Telegram Web Link
Di tengah-tengah landskap tenaga yang berubah pantas, Asia kini dilihat sebagai nadi pertumbuhan dan penentu utama ke arah kelangsungan tenaga dunia.

Justeru, Persidangan Energy Asia 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menjadi medan strategik kepada para pemimpin global untuk merangka penyelesaian kolektif dan memperkasa kerjasama rentas sempadan menuju sasaran sifar bersih.

Disertai lebih 180 pemimpin industri, pakar tenaga dan pembuat dasar dari serata dunia, persidangan anjuran Petronas ini memberi tumpuan kepada tema 'Demi Peralihan Tenaga Asia', dengan menekankan kepentingan tindakan menyeluruh dalam memenuhi permintaan tenaga serantau yang dijangka meningkat menjelang tahun 2050.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Siasatan awal polis mendapati dua kes tembakan yang berlaku dalam tempoh empat hari di Brickfields dan Cheras baru-baru ini dipercayai membabitkan elemen kongsi gelap.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, bagaimanapun sama ada suspek diupah atau tidak masih belum dapat dipastikan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, 31, dilaporkan berdepan kemelut apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, 37, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut laporan Gempak, permohonan tersebut difailkan sekitar Mei lalu dan sebutan pertama kes berlangsung hari ini.

Siti Khalizah hadir ke mahkamah sekitar pukul 9.40 pagi, berpakaian serba hitam dan ditemani peguam syarie, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hanya sekitar 35 hingga 36 peratus rakyat Malaysia dijangka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung keperluan hidup pada usia persaraan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, kerajaan sedang mempergiat usaha memperkenalkan pelbagai insentif bagi menggalakkan caruman persendirian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Antara langkah yang dilaksanakan termasuk memperluas penggunaan teknologi digital bagi memudahkan rakyat membuat caruman tambahan secara dalam talian, tanpa perlu melalui proses yang rumit atau membebankan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe memberitahu lebih separuh daripada peluang pekerjaan dalam sektor berkemahiran tinggi diberikan kepada anak-anak Sabah, dengan sasaran 90 peratus dalam tempoh dua tahun.

Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI.

#AWANISabah+
#AWANInews
🌏 ASEAN x EAEU: New Silk Road for Green, Digital, and Trade Connectivity?

At #SPIEF25, economic leaders from Southeast Asia and the Eurasian Economic Union gathered to push a deeper, business-led partnership focusing on digital transformation, green energy, innovation, and transport connectivity.

From Malaysia to Brunei, Laos to Russia, business councils and policymakers say shared strategic horizons are key to building a resilient, multipolar trade future.

🎤 Moderated by Ivan Polyakov (Russia–ASEAN Business Council)
📍 Najib Aroff reporting from SPIEF25 – AWANI International, Official Media Partner

#AWANIinternational

https://youtube.com/live/H3Iiqgz36rw?feature=share
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan sesekali menyerah ketika Iran melancarkan gelombang serangan baharu menggunakan peluru berpandu hipersonik ke atas Israel dalam hari keenam peperangan antara dua musuh lama itu.

Serangan peluru berpandu terbaharu itu berlaku hanya beberapa jam selepas Israel mendakwa telah memusnahkan ibu pejabat keselamatan dalaman Iran di Teheran, selain melancarkan satu lagi siri serangan ke atas sistem peluru berpandu dan tapak simpanan senjata di wilayah barat negara tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/3G26Fb5
🔸Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan SIS Forum cabar fatwa 'sesat'
🔸Isteri Fikry Ibrahim fail cerai selepas empat bulan berkahwin
🔸Israel 🇮🇱 serang ibu pejabat keselamatan dalam negeri Iran🇮🇷

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Serang balas udara daripada Iran menyebabkan siren amaran di Tel Aviv diaktifkan.
Sebuah kumpulan hak asasi manusia Iran yang berpusat di Washington melaporkan sekurang-kurangnya 639 orang telah terbunuh di Iran dan lebih daripada 1,300 orang cedera.

Sebagai tindakan balas, Iran telah melancarkan kira-kira 400 peluru berpandu dan ratusan dron, menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh di Israel dan ratusan cedera.

#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🎶 RWMF Kembali! 🌿

Bukan sekadar festival muzik biasa — Rainforest World Music Festival menanti anda di Sarawak Cultural Village, Kuching!

🌍 Artis dari seluruh dunia termasuk:
🎸 Earth, Wind & Fire Experience by Al McKay
🎤 OTYKEN, At Adau, Seppuku Pistols & ramai lagi!

🌀 Nikmati persembahan live, bengkel seni, makanan lokal & vibe alam yang magis.
📅 20–22 Jun ini — jom #RWMF2025!

@sarawaktravel
@rwmf.official

#RWMF2025 #RainforestWorldMusicFestival #RWMF #AWANInews
Cabaran iklim dan krisis geopolitik masa kini harus diambil serius semua pihak berkepentingan demi mencapai matlamat iklim dunia, sifar gas rumah hijau atau ‘net zero’.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS dan Pengerusi Energy Asia, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, persidangan Energy Asia kali ini diadakan ketika negara mengalami transformasi ekonomi kukuh yang memerlukan keseimbangan antara pertumbuhan dan kelestarian alam sekitar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Terletak di tengah-tengah komuniti Meru, Ali Awwal Bistro bukan sekadar sebuah restoran biasa.Ia kini menjadi pilihan utama penduduk sekitar yang mencari hidangan autentik dengan suasana santai serta diperkukuh lagi dengan hiburan siaran langsung menerusi langganan Astro BizOne.

Bermula dengan impian kecil, pengurus restoran Sikkanthar Shajakhan kini mengendalikan dua cawangan Ali Awwal Bistro hasil usaha gigih dan sokongan pelanggan setia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra hari ini memohon maaf secara terbuka susulan kebocoran rakaman perbualan telefon peribadi beliau dengan bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, yang mencetuskan kemarahan rakyat dan menggugat kestabilan kerajaan pimpinannya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sekurang-kurangnya 30 individu dilaporkan cedera dalam beberapa siri serangan peluru berpandu oleh Iran ke atas beberapa kawasan strategik di Israel pada awal pagi Rabu.

Menurut laporan Al Jazeera, antara kawasan yang terjejas ialah Gush Dan di tengah Israel yang meliputi bandar raya Tel Aviv, termasuk Holon, Ramat Gan dan Be’er Sheva di selatan negara haram itu.

Beberapa bangunan dilaporkan rosak teruk manakala sebuah struktur kediaman di Holon dilaporkan runtuh akibat impak letupan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Starship 36 meletup!

Video diperoleh Reuters ini menunjukkan detik apabila Starship 36 milik SpaceX Elon Musk meletup semasa ujian di Brownsville, Texas, Amerika Syarikat.

SpaceX memuat naik di X bahawa Starship yang sedang bersiap untuk ujian penerbangan ke-10 mengalami masalah teknikal yang besar semasa berada di tapak ujian.

#AWANInews
As global economic fragmentation deepens, SPIEF25 calls for a renewed focus on cooperation through innovation, sovereignty, and value-based growth.

📍 Live from St. Petersburg, Najib Aroff reports
🎤 AWANI International is proud to serve as the official media partner

#AWANIinternational

https://youtube.com/live/iUDZx7iOqQo?feature=share
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/460QQvI
🔸Bayi tiga bulan maut tertindih lengan bapa meninggal dunia kena serangan jantung
🔸Lebih 40 cedera dalam serangan peluru berpandu Iran ke atas lokasi strategik Israel🇮🇱
🔸18 individu ditahan Iran 🇮🇷, didakwa bina dron untuk Israel

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Mahkamah Korea Selatan menolak dakwaan seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai bapa kandung kepada bintang K-pop, Jennie Blackpink, selepas mendapati tiada bukti menyokong tuntutan tersebut.

Lelaki berkenaan, yang hanya dikenali sebagai A, sebelum ini menerbitkan sebuah buku menggunakan nama dan imej Jennie sebagai muka hadapan, serta mendakwa dalam prolog bahawa penyanyi itu adalah anak perempuannya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Iran menggegar Israel!

Sebuah peluru berpandu Iran melanggar sebuah bangunan pencakar langit dan beberapa bangunan kediaman lain di dua lokasi berhampiran Tel Aviv awal pagi Khamis. Satu lagi peluru berpandu mengenai hospital utama di selatan Israel menyebabkan kerosakan besar.

#AWANInews
Menteri Luar Jerman Johann Wadephul bersama rakan sejawatnya dari Perancis dan United Kingdom (UK) merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi di Geneva pada Jumaat, menurut sumber diplomatik kepada Agensi Berita Jerman (dpa).

Wadephul telah mengubah jadual asal lawatannya ke Asia Barat yang melibatkan Lebanon, Syria dan Israel sejurus selepas serangan Israel terhadap Iran bermula pada Jumaat lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2025/07/05 15:49:01
Back to Top
HTML Embed Code: