Telegram Web Link
assalamualaikum semua!🥰

ada cara untuk kita terbiasa dgn bahasa arab.. iaitu dengar, cakap dan tulis.. jadi memang x senang lah😔😔

jadi, saya nak suggest satu channel podcast bahasa arab.. Thmanyah (ثمانية)

(channel ni ada byk series podcast, jadi bole je buka yg mana-mana, tpi min lebih suka series آدم)

disclaimer: channel ni still ada accent saudi+english... tapi mostly bila kita dengar, kita akan faham sikit2 dan bole ikut cara mereka communicate supaya dpt terbiasa💪🏻

https://www.youtube.com/@thmanyahPodcasts
السلام عليكم
haii ! new admin here, utk subj pqs dan b. arab,
اسمي أميرة نَجْحا— ولكن،
pggl je admin najha 🤭

— jom kita sama-sama perbaiki diri dlm subj b. arab and pqs ni yeee guys ! Insya Allah, saya akan share byk notes for you guys okeyy, kita sama-sama skor A+ utk subj b. arab dan pqs ! 🫶🏻
assalamualaikum semua, iam new admin for arabic language.

boleh panggil admin syahus, hope to make you guys love arabic, I'll try my best to make people understand arabic. I'll share some tips and notes here!! thank you, 🎀
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
seperti yang dijanjikan ana akan ceritakan apa itu ilmu sorf.

ILMU SORF
ilmu sorf ialah ilmu yang membahaskan tentang macam mana kita nak baca baris yang depan dan tengah-tengah kalimah. kita nak baca kat mana fathah, kat mana dhommah, kat mana sukun dsb

ini satu kesalahan yang orang selalu buat. dia ingat sorf ni ada i'rab 😭 bukan ea bukan.

sorf tak ada kena mengena dengan i'rab sebaliknya lebih kepada macam mana kalimah tu diterbitkan atau dalam bahasa melayu kita panggil imbuhan. setiap imbuhan membawa makna yang lain sama juga dalam bahasa arab.

contoh:
kata dan mengata
kata tu bercakap
tapi mengata kita bercakap tentang keburukan seseorang itu

kalau dalam bahasa arab pula:
غسل — basuh
اغتسل — mandi

walaupun menggunakan root word atau jazar (جذر) yang sama tapi membawa makna yang berlainan apabila kita tasrifkan فعل itu

ustaz saya ada cerita, ustaz belajar di kuwait. dekat kuwait ada kawan dia ni masih mentah la dalam arab, pening lagi nak guna wazan yang mana.

depa ni naik lah bas nak pi kuliah dan bas tu berhimpit-himpit sekali orang. kawan ustaz tu dia nampak ramai orang duduk depan tingkap tu. jadi dia cakap dekat orang-orang dekat situ
"hati-hati nanti terkeluar daripada bas"
dalam bahasa arab tapi saya tak ingat exact ayat dia

tapi kawan ustaz dia confuse nak guna خرج dengan تخرج kita tengok sini jazar dia sama cuma wazan berlainan dia pun tibai تخرج oh selok suka ustaz dengan kawan-kawan dia lain.

sebabnya
تخرج bermaksud graduate bukan terkeluar
ustaz dengan kawan-kawan dia yang lain cop mamat tu تخرج الجامعة النافلة bermakna graduan universiti tingkap disebabkan insiden tu sahaja 🤣
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Selamat pagi insan hebat ! Mulakan hari anda dengan " alhamdulillah " dan ucapkan .

- aku boleh
- aku cuba
- aku kuat
- aku hebat

Percaya diri ! Awak dah usaha . Awak mesti boleh ! ❤️
MENGHALAU/MENGUSIR طَرَدَ - يَطْرُدُ

Salam semua 🙆🏻‍♀️

Kalimah baru kali ini ialah:

🤓 MENGHALAU/MENGUSIR طَرَدَ - يَطْرُدُ

Contoh ayat mudah:

طَرَدَ الفَلَّاحُ الغِرْبَانَ بِفَزَّاعَةِ الطُّيُوْرِ
Petani itu telah mengusir burung-burung gagak dengan (menggunakan) orang-orang

🤓 Di dalam al-Quran ada disebutkan perkataan MENGHALAU/MENGUSIR طَرَدَ - يَطْرُدُ ini seperti di surah al-An'am ayat 52:

وَلَا تَطْرُدِ الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَدٰوةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيْدُوْنَ وَجْهَهٗ ۗ

Terjemahan: Janganlah engkau mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari, mereka mengharapkan keredhaanNya.

Semoga bermanfaat 🙆🏻‍♀️

-------
Tahukah anda? Said, si petani telah dihalau oleh para pengawal rumah Datuk Bandar tanpa alasan yang munasabah.

Apakah alasan yang tidak munasabah itu? Adakah anda setuju dengan perbuatan para pengawal itu?

Buku cerita dwibahasa Arab-Melayu yang sangat menarik untuk dibaca! Dapatkan segera.

https://shope.ee/1An8wSGpyj
Assalamualaikum arabic student !!
mira igt nk buat #newdaynewword utk penuhkan dictionary bhs arab kita 😚
if some of you nk share perkataan baru pun blh,
pm mira - @tryhard_brt (acc tele)
admin akan post satu perkataan baru stiap hari 🤍, masa tak tentu tauu sbb kita dh busy dgn sekolah mggu depan 😭😭
Apakah perbezaan صِيَام dan صَوْم ?

Bismillah.

Perkataan صيام dan صوم kedua-duanya adalah مصدر daripada fi'il ُصَامَ - يَصُوم . Sungguhpun kita dapat lihat persamaan, hakikatnya tiada perkataan yang seerti di dalam Al-Quran secara total, masing-masing mempunyai makna yang tertentu, letaknya pada tempat yang tertentu dan penggunaan yang tertentu.

Dari segi sorof, صيام hadir dalam sighah مبالغة atas wazan فِعَال (wazan yang memberi makna mufa3alah atau musyarakah), manakala صوم pula atas wazan فَعَلَ (bagi fi'il ajwaf mu3tal wawi) dan tidak hadir dalam sighah mubalaghah (tidak memberi makna mufa3alah atau musyarakah).

Perkataan صوم hanya sekali disebut di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Maryam, 19: ayat ke-26:

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar shaum (diam membisu) kerana Ar-Rahman (Allah); (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun (dari kalangan manusia) pada hari ini."

Jumhur mufassirin mentafsirkan perkataan صَوْمًا pada ayat di atas dengan صَمْت (perihal diam, perihal tidak berkata-kata—menahan diri dari berkata-kata). Makna tersebut ditegaskan dengan kalimah berikutnya:
فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
"Aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun (dari kalangan manusia) pada hari ini."

Perkataan صيام pula disebut sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran (5 kali pada Surah Al-Baqarah, 4 pada surah lain).
Contohnya di dalam Surah Al-Baqarah, 2: ayat ke-183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

dan contoh lain dalam surah yang sama, ayat ke-187:

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ......الخ
"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu....."

Kesemua perkataan صيام di dalam Al-Quran membawa makna puasa secara fiqh, iaitu tidak makan, tidak minum, dan tidak berhubungan intim (bersetubuh) sejak tiba waktu subuh hingga jumpa waktu maghrib—sebagaimana puasa yang sedang kita kerjakan pada Ramadan ini.

Manakala perkataan صوم dalam Surah Maryam di atas merujuk kepada erti yang lebih umum iaitu: امساك عن أي فعل أو قول كان (menahan diri daripada tindakan atau ucapan). Dalam konteks ayat tersebut, صوم tersebut bererti "menahan diri dari ucapan" atau "tidak berkata-kata" atau "diam".

Dalam mu3jam Lisanul Arab pula, صوم ertinya: ترك الطعام والشراب والنكاح والكلام (tidak makan, tidak minum, tidak berhubungan intim, dan tidak berkata-kata).

Sedangkan صيام memberi makna yang lebih spesifik, iaitu erti secara fiqh: امساك عن الأكل والشرب والجماع من ثلث الفجر الى غروب الشمس مع النية "Tidak makan, tidak minum dan tidak berhubungan intim dari terbit fajar hingga matahari terbenam".

Dapatlah kita simpulkan bahawa:

1) Perkataan صيام muhaddad, berkaitan fiqh dan disebut dalam Al-Quran berkaitan puasa di bulan Ramadan manakala perkataan صوم pula ghayr muhaddad, lebih umum.
2) Perkataan صيام berkait dengan 3amaliah jasadiah manakala perkataan صوم berkait dengan 3amaliah qalbiah.
3) Hakikat صيام ialah sebahagian daripada makna صوم , tetapi صوم tidak bererti صيام .

Barangkali dari sini kita mengetahui hikmah mengapa dalam niat puasa yang digunakan adalah perkataan صوم bukannya صيام:
نويت صوم غد عن اداء فرض شهر رمضان هذه السنة لله تعالى

Iaitu, agar kita tidak hanya berpuasa secara fiqh, tidak hanya menahan diri dari makan, minum, dan hal-hal lain yang membatalkan puasa secara fiqh,
tetapi juga berpuasa dari segala akhlak yang tercela, berkata-kata nista, melakukan perbuatan keji sia-sia dan sebagainya.
Dan dari sini juga, kita mengetahui hikmah lain, mengapa yang diwajibkan oleh Allah adalah صيام bukan صوم (berdasarkan dalil pensyariatan puasa di bulan Ramadan) iaitu kerana صوم lebih berat daripada صيام.

Semoga صيام kita pada bulan Ramadan menjadi medan tarbiah, latihan buat kita agar kita mampu mencapai hakikat صوم yang sebenar-benarnya apabila kita melangkah keluar daripada madrasah Ramadan.

Wallahu a3lam.

KREDIT :
Farzana Omar, Khadim ilmu.
Irbid, Jordan
https://www.tg-me.com/alarabiyyahlughati
#TahukahAnda?

Perkataan (الإِمْسَاك) dalam bahasa Arab mempunyai maksud sembelit!

Imsak bermaksud menahan seperti menahan diri daripada makan semasa berpuasa.

أَصَابَني الإِمساك!
Saya mengalami sembelit!

https://www.tg-me.com/alarabiyyahlughati
Assalamualaikum, let me survey.
Anonymous Poll
30%
Form 4
70%
Form 5
assalamualaikum all. so malam ni min plan nak buat kelas. just for a bit penerangan berkenaan format paper for both kertas 1 dan kertas 2. sesiapa yang free boleh join. semangaaat 🔥
Class Session 🤩🫵

Date: 19 March 2024
Time: 10:15-11:00 p.m
Platform: Live Arabic Spmnetic Channel
Live stream started
Anything to ask can blast in the comment section🕊🌿
Live stream finished (48 minutes)
2024/05/30 22:53:20
Back to Top
HTML Embed Code: