Telegram Web Link
Antara cabaran nak mengurus simptom Anxiety ini sebab ia adalah reaksi seseorang terhadap "ancaman" yang tak nampak.

Contohnya,

- Risau nak exam
- Takut tak siap kerja
- KPI tak tercapai

Dan kita bukan takut dengan benda itu, tetapi takut kalau kita gagal untuk hadapi benda tu, dan takut RESULT nya.

Maksudnya,

- Bukan takut exam, tetapi takut kalau tak habis study dan tak dapat jawab, nanti gagal (RESULT)

- Bukan takut tak siap kerja, tapi takut nanti akan langgar deadline dll (RESULT)

- Bukan takut KPI tak tercapai, tapi takut nanti ganggu prestasi kerja kita (RESULT)

Pendek kata, kita TAKUT pada RESULT daripada "ancaman" itu.

Walhal, result atau hasil itu belum keluar, tetapi minda kita dah letak persepsi siap-siap, apa akan terjadi nanti.

Jadi, ketakutan kepada "benda yang tak nampak" ini buatkan minda kita masuk ke fasa anxiety, dan badan kita ibarat sedang lalui RESULT tersebut, walaupun realitinya, kita masih berada di masa sekarang, bukan masa depan.

Mengurus simptom Anxiety bermula dengan mengajar badan kita untuk tenang dulu,

dan mendidik pemikiran kita untuk berada di "masa sekarang".
Bila kita ada masalah Anxiety, nak jumpa perawat di hospital, ambil masa lama sebab senarai menunggu panjang.

Simptom yang asalnya ringan, mungkin dah jadi moderate atau severe bila dah 4-6 bulan menunggu.

Betul tak?

Jadi antara pilihan yang ada ialah belajar untuk memahami dan mengurus simptom Anxiety.

Dah tentu, kita belajar daripada mereka yang ahli dalam bidang ini.

17 Disember ini akan dianjurkan bengkel “Risau” bersama Aiman Psikologi dan Izzat Zaid (psikologis klinikal berdaftar).

Kandungan bengkel ini praktikal dan berdasarkan modul saintifik daripada Low Intensity Cognitive Behavioural Therapy (LiCBT).

Dibuat secara bersemuka atau dalam talian (hybrid), anda pilih.

Boleh tengok info lanjut kat sini: https://akademi.aimanpsikologi.com/risau

Tambahan lagi.. Khas untuk ahli sini, boleh guna kod kupon GGAM20 untuk dapat diskaun 20% 😃

"Kawal Anxiety sebelum dia kawal hidup kita."
Bila buat bengkel untuk belajar cara mengurus simptom Anxiety, wajib lah kita letak juga nombor talian kecemasan dalam buku kerja peserta nanti.

Betul tak?

😁💪🏼

Tinggal 3 hari je lagi, tazzabar!
Saya tahu ada yang tak mampu nak bayar yuran bengkel "Risau" Ahad ini, tapi tetap nak belajar cara mengurus simptom Anxiety dalam diri.

Jadi, saya dan Izzat berbesar hati nak sponsor 2 tiket PERCUMA.

Caranya macam mana?

Ada di pautan ini:
https://twitter.com/AimanPsikologi/status/1735639841864556648

Deadline untuk sertai, 16 Disember jam 7 malam.

All the best, semua!
Ramadan tinggal 90 hari.

Saya dalam proses tulis satu "Worksheet" untuk tambah baik kesihatan mental sepanjang Ramadan nanti.

'Worksheet' sangat berguna untuk merekod dan mengurus kesihatan mental kita.

Saya bagi 3 contoh 👇🏼

1. Jurnal Pemikiran
Bukan sekadar jurnal menulis diari, tetapi kita bahagikan ikut kategori (situasi, emosi, pemikiran dan tingkah laku).
Kenapa? Sebab bila kita pandai bezakan "pengalaman dalaman" yang kita lalui, baru kita boleh belajar nak mengurus setiap satunya.

2. Jurnal Emosi

Berbeza dengan nombor 1, yang ini lebih kepada nak keep track apa emosi yang kita sedang alami, dan bagi skala intensity.

Contohnya sedang rasa sedih,

Bagi skala, daripada 1 hingga 10, tahap mana rasa sedih itu? 1 sikit-sikit, 10 itu paling tinggi.

Kenapa buat begini? Sebab bila kita dah tahu jenis emosi, dan tahap dia, membantu kita sedar mana satu yang paling utama untuk kita uruskan.

3. Kitaran Tidur

Catat masa tidur dan masa bangun setiap hari, dan lagi cantik, disertakan juga "jurnal mimpi", iaitu tulis balik apa yang kita mimpi malam itu.

Kenapa?

- Jam masa tidur dapat bantu kita sedar berapa jam kita tidur setiap malam. Biasa orang guna jam smart watch pun boleh, tetapi perasaan berbeza bila kita ada diari spesifik untuk tulis setiap hari.

- Jurnal mimpi dapat bantu kita kenalpasti apa pemikiran bawah sedar yang kita alami. Sebab mimpi biasanya datang dengan situasi harian kita, tapi dengan gambaran yang lain.

Ada banyak lagi jenis-jenis lain, saya akan kongsikan dalam bentuk PDF.

Berminat?

Belum siap lagi.

Tapi boleh join sini siap-siap untuk download bila dah siap nanti ya 🙂

Masuk waiting list kat sini:
http://tinyurl.com/worksheet-ramadan
Tiada manusia yang ke arah visual, kinestetik, auditori dan sebagainya.

Para pakar psikologi yang dah buat kajian saintifik berpuluh-puluh tahun, tentang psikologi manusia (baik Barat mahupun Timur), ada macam-macam teori berbeza pasal ini.

Banyak "sekolah",
Banyak "mazhab",

Yang semuanya sahih (terutama untuk teori yang 5-7 tahun terbaru).

Walaupun saling berbeza teori, tetapi satu benda yang mereka semua bersepakat dan bersetuju ialah:

"Personaliti dan kepandaian (intelligence) manusia ini bukan berbentuk kategori."
Projek terbaru untuk semua.

Dengan harapan, dapat bantu:

1. Individu yang struggle dengan simptom kesihatan mental sendiri, dapat belajar cara mengurus.

2. Pesakit yang menunggu tarikh temu janji yang lama, dapat belajar skil mengurus sementara sesi lagi beberapa bulan.

3. Ringkankan beban petugas kesihatan di hospital dengan adanya bahan tambahan untuk psiko-pendidikan pesakit.

Insya Allah. Moga-moga.

Ada sesiapa berminat nak? 😄
Bayangkan kau dah lama sakit emosi dalaman, bila orang dapat tahu kau pula dipersalahkan dengan macam-macam label "holier than thou."

Dulu waktu forum Chit Chat Kesihatan Mental 2023, teringat seorang ahli panel ini, dia dapat diagnosis Bipolar beberapa tahun lepas, kemudian dapat tahu ada kanser pula tahun ini.

Dia cerita,

Waktu dapat diagnosis Bipolar dan ditulis dalam Facebook (sebab aktif advokat isu penyakit itu), orang sekeliling sendu je respons. Yang mengata pun ada.

Tapi waktu dia isytihar tahun ini yang dia dapat kanser, beratus-ratus orang hubungi tanya khabar, zahirkan rasa simpati, siap promote produk pseudo pun ada (oleh ejen yang ambil kesempatan).

Nampak tak betapa berbezanya pandangan masyarakat kita dengan kedua-dua isu kesihatan ini?

Bab fizikal, sebab boleh nampak dan kita tak ada pula kata macam-macam label menyalahkan pesakit.

Tapi bab emosi dan mental, terus kita cepat nak menghukum dan menyalahkan si pesakit.

Soalan mudah je,

Wujud tak orang yang setiap hari bangun tidur dia mengharapkan nak dapat macam-macam penyakit?

Selagi mana kita tak boleh beri rasa kasihan, simpati dan sokongan yang sama kepada pesakit mental, macam yang kita beri pada pesakit fizikal,

Selagi itulah stigma dan label negatif ini akan terus wujud dalam masyarakat kita.
Bila-bila kita 'trigger' dengan sesuatu/seseorang, bermaksud kita sedang melalui semula sesuatu luka dari zaman silam, pada saat sekarang.

Selagi kita tak 'berdamai' dengannya, selagi itu luka itu akan tetap 'menyerang' kembali bila-bila kita terdedah dengannya.

Proses mencari jalan penyembuhan itu sangat subjektif dan 'customised', sebab kita semua berbeza dari segi:

- Punca
- Suasana membesar
- Persekitaran kawan
- Motivasi
- Personaliti
- Daya tahan mental

dll.

Topik ini saya pernah kupas 6 jam sebelum ini kat sini
Survey: Apa contoh salah faham yang anda tahu tentang Penjagaan Kesihatan Mental? (bukan tentang penyakit)
APA KERJAYA YANG SESUAI SEBAGAI PEMEGANG IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI?

Ramai pelajar psikologi kecewa sebab tidak layak menjadi pakar psikologi sebab tidak mampu atau tidak layak belajar psikologi di peringkat sarjana.

Sebenarnya, ijazah sarjana muda psikologi anda membuka peluang kerjaya yang sangat luas dan menarik.

Artikel penuh:
https://www.facebook.com/share/p/6NTqJ1PcyFVmtaU4/?mibextid=xfxF2i
Ada beza antara kesihatan mental dan kecelaruan mental. Nampak macam serupa tetapi lain.

Penjelasan 👇🏼

https://www.facebook.com/share/p/KQAT1xd3YdkGT2Mo/?mibextid=xfxF2i
*BENGKEL PSYCHOLOGICAL FIRST AID (PFA) & EMOTIONAL FIRST AID (EFA)*

MeCare ingin menjemput anda untuk menghadiri bengkel PFA & EFA pada

Tarikh: 24 Februari 2024 (Sabtu)
Masa: 9.00am - 6.00pm
Tempat: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Cyberjaya Selangor.

Bengkel yang interaktif ini menerapkan pendekatan berpandukan teori dan praktikal termasuk sesi simulasi dan 'role-play', oleh itu setiap peserta berpeluang mendalami lebih lanjut kemahiran bantuan awal kepada individu yang memerlukan bantuan dari sudut emosi dan dalam keadaan kecemasan.

Daftar segera kerana ruang sangat terhad!
>> https://mecare.my/pfa-efa/
>> https://mecare.my/pfa-efa/
>> https://mecare.my/pfa-efa/

Peserta yang hadir akan menerima
- Sijil penyertaan
- Makan minum
- Kit peserta
- Peluang cabutan bertuah
- Sehelai T-shirt

Jumpa anda disana!
Aiman Psikologi
*BENGKEL PSYCHOLOGICAL FIRST AID (PFA) & EMOTIONAL FIRST AID (EFA)* MeCare ingin menjemput anda untuk menghadiri bengkel PFA & EFA pada Tarikh: 24 Februari 2024 (Sabtu) Masa: 9.00am - 6.00pm Tempat: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH)…
Dr Pau Lee ini antara nama besar dalam dunia kaunseling dan PFA di Malaysia.

Bukan setakat ada lesen kaunselor, tapi sampai ambil PhD dalam Kaunseling itu sendiri.

Siapa yang pernah hadiri talk atau bengkel beliau memang kenal sangat style beliau yang sangat santai dan praktikal dalam bengkel, bukan sekadar bercakap sehala.

Sekarang berkhidmat di UPSI sebagai Pengarah Jabatan Kaunseling.

Saya personally rasa ini peluang mahal untuk dapat belajar ilmu PFA dengan beliau, sebab RM90 saja untuk sehari.

Kos bengkel PFA ini biasanya RM300-400 untuk dua hari.

So kalau berminat, boleh ke link itu ya. 👍🏽
Lagi 2 minggu saja lagi dah boleh download Ramadan Reborn Worksheet! 🤩

Panduan khas untuk bantu anda belajar cara memantau kesihatan mental sendiri melalui 6 langkah yang praktikal.

Tak sabar! 🥳

Link download akan share sini nanti 👇🏼
https://ezy.la/ramadan-reborn
Tinggal 10 hari saja lagi sebelum anda boleh dapatkan untuk kegunaan diri sendiri.

TAK SABAR!!! 🥳

Formula 6 langkah untuk belajar memantau kesihatan mental sendiri.

1. eBuku yang santai untuk terangkan konsep

2. Worksheet yang boleh dicetak berulang kali

3. Panduan lengkap cara untuk isi dan analisis

Daftar senarai menunggu sekarang untuk akses awal dan diskaun early bird!

👇🏼
https://ezy.la/ramadan-reborn
Antara kelima-lima penyataan ini, mana satu yang paling kerap anda hadapi?
2024/05/14 21:29:14
Back to Top
HTML Embed Code: