Kelas bermula jam 9.30 malam hingga 12 biasanya. Jika berminat boleh masuk melalui link ini ya. Jika rasa seronok dan banyak belajar benda baru, boleh daftar jika mahu ikuti kelas penuh secara mingguan. Rujuk pin tweet saya kemudian. Jumpa malam ini.
meet.google.com/pxz-fhfj-etu
meet.google.com/pxz-fhfj-etu
Google
Real-time meetings by Google. Using your browser, share your video, desktop, and presentations with teammates and customers.
Menurut Imam az-Zahabi (w. 748H), termasuk dosa besar adalah banyak berdebat dengan keras kepala, penuh unsur tercela dan menyakiti lawan ketika debat/gaduh mulut. Beliau meletakkan dosa sebegini pada dosa besar ranking ke 60 (ranking team bola Malaysia pun tak setinggi ini.)
Menurut Imam az-Zahabi, termasuk dikira debat/bertengkar/gaduh mulut yang tercela apabila orang itu,
1. Tak berhenti debat sekadar keperluan,
2. Keras kepala/melebih-lebih,
3. Menipu (sebab nak menang) hujah,
4. Menyakiti lawan dengan pelbagai cara,
5. Menindas lawan supaya tumbang,
6. Atau sebut perkara yang tak perlu untuk menyakiti lawannya (falasi)
Semua ni termasuk debat/gaduh mulut yang tercela dan termasuk dosa besar. Alasannya sederhana menurut beliau, kerana apabila seseorang terlibat dengan debat/gaduh mulut sebegitu, hatinya akan terbakar, kemarahan bangkit, lalu menimbulkan dendam dan gembira bila lawannya ditimpa musibah. Panjang lagi huraian az-Zahabi, boleh baca dalam al-Kabair beliau.
Kerana itulah sebahagian ulama mengatakan,
ما رأيت شيئا أذهب للدين ولا أنقص للمروءة ولا أشغل للقلب من الخصومة
“Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih merosakkan agama, lebih mengurangkan maruah, dan lebih menyibukkan hati daripada banyak pertikaian/berdebat.”
Nasihat ini terpakai untuk semua orang termasuklah orang agama. Kadang-kala orang agama punya bertikai dan bergaduh mulut tu luar biasa ngeri. Kadang, kami yang marhaen ini pun sampai hairan bila orang agama bergaduh online seperti orang tak belajar agama.
Begitulah tipu daya iblis itu sangat dahsyat. Ia tidak peduli sama ada anda orang awam, orang suam atau orang qawwam.
Ingat, banyak jidal, debat dan bertengkar mulut itu bukan dosa kecil. Perhatikan dengan baik setiap satu ciri yang disebutkan Imam Az-Zahabi tersebut, orang yang banyak bertikai pasti tidak terlepas daripada setiap satunya. Sebab itulah ia termasuk dosa-dosa besar. Bahkan dosa besar yang yang DILUPAKAN & DIREMEHKAN!
📝 Addien Abdul Kadir
🗓️ 190425/20SWL144

Mulai hari ini insyaAllah saya akan kongsikan video² Travelog Sirah yang pernah saya jalankan pada tahun 2023 lalu. Follow for more!
IG: https://www.instagram.com/reel/DJA8Z9_TbeE/?igsh=MWdhaGxsNmRuMTV0OQ==
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZShJjSkug/
FB: https://www.facebook.com/share/r/16QSwbJbhy/

Masa berlalu laksana bayang yang tidak dapat digenggam. Tahu-tahu, sudah genap dua tahun berlalu semenjak saya bersama kekanda saya, Ustaz Muhammad Luqman Makhtar, mengembara ke Tanah Suci. Cuba menjejaki semula setiap pelusuk yang pernah dijejaki Nabi Muhammad SAW, di bumi yang suci.
Banyak yang kami lihat. Banyak pula yang kami rasakan. Tidak semua dapat diungkap dengan kata, tetapi saya cuba rekodkan, setulus hati, setiap detik suka dan duka yang mengiringi langkah kami.
Setelah dua tahun berlalu, barulah hati ini terasa cukup matang untuk menghamparkan kisah ini buat tatapan pembaca budiman.
Sejujurnya, ini adalah sebuah impian lama yang berakar jauh dalam hati saya. Sejak dulu, saya sering membayangkan, alangkah indahnya jika dapat menulis sebuah logbook, mencatat satu demi satu pengembaraan peribadi, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para pelayar dan musafir agung: Ibn Battutah, Marco Polo, Zheng He, Mont Blanc Noland, dan Kouzuki Oden.
Hari ini, dengan penuh rasa syukur dan haru, saya menapak ke permulaan impian itu. Inilah logbook pengembaraan pertama saya. Khusus tentang sirah, bidang ilmu yang paling saya cintai. Dengan rendah hati, saya persembahkan tajuk rasmi bagi siri pertama ini:
Travelog Makkah; Dari Tanah Melayu ke Bumi Wahyu.
Tiga helaian kulit buku, lahir dari sentuhan dua tangan seni yang berbeza, kini menanti pilihan anda. Yang mana satukah paling menarik di mata, dan paling dekat di hati?
Undilah sekadar rasa. Doakanlah sekadar kasih. Mudah-mudahan, dengan izin Tuhan, naskhah ini sempat bertemu pembaca di PBAKL 2025 kelak, insyaAllah.
#TravelogMakkah (insyaAllah akan menyusul...)

Cover Pilihan Untuk Buku Travelog Makkah: Dari Tanah Melayu Ke Bumi Wahyu
Anonymous Poll
23%
A
24%
B
53%
C
Bismillah,
Selepas 2 tahun selesai mengembara, buat kajian sirah di tanah kelahiran Nabi, dan menulis, akhirnya siap juga buku saya ini. Mengikut jejak langkah pengembaraan seperti Ibn Battutah, Marco Polo, Zheng He, Mont Blanc Noland, dan Kouzuki Oden. Travelog Makkah; Dari Tanah Melayu Ke Bumi Wahyu.

Buku ni kategori travelog atau rehlaat. Tapi ia berbeza dengan travelog kebanyakan. Saya menjejaki semula lokasi yang pernah Nabi SAW jejaki semasa hayatnya. Dalam ilmu sirah ia disebut sebagai ilmu maalim al-Nabawiyyah (lokasi berkaitan Nabi). Jadi buku ini sebenarnya travelog + sirah + ma'alim al-Nabwiyyah.
Jadi buku ini berbeza dengan kebiasaan buku travelog yang hanya bercerita tentang apa yang mereka nampak dan lihat tanpa kajian mendalam. Travelog Makkah pula ditulis bermula berdasarkan kajian teks dan narasi sirah, lalu kami turun ke lapangan untuk melihat lokasinya dan keadaannya di zaman moden.
Saya juga muatkan lebih 200 gambar. Gambar itu semua saya tangkap sendiri dengan equipment sendiri yang dibawa dari Malaysia. InsyaAllah tak ada satu pun gambar Google yang akan pembaca lihat nanti. Disebabkan itulah buku ini dicetak full colour. Baru puas hati baca dan tengok gambar. Gambar ini penting sebab ia dikira arkib sejarah lokasi sirah pada tahun 2023.

Draf buku ini telah dibaca dan disemak oleh beberapa orang, ia bukanlah hasil usaha saya semata-mata. Ada banyak insan yang berjasa disebalik #TravelogMakkah ini. Bagi yang mengenali saya selama ini, tentu biasa dengan cara saya menulis. Laras bahasa ilmiah, dengan rujukan kitab turath dan gaya bahasa keagamaan.
Tapi buku ini berbeza. Ini pertama kali saya cuba menulis buku dengan gaya bahasa sastera dan novel. Itu juga alasan kenapa lambat saya siap menulis. Nak menggarap dan memuatkan emosi bukan mudah, bukan kepakaran saya. Saya cuba sedaya upaya menggabungkan nilai ilmiah, kritikan sosial dan sastera sekaligus dalam buku ini.
Berikut ulasan dari 4 orang berbeza. 3 daripada mereka memang pembaca novel/travelog dan fiksyen. Besar harapan saya semoga buku ini mendapat ulasan daripada pembaca budiman semua.

Saya cetak tak banyak, bimbang ianya tak habis. Lagipun saya bukanlah penerbit besar, hanya penulis kecil yang mencuba sendiri dari awal pengembaraan hingga siap cetakan.
Disebabkan itu saya buku pre order untuk buku ini. Edisi limited edition itu hard cover, berbaki 300 lagi. Saya juga usahakan merchandise khas dan cabutan bertuah untuk menghargai pembeli pre order. Bagi saya anda semua pendukung awal perjalanan saya. Jika ada rezeki, insyaAllah buku ini juga akan dilancarkan di PBAKL tahun ini.
Jika berminat, tekan link di bawah untuk dapatkan. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 💛
🛒🔗
https://addienabdulkadir.onpay.my/order/form/travelogmakkah/