Telegram Web Link
•••


Cuba kita flashback, Allah telah datangkan Nabi Musa a.s kepada Firaun untuk menyampaikan risalah Allah, dalam masa yang sama Allah nak bagi hidayah pada Firaun tapi akhirnya dia menolak hidayah tersebut. Firaun hidup dalam kekayaan dan kesenangan tetapi semua itu adalah ISTIDRAJ!

💕 آللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم 💕
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
[ RAMADAN REMINDER #23]

"Daripada Habib Umar bin Hafidz حفظ الله تعالى :

"Engkau tidak akan dapat merasakan manisnya berpuasa, manisnya mendirikan solat, nikmatnya mengaji, nikmatnya bermunajat kepada Allah, sedangkan di dalam hatimu ada sesuatu yang lebih engkau cintai dari Allah dan Rasul-Nya."

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"

SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2020/2021
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Orang sakit akan mencari ubat untuk sembuh,
Begitu jugalah yang bermaksiat kena cari ubat untuk menyembuhkan rohaninya yakni dengan taubat.

Maksiat itu umpama racun, makin kita telan makin kita rasa sakit. Sakit sampai mati jika tidak mencari penawarnya.

Para salafusoleh; hari-hari mereka akan bertaubat. Kerana apa? Kerana mereka rasa ada kekurangan dalam ibadat mereka. Namun, kita macam mana?

Kita bermaksiat dengan mata yang Allah bagi penglihatan, tangan yang Allah bagi untuk menyentuh dan memegang, telinga untuk mendengar. Tapi kita banyak menggunakan semua nikmat itu dengan perkara yang Allah larang.

Teringat satu kata-kata ni, walaupun kita sedang bermaksiat. Allah masib memberi nikmat dengan memberikan udara untuk bernafas. :'

In Sha Allah, ayuh lazimi taubat. Jangan rasa kita tidak punyai dosa.

@amlnasyh99
2025/10/31 06:41:56
Back to Top
HTML Embed Code: