemburui segala usaha dan kerja kerasnya. Nak tahu sama ada sesuatu persaingan itu baik atau tidak, lihat bagaimana ia membentuk dirimu, sama ada engkau mara ke depan, atau kekal di takuk lama.
15.5.2024

Hari ni terbaca berita pasal budak 5 tahun menodai kembarnya kerana ketagih apabila sering melihat ibunya melakukan hubungan seks dengan teman lelaki.

Bersetubuh depan anak tu dah satu hal. Berzina tu pula satu lagi hal.

Apabila zina dinormalisasikan dalam pelbagai medium pada zaman sekarang, dijadikan bahan melawak dan bergurau, bahkan dijadikan sebagai rutin harian apabila ditonton setiap hari...

Yang terkena tempiasnya adalah generasi akan datang. Bukan setakat tempias, bahkan yanh dilanda ribut sehingga bertukar-tukar pasangan seks (swingers) dan melanggan pelacur dan melacur juga semakin berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah.

Bukalah mata sahabat2ku. Umat sedang parah. Sebab itu kalau boleh lindungilah anak2 kita daripada hiburan dan komik2 yang menormalisasikan zina dan mendekati zina (couple).

Saya sangat2 sarankan carilah komik alternatif kalau nak baca komik cinta. Saya pun ada buat. Komik Aku, Engkau Dan Alif (AEDA), komik Hingga Saat Akhir, dan komik karya kawan saya, Cinta Ker? .

Semuanya ada di Sopi Abeben Bookstore. Ayuh dapatkan dan semoga bermanfaat.

Cinta Ker? : https://my.shp.ee/2WRKZTd

AEDA: https://my.shp.ee/A4Q6fRj

Hingga Saat Akhir: https://my.shp.ee/NLDiqQM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Siapa nak free keychain ekslusif Tarbiah Kampus? Cari Abeben kat booth Tarbiah Sentap, bawa buku Tarbiah Kampus pada 1 dan 2 Jun nanti ya. 😁
2024/05/30 07:49:42
Back to Top
HTML Embed Code: