Hari tu Abeben ada dapat request untuk buat versi bahasa Inggeris, supaya lebih senang nak share kepada orang luar negara sekali. So, Abeben cubalah untuk buat versi English, sekali dengan letak warna sikit, bagi lebih feel. Semoga bermafaat. Dipersilakan download dan share kat media sosial masing2 jugak. 🀲🏻
Btw, hari ni last ya…
Insya-Allah sempena 10 malam terakhir Ramadan tahun ni, Abeben akan upload 1 komik pendek dari setiap komik Legend ni. 😁

Nanti Abeben akan buat voting ya untuk korang pilih, komik mana dalam Lukisan Tarbiah 1 - 4 ni yang korang nak Abeben upload. 😁

Tapi misal kata tak sempat nak upload semua, antara Lukisan Tarbiah 1 sampai 4, yang mana yang korang paling nak baca? πŸ€”
Lukisan Tarbiah mana yang korang nak Abeben dahulukan untuk upload?
Anonymous Poll
30%
LT 1
6%
LT 2: Refleksi
20%
LT 3: Air Mata Terakhir
44%
LT 4: Metafora Dakwah
Tak kisahlah apa jua posing dan teknik bergambar. Yang penting, jangan lupa bayar zakat fitrah, dan niatkan ikhlas kerana Allah SWT ye. 😁
Sejujurnya Abeben tak kisah mana order jarang2 sekali masuk kat Sopi, sebab Abeben pun takkan cukup masa nak uruskan jualan kalau order masuk berterusan. Memang kena cari staff untuk handle macam dulu.

Order yang jarang2 sekali masuk sekarang ni alhamdulillah macam ngam2 je dengan timing Abeben, boleh fokus buat benda lain seperti buat skrip, ambil tempahan komik, buat komik, buat bahan promosi dan macam2 lagi.

Dan yang paling best, Abeben akan rasa lebih nak menghargai mereka yang beli komik-komik Abeben ni direct kat Sopi Abeben, walaupun masih ada alternatif untuk mereka beli daripada orang lain. Apabila berkesempatan, Abeben buat sendiri freegift selit sekali dalam pembelian.
Button badge, keychain, artprint, penanda buku, semua Abeben buat sendiri je. Lebih eksklusif, limited, dan ada air tangan orang kata. Haha.

Contoh macam satu order yang baru masuk ni, Abeben selitkan sekali freegift. Harap2nya sampailah penghargaan Abeben ini kepada pembeli. 😊

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang pernah dan terus support Abeben hingga ke hari ni. Dan Abeben minta maaf kalau ada yang tak dapat freegift sebab memang kadang2 Abeben sempat buat, kadang2 tak sempat
Dan apabila ada, tak banyak.

Macam artprint ni pun x banyak. Yang mana sempat dapat tu, tahniah lah ye. 😁

Semoga bermanfaat! 😁🀲
Di dalam setandang pisang, bukannya buruk belaka, begitulah juga orang, common sense tu biar ada. πŸ₯²

Daripada buang masa layan tik tok joget2 dalam tandas awam, baiklah baca komik Tarbiah Kampus di perpustakaan awam. πŸ˜†
Perasan tak... Makin lama makin dah terbiasa dah budaya couple ni dalam kalangan umat Islam. Baik yang muda, mahupun yang tua. Budak-budak sekolah, universiti, sampailah yang dah bekerja.

Keluar dating, berikhtilat, chatting, video call, naik kereta berdua, sampai ada yang bersekedudukan. Lebih parah lagi, sampai berzina dan anggap ia biasa.

Lepas clash, couple ngan orang lain pulak, pastu berzina dengan orang lain pulak. Allahurabbi...

Last2, budaya couple terbawa-bawa sampai ke selepas dah kahwin. Bila dh bosan dengan pasangan sendiri, curang pula.

Dari mana umat Islam kita terpengaruh dan terbiasa dengan benda2 macam ni? Tengok balik, apa jenis entertainment yang kita consume hari2, tema apa yang dibawa secara tersurat mahupun agenda yang dibawa secara tersirat...

Jagalah diri dan ahli keluarga kita. Consume hiburan yang bebas normalisasi couple dan zina, Insya-Allah hati akan sentiasa membenci dosa tersebut, dan selamatlah kita dan seisi keluarga daripada terpengaruh nak cuba couple2 ni.
2024/05/08 23:31:59
Back to Top
HTML Embed Code: