Telegram Web Link
Forwarded from Iman Moment Official
Salam Syawal
Mesti tak sabar beraya sambil berziarah saudara mara yang dirindui dan disayangi kan?

Haa..dalam gembira dan tawa,
Jangan dilupa batas syari'at yang telah Allah tetapkan untuk kita.

Jom teliti,siapa mahram dan siapa yang bukan, agar terpelihara diri dari dosa.

Hari Raya adalah hari kembali kepada fitrah, iaitu syiar yang telah Allah turunkan kepada kita.
Jadi jom jaga syiar Allah bersama?

Iman Moment ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
Sahabat Imanmu
https://linktr.ee/ImanMoment
Al Jihadu Fi Sabiluna!
Jihad adalah Jalan Juang Kami!

First time hadir rally, jujur perasaannya cukup mengharukan, nak nangis tapi membangkitkan. Barangkali kerana hadir dengan mindset & taujihat, berbeza dengan hanya 'semangat'.

Hidup di zaman ini cukup challenging tapi tika semboyan jihad dibunyikan baru-baru ini, cukup juga memberi sentapan untuk bangkit & tak hesitate lagi.

"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi." (8:60)

Di kala jiwa selalu tergaru untuk turun ke medan perang, bukan sekadar ke Palestin, malah turun ke medan mengajak umat kepada Allah, wajarlah kita bertanya pada diri kita, bukankah yang kau tunggu-tunggu iaitu syurga & inilah salah satu jalannya?

Di kala dunia terasa begitu sempit, manusia terzalimi, malah diri kita - hidup dalam sistem yang cukup mencengkam..
Wahai orang politik, tidak kau sedar betapa banyak ruang 'kotor' & nasib rakyat yang akan dipersoalkan pada Allah?
Wahai orang ekonomi, tidak kau sedar akan betapa sistem ini telah menindas diri kita - bagaimana semua manusia tidak mendapat haknya? menghukum diri kita untuk mengikut telunjuk taghut..
Wahai ummati, apa kau tidak pernah berdoa & mengimpikan akan dunia aman damai, hidup bebas tanpa ekspitasi umat dunia?

Bangunlah, kerana aneh sekali tika bom diletupkan, kita pilih untuk tutup telinga, aneh sekali tika darah umat muslimin gugur, kita pilih untuk tutup mata.

Persoalannya, apa kita tidak berbuat apa-apa jika keluarga kita dilanda musibah, musibah berlaku di depan mata kita, malah kali ini hingga difatwakan untuk berjihad dgn sesungguhnya!

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (2:216)

In sya Allah, dgn jiwa jihad!

@antidote_cure
Putting Fikrah Into Impact ๐Ÿฆพ
โค1โคโ€๐Ÿ”ฅ1๐Ÿ”ฅ1
Di manakah kita dalam perjuangan pembebasan Pal?
.
Jika ia adalah tentang bilangan muslimin, adalah tidak mungkin kerana bilangan orang Islam adalah ditempat kedua banyaknya selepas Kristian.

Maka benarlah hadith Rasulullah, umat ini diattack musuh di setiap sudut dengan penyakit "cinta dunia & takut mati"

Tika seruan jihad datang menyapa kita - perkara yang kita fikirkan adalah harta yang akan habis, kesenangan yang tak lagi ada, waktu rehat..

Maka akhirnya, kita memilih untuk berdiam diri & berpura-pura tidak ambil tahu.

Adakah kita mula merasa kita tidak lagi berguna untuk perjuangan ini?

Sedang tanggungjawab ini ditaklifkan buat umat muslimin... Meletakkan Allah di tempat paling tinggi, syariat diikuti..

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'd:11)

Perubahan umat hakikatnya terletak pada diri kita..
Sepertimana rumah yang terbakar hanya akan terpadam dengan usaha mereka yang cuba memadam..
Begitulah kita wajarnya mengatur langkah, mengubah hakikat kerosakan di bumi ini..

Sebagaimana dalam sirah, mereka terdahulu juga berusaha memenuhi setiap seruan jihad, walhal sepertinya 'tidak bisa'. Bagaimana Abu Ayyub Al Ansari yang sudah tua bangka mahu tetap turun padang, mahu dikebumikan berdekatan Konstantinople agar ia dapat mendengar derapan kaki sebaik-baik ketua & sebaik-baik tentera.

Bagaimana, pada kejatuhan terbesar akan runtuhnya Abassiyah di Baghdad yang terbina selama 600 tahun.. Saifuddin Qutuz membina teamnya dengan tarbiyah Qur'an & membentuk satu kekuatan melawan Monggol yg paling 'celaka', sedang ia berada di Mesir.

Di mana jiwa jihad kita, jika tarbiyah Qur'an juga longgar, self-claim cukup 'muslim', amalnya biar minimal tapi mengimpikan syurga luar biasa.

"Beramallah, kerana Allah melihat amal-amalmu"

@antidote_cure
Putting Fikrah Into Impact ๐Ÿฆพ
โค1
โค3
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ุŒ ู‚ูŽุงู„ููˆุง : ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุŒ ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ูˆูŽู„ุงูŽ ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุŒ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ู ุŒ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุจูุดูŽูŠู’ุกู.

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757
โค1
https://www.instagram.com/p/DKZmOvVzcw7/?igsh=MXJsZXNwZmdiMjZsYw==

Salah ke tournament ML dalam masjid?

Jom semak semula syariat bermain dalam Islam?

Antidote ๐ŸŒฑ
Putting Fikrah into Impact๐Ÿฆพ
http://www.tg-me.com/antidote_cure
https://vt.tiktok.com/ZSkjDuRhb/

First antidote post on TikTok for Ummah ๐Ÿคฒ
Ayuh manfaatkan kelebihan hari istimewa ini โค๏ธ

Antidote ๐ŸŒฑ
Putting Fikrah into Impact๐Ÿฆพ
http://www.tg-me.com/antidote_cure
2025/10/27 12:19:42
Back to Top
HTML Embed Code: