Telegram Web Link
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berpuas hati dengan kemajuan Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang diterajui kementeriannya.

Beliau berkata inisiatif itu mencatatkan permulaan yang memberangsangkan pada tahun pertamanya, dengan RM11 bilion disalurkan ke sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

"Saya cukup gembira... Kami bermula pada Ogos tahun lepas dan kami meletakkan (sasaran) RM120 bilion dalam tempoh lima tahun, dan kini ia dapat menterjemahkan komitmen RM11 bilion daripada penyaluran modal, (jadi) saya sangat gembira," katanya.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/musim-mendaki-di-gunung-fuji-bermula-dengan-peraturan-baharu-527394
Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon, menegaskan bahawa operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan sehingga kesemua 50 tebusan Israel yang masih ditahan dibebaskan sepenuhnya.

Kenyataan itu dibuat dalam satu sidang media di ibu pejabat PBB, di tengah-tengah tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk mencapai gencatan senjata.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/perang-gaza-belum-tamat-tanpa-pembebasan-tebusan-duta-israel-527428
Lubnan pada Isnin mendakwa Israel melanggar Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menduduki lima bukit di selatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Presiden Lubnan Joseph Aoun mengadakan pertemuan di Beirut dengan Mejar Jeneral Diodato Abagnara, Komander Pasukan Pengaman PBB (UNIFIL) yang baru dilantik, menurut kenyataan Pejabat Presiden.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lubnan-gesa-israel-berundur-dari-lima-pos-sempadan-527421
Sekurang-kurangnya 583 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 4,000 cedera sejak 27 Mei lalu ketika menunggu bantuan makanan di pusat agihan yang dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF), menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Insiden ini berlaku di tengah-tengah krisis kebuluran yang semakin meruncing di wilayah yang dikepung itu.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/hampir-600-rakyat-palestin-terbunuh-di-pusat-bantuan-527433
Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh meneliti secara terperinci setiap sen yang dibelanjakan bagi penggunaan elektrik menerusi format bil baharu yang lebih menyeluruh dengan pelaksanaan struktur tarif eletrik baharu yang diumumkan Suruhanjaya Tenaga (ST), baru-baru ini.

Struktur baharu yang digunakan ini diluluskan kerajaan melalui mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) selaras dengan Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bil-elektrik-lebih-terperinci-pecahan-caj-bantu-pelanggan-fahami-penggunaan-tenaga-527442
Jelajah Jiwa SME 2025 membuka tirai dengan sambutan menggalakkan apabila lokasi pertama tahun ini yang berlangsung di AEON Mall Kinta City, Ipoh selama dua hari mencatat kehadiran lebih 3,000 pengunjung, menampilkan 20 reruai usahawan dan agensi sokongan termasuk MATRADE dan Bursa Malaysia.

Antara acara kemuncak program anjuran bersama Unifi Business dan Astro AWANI itu ialah pertandingan 'Pentas Jual', yang menyaksikan Asas Ilmu dinobatkan sebagai pemenang menerusi penyampaian produk pendidikan inovatif Pentagon Math.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/jiwa-sme-2025-lebih-3000-meriahkan-ipoh-pentagon-math-juara-pentas-jual-527417
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menandatangani perintah eksekutif untuk menamatkan program sekatan AS ke atas Syria, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Amerika Syarikat komited untuk menyokong Syria yang stabil, bersatu dan aman dengan rakyat serta negara jirannya," kata Trump di platform X.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-tandatangan-perintah-eksekutif-tamatkan-sekatan-ke-atas-syria-527454

#AWANInews
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan mengadakan sidang media berhubung kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik membongkar makmal haram memproses cecair vape bersama rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM 21.85 juta di IPK Selangor.

📸: Astro AWANI / @shahiromar
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) intelektual, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Tanah Merah atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Kampung Buluh pada 19 Jun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-oku-dituduh-bunuh-lelaki-warga-emas-527448

#AWANInews
Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Selasa menggantung Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra daripada menjalankan tugas sementara menunggu keputusan kes mahkamah yang mencabar tugasnya sebagai pemimpin negara itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis percaya suspek utama dalam kes pembunuhan seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya minggu lalu memang mempunyai niat jahat terhadap mangsa dan mengambil kesempatan ketika mangsa tinggal bersendirian di apartmennya pada hari kejadian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menzahirkan komitmen untuk memperkukuh peranan agensi itu agar lebih mantap dan relevan, selaras dengan hasrat serta hala tuju kerajaan dalam mempertingkat kawalan sempadan negara.

Mohd Shuhaily yang memulakan tugas secara rasmi hari ini berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman yang memberikan mandat khusus berkaitan urusan pentadbiran AKPS.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohd-shuhaily-tekad-perkukuh-operasi-akps-tingkat-kawalan-sempadan-527457

#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Itali hari ini untuk memulakan siri lawatan rasmi beliau ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil.

Beliau berlepas melalui Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 2.20 petang menerusi penerbangan sewaan khas daripada Malaysia Airlines.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-delegasi-berlepas-ke-itali-mulakan-siri-lawatan-rasmi-dan-sidang-kemuncak-brics-527486

#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/4nr4jmL
🔸 *Mayat dua beranak reput:* Jiran dedah mangsa tertekan 'hilang' suami
🔸Asia Barat akan runtuh tanpa Israel - Netanyahu
🔸Penggodam berkaitan Iran 🇮🇷 ugut dedah e-mel pembantu Trump, FBI lancar siasatan

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Wanita yang ditemui hampir reput bersama anak perempuannya di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di George Town malam Isnin dipercayai mengalami tekanan emosi sejak suaminya dipenjarakan beberapa bulan lalu.

Seorang jiran berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, wanita berkenaan semakin tertekan apabila bekalan elektrik di rumah sewanya dipotong akibat kegagalan membayar bil sejak beberapa bulan lalu.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-dua-beranak-reput-jiran-dedah-mangsa-tertekan-hilang-suami-527465

#AWANInews
Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Selasa mengesahkan sabitan membunuh terhadap Kol Dr R.Kunaseegaran, 62, S.Nimalan, 31 dan S. Ravi Chandran, 53.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bunuh-kevin-morais-mahkamah-persekutuan-kekalkan-hukuman-mati-bekas-pakar-patologi-527494

#AWANInews
2025/07/05 21:42:14
Back to Top
HTML Embed Code: