Catatan__AKHIR.ZAMAN
DI antara fitnah terbesar yang akan dihadapi pada akhir zaman ialah kemunculan dajal. Oleh sebab itu Nabi SAW mengajarkan satu doa sebagai satu cara untuk mengelakkan fitnah tersebut. Doa itu sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah bahawa Nabi…
Dajal yang disebut sebagai Al-Masih itu seorang yang akan muncul pada akhir zaman sebagai tanda hampirnya kiamat.

Katanya, terdapat hadis yang menceritakan bahawa akan muncul pada akhir zaman pendusta yang disebut sebagai dajal. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajal-dajal para pendusta. Mereka akan datang kepada kalian dengan ucapan-ucapan yang tidak pernah kalian dengar. Bahkan ayah-ayah kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka tidak akan menyesatkan kalian mahupun mendatangkan fitnah kepada kalian.” - [Riwayat Muslim (16)].

Di dalam riwayat yang lain menyebut: Maksudnya: “Tidak akan terjadinya kiamat sehinggalah dibangkitkan dajal-dajal yang menipu yang mana jumlah mereka lebih kurang 30 orang. Setiap daripada mereka mendakwa bahawa dialah utusan Allah.” - [Riwayat Al-Bukhari (3609), Al-Tirmizi (2218) & Abu Daud (4333)].

"Jika diperhatikan di dalam riwayat-riwayat ini disebutkan dajal dalam bentuk kata jamak iaitu dajalun yang membawa maksud dajal-dajal. Namun begitu, adakah ia bermakna bahawa dajal itu ada ramai?

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut: Maksudnya: “Dajal itu membawa maksud menutup dan menyembunyikan. Ia juga kadang-kadang membawa makna menipu. Oleh sebab itu, perkataan kazzabun (pendusta) ialah sebagai penguat kepada perkataan dajal.” - (Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 6/616).

Sheikh Syamsul Haq Al-‘Azim Al-Abadi menjelaskan perkataan dajal yang disebutkan di dalam hadis tersebut: Maksudnya: “(Maksud dajal) ialah belitan dan kekeliruan. Iaitu banyaknya perancangan jahat dan kekeliruan.” - (Rujuk ‘Aun Al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 9/1446).

Berdoa

Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah agar terhindar daripada fitnah dajal.

Imam Al-Nawawi berkata: Maksudnya: “Ia berasal dari perkataan Al-Dajl yang membawa makna menyembunyikan perkara yang sebenar dan mempersembahkan sesuatu yang tidak bernilai, Mereka ini terdapat pada setiap zaman. - “ (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 18/45).

"Bahkan jika dilihat pada zaman Rasulullah SAW terdapat beberapa orang yang dipanggil sebagai dajal. Antaranya Ibnu Sayyad, Musailamah dan ramai lagi. Maulana Anwar Syah Al-Kashmiri menyebut bahawa Ibnu Sayyad itu bukannya dajal yang sebenar," katanya.

Ini berdasarkan satu kenyataan yang terdapat dalam Musannad Abdurrazzaq: Maksudnya: “Wahai orang ramai, sesungguhnya Ibnu Sayyad itu bukanlah dajal yang besar.”

Maka dinamakan sebagai dajal kerana sifat dustanya dan penuh dengan penipuan. - (Rujuk Faidh Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 3/120).

"Kesimpulannya, berdasarkan apa yang telah dinyatakan, hadis tersebut bukan bermakna dajal itu ialah ramai. Dajal yang disebut sebagai Al-Masih itu seorang yang akan muncul pada akhir zaman sebagai tanda hampirnya kiamat.

"Dajal yang dimaksudkan dalam hadis tersebut ialah bersifat umum yang bermaksud penipu, pembohong dan pendusta yang suka menyebarkan pembohongan sehingga dipercayai oleh ramai orang," jelasnya. - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Zikir dan Doa Menghadapi Wabak Covid-19

Dibaca Pagi Selepas Subuh dan Petang Selepas Maghrib.

1. Zikir Selepas Solat Subuh Dalam Keadaan Duduk Tahiyyat (10 Kali)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah tidak ada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan milik-Nya dan bagi-Nya seluruh pujian, Dia yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu)

2. Zikir Pagi dan Malam (3 Kali)

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

3. Zikir Pagi dan Malam (3 Kali)

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)

4. Zikir Pagi dan Malam (11 Kali)

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

(Maha Suci Allah, pujian untukNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung)

5. Zikir Nabi Yunus (11 Kali)

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِـمِينَ

(“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri)

6. Doa

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاء وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

(Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa).

‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

(Ya Allah! Aku memohon perlindungan-Mu daripada penyaki sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk)

اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ, وَالْأَعْمَالِ, وَالْأَهْوَاءِ, وَالْأَدْوَاءِ

(Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat)
Forwarded from NakPesanBoleh (ARIFF)
Dunia bukan destinasi, sesungguhnya 'di sana' persinggahan abadi.

🌹 @NakPesanBoleh
*SELAWAT REMINDER*

۞ *"اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ"*۞
SALAM MAULIDUR RASUL

Kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah rahmat bagi seluruh alam. Terlalu banyak pengorbanannya untuk nak lihat Islam tersebar ke seluruh dunia. Alhamdulillah kerana kita dilahirkan menjadi umat baginda Rasulullah SAW.

Perbanyakkan selawat dan pujian kepada baginda Rasulullah saw agar kita semua beroleh syafaat di Akhirat kelak.

Allahumma Shalli'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala Ali Sayyidina Muhammad... ♥️

#maulidurrasul
Sudah menjadi kebiasaan, Rasulullah menziarahi perkuburan Baqi' pada lewat malam dan mendoakan ahli Baqi'.

Pernah suatu hari, Nabi meluahkan kepada sahabat-sahabatnya.

"Aku sangat lah teringin sekiranya dapat melihat saudara-saudara kita."

"Bukankah kami ini saudaramu ya Rasulullah?"

Para sahabat kehairanan. Namun, baginda tidak meninggalkan mereka dalam kebingungan.

"Kamu semua adalah sahabatku, akan tetapi saudara-saudara kita belum pun datang lagi, dan aku akan tunggu mereka di kolam aku kelak (di Mahsyar)."


Di Mahsyar nanti tentunya sangat ramai manusia dikumpulkan di sana. Bermula dengan umat Nabi Adam hinggalah manusia yang terakhir mati, semuanya akan dibangkitkan semula.

"Tetapi, bagaimana kamu boleh mengenali mereka nanti tanpa pernah melihat mereka wahai Rasulullah?

Maka, Nabi pun bercerita;
"Sekiranya seorang lelaki mempunyai seekor kuda berwarna putih yang berada di kalangan kuda-kuda yang berwarna hitam, bukankah dia dapat mengenali kudanya (dengan mudah)?"

Sahabat mengiyakan. Lalu, Rasulullah sambung lagi. Perhatikan, ini point penting;

"Mereka akan datang dalam keadaan bercahaya muka, tangan dan kaki kesan daripada wuduk. Aku akan tunggu mereka di tepi kolam."

"Namun, hati-hati. Ada beberapa golongan dalam kalangan mereka yang akan dihalau dari kolamku sebagaimana dikejar unta yang sesat. Akan tetapi aku akan panggil mereka kembali ke sini!"

Waktu itu Malaikat nanti akan berkata;
"Jangan! Kerana mereka itulah yang telah mengubah-ubah agama selepas Rasulullah wafat."

Tatkala itu juga aku akan arahkan;
"Halau mereka! Halau mereka!"



Rupanya-rupanya, saudara yang Rasulullah maksudkan itu adalah kita sendiri, umat terpilih yang tidak pernah merasai kehadiran baginda. Yang tidak pernah melalui zaman baginda. Yang rindukan baginda tetapi hanya mampu beriman kepada Allah dan tetap yakin bahawa baginda adalah utusan Allah.

Sebak, kerana boleh jadi kita lah yang dirindukan oleh sang Nabi itu. Baginda akan setia menanti kita di kolamnya yang mulia itu.

Namun, kita juga bimbang jika kita lah yang bakal dihalau keluar dari kolam Ar-Rasul kelak. Selagi berpegang dengan Quran & Sunnah, insya-Allah selamat!


📸 : Perkuburan Baqi'. Tempat Nabi luahkan perasaan rindunya kepada kita semua ❤️

Uwais Haramain
Uwais Haramain
"Laman Ibadah, Lembah Hikmah"
__
Credit
Pemilik post

#MadinahDiHati
┌─ ⸙ 𝑨𝑺𝑷 𝑩𝒀 ⸙ ────────┐
└───── @HikayatPerindu
──────────────────
𝙻𝚎𝚝𝚜 𝚜𝚞𝚋𝚜𝚌𝚛𝚒𝚋𝚎 𝚝𝚑𝚎𝚜𝚎 𝚌𝚑𝚊𝚗𝚗𝚎𝚕

☀️@Hatibusuk
Hati kotor yang inginkan kesucian.

☀️@SetitisIlmu
Hijrah si pendosa kuasa tiga.

☀️@Wallpaperlily
Beauwall.

☀️@BicaraKataHati
Hati Melakar Walau Hanya Sebaris Kata.

@Thepensilkayuofficial
Tersungkur kerana dibuai dunia.

☀️@TadabburDaily1
Bersahabat dengan Al-Qur'an

☀️@PenaWanita
Dакwан sı waйıта

☀️@LilNational
Request Any Song Here <3

☀️@HeartThoyyibah
Menangis di hadapan Allah adalah cinta.

☀️@TeleFiqh
Membahaskan Berkenaan Hukum Agama Dan Permasalahan Ummat.

☀️@Akhir_zamanchannel
Akhir zaman semakin dekat. Anda sudah bersedia?

☀️@Itstoohurt
Hati yang tersakiti berkali kali

📌 @PROMOBYNSBOT
𝐏𝐚𝐝𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 12 𝐣𝐚𝐦 !

┌─ 𝐏𝐚𝐢𝐝 𝐑𝐞𝐯𝐢𝐞𝐰 𝐁𝐲 ──────┐
└───── ⸙ @HSPPromoter
──────────────────

Perkongsian ILmu Tarik Rezeki Dan Berkat

Jom sertai channel untuk menambah ilmu
Https://www.tg-me.com/PetuaTarikRezekiMelimpah
PESTA HIBURAN BESAR-BESARAN TANDA BENCANA UMAT AKHIR ZAMAN

Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Saat kita masih berada dalam bulan kelahiran Rasulullah SAW yang mulia dan baru sahaja mendapat berita bahawa ibadah umrah telah dibuka semula, di sana ada pula pihak yang sengaja mencemarkannya dengan PESTA HIBURAN YANG MEMALUKAN seluruh dunia Islam.

Apatah lagi ia dilakukan di negara yang menjadi pusat umat Islam menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Allahuakbar.😢

Tuan Puan,

Tular gambar dan video tentang sebuah festival hiburan besar-besaran yang dikenali sebagai “Riyadh Season” dalam kebanyakan media sosial. Satu peringatan daripada sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:

عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ يَقُوْلُ: سَمَعِْتُ رَسُوْلَ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: سَيُصِيْبُ أُمَّتِي دَاءُ اْلأُمَمِ فَقَالُوْا : يَا رَسُوْلَ اللّٰهِ وَمَا دَاءُ اْلأُمَمِ قَالَ : اَلْأَشَرُ وَاْلبَطَرُ وَالتَّكَاثُرُ وَالتَّنَاجُشُ فِي الدُّنْيَا وَالتَّبَاغُضُ وَالتَّحَاسُدُ حَتَّى يَكُوْنَ اْلبَغْىُ

Ertinya: Daripada Abu Hurairah RA, katanya: Aku mendengar RasuIullah SAW bersabda, “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.” Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpunkan harta sebanyak mungkin, (4) tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut-menghasut sehingga jadi zalim-menzalim.”
(HR al-Hakim)

Festival ini sebagai salah satu usaha yang dilakukan untuk merancakkan kembali ekonomi dan industri pelancongan. Namun, sebagai sebuah negara Islam yang terdapat kalimah “لا إله إلا الله محمد رسول الله” pada bendera negara, ia suatu yang AMAT MENDUKACITAKAN.😢

Bukan sekadar itu, Riyadh Season kali ini merupakan kali yang kedua selepas kali pertama ia pernah diadakan pada tahun 2019, dengan jemputannya termasuklah artis antarabangsa iaitu kumpulan BTS dari Korea.

Festival yang dijadualkan bermula sejak bulan Oktober 2021 sehingga bulan Mac 2022 ini menampilkan 7 konsert artis Arab, 6 konsert artis antarabangsa, 350 persembahan teater, perlawanan gusti WWE dan banyak lagi acara hiburan yang lain. Dalam acara pembukaannya beberapa hari lalu, seramai lebih 250,000 orang telah hadir untuk menyaksikannya. Jumlah ini belum termasuk dengan jutaan lagi penonton secara langsung menerusi saluran televisyen dan media sosial.

Sungguh, ini sebuah ujian yang berat bagi seluruh umat Islam. Tatkala ramai yang sedang berfikir untuk melaksanakan ibadah umrah di tanah suci selepas SOP mula dilonggarkan dan tidak perlu lagi solat berjemaah dengan penjarakan saf, namun sebahagian mereka di sana memilih untuk berhibur dan berseronok dalam kemaksiatan yang jelas. Allahuakbar.😢

Sedar atau tidak, perlahan-perlahan, budaya liberal yang selama ini menjadi amalan masyarakat barat seolah sudah meresap masuk ke dalam jiwa orang-orang Islam.

Renungilah sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.

Sabda baginda SAW:

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا: يا رَسُولَ اللّٰهِ، آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟ قالَ: فَمَنْ.

Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
(HR Muslim)

*Dhob – biawak padang pasir

UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN IBARAT BUIH DI LAUTAN

Saya pasti seluruh umat Islam yang masih ada iman dalam hati turut berasa amat kecewa dengan keadaan ini. Dalam situasi pandemik yang baru saja ingin pulih, festival yang dilakukan ini benar-benar telah menambah musibah kepada ummah.
Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila festival hiburan sebesar ini dianjurkan di sebuah negara yang menjadi tanah bermulanya penyebaran agama Islam. Di manakah panduan al-Quran dan as-Sunnah yang seharusnya dijunjung? Adakah semuanya hanya tinggal ucapan dan kata-kata kosong?

Tuan Puan,

Nabi Muhammad SAW pernah menceritakan keadaan umat Islam pada akhir zaman, yang ketika itu jumlah kita adalah ramai, namun kita umpama hanya buih di lautan.

عَنْ ثَوْباَنَ قَالَ : قََالَ رَسُوْلُ اللّٰهِ : (( يُوْشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا))

Maksudnya: Daripada Thauban, beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, “Umat-umat hampir saja mengerumuni kalian sebagaimana orang-orang yang kelaparan mengerumuni sebuah hidangan (lazat).”

فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِدٍ؟ قَالَ : (( بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِدٍ كَثِيْرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللّٰهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللّٰهُ فِي قُلُوْبِكُمُ الْوَهْنَ ))

Lalu seseorang bertanya: “Apakah kami ketika itu sedikit?” Baginda menjawab: “Justeru kalian ketika itu jumlahnya ramai. Akan tetapi, keadaan kalian seperti buih di tengah-tengah lautan. Allah benar-benar mencabut kehebatan kalian daripada dada-dada musuh kalian dan Allah lemparkan ke dalam hati-hati kalian sifat Wahn.”

فَقَالَ قَائِلٌ : ياَ رَسُوْلَ اللّٰهِ، وَمَا الْوَهْنُ؟ قَالَ : (( حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ. ))

Lalu orang tersebut bertanya lagi: “Wahai Rasulullah, apakah Wahn itu?” Rasulullah menjawab: “Cinta dunia dan takut mati.”
(HR Abu Dawud)

SERUAN KEPADA PARA PEMIMPIN ISLAM

Tuan Puan,

Setiap manusia diberikan amanah untuk menjalankan peranan sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi ini. Namun, tugas sebagai seorang pemimpin negara lebih besar kerana dia memikul amanah untuk memelihara agama dan mentadbir negara dengan syariat Islam. Tanggungjawab ini amat berat dan ia mesti dipikul dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَیۡنَ أَن یَحۡمِلۡنَهَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡهَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومࣰا جَهُولࣰا

Maksudnya: “Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya, tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(Surah al-Ahzab: 72)

Besar harapan kita supaya segala program maksiat dan hiburan melampau yang diadakan di mana-mana jua negara dibanteras dan dihentikan, agar perkara ini tidak menjadi sebuah normalisasi kepada masyarakat Islam. Kita amat bimbang apabila maksiat mula dianggap biasa, Allah SWT juga mula menurunkan bala. Nauzubillah.

Firman Allah SWT:

وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةٗ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةٗۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Maksudnya: “Dan jagalah diri kalian daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kalian secara khusus (tetapi akan menimpa kalian secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.”
(Surah al-Anfal: 25)

Subhanallah, inilah yang kita takuti apabila dosa berleluasa dan tiada siapa yang menegur. Musibah bukan sahaja diturunkan kepada golongan yang melakukan kemungkaran, bahkan semua sekali akan dikenakan azab Allah SWT.

Kesimpulannya, sebagai umat yang cinta akan agama Islam, kita seharusnya MENYATAKAN BANTAHAN DAN KETIDAKSETUJUAN TERHADAP APA-APA JUA ACARA YANG MELIBATKAN MAKSIAT DAN HIBURAN MELAMPAU, bukan sahaja kepada “Riyadh Season” yang berlaku di Arab Saudi ini.
Jika hanya dibiarkan, bimbang sikap kita seperti termasuk dalam kalangan orang yang redha kepada maksiat. Kata ulama:

إِنَّ الرِّضَا بِالْمَعْصِيَةِ مَعْصَيَةٌ وَإِنَّ الرِّضَا بِالْكُفْرِ كُفْرٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya redha dengan perkara maksiat maka ianya juga merupakan maksiat, dan redha dengan perkara kufur maka ianya juga merupakan kekufuran."

Ingatlah, rasa benci terhadap kemungkaran merupakan petanda masih wujudnya iman dalam hati. Jika tidak, bimbang kita mati dalam keadaan tiada iman.

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ
[رواه مسلم]

Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya. Jika tidak mampu, maka (tolaklah) dengan hatinya, dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman.”
(HR Muslim)

Semoga Allah SWT sentiasa membimbing para pemimpin negara Islam agar dapat melaksanakan amanah dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan juga, setiap usaha kita mempertahankan syariat Islam dinilai oleh Allah SWT walaupun kecil dan diganjarkan dengan syurga Firdaus.

Sahabat, mari kita bersama amalkan doa ini agar sentiasa ditetapkan di atas jalan agama dan dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan. 🤲🏻

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu.”
(HR Muslim)

Semoga bermanfaat buat semua.

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.

ASMA' BINTI HARUN & TIM PENYELIDIK
#UAHSahabatDuniaAkhirat
#SahabatAmalCare
2024/05/02 00:05:26
Back to Top
HTML Embed Code: