Telegram Web Link
Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali berkata penglibatan golongan itu dilihat mampu menyuntik idea baharu bagi memajukan industri dan sektor berkenaan ke tahap lebih tinggi.

"Penglibatan anak muda mampu menjana pendapatan lumayan buat mereka (yang mengusahakan tanaman nanas), selain dapat menyuntik idea baharu untuk memajukan industri ini khususnya dari aspek teknologi termasuk berasaskan Internet Benda (IoT), mekanisasi dan pendekatan moden," katanya.

Beliau berkata berdasarkan data tidak rasmi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), industri nanas pada tahun ini dijangka memberi pulangan mencecah RM8,000 kepada pekebun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pelbagai pengisian menarik #JelajahJiwaSMEIpoh pada Hari Pertama - 28 Jun, Sabtu ini di AEON Mall Kinta City, Ipoh.

Nikmati dua hari penuh inspirasi di #JiwaSME2025 dengan pelbagai pengisian antaranya seperti sesi bersama tokoh usahawan, pameran SME, hiburan eksklusif dan persembahan menarik daripada artis tempatan, cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti menarik.

Kami menanti kehadiran anda di lokasi!

Untuk maklumat lanjut layari: www.jiwasme.com.my
#JiwaSME #JiwaSME2025
Canselor Jerman Friedrich Merz mahu rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) dipercepatkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Lebih baik cepat dan ringkas sekarang daripada perlahan dan terlalu rumit," kata Merz selepas sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis.

Brussels dan Washington kini berdepan ketegangan selepas Presiden AS Donald Trump sebelum ini mengenakan tarif import tinggi ke atas banyak negara termasuk negara anggota EU, sebelum menggantung langkah itu selama 90 hari. Penggantungan itu akan berakhir pada 9 Julai.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kemboja melancarkan ubat pencegahan HIV suntikan jangka panjang, Cabotegravir untuk Profilaksis Pra-Pendedahan (CAB-PrEP) pada Jumaat, yang menyasarkan individu berisiko tinggi dijangkiti HIV, lapor Xinhua.

Bercakap pada majlis pelancaran di Phnom Penh, Setiausaha Negara Kementerian Kesihatan Youk Sambath berkata CAB-PrEP perlu disuntik setiap dua bulan dan ia mempunyai keberkesanan sehingga 95 peratus dalam mencegah jangkitan HIV.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Penyakit tidak berjangkit kekal sebagai punca utama kematian dan ketidakupayaan di Rantau Eropah, dengan 20 peratus lelaki dan 10 peratus wanita meninggal dunia sebelum usia 70 tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

WHO melaporkan rantau itu mencatatkan 1.8 juta kematian yang boleh dielakkan setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit pernafasan kronik, diabetes dan seumpamanya. Kematian ini boleh dicegah melalui langkah kesihatan awam yang berkesan atau dirawat dengan akses segera kepada penjagaan kesihatan berkualiti, katanya.

Daripada jumlah kematian boleh dielakkan itu, 60 peratus berpunca daripada faktor yang boleh dicegah seperti penggunaan tembakau dan alkohol, tekanan darah tinggi, pemakanan tidak sihat, obesiti dan kurang aktiviti fizikal - yang semuanya boleh ditangani melalui dasar kesihatan awam yang lebih kukuh, menurut WHO.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata peningkatan sebanyak 5.5 peratus itu mencerminkan prestasi memberangsangkan sektor pengedaran domestik yang kekal mampan pascapandemik, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada produk tempatan untuk menembusi pasaran secara lebih agresif.

"Peningkatan nilai jualan ini kita lihat sebagai satu momentum positif. Ia memberi peluang untuk kita mengarusperdanakan produk-produk tempatan dalam sektor perdagangan borong dan runcit yang besar ini," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan akan mempergiat semula Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada buah-buahan import, selain membantu meningkatkan pendapatan petani di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata semua agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, disaran menyajikan buah-buahan tempatan dalam setiap hidangan rasmi sebagai tanda sokongan terhadap hasil pertanian domestik.

"Kerajaan memang menggalakkan rakyat makan buah-buahan tempatan sejak dahulu lagi. Jika ada hidangan rasmi kerajaan, kita minta supaya buah-buahan tempatan disajikan kerana kita mahu mengutamakan hasil tempatan dan membantu para petani kita," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Nanas Malaysia 2025 di Johor Bahru pada Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pihak berkuasa Gaza menggesa siasatan antarabangsa selepas penemuan pil opioid jenis oxycodone dalam bungkusan tepung yang diagihkan oleh pusat bantuan yang dikendalikan oleh organisasi AS-Israel, Gaza Humanitarian Foundation (GHF).

Menurut kenyataan pejabat media kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya empat penduduk melaporkan menemui pil tersebut dalam bungkusan bantuan makanan.

Beberapa saksi mendakwa bahan narkotik itu mungkin telah dihancurkan atau dicampur terus ke dalam tepung.

Oxycodone merupakan ubat penahan sakit kuat yang biasanya digunakan untuk pesakit kanser, namun ia sangat ketagihan dan boleh menyebabkan kesan sampingan serius termasuk halusinasi dan masalah pernafasan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Anak lelaki kepada Puteri Mahkota Norway disyaki terlibat dalam tiga kes rogol serta 23 kesalahan lain, menurut pihak polis pada Jumaat.

Marius Borg Hoiby, 28, yang juga anak tiri kepada bakal Raja Norway, telah ditahan sebanyak tiga kali tahun lalu iaitu pada Ogos, September dan November.

Menurut peguam polis, Andreas Kruszewski, siasatan terhadap Høiby telah dijalankan selama 10 bulan dan kini diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya sama ada pertuduhan akan dikenakan atau sebaliknya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Hari ini 101 tahun yang lalu, Tambak Johor dirasmikan.

Tambak Johor, atau turut dipanggil ‘Koswey’ (causeway) adalah sambungan darat pertama antara Semenanjung Malaysia dengan Singapura. Ia menyeberang Selat Tebrau sepanjang 1,056 meter, menyambungkan Johor Bahru dengan Woodlands.

Sebelum wujud Tambak Johor, feri adalah medium perhubungan Semenanjung-Singapura. Memasuki kurun ke-20, Singapura jadi pelabuhan tumpuan & sistem pengangkutan sedia ada tak mampu menampung kesibukan aktiviti perdagangannya.

Pada 1917, hadir cadangan membina tambak & pelannya dipersembahkan kepada kerajaan Negeri-Negeri Selat (NNS) & kerajaan Johor pada 1918 sebelum diluluskan pada 1919 selepas perkongsian kos pembinaan dirunding antara 3 kerajaan terbabit.

Kerja-kerja pembinaan bermula pada Ogos 1919 & upacara peletakan batu asasnya berlangsung pada 24 April 1920, disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Turut hadir Gabenor Negeri-Negeri Selat, Laurence Guillemard.

Tambak Johor siap dengan kos dianggar sekitar 17 juta Dolar Selat & dirasmikan oleh Gabenor Guillemard pada 28 Jun 1924. Turut hadir Sultan Ibrahim, Sultan Selangor, Yang di-Pertuan N. Sembilan, Raja Bendahara Perak & kenamaan lain.

Setahun selepas dibuka & dirasmikan, Jawatankuasa Kawalan Tambak Johor diwujudkan untuk mengawal selia pentadbiran Tambak Johor. Pada 1926, sistem paip yang menyalurkan air bersih dari Johor ke Singapura siap untuk digunakan.

Tambak selebar 18 meter ini pernah dibom tentera British ketika Perang Dunia II untuk menghalang kemasukan tentera Jepun ke Singapura. Selepas tamat perang, kerajaan British menggantikan struktur tambak dengan bahan yang lebih kukuh.

Pada 1998, laluan ke-2, dipanggil Linkedua yang menghubungkan Tanjung Kupang & Tuas dibuka untuk meredakan kadar trafik di Tambak Johor.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Mekanika, The Patriots

#PeristiwaHariIni
Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina, pada 7.07 pagi Sabtu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman 109 kilometer (km) itu berlaku 141km utara dari Pulau Talaud, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Beberapa anggota tentera Israel mendakwa mereka menerima arahan langsung daripada pegawai atasan untuk menembak rakyat Palestin yang tidak bersenjata ketika sedang menunggu bantuan makanan di Gaza, menurut laporan eksklusif akhbar Haaretz yang mencetuskan kebimbangan global terhadap pelanggaran hak asasi manusia.

Menurut pengakuan beberapa askar dan pegawai tentera kepada Haaretz, mereka diarahkan untuk menembak orang awam yang beratur di pusat agihan bantuan dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF), walaupun mengetahui mereka tidak membawa sebarang ancaman.

Seorang askar menggambarkan lokasi itu sebagai “medan pembunuhan” dan berkata, “tiada gas pemedih mata, tiada kawalan orang ramai - hanya tembakan langsung dengan senjata berat”.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan paksa terbaharu melibatkan beberapa kawasan di selatan Gaza, termasuk Khan Younis dan Rafah, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk Palestin yang kian terdesak.

Menurut sumber antarabangsa, arahan itu didakwa dikeluarkan susulan pelancaran roket oleh kumpulan Hamas, dengan tentera Israel memberi amaran akan melancarkan serangan berskala besar ke kawasan tersebut.

Penduduk di beberapa kawasan seperti Qizan an-Najjar dan al-Salam diarahkan berpindah ke zon pesisir al-Mawasi, yang sebelum ini turut menjadi sasaran serangan udara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Iran mengisytiharkan hari berkabung negara sempena majlis pengebumian beberapa komander tertinggi tentera yang terkorban dalam konflik berdarah selama 12 hari dengan Israel, lapor penyiar rasmi IRIB.

Upacara penuh penghormatan itu dijadual berlangsung pada Sabtu di Dataran Revolusi, Tehran, bermula jam 8 pagi waktu tempatan, sebelum perarakan jenazah menuju ke Dataran Azadi, kira-kira 11 kilometer dari lokasi asal.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah memberikan peringatan kepada pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahawa peralatan serta persenjataan terkini adalah amat mustahak.

Sultan Ibrahim yang juga Pemerintah Tertinggi ATM bertitah, adalah amat penting untuk pasukan keselamatan negara itu supaya sentiasa bersedia dan dilengkapi dengan teknologi pertahanan terkini bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Peperangan ini juga melihatkan bagaimana Iran dan Israel dengan mudah menggunakan maklumat yang diperolehi syarikat teknologi awam, aplikasi pintar dan media sosial untuk serangan," titah baginda.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sebanyak 23 buah premis termasuk rumah, kedai makan dan tokong musnah terbakar dalam kebakaran besar di Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang, awal pagi Sabtu.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian berlaku sekitar jam 4.52 pagi.

Jelasnya lagi, kebakaran itu merebak dengan pantas susulan keadaan rumah yang berdekatan, selain tekanan air dari pili bomba agak rendah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Republik Demokratik Congo (DR Congo) dan Republik Rwanda pada Jumaat menandatangani perjanjian damai hasil usaha perantaraan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan pertempuran di timur Congo, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Kami berterima kasih atas kehadiran anda berdua di sini dan ini sangat penting. Ini adalah detik penting selepas 30 tahun perang," kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio pada majlis menandatangani perjanjian itu.

Perjanjian itu merangkumi komitmen untuk menghormati integriti wilayah, menghentikan permusuhan, menarik balik dan melucutkan senjata kumpulan bersenjata bukan negara, mewujudkan mekanisme penyelarasan keselamatan bersama serta memudahkan kepulangan pelarian, akses kemanusiaan dan kerjasama ekonomi serantau.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
2025/06/28 10:25:28
Back to Top
HTML Embed Code: