Telegram Web Link
​​[BAHAYA AQIDAH SESAT TUHAN BERTEMPAT]

Al-Imam Al-Shaykh Mahmud Muhammad Khattab al-Subki (1352H/ 1933H) Menerangkan Bahaya Aqidah Allah Berjihah dan Bertempat di Arash

Al-Imam al-Jalil Nasir al-Sunnah wa Qamiʿ al-Bidʿah al-Shaykh Mahmud Muhammad Khattab al-Subki (w.1352H/1933H) menyebut di awal kitabnya – di antara kitab yang terbaik membincangkan tentang manhaj Ahli Sunnah dan Jama’ah berinteraksi dengan nas-nas Mutashabihat - :

فكل من اعتقد أنه تعالى حل في مكان أو اتصل به شىء من الحوادث كالعرش أو الكرسي أو السماء أو الأرض او غير ذلك فهو كافر قطعا، ويبطل جميع عمله من صلاة وصيام وحج وغير ذلك وتبين منه زوجه، ووجب عليه أن يتوب فورا، واذا مات على هذا الاعتقاد والعياذ بالله تعالى لا يغسل ولا يصلى عليه ولا يدفن في مقابر المسلمين، ومثله في ذلك كله من صدقه في اعتقاده أعاذنا الله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا. وأما حمله الناس على ان يعتقدوا هذا الاعتقاد المكفر، وقوله لهم: من لم يعتقد ذلك يكون كافرا، فهو كفر وبهتان عظيم

“Maka setiap orang yang beri'tiqad bahawa Ia (Allah) Ta'ala berada di sesuatu tempat (mengambil tempat) atau bersambung dengannya atau dengan sesuatu yang baharu seperti Arash atau Kursi atau langit atau bumi atau selain itu, maka dia adalah kafir secara pasti, dan terbatallah segala amalannya daripada solat, puasa dan haji dan selain itu. Dan tertalak ba'in isterinya daripadanya dan wajib ke atasnya bertaubat dengan segera.

Dan sekiranya dia mati di atas aqidah ini - semoga dilindungi Allah Ta'ala - maka dia tidak dimandikan, dan tidak disembahyangkan dan tidak ditanam di perkuburan Muslimin. Dan begitulah hukum orang yang membenarkan aqidahnya - semoga Allah melindungi kita dari kejahatan diri kita dan keburukan amalan kita.

Dan manakala berkenaan perbuatannya mendesak orang ramai untuk beri’tiqad seperti i’tiqadnya yang boleh menyebabkan kekufuran ini dengan katanya kepada mereka:
“Barangsiapa yang tidak ber’itiqad dengan aqidah itu (Allah mempunyai jihah/arah/pihak, duduk di atas Arash, di tempat yang khusus), maka dia seorang kafir”, maka ia adalah satu kekufuran dan pendustaan yang besar/ nyata.”

R: Mahmud Khattab al-Subki (1352H) – Ithaf al-Kaʾinat bi bayan madhhab al-Salaf wa al-Khalaf fi al-Mutashabihat wa Radd Shubah al-Mulhidah wa al-Mujassimah wa ma Yaʿtaqidunah min al-Muftarayat. pp. 3-4.

Ustaz Abdullaah Jalil
BEBERAPA ASAS DAN Q&A MENGENAI METHOD SIFAT 20 (20 ATTRIBUTES)

Terdapat beberapa persoalan lazim mengenai method sifat 20, dan juga tersebar beberapa persoalan mengenai apakah bentuk asas aqidah yang perlu diajarkan kepada anak² kita sedari kecil, tulisan kecil ini (dengan sedikit penambah baikkan) adalah sedikit sumbangan saya mengenainya, asalnya ditulis pada 14شعبان 1438, kira² tiga tahun yang lalu, semoga manfa'at..

اللهم إنى أسالك علما نا فعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا

"Wahai Allah, Sesungguhnya aku memohon daripada-Mu Ilmu yang bermanfa'at, rezeki yang baik dan amalan yang diterima"

(رواه ابن ماجه)

1. Bila disebut sifat 20, maka kita perlu tahu bahawa ia adalah huraian sifat Allah سبحانه وتعالى secara tafsil (detail), adapun sifat-sifat lain semisal الرحمن dan الرحيم, merupakan Sifat² atau Nama² Allah سبحانه وتعالى yang diketahui dgn jalan ijmal (ringkas) dan mestilah disikapi berlandaskan konsep sifat 20 ini juga (akan diterangkan kemudian), jadi tidak timbul persoalan "takkan sifat Allah سبحانه وتعالى ada 20 sahaja?

2. Kesemua Sifat² ini samada diketahui dgn Jalan Tafsil mahupun Ijmal merupakan Sifat² Kamalat (kesempurnaan bagi Allah سبحانه وتعالى), kita lihat nanti bagaimana Ia menjadi Sifat² Yang Sempurna bagi Allah سبحانه وتعالى sepertimana Firman-Nya..

فسبح باسم ربك العظيم..

3. Kerana itulah ia hanya berpaksikan kepada Sifat² dari Nas² yang Muhkamat (terang dan jelas maksudnya) dan bukan kepada Nas² yang samar-samar atau Mutasyabihat..

هو الذي أنزل عليك الكتب منه ءايت محكمة هن ام الكتب وأخر متشبهت...

4. Urutan Sifat 20 ini saling memperkuat antara satu sama lain, samada ia dibahaskan dari sudut Aqli mahupun Naqli, dan yang pastinya dalil Aqli tidak diambil secara membuta tuli dan sembrono kerana ia mestilah selari dan tidak bertentangan dengan dalil Naqli..

5. Contohnya jika anak² kita tanya bagaimana Sifat Allah سبحانه وتعالى yang Maha Mendengar itu, saya akan tanya dia dengar tak apa yang saya bisikkan di dalam hati?, atau dia tahu tak apa niat saya, maka mereka akan tahu adalah tidak masuk akal untuk dia tahu hal² sebegitu, hal ini tidak bertentangan dengan Firman Allah سبحانه وتعالى semisal..

قل اللهم فا طر السموت والأرض علم الغيب والشهادة..

"Ucapkanlah (Wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang Menciptakan langit dan bumi! Yang Mengetahui perkara² yang ghaib dan yang nyata..."

(سورة الزمر : ٤٦)

ان الله سميع عليم..

"Sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui"

(سورة البقرة : ١٨١)

Seterusnya kita akan lihat bagaimana Sifat² ini wajib difahami melalui Sifat 20..

5.1. Apabila disebut Allah سبحانه وتعالى Maha Mendengar, wajib difahami bahawa Ia adalah Sifat yang قائم بذاته (Qadim berdiri pada Zat Allah سبحانه وتعالى) - keadaan Wujudnya sama seperti wujudnya Allah سبحانه وتعالى, sedangkan Wujud Allah سبحانه وتعالى itu Tiada dikeranakan dengan suatu kerana dan bukanlah ia dari tiada kepada ada (لم يلد و لم يولد)

5.2. Sifat Maha Mendengar itu Wajib Tiada bagi-Nya Permulaan (هو الاول والاخير) dan Tiada juga bagi-Nya Kesudahan (ويبقى وجه ريك ذو الجلال والإكرام) - iaitu tidak didahului dengan tiada (قدم) dan tidak pula binasa (بقاء)

5.3. Sifat Maha Mendengar Allah سبحانه وتعالى itu wajib ia bersalah²an dengan segala yang baharu, ia tidak memerlukan alat dan medium pendengaran sepertimana manusia dan sedia ada Mendengar sebelum makhluk diciptakan (مخالفته تعلى للحوادث) dan (قيا مه بنفسه)

5.4. Sifat Maha Mendengar Allah سبحانه وتعالى adalah وحدة iaitu Tunggal dan tidak berbilang², tiada satupun yang sama dengan Sifat-Nya ini secara mutlak walhal pendengaran lain berhajat kepada Anugerah-Nya - وحدنيه

Kesemua ini dirangkum melalui kaedah penistidlalan Imam Abu Hasan Al-Asy'ari رحمه الله didalam ayat وكل شيء احصيناه فى امام مبين yang menetapkan kemustahilan bagi Allah سبحانه وتعالى itu berjuzuk² atau berbilang² (وحدنيه) dan Mustahil juga bagi Zat dan Sifat²-Nya itu berpenghujung (لا نهاية), yang menerangkan Sifat قدم dan بقاء
Ia juga seperti maksud yang pernah di tulis oleh Imam At-Tohawi رحمه الله didalam kitabnya العقيدة الطحاوية didalam sebuah matan yang berbunyi..

هو حميد قبل وجود الحا مدين...

Bermaksud Sifat "Maha Terpuji" Allah سبحانه وتعالى itu Wujud sebelum wujudnya segala pujian² makhluk kepada-Nya, begitulah difahami kesemua Sifat² Allah سبحانه وتعالى yang lain yang قائم بذاته أو بنفسه seperti الرحمن الرحيم, dengan cara inilah sahaja pujian² terhadap Allah سبحانه وتعالى itu dapat diletakkan ditempat yang wajar dan dengan KeAgungan-Nya yang sempurna sepertimana didalam maksud ayat فسبح بسم ربك العظيم..

6. Ayat-ayat yang samar maksudnya dari Nas² yang mutasyabihat mestilah di rujuk-silang kepada Nas² yang bersifat muhkamat seperti perintah Allah سبحانه وتعالى dalam ayat 7 didalam سورة آل عمران , menterjemah dan mentafsirkan maksud ayat-ayat tersebut tanpa sandaran dari ayat-ayat yang Muhkamat semisal ليس كمثله شيء dan ولم يكن له كفوا أحد boleh mencondongkan keyaqinan manusia ke arah kesesatan..

فا ما الذين فى قلو بهم زيغ فيتبعون ما تشبه منه ابتغاء الفتنة وابتغاء تاءويله

"Adapun orang² yang ada didalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar² daripada Al Quran untuk mencari fitnah dan mencari² takwilnya"

7. Usah bersikap skeptik kepada istilah² atau terma², sebaliknya lihatlah kepada dalil-dalilnya, sebagai cth ada yang mempertikaikan dari mana datangnya kalimah القدم yang bermaksud Sedia Ada, sedangkan Dalil Naqli kepada Sifat tersebut ada didalam ayat 3 سورة الحديد...

8. Keadaan dan bentuk dalil yang saling memperkuat diantara satu sama lain ini menyebabkan penyusunan qaedah sifat 20 ini menjadi utuh dan jazam disisi umat islam, yang bergerak atas Dalil² Aqli dan Naqli dari Al Quran dan hadith² Nabi صلى الله عليه وسلم
​​9. Anak-anak kecil yang belum tahu membaca Al Quran pun sudah boleh mula mengenal Tuhan dengan dalil-dalil Aqli, bukankah kita sebagai ibu ayah selalu mengatakan bahawa setiap musibah yang berlaku keatas mereka itu sebagai tanda kasih sayang Allah سبحانه وتعالى?

Kerana itulah lafaz taukid didalam ayat إن الله معنا (SESUNGGUHNYA Allah سبحانه وتعالى bersama² kita) dan didalam ayat وإذا سألك عبادي عنى فإنى قريب (Dan apabila hamba²ku bertanya kepadamu tentang Aku, SESUNGGUHNYA Aku sentiasa hampir kepada mereka) itulah yang perlu diajarkan kepada anak² kita..

9.1. Apabila mereka lelah dan penat (demotivate) didalam beribadah, katakan kepadanya bahawa Allah سبحانه وتعالى dekat dan amat menyayanginya walaupun pada hakikatnya mereka belumpun di taklif dengan apa jua hukum sekalipun

9.2. Apabila mereka ditimpa dengan musibah yang berat dan seakan² tidak tertanggung katakan kepadanya Allah سبحانه وتعالى amat dekat dan memberikan ujian² tersebut dengan hikmah disebalik, inilah yang selalu saya ingatkan kepada Afi atas kehilangan kedua ibu ayahnya diusianya yang masih kecil..

9.3. Walhal tidak salah sama sekali mengajarkan antara intipati syahadah ini kepada para muallaf agar mereka sentiasa menyaqini Allah سبحانه وتعالى sentiasa Dekat dan bersama² mereka, bukankah ucapan² seperti ini yang sering dilafazkan untuk merasakan diri berTuhan? itulah yang diisyaratkan dari kalam Nabi صلى الله عليه وسلم terhadap sahabatnya Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه ketika diuji...

10. Kemudian apabila usia mereka menginjak dewasa, sudah menjadi hal yang utama diketahui dan dihafal sekelian dalil-dalil naqli kepada sifat 20 ini apabila seseorang itu sudah pandai membaca Al Quran untuk memperteguhkan keyaqinannya..

11. Memberikan hanya dalil Aqli semisal bukti kewujudan Allah سبحانه وتعالى adalah dengan adanya alam ini dan kemudian diyaqini dengan jazam, sudah cukup melepaskan aqidah anak² kita dari taqlid, apabila dia meningkat remaja, diketahui pula sekelian dalil² naqlinya, dan apabila mereka diuji katakanlah Allah سبحانه وتعالى itu sentiasa dekat dan bersama² mereka, maka lama kelamaan keyaqinannya akan bertambah sehinggalah nanti dia pergi menemui Ilahi dalam keadaan hati yang redha, bersih dari sebarang syirik dan keraguan sepertimana maksud ayat² semisal..

الا من اتى الله بقلب سليم

"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan munafiq)"

(سورة الشعراء : ٨٩)


ارجعى إلى ربك راضية مرضية

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi di Redhai (disisi Tuhanmu)!"

(سورة الفجر : ٢٨)

Inilah sebenarnya yang kita semua harapkan, hati yang redha itu hasil dari Iktiqad yang Jazam serta teguh, anggaplah nukilan ini sebagai isyarat kepada betapa itulah bentuk keprihatinan kita sebagai ibu atau ayah kepada anak-anak kita sendiri..

والله أعلم بالصواب...

Nota tentang Sifat 20 yang saya lakar untuk anak² saya tiga tahun dulu..

Ustaz Muhammad Al Amin Muhamad
Al-Aqliyyat

Memahami pembahagian hukum.

Hukum terbahagi kepada 3 bahagi iaitu hukum syarak, hukum akal dan hukum adat.

Setiap bahagian hukum terbahagi kepada 8 bahagi. Maka jumlah semuanya adalah 24 bahagi. 8 bahagian tersebut ialah:

1. Tasawwuri
2. Tasdiqi
3. Dharuri
4. Nazhori
5. Wajib zati
6. Wajib aradhi
7. Ithbat
8. Nafi

Di samping pembahagian hukum syarak kepada 8 bahagi, hukum syarak juga dibahagi kepada hukum taklifi dan hukum wad'i.

Demikian juga hukum akal, selain pembahagian yang 8, hukum akal dibahagi kepada 3 jenis iaitu wajib, mustahil dan harus.

Demikian juga hukum adat, selain pembahagian yg 8, ia juga dibahagi dari segi hubungan wujud dan 'adam.

Lihat Jadual
​​# Pengukuhan Tafsiran Agama Islam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) #

Walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan tafsiran Islam pada perkara 3 (1), namun ianya boleh ditafsirkan dengan memandang kepada Enakmen Syariah di negeri-negeri.

Namun, bukan semua negeri memberikan tafsiran dan definisi secara jelas terhadap Agama Islam walaupun fatwa dan pengamalan mereka masih terikat dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

A . Negeri yang hanya menamakan " AGAMA ISLAM " sahaja tanpa Ahli Sunnah Wal Jama'ah :

1. Melaka
2. Negeri Sembilan
3. Pahang
4. Selangor
5. Terengganu


B. Negeri yang menyatakan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama'ah :

1. Perlis
2. Kedah


C. Negeri yang menyatakan mazhab Syafie :

1. Perak

D. Negeri yang secara jelas menyatakan Ahli Sunnah Wal Jama'ah Asy'airah Maturidiyyah :

1. Kelantan
2. Johor
3. Sabah


Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) antara negeri yang masih belum membuat penambahbaikan terhadap tafsiran Agama Islam sebagai ahli Sunnah Wal Jama'ah , bahkan jauh sekali bagi penambahan huraian kepada Asy'airah Maturidiyyah.

Berbeza pula Johor dan Sabah telah pun melakukan penambahbaikkan ini kepada Asy'airah Maturidiyyah secara jelas. Kelantan mendahului terhadap tafsiran tersebut walaupun Johor agak terkehadapan dalam pelaksanaan bahagian akidah yang merujuk kepada Asya'irah Maturidiyyah.

Melaka, para Mufti juga ulama mereka yang terdahulu amat tegas dalam bicara akidah beraliran Asy'airah Maturidiyyah, bahkan antara tokoh yang amat tegas dalam bicara akidah seperti Syeik Abdul Latif Thambi merupakan ulama Melaka pada zaman Mufti Khalil. Maka sewajarnya juga negeri Melaka perlu memperkemaskan bahagian Akidah yang telah dipegangi ulama rujukan terdahulu dalam negeri Melaka. Pengangan mereka tidak salah jika dijadikan tafsiran bagi agama Islam dalam negeri Melaka.

Semoga Melaka dapat maju kehadapan bagi melakukan penambahbaikan terhadap tafsiran Agama Islam pada Islam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka.

Abdul Rashid bin Muhamat Akip
al Melakawi al Terengkawi al Patinggi Ghafuri
SAHKAH SOLAT BELAKANG IMAM WAHHABI?

1) Persoalan yang selalu ditanya kepada kami ASWJ yang mendedahkan brain wash dan penyelewengan Wahhabi.

2) Apabila golongan Wahhabi mengelabah dan terdesak dalam berhujjah, mereka akan lontarkan brain wash tersebut.

3) Hal ini kerana mereka bangga dengan Kerajaan Saudi yang sekarang menguasai Dua Tanah Suci (Mekkah & Madinah).

4) TAHUKAH ANDA?
• Aliran Muktazilah menguasai Dua Tanah Suci selama 34 tahun (813-847M)
• Muktazilah menjadi mazhab aqidah rasmi pada 827M di zaman Khalifah Al-Makmun.
• Dua Tanah Suci dikuasai oleh Muktazilah bermula ketika Khalifah ke-7 Dinasti Abbasiyyah iaitu Al-Makmun (813-833M)
• Khalifah ke-8 Al-Muktasim (833-842M) meneruskan penyebaran Muktazilah secara ekstrimis dan kejam sehingga Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan dan banyak lagi yang menjadi mangsanya.
• Khalifah ke-9 Al-Wasiq (842-847M) yang menyambung juga semakin kejam dengan membunuh Yusuf bin Yahya Al-Buwaity (murid utama Imam Syafie) dan ramai lagi.
• Namun, Imam Abu Abdul Rahman Abdullah ibnu Muhammad ibnu Ishak al-Azraniy telah berdebat dengan Khalifah Al-Wasiq hingga menyebabkan Al-Wasiq bertaubat dan penyebaran Muktazilah secara kejam terhenti.
• Seterusnya, mazhab Muktazilah dibasmi dan dilenyapkan secara total oleh Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi serta pengikut-pengikut mereka yang dikenali Al-Asyairah wal Maturidiah.

5) Persoalanya?
i) Siapakah yang berjaya membasmi fahaman yang telah membunuh ribuan ulama Sunni?
ii) Jika Wahhabi menafikan Al-Asyairah wal Maturidiah sebagai ASWJ, siapakah ASWJ ketika itu?
iii) Dimanakah Al-Wahhabiyyah ketika itu?
iv) Sahkah solat makmun ASWJ dibelakang Imam yang Muktazilah ketika itu?
v) Samakah situasi penguasaan Wahhabi Saudi ke atas Mekkah dan Madinah dengan penguasaan Muktazilah pada zaman tersebut?
Yang lain, soal diri sendiri ye. =)

6) Apa hukum solat dibelakang Wahhabi di Mekah dan Madinah?
a) Bersangka baik bahawa tidak semua Imam di sana berpegang dengan fahaman Wahhabi.
b) Jika jelas ia adalah Wahhabi, maka sah solat berimamkan ahli bidaah aqidah seperti solat berimamkan Muktazilah.
c) TG Haji Salleh Sik pernah bertanya kepada TG Syeikh Wan Ismail (Pak Da Eil Mekah) tentang hukum solat berimamkan Wahhabi. Pak Da Eil jawab, sah solat dibelakang Wahhabi iaitu dimaafkan di tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa kerana berkehendak kepada kelebihan berjemaah bukan kerana Imam-Imam Wahhabi.
7) Demikianlah Wahhabi, banyak brain wash daripada hujjah. Orang ramai mudah percaya kerana kurang ilmu sama kurang dengan penyampainya. Ingatlah kita dengan hadis akhir zaman:

يأتي على الناس زمان لا يبقى فيما يبقى من الإسلام إلا اسمه, ولا من القرآن إلا رسمه, مساجدهم عامرة وهي خرابٌ من الهدى, علماؤهم شر من تحت أديم السماء, من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w: "Akan datang suatu zaman di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali pada namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali pada tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama yang ada adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali."
(HR. Al-Baihaqi)

ﻗﺎﻝ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ: ﺇﻥ ﺃﺧﻮﻑ ﻣﺎ ﺃﺧﺎﻑ ﻋﻠﻰ ﻫﺬﻩ ﺍﻷﻣﺔ ﺍﻟﻤﻨﺎﻓﻖ ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ. ﻗﺎﻟﻮﺍ: ﻭﻛﻴﻒ ﻳﻜﻮﻥ ﻣﻨﺎﻓﻘﺎً ﻋﻠﻴﻤﺎً؟ ﻗﺎﻝ : ﻋﻠﻴﻢ ﺍﻟﻠﺴﺎﻥ ﺟﺎﻫﻞ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻭﺍﻟﻌﻤﻞ .

Saidina Umar Bin Khattab r.a. berkata “Sesungguhnya sesuatu yang paling mengkhuawatirkan yang aku khuawatirkan dari umat ini adalah para munafiq yang berilmu”

Para sahabat bertanya “Bagaimana orang munafiq tapi ia alim?”

Saidina Umar r.a. menjawab “Mereka alim dalam lisannya tapi tidak dalam hati dan amalannya.”

Sayyidina al-Imam al-Syafi'i radhiyallahu ' anhu berkata :

لولا المحابر لخطبت الزنادقة على المنابر

Seandainya tidak ada tinta-tinta para ulama yang membela kebenaran, pasti orang-orang zindiq (munafik) akan berceramah di berbagai mimbar.
= = = = = = = =

Bukankah ramai Wahhabi sekarang lunak bermadah, hebat berkata?

Disediakan oleh:
Hafiz Al-Za'farani {HAZA}
​​​​​​Selamat Menyambut Eidul Adha. Semoga amalan kita diterima..

Terima kasih kerana terus mengikuti
@madrasahsunnionline_MSO
MEMAHAMI ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT

ADDIN @ HARIAN METRO
Oleh Ustaz Hafiz Za’farani

1. Dalam ruangan ini, suka saya ingin menjelaskan berkenaan pemahaman Allah wujud tidak bertempat berdasarkan kepada dalil-dalil supaya masyarakat kita hari ini tidak mudah terkeliru dengan sesuatu ucapan yang meletakkan sifat yang tidak layak buat Allah SWT. Ini termasuk dakwaan segelintir pihak bahawa Allah SWT ‘istiwa’ di Arasy dengan mentakwilkan bahawa ‘Allah bersemayam di Arasy’.

2. Untuk memahami juzuk ilmu ini, kita perlu fahami terlebih dahulu tentang pembahagian jisim. Secara khususnya, jisim terbahagi kepada dua iaitu Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif.

3. Tentunya ada masyarakat kita yang tertanya-tanya tentang dua istilah berkenaan. Jisim Al-Kasif ialah apa yang dapat dipegang dengan tangan dan memenuhi ruang atau tempat.

4. Contoh paling mudah untuk jisim yang memenuhi istilah ini adalah manusia, batu, kayu dan sebarang objek yang memenuhi prinsip apabila dipegang oleh tangan, ia memenuhi ruang dan tempat.

5. Merujuk kepada Jisim Al-Lathif pula ia adalah apa yang tidak boleh dipegang dengan tangan dan juga memenuhi ruang serta tempat. Contoh kepada jisim ini adalah udara, cahaya, malaikat dan sebarang ciptaan yang tidak mampu untuk dipegang oleh tangan fizikal manusia.

6. Jelas, kedua-dua jisim ini mempunyai sifat yang sama iaitu Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif memerlukan tempat iaitu sesuatu untuk memenuhi ruang. Buktinya, manusia sebagai Jisim Al-Kasif dan udara mewakili Jisim Al-Lathif menempati sesuatu ruang. Manusia berpindah daripada suatu tempat ke suatu tempat iaitu daripada rahim ibu ke alam dunia dan bakal berpindah ke alam kubur. Udara yang memenuhi ruang belon itu akan mengakibatkan belon pecah jika semakin kuat tekanannyaa dan udara berbindah keluar daripada belon berkenaan.

7. Bagaimana pula maksud disebalik al-Makaan atau tempat atau ‘ruang yang diisi oleh suatu jisim. Semua jisim sama ada al-Kasif dan al-Lathif memerlukan kepada tempat dan kedua-duanya berhajat kepada prinsip berkenaan. Sama seperti manusia dan udara berhajat kepada tempat.

8. Natijah pertama daripada perbahasan ini adalah semua jisim berhajat kepada suatu tempat dan timbul pula persoalan apakah Allah SWT itu suatu jisim?

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal: “Sesiapa berkata Allah itu jisim tetapi tidak seperti jisim-jisim lain maka ia telah kafir.” (Dinaqalkan oleh Imam Badruddin Al-Zarkasyi)

9. Mengapa kufur jika berkata demikian? Ini kerana jisim itu sendiri menunjukkan ia adalah makhluk sama ada Jisim Al-Kasif atau Jisim Al-Lathif, kedua-dua adalah menepati sifat makhluk sedangkan Allah SWT berfirman: “Tiada sesuatu pun sama seperti-Nya (Allah).” (Surah Asy-Syura, ayat 11).

10. Hikmah kepada perbahasan ini menunjukkan bahawa Allah wujud tidak bertempat dan ia selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diperakui oleh imam-imam serta ulama-ulama muktabar sepanjang zaman.

11. Untuk memahami Allah SWT tidak terikat kepada masa dan perubahan, pembaca harus melihat kepada ringkasan penulis berikut untuk memberi gambaran yang lebih jelas.

A) Kita sudah memahami Allah tidak bertempat. Hanya makhluk dan segala jisim sahaja bertempat.

B) Seterusnya kita akan bincangkan mengenai penafian keterikatan masa dan perubahan ke atas Allah. Untuk mudah faham maka kita baca dalam bentuk soal jawab.

C) Adakah setiap yang bertempat pasti dilalui masa?
Ya benar.

D) Apakah bukti Jisim Al-Kasif (manusia) terikat dengan masa?
Bukti: Manusia senantiasa berpindah tempat daripada alam rahim ke alam dunia.

Setiap tempat ada masanya tersendiri:
Alam rahim: 9 bulan 10 hari
Alam dunia: 1 hari bersamaan 365 hari
Kesimpulannya, walau di mana pun manusia atau Jisim Al-Kasif itu pasti terikat dengan masa.
​​E) Apakah bukti Jisim Al-Lathif (udara) terikat dengan masa?
Bukti: Udara mengambil masa tertentu untuk mengisi sesuatu belon. Juga memerlukan masa tertentu untuk keluar daripada belon.
Masa yang diambil oleh udara tersebut membuktikan udara terikat dengan masa.

F) Apakah persamaan keduanya?
Jisim Al-Kasif dan Jisim Al-Lathif bertempat, terikat dengan masa dan mengalami perubahan.

G) Apakah bukti Jisim Al-Kasif (manusia) mengalami perubahan?
Manusia terjadi daripada persenyawaan, berubah kepada zigot, embrio, fetus dan seterusnya sehingga cukup 9 bulan 10 hari.
Setelah dilahirkan manusia mengalami perubahan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.
Natijah perubahan ini adalah manusia akan mati. Dan membuktikan Allah menjadikan dan mematikan manusia. Manusia tidak layak mengaku sebagai tuhan.

H) Apakah bukti Jisim Al-Lathif (udara) mengalami perubahan?
Udara juga mengalami perubahan samada sejuk atau panas, kuat atau perlahan.
Perubahan tekanan udara akan menghasilkan puting beliung, ribut dan hujan lebat.
Ini bukti Jisim Al-Lathif seperti udara juga berubah-ubah.

I) Apakah berubah-ubah itu?
Imam Sanusi menyebut:
"Alam (makhluk) itu berubah-ubah, dan setiap yang berubah-ubah adalah baharu (dijadikan)".
Setiap makhluk berubah-ubah kerana ada yang mengubahnya iaitu Allah. Makhluk itu baharu (dijadikan) kerana Allah Al-Qadim yang menjadikan makhluk.

J) Apakah dalil aqli Allah tidak berubah-ubah?
Setiap yang berubah-ubah itu baharu (dijadikan). Sedangkan, Allah bersifat Al-Qadim yakni tiada permulaan & tiada yang menjadikan Allah. Maka Allah tidak berubah-ubah.

K) Apakah dalil lagi?
Perubahan menatijahkan kematian seperti manusia, jin dan malaikat akan mati. Sedangkan Allah bersifat Al-Baqa' (kekal & tidak akan binasa). Maka Allah tidak boleh disifatkan dengan berubah-ubah.

L) Apa pula dalil naqli Allah tidak bertempat, tidak bermasa dan tidak berubah-ubah?
Hadis Nabi shalallahu alaihi wasallam:
"Allah ada azali sedangkan tiada sesuatu selain Allah" (HR Bukhari)

M) Apakah kefahaman daripada hadis di atas?

Imam Ibnu Hajar ketika mensyarahkan hadis di atas menyatakan:
"Maksud dengan كان yang pertama ialah azali" (Fath Al-Bari, 6/334)
Allah azali, tiada yang menjadikan Allah bermaksud Allah tidak berubah daripada tiada kepada ada. Sedangkan makhluk berubah-ubah daripada tiada kepada ada.

Nash menyatakan tiada sesuatu wujud selain Allah. Maka pada ketika itu, tiada masa, tiada tempat, tiada Arasy, tiada Kursi dan tiada segala makhluk. Maka jelaslah Allah tidak bertempat dan tidak bermasa. Setelah Allah ciptakan tempat, Allah tetap tidak bertempat dan tidak bermasa kerana Allah tidak berubah-ubah.

Berdasarkan kefahaman yang lepas maka jelaslah Allah tidak berubah-ubah.
Secara lansung, ternafi juga ke atas Allah kaifiyyat. Kerana kaifiyyat bermaksud perubahan daripada sesuatu kepada sesuatu.

Maka benarlah kata Imam Al-Khattabi: "Kaifiyyat ke atas Allah dan sifat-Nya ternafi (tiada)." (Ma'alim As-Sunan, 4/328)

Samalah juga dengan kata Imam Malik: "Dan kaifiyyat ke atas-Nya marfu' (tiada)." (Al-Asma' Wal Sifat, hal.408)

Oleh yang demikian, fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Allah wujus tidak bertempat, tidak dilalui masa, tidak berarah, tidak berjisim dan Allah Maha Suci dari segala sifat makhluk
KURSUS PEMANTAPAN ILMU SIFAT 20 (SIFAT KALAM DAN SIFAT MA'NAWIYAH)

Pembentang: Ustaz Abdul Rashid Muhamat Akip
Lokasi: Masjid Qaryah Taman Paroi Jaya, Seremban
Anjuran: ARG Negeri Sembilan / Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus / Masjid Qaryah Taman Paroi Jaya, Seremban

Sesi 01
https://www.facebook.com/NurMahabbah1325/videos/814318492663495/

Sesi 02
https://www.facebook.com/NurMahabbah1325/videos/2003815036415801/

Sesi 03
https://www.facebook.com/NurMahabbah1325/videos/2921322401428807/

'LIKE' dan 'FOLLOW' Nur Mahabbah untuk menonton Kuliah secara langsung
https://www.facebook.com/NurMahabbah1325/

Dan

'Subscribe Channel YouTube' Nur Mahabbah untuk mengulangkaji dengan kualiti video yang lebih baik
https://www.youtube.com/channel/UCbRPQfkUdUEGGXp6vvW3fvQ
Senarai Link Pengajian Baba Abdul Rashid Muhamat Akip Hafizahullah Boleh Lawati & Tonton Channel Youtube Tok Faqir Pondok👇👇

(1) Iman dalam kategori Ilmu atau Kalam Nafsi

https://youtu.be/00Y3HDR8E7U
—————————-
(2) Hakikat Iman menurut Imam Abu Hasan Al Asy’ari

https://youtu.be/ljXrsBhRYBs
—————————-
(3) Jawapan Imam Ghazali terhadap Muktazilah atas bicara sifat kalam nafsi

https://youtu.be/jKA1QBimfIM
—————————-
(4) Pencerahan tentang Maqam/Tempat

https://youtu.be/2yZQ7GBVw6o
—————————-
(5) Ajal Mubram dan Ajal Mullaq

https://youtu.be/SZhXYzGai5Q
—————————-
6) Ada yang kata Qadiran dan Qudrat tidak berlaziman?

https://youtu.be/n5GsLJYnlAw
PANDUAN MENGIKUTI AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH (ASWJ)

Di Nusantara khasnya di Malaysia berpegang kepada aliran Asha'irah wal Maturidiyyah dari sudut akidah, fiqh bermazhab dan tasawuf muktabar.

Di sini saya nyatakan beberapa panduan yg terlalu asas utk kita mengikuti manhaj ASWJ. Panduan itu adalah seperti berikut:

1. Mengikuti pengajian akidah adalah fardu ain bagi setiap muslim. Ini bermakna, mempelajari Sifat 20, sifat para Rasul dan Ghaybiyyat adalah wajib bagi setiap muslim di Malaysia.

2. Mempelajari akidah ASWJ tidak cukup hanya sekadar membaca, malahan perlu belajar kepada guru yg alim dlm menghuraikan Sifat 20, sifat Rasul dan Ghaybiyyat.

3. Perkara yg dipelajari perlulah meresap dlm hati sehingga menimbulkan خشية (takut) dan رجاء (mengharapkan pahala) daripada Allah سبحانه وتعالى.

4. Dalam masa yg sama, pelajari ilmu fardu ain bahagian syariat iaitu fiqah bermazhab (di Malaysia dirujuk kpd mazhab Shafi'i) agar segala tingkah laku kita adalah bersesuaian dgn syariat Allah سبحانه وتعالى.

5. Seterusnya, bagi mengawal diri agar berakidah, bersyariat dan berakhlak, maka perlu mempelajari dan mempraktikkan ilmu tasawuf.

6. Sekiranya mudah utk mendapatkan guru yg mursyid menerusi tareqat yg muktabar, maka disarankan agar terlibat dgn tareqat tersebut secara konsisten. Walaubagaimanapun, perlu ada asas yg kemas terhadap ilmu agama sebelum menceburi hal penyucian jiwa ini kerana ilmu agamalah yg akan mengawal segala perjalanannya utk salik menuju Allah سبحانه وتعالى serta dapat membezakan yg mana hak dan batil.

7. Sekiranya sukar utk mendapatkan tareqat yg muktabar, maka perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم agar hati mudah mendapat tawfiq dan hidayah Allah سبحانه وتعالى.

Sekiranya lengkap ketiga-tiga perkara ini iaitu Iman, Islam dan Ihsan dalam diri, maka kita akan dapat menghayati agama dgn baik dan perjalanan utk salik menuju Allah سبحانه وتعالى menjadi lebih mudah dan berkesan.

Itulah pegangan ASWJ yg membentuk tamadun umat Islam dahulu kala dan sampai bila-bila menerusi ilmu yg sahih dan pengamalan yg konsisten terhadap agama.

Wallahua'lam
Ustaz Mohd Murshidi Mohd Noor
Bahkan Syekh Ibnu Taymiyah sekali pun yang seringkali mempropagandakan bahwa Allah di langit dalam suatu pernyataannya dengan jelas menolak pengertian “di langit” dalam arti bertempat secara fisik di langit. Berikut ini pernyataannya: "السلف، والأئمة، وسائر علماء السنَّة إذا قالوا : " إنه فوق العرش " ، و " إنه في السماء فوق كل شيء " : لا يقولون إن هناك شيئاً يحويه ، أو يحصره ، أو يكون محلاًّ له ، أو ظرفاً ، ووعاءً ، سبحانه وتعالى عن ذلك “Para Salaf, para Imam dan seluruh ulama sunnah ketika mereka berkata: “Sesungguhnya Allah di atas langit” dan “Sesungguhnya Allah di langit di atas segalanya”, mereka tak bermaksud mengatakan bahwa ada sesuatu yang meliputi-Nya, mengepung-Nya, menjadi tempat bagi-Nya, atau menjadi wadah-Nya. Maha suci Allah dari hal itu,” (Ibnu Taymiyah, Majmu’ al-Fatawa, vol. XVI, hlm. 100).

https://youtu.be/jYyMHiCDMys
2024/06/13 03:41:41
Back to Top
HTML Embed Code: