Telegram Web Link
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesior Datuk Dr Muhammad Nur Manuty meninggal dunia pada pukul 11.27 pagi tadi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Berita pemergian tokoh ilmuwan dan pendakwah disegani itu dimaklumkan oleh Pegawai Khas beliau, Firhan Rosli dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemergian Allahyarham Muhammad Nur, 76, disifatkan sebagai kehilangan besar kepada umat Islam dan negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti untuk memutuskan permintaan UMNO Bahagian Sembrong agar penggantungan enam tahun terhadap Datuk Seri Hishammuddin Hussein ditarik balik.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, bekas Naib Presiden UMNO itu didakwa masih belum mengemukakan sebarang rayuan atau permohonan maaf.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori di jalan perkampungan Felda Serting Hilir 6, Jempol, dekat Seremban tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata mangsa berusia 39 tahun yang cedera parah di bahagian kepala itu disahkan meninggal dunia kira-kira 7 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Jempol.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Palm Oil Industrial Cluster (POIC) di Lahad Datu ialah kawasan perindustrian strategik yang dibangunkan kerajaan Sabah bagi memacu industri hiliran dan logistik. Terletak di pesisir timur Sabah dalam koridor BIMP-EAGA, ia menempatkan satu-satunya pelabuhan laut dalam di pantai timur menjadikannya hab penting untuk perdagangan masa depan negeri.

Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI.

#AWANISabah+
#AWANInews
Seorang warga emas yang memiliki 39 rekod kesalahan lampau berkaitan kes pecah rumah dengan aktif melakukan kegiatan itu di Tangkak dan kawasan sekitar ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Kesidang, Melaka, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan pada 3.10 petang berdasarkan hasil risikan dan maklumat diterima polis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Selat Hormuz tidak pernah ditutup sepanjang 12 hari serangan terhadap Iran, kata Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi.

Beliau berkata Iran sentiasa berusaha memastikan Teluk Parsi dan rantau berkenaan kekal "tenang, terkawal dan berada pada tahap keselamatan terbaik" memandangkan ia adalah hab perdagangan tenaga.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
You thought a tariff war was enough? Not for this man I guess. World War 3 sounds scary, but if it happens, here’s how it’ll probably look like.

#AWANIInternational
#poweraffairs
#Globalsituationship


https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7520214569806023943
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Syarikat British; Gravity Industries mempamerkan Jet Suit mereka semasa demonstrasi pada Hari Industri Pertahanan dan Keselamatan di kapal induk HMS Prince of Wales milik Britain di Marina Bay Cruise Centre di Singapura.

"Ini adalah kali ketiga Gravity berpeluang beroperasi di sekitar salah satu kapal induk Britain, dan kami amat gembira dalam kes ini dapat menyokong sambutan ketibaan HMS Prince of Wales di Singapura," kata pengasas dan juruterbang ujian utama Gravity Industries, Richard Browning.

#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Setiap tahun, kain Kiswah Kaabah akan digantikan dengan yang baharu dalam satu upacara penuh keberkatan dan tradisi yang diwarisi turun-temurun. Keindahan Kiswah terletak pada seni sulaman yang halus serta material berkualiti tinggi yang digunakan, iaitu sutera asli berwarna hitam yang disulam dengan benang emas dan perak.

Proses pembuatan Kiswah melibatkan ketelitian dan kehalusan seni yang unik, menjadikan setiap helai kain bukan sahaja sebagai penutup Kaabah tetapi juga simbol kemuliaan dan keagungan rumah Allah.

#AWANInews
Polis menerima tujuh laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie Shah Alam dilanggar sebuah lori, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan mendapati kejadian sekitar 2.10 petang itu berlaku apabila pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menggunakan perkhidmatan LRT ke tempat kerja.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🚨 PKS! SMEvaganza singgah Pulau Pinang 2 Julai 🚀
🎁 Hadiah RM100
🍽️ Buffet + selebriti
📣 Beli 1 Dapat 2 promosi
💥 Deal iklan gempak!
Daftar sekarang 👉 https://amsclub.astromedia.com.my/events/rsvp/smevaganza-kl-am
Polis menyiasat dakwaan kebakaran tiga rumah teres di Taman Tasek Gelugor Utama di Tasek Gelugor pada Selasa lepas dilakukan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata pemilik rumah telah membuat laporan mendakwa kebakaran itu akibat perbuatan khianat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Umat Islam di Malaysia menyambut ketibaan tahun baharu 1447 Hijrah dengan penuh penghayatan dan keinsafan menerusi Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun yang diadakan di masjid serta surau di seluruh negara malam ini.

Doa akhir tahun 1446H dibacakan beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib sebagai penutup diikuti doa awal tahun agar tahun baharu dilimpahi keberkatan, keselamatan serta kesejahteraan buat negara dan seluruh umat Islam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Iran merakamkan penghargaan mendalam kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas sokongan yang diberikan sepanjang 12 hari serangan Israel ke atas negara itu yang bermula pada 13 Jun, menurut Duta Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi.

Beliau turut berterima kasih kepada Malaysia kerana mengambil pendirian tegas terhadap tindakan Israel yang disifatkannya sebagai jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Maal Hijrah 1447H/2025M akan menjadi detik permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati dan bermakna.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata tahun baharu hijrah membawa seruan untuk membangunkan ummah MADANI yang sejahtera, inklusif, berakhlak dan berpaksikan nilai-nilai Islam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sambutan tahun baharu 1447 Hijrah perlu dijadikan iltizam untuk mempererat perpaduan, menyemai nilai kasih sayang dan membina sebuah negara yang aman, maju serta berdaya tahan dalam menghadapi apa jua cabaran.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Awal Muharam adalah detik penting untuk bermuhasabah, memperbaharui azam dan memperkukuh semangat untuk terus berhijrah ke arah lebih baik sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim bakal beraksi di perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps, yang merupakan salah satu perlumbaan GT3 terbesar musim ini.

The Royal Johor dalam kenyataan di Facebook memaklumkan kedua-dua anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim itu akan bergandingan dan memandu secara bergilir bersama Alexander Sims dan Jordan Love.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan bersetuju memperluas skop fungsi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) agar merangkumi semua bentuk jenayah siber, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga berkata kerajaan bersetuju menubuhkan rangkaian respons 24 jam yang digerakkan secara menyeluruh oleh pelbagai agensi kerajaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Cristiano Ronaldo hampir bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu selama dua tahun dengan kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr, menurut agensi berita PA.

Kapten Portugal berusia 40 tahun itu sepatutnya menamatkan kontraknya pada penghujung Jun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2025/06/27 18:49:54
Back to Top
HTML Embed Code: