Telegram Web Link
Tan Sri Hamidin Mohd Amin sah diangkat selaku Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas diumumkan dalam Kongres Luar Biasa (EGM), pada Isnin.

Pelantikan Hamidin sebagai Presiden Kehormat FAM adalah berdasarkan kredibiliti, pengalaman serta sumbangan besar beliau terhadap pembangunan bola sepak tanah air dan antarabangsa selama lebih 30 tahun.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan pengaruhnya di peringkat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sepanyol mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah bulan Jun apabila bandar kecil El Granado di wilayah Huelva merekodkan 46 darjah Celsius pada Sabtu, menurut Agensi Meteorologi Kebangsaan Sepanyol (AEMET).

Rekod baharu ini memecahkan catatan terdahulu iaitu 45.2°C yang direkodkan di Seville pada tahun 1965.

Lebih 100 stesen cuaca di seluruh negara turut melaporkan suhu melebihi 40°C sepanjang hujung minggu, menjadikan gelombang haba ini antara yang paling meluas dan ekstrem dalam sejarah negara itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
We always hear: “Iran could launch a nuclear missile any day now.”

Sounds urgent. But headlines don’t always match hard science.

The missile may be ready, but is the warhead even real?

Let’s hear #WhatTheyDontSayWithAmirul

#AWANIinternational

https://vt.tiktok.com/ZSBe164FC/
If Hormuz closes… who panics first?

A narrow strait. Massive stakes. 20M barrels of oil flow daily through Hormuz. China, Europe, or the U.S. — who crumbles first if it shuts?

This isn’t just a map — it’s global power in motion.

#USChinaUnwrappedWithNina
#AWANIinternational

https://vt.tiktok.com/ZSBRBE15h/
As tensions spike in the Middle East, global trade is rerouting... and your pantry’s paying the price. Like it or not, you’re in range of a global warzone.

#BeyondTheLabelWithFaye #AWANIinternational #WorldWar3 #GenZ

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7521621327061519624
Bakal mengadakan Konsert Empat Live In Kuala Lumpur pada Oktober, penyanyi Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel bakal menghadiahkan lagu baharu buat peminat.

Menjanjikan memori indah sepanjang konsert yang kali pertama menggabungkan mereka, Anuar berkata single yang mendapat sentuhan Edry Abdul Halim itu akan dilancarkan Ogos.

"Edry adalah penulis lagu dan pengarah muzik bijak. Saya pernah bekerja dengannya untuk rakaman lagu Sedetik Lebih. Tidak dapat disangkal dia penyusun muzik terbaik. Ketika berjumpa Edry, Rabu lalu, dia beri kami dua pilihan lagu. Kami tertarik dengan salah satu daripada lagu ciptaannya yang 'menangkap' jiwa," kata Anuar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kini hanya 5 minit diperlukan untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura.

Itu antara kelebihan utama yang bakal dinikmati melalui projek Rangkaian Transit Sistem Link (RTS Link), sistem rel rentas sempadan sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru, Malaysia dan Woodlands North di Singapura.

Lebih daripada sekadar projek infrastruktur, RTS Link, yang meliputi jarak 4 kilometer (km) itu, dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang kepada kesesakan di Tambak Johor, sambil memperkukuh hubungan ekonomi dan sosial antara dua negara jiran.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus akan memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman berkuat kuasa Selasa.

Ini susulan pertukaran Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bermula pada tarikh sama.

Majlis serah terima tugas yang diadakan di Dewan Theatrette, Bukit Aman itu disaksikan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.

Menurut PNB dalam kenyataan hari ini, pengagihan pendapatan itu adalah bersamaan dengan 5.25 sen seunit kepada 338,320 pemegang unit yang kini memiliki sebanyak 8.12 bilion unit.

"Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik ini menyumbang kepada jumlah pulangan sebanyak 5.25 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank sebanyak 2.51 peratus, dengan kelebihan 274 mata asas," katanya.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/asb-3-didik-isytihar-agihan-pendapatan-525-sen-seunit-527344
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, kerajaan negeri juga menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada proses undang-undang.

“Kita menghormati undang-undang, dan kita akan membiarkan proses undang-undang berjalan seperti sepatutnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rasuah-lesen-cari-gali-kerajaan-sabah-tidak-akan-campur-tangan-serah-kepada-proses-undangundang-527364
Saluran penyiaran Britain, Channel 4 akan menayangkan sebuah dokumentari mengenai pengalaman petugas perubatan di Gaza selepas BBC menarik diri daripada menyiarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dokumentari bertajuk "Gaza: Doctors Under Attack" itu pada asalnya ditugaskan oleh BBC lebih setahun lalu kepada syarikat penerbitan bebas, Basement Films.

BBC kemudiannya memutuskan untuk tidak menyiarkannya atas alasan dokumentari itu boleh mencetuskan "tanggapan berat sebelah yang tidak selari dengan piawaian tinggi yang sewajarnya dijangkakan oleh orang ramai."

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/bbc-tolak-dokumentari-gaza-channel-4-ambil-alih-siaran-527314
Israel menghantar mesej berunsur ugutan kepada beberapa pegawai kanan politik, ketenteraan dan keselamatan Iran pada hari pertama serangan terhadap negara itu, kata penasihat tertinggi kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara pada Ahad, Ali Larijani berkata matlamat Israel bukan sekadar menyasarkan struktur politik dan ketenteraan, tetapi juga secara langsung mengugut kepimpinan Iran bagi melemahkan struktur negara secara pantas.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/israel-ugut-kepimpinan-iran-pada-hari-pertama-serangan-penasihat-tertinggi-527347
Sidang media laporan akhir siasatan berkenaan insiden kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Putra Heights di Foyer, Bangunan SUK Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

#AWANInews

📸 @shahiromar / Astro AWANI
Tren pertama bagi Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dipertontonkan dalam sesi pratonton rasmi di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), pada Isnin.

RTS Link dijangka mula beroperasi pada 1 Januari 2027 dengan masa perjalanan hanya lima minit antara Stesen Bukit Chagar, Johor dan Stesen Woodlands North, Singapura.

Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Jeffrey Siow.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tren-pertama-rts-link-hubungkan-johor-bahru-dan-singapura-diperkenal-527346
Dunia e-sukan tidak lagi boleh dianggap sekadar hobi atau aktiviti santai bagi golongan muda, sebaliknya, ia kini berkembang pesat menjadi sebuah industri yang menuntut komitmen sepenuhnya, ketahanan mental dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam kalangan pemain.

Menurut Pemilik Bersama pasukan e-sukan Selangor Red Giants (SRG OG), Simon Lim Swee Teck, e-sukan melangkaui batas hiburan sosial dan kini setanding dengan sukan lain dari segi tuntutan prestasi, pengurusan dan pengorbanan masa.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/esukan-memerlukan-semangat-dan-komitmen-yang-tinggi-527138
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekumpulan anggota daripada pertubuhan bantuan IHH telah menyelamatkan seorang lelaki warga emas di bahagian barat Turkiye pada Ahad apabila api daripada kebakaran hutan menghampiri kediaman lelaki tersebut.

Seorang penyelamat mengangkat kerusi roda manakala seorang lagi menggendongnya menaiki tangga, menjauhkannya daripada kebakaran yang sedang marak. Mereka kemudiannya menolak kerusi roda tersebut keluar dari kawasan berkenaan, menjauhkan mangsa daripada api yang telah membakar rumahnya.

Beberapa kampung dan kejiranan telah dipindahkan, manakala 21 individu yang terjejas telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan, kata menteri tersebut.

#AWANInews
2025/07/01 09:35:55
Back to Top
HTML Embed Code: