Telegram Web Link
#Taubat #Nasuha

Taubat nasuha adalah bertekad untuk meninggalkan dosa yang akan datang dan menyesali dosa-dosa yang telah lalu, dan kemudian berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengerjakannya kembali pada masa depan.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman

https://whatsapp.com/channel/0029VaD0ZAs9MF9AZ622EO1t
#Berzikirlah #Kepada #Allah

Berzikir merupakan suatu ibadah mengingati Allah SWT yang boleh dilakukan sama ada melalui lisan ataupun melalui jantung hati. Zikir menerusi lidah meliputi istighfar, berdoa, berselawat ke atas Rasulullah SAW, tasbih, tahmid, takbir, tahlil, pembacaan al-Quran dan seumpamanya.

Zikir adalah termasuk dalam salah satu kaedah penting dalam mendekatkan diri seseorang hamba kepada Allah SWT.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman

https://whatsapp.com/channel/0029VaD0ZAs9MF9AZ622EO1t
#Berdoalah #Ketika #Ayam #Berkoko

Para ulama’ memahami makna hadith ini bahawa kita diminta untuk berdoa kepada Allah SWT ketika mendengar bunyi ayam berkokok serta dalam masa yang sama kita juga mengharapakan agar para malaikat mengaminkan doa kita dan istighfar para malaikat kepada kita.

Semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman

https://whatsapp.com/channel/0029VaD0ZAs9MF9AZ622EO1t
#Baik #Terhadap #Jiran

Semoga Allah SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berlaku baik kepada jiran serta memasukkan kita ke dalam syurga di akhirat nanti.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman

https://whatsapp.com/channel/0029VaD0ZAs9MF9AZ622EO1t
#Maniskan #Wajahmu

Jom sama-sama kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.
#Masa #Terasa #Singkat #Di #Akhir #Zaman

Imam Al-Nawawi mengatakan maksud masa berlalu dengan begitu pantas adalah disebabkan keberkatan masa telah hilang dalam kehidupan kita. Banyak masa-masa dalam sehari dihabiskan dengan perkara yang tidak manfaat.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa meningkatkan amalan soleh dan memanfaatkan masa dengan sebaiknya agar dengan sebab itu Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan Akhirat

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman

https://whatsapp.com/channel/0029VaD0ZAs9MF9AZ622EO1t
#Adab #Menyampaikan #Berita

Dalam menyampaikan berita, seseorang itu mesti bertanggungjawab dalam segala ucapan dan penyampaiannya.

Oleh itu seharusnya berhati-hati dalam setiap aspek yang dilakukannya. Hal ini kerana Allah SWT memandang berat terhadap perbuatan ini dan Nabi ﷺ memperingati umatnya supaya berhati-hati di dalam menyampaikan sesuatu berita.
#Doa #Agar #Sentiasa #Bersyukur

Kurangkan mengeluh hal-hal yang belum kamu perolehi setelah berdoa. Akan tetapi, fokus dan syukurilah seribu satu nikmat yang Allah SWT kurniakan secara percuma tanpa perlu kamu memintanya.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman

https://whatsapp.com/channel/0029VaD0ZAs9MF9AZ622EO1t
#Sunnah #Yang #Seringkali #Kita #Lupakan

Perkara yang selalu kita terlepas pandang adalah Menjaga Akhlak. Pada ia adalah sunnah yang paling utama.

Oleh itu, janganlah kita mudah berburuk sangka kepada saudara kita, atau bertengkar atas hal agama, suka menuduh orang lain, menghina dan mencaci saudaranya yang lain, walhasil apa saja perbuatan buruk yang dilakukan kepada saudaranya (seagama).

Jika diteruskan kelakuan begini, masih belum cukup boleh dikatakan kita ini mengamalkan atau menghidupkan sunnah biarpun kita sering melakukan sunnah pada ibadah-ibadah lain, kerana kita sebenarnya sudah meluputkan keutamaan yang utama didahulukan sebelum ibadah-ibadah yang lain.

“Umat Islam telah sepakat bahawa barang siapa sudah terjelas baginya Sunnah Rasulullah ﷺ maka dia tidak boleh meninggalkannya kerana mengambil pendapat orang lain.” - Imam al-Syafie.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman

https://whatsapp.com/channel/0029VaD0ZAs9MF9AZ622EO1t
#Seimbang #Dunia #Dan #Akhirat

Kita di galakkan untuk mencari pahala akhirat dan kita juga di galakkan untuk mencari kebahagiaan hidupan di dunia, hidup mesti seimbang antara dunia dan akhirat.

Andai kita meminta air pasti mendapat cawannya, tetapi andai kita meminta cawan sahaja, belum tentu kita mendapat airnya.

Begitu juga andai kita mencari akhirat pasti mendapat dunianya sekali. Akan tetapi, andai kita mencari dunia, belum tentu kita mendapat akhirat.

https://www.tg-me.com/agama_mu

https://www.instagram.com/guide.to.iman

https://www.facebook.com/Guide.To.Iman
Jadual Waktu Solat
📍 Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, S.Alam (Selangor)
🗓 Sabtu, 01 Jun 2024
🌟 23 Zulqaedah 1445H

 🌥 Imsak   : 05:39 AM
⛅️ Subuh : 05:49 AM
🌤 Syuruk : 07:01 AM
🌞 Zohor : 01:14 PM
☀️ Asar : 04:39 PM
🌙 Maghrib : 07:23 PM
⭐️ Isyak : 08:37 PM


Selamat menunaikan solat fardhu! 😄
⛅️ PERINGATAN SUBUH! ⛅️

(05:49 AM) bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, S.Alam (Selangor).

🔜 Waktu Syuruk: 07:01 AM
2024/05/31 23:25:06
Back to Top
HTML Embed Code: