*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang
*Berita Penuh*
๐ https://bit.ly/4nr4jmL
๐ธ *Mayat dua beranak reput:* Jiran dedah mangsa tertekan 'hilang' suami
๐ธAsia Barat akan runtuh tanpa Israel - Netanyahu
๐ธPenggodam berkaitan Iran ๐ฎ๐ท ugut dedah e-mel pembantu Trump, FBI lancar siasatan
#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astroawani
๐ธMayat dua beranak reput: Jiran dedah mangsa tertekan hilang suami ๐ธAsia Barat akan runtuh tanpa Israel - Netanyahu ๐ธPenggodamโฆ
Senarai berita pilihan terpopular sepanjang hari untuk anda!
๐2โค1๐ฅ1
Wanita yang ditemui hampir reput bersama anak perempuannya di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di George Town malam Isnin dipercayai mengalami tekanan emosi sejak suaminya dipenjarakan beberapa bulan lalu.
Seorang jiran berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, wanita berkenaan semakin tertekan apabila bekalan elektrik di rumah sewanya dipotong akibat kegagalan membayar bil sejak beberapa bulan lalu.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-dua-beranak-reput-jiran-dedah-mangsa-tertekan-hilang-suami-527465
#AWANInews

โค8๐ฅ4
Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Selasa mengesahkan sabitan membunuh terhadap Kol Dr R.Kunaseegaran, 62, S.Nimalan, 31 dan S. Ravi Chandran, 53.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bunuh-kevin-morais-mahkamah-persekutuan-kekalkan-hukuman-mati-bekas-pakar-patologi-527494

๐27โค5๐ฅ3๐2
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan pendirian berhati-hati dan bertindak mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada separuh kedua 2025.
Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata unjuran ini dibuat berdasarkan petunjuk monetari yang bercampur-campur, ketidaktentuan dasar perdagangan yang berlanjutan serta tekanan inflasi yang masih lemah.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/opr-dijangka-turun-25-mata-asas-pada-separuh-kedua-hlib-527459

๐30๐2๐ฅ2
Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes kematian dua beranak yang mayat mereka ditemukan reput dalam sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang mendapati tiada sebarang kecederaan luaran atau luka pada tubuh kedua-dua si mati.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-dua-beranak-mereput-polis-sahkan-tiada-unsur-jenayah-kematian-kekal-sdr-527491

โค9๐ฅ3
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi gambaran kekal dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang rayuan berhubung penggantungannya selama enam tahun dalam parti tersebut.
Ahli Parlimen Sembrong itu menegaskan, bahawa keahliannya dalam UMNO tidak berkait dengan kedudukan atau jawatan, sebaliknya melibatkan prinsip integriti, keikhlasan dan keadilan yang menjadi teras perjuangan selama ini.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/rayuan-bukan-penentuan-kesetiaan-saya-hishammuddin-527518

๐70๐22โค5
Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rayuan Peguam Negara berhubung kewujudan satu dokumen tambahan yang didakwa membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya dalam tahanan di rumah.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dalam keputusan sebulat suara, memutuskan bahawa tujuh persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Peguam Negara boleh diadili dan disemak oleh mahkamah.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahanan-di-rumah-mahkamah-persekutuan-tolak-bantahan-najib-terhadap-rayuan-peguam-negara-527512

โค17๐16๐16๐ฅ2
China tegas menolak perbuatan menyalahgunakan bantuan kemanusiaan untuk tujuan ketenteraan serta menggesa Israel menghentikan segala operasi tentera di Gaza serta-merta.
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong berkata formula "penyelesaian dua negara" merupakan satu-satunya pendekatan realistik bagi merungkai isu Palestin. Majlis Keselamatan PBB (UNSC) melancarkan debat terbuka mengenai isu Palestin-Israel pada Isnin.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/china-tolak-sekeraskerasnya-salah-guna-bantuan-kemanusiaan-di-gaza-527500

โค50๐6๐ฅ6๐3
Sepanyol mencatatkan rekod baharu suhu tertinggi pada Jun apabila suhu di El Granado, berhampiran sempadan dengan Portugal, mencecah 46 darjah Celsius pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Suhu panas turut melanda Portugal, manakala Barcelona merekodkan suhu 37.6 darjah, rekod tertinggi Jun di bandar itu walaupun terletak berhampiran laut.
Di Perancis, keadaan darurat diisytihar di seluruh negara dengan 16 jabatan termasuk Paris berada pada tahap merah, iaitu amaran tertinggi daripada Mรฉtรฉo France.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/gelombang-haba-landa-eropah-perancis-isytihar-darurat-527551

๐ฅ20โค5
Malam Sabtu lalu menyaksikan satu ledakan emosi, lonjakan adrenalin, dan alunan bertenaga oleh Akim & The Majistret (ATM) yang mementaskan konsert 'ATM Rampas Kuala Lumpur'.
Bertempat di Mega Star Arena, Bukit Bintang, sebuah lokasi berprestij di tengah ibu kota, konsert ini menghimpunkan lebih 5,000 peminat yang membanjiri segenap ruang, mencipta satu malam yang sarat dengan muzik dan momen menyentap rasa.
Di sebalik penganjuran beberapa konsert besar lain di sekitar Kuala Lumpur pada malam yang sama, kehadiran ribuan peminat setia menyentuh hati vokalis ATM, Akim Ahmad. Beliau mengakui hampir menitiskan air mata ketika tirai persembahan dibuka, terharu melihat lautan manusia bersorak menyambut kemunculan mereka dengan penuh semangat.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/atm-rampas-kuala-lumpur-simbolik-sedekad-perjuangan-muzik-527509

๐14๐5โค4๐ฅ2
Seramai 222 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikesan menghidap jangkitan HIV pada usia seawal 18 hingga 19 tahun pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata secara keseluruhan sebanyak 1,091 jangkitan HIV direkodkan dalam kalangan pelajar IPT bagi tempoh lima tahun dari 2020 hingga 2024.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-1000-pelajar-ipt-dikenal-pasti-hidap-hiv-sejak-2020-kkm-527516

๐ฅ21๐4โค2๐2๐2
Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian di Perlis masih terlalu rendah sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap kelestarian sektor itu pada masa depan, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Beliau berkata berdasarkan dapatan Banci Pertanian 2024, hanya 399 golongan muda berumur antara 15 hingga 30 tahun yang terlibat dalam bidang pertanian daripada jumlah keseluruhan 18,839 individu yang direkodkan menyertai sektor berkenaan di negeri ini.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penglibatan-golongan-muda-dalam-sektor-pertanian-di-perlis-terlalu-rendah-527515

๐ฅ6โค1
Aliran trafik di beberapa lokasi di ibu negara dijangka mengalami gangguan sempena penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 11 Julai ini.
Sekretariat Induk Logistik ASEAN, Kementerian Luar memaklumkan gangguan trafik dijangka bermula seawal Jumaat ini dalam radius satu kilometer dari kawasan KLCC serta di sepanjang jalan utama dan lebuh raya yang menghubungkan pintu masuk utama ke ibu negara.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-trafik-sempena-amm-ke58-dijangka-bermula-jumaat-ini-527544

๐18โค4๐3
Mahkamah Perlembagaan Thailand telah menggantung tugas Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa sementara menunggu perbicaraan petisyen yang difailkan oleh 36 senator yang memohon pemecatannya.
Mahkamah memaklumkan bahawa petisyen tersebut telah diterima untuk pertimbangan, dengan Paetongtarn mempunyai tempoh 15 hari untuk mengemukakan pembelaan.
https://www.astroawani.com/berita-dunia/pergolakan-politik-thailand-apa-yang-bakal-berlaku-seterusnya-527561

โค10๐ฅ3๐1๐1
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia tiba di Rom bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari atas jemputan rasmi Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.
Pesawat sewaan khas Malaysia Airlines yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino Leonardo da Vinci sekitar 8.30 malam waktu tempatan.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-anwar-tiba-di-rom-mulakan-lawatan-atas-jemputan-pm-giorgia-meloni-527569

๐58๐24โค1
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas lebih 5,000 senjata api tiruan dan menahan enam individu termasuk empat warga asing dalam operasi serentak di tujuh premis di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor pada Isnin.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata operasi yang dijalankan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) itu bertujuan membanteras kegiatan penjualan senjata tiruan secara dalam talian.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-5000-senjata-api-tiruan-dirampas-dalam-serbuan-di-tiga-negeri-527543

โค8๐ฅ6๐2๐2
Kerajaan perlu memberi perhatian kepada kesan tidak langsung yang mungkin dirasai oleh pengguna di peringkat bawah susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang berkuat kuasa pada 1 Julai.
Prof. Adjung Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya (UM), Prof. Emeritus Datuk Zakariah Abdul Rashid berkata, kesan cukai terhadap input penghasilan barangan asas boleh menyebabkan peningkatan kos keseluruhan pengeluaran, sekali gus memberi impak kepada harga barangan asas.
Jelas beliau, walaupun sesuatu barangan itu boleh diklasifikasikan sebagai mewah atau asas, hakikatnya kedua-dua kategori ini saling berkait dalam rantaian input dan output ekonomi.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peluasan-sst-beri-tumpuan-kepada-kesan-tak-langsung-penganalisis-527557

๐22๐12๐ฅ2โค1
Seorang perunding minyak dan gas kerugian lebih RM2.7 juta akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi di laman sesawang dikenali "Nova 88".
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 37 tahun itu telah mendaftar akaun pelaburan di laman web berkenaan pada April 2023 melalui suspek yang dikenali menerusi aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata mangsa kemudiannya telah membuat bayaran deposit pertama berjumlah RM30,000 ke akaun yang diberi dan seterusnya diberikan pengenalan pengguna (ID) serta kata laluan untuk melihat nilai pelaburan berkenaan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perunding-minyak-dan-gas-rugi-lebih-rm27-juta-diperdaya-pelaburan-palsu-527559

๐ฅ8๐3โค2๐1
Hari ini 88 tahun yang lalu, juruterbang Amelia Earhart dilaporkan hilang.
Earhart lahir di Atchison, Kansas AS pada 24 Julai 1897. Beliau mempelajari ilmu penerbangan di usia 24 tahun & menjadi terkenal sebagai antara juruterbang wanita terawal. Pada Jun 1928, Earhart menjadi penumpang wanita pertama terbang merentas Altantik.
Pada 20 Mei 1932, beliau berlepas seorang diri dari Newfoundland dalam penerbangan transatlantik solo tanpa henti pertama oleh seorang wanita & mendarat di Ireland selepas terbang lebih daripada 2,000 batu dalam hanya bawah 15 jam.
3 bulan kemudian, Earhart menjadi wanita pertama terbang solo tanpa henti merentas AS. Lewat 1935, beliau dilantik menjadi konsultan karier untuk wanita di Universiti Purdue & dihadiahkan pesawat moden Lockheed Electra sebagai โmakmal terbangโnya.
Pada 17 Mac 1937, Earhart bersama penunjuk arahnya Frederick Noonan berlepas dari Oakland ke arah barat dalam percubaan mengelilingi dunia. Namun ketika di Honolulu, pesawatnya kemalangan ketika pelepasan & rosak teruk, memaksa misi dibatalkan.
Siap pesawatnya dibaiki, Earhart & Noonan berlepas dari Miami pada 1 Jun untuk percubaan keliling dunia ke-2, kali ini dari barat ke timur. Selepas berhenti di Amerika Selatan, Afrika, India & Asia Tenggara, mereka tiba Lae, New Guinea pada 29 Jun.
Hentian seterusnya adalah Pulau Howland, pulau kecil milik AS di tengah Pasifik. Pihak berkuasa AS sudah bersiap dengan stesen cuaca, bahan api, bekalan, beberapa kapal laut juga digerakkan di pulau tersebut untuk membantu Earhart.
Ketika menghampiri Pulau Howland pada 2 Julai, Earhart menghubungi kapal Itasca & memaklumkan yang pesawatnya kekurangan bahan api. Selepas beberapa jam cuba mengukuhkan komunikasi, lokasi Earhart gagal dikesan & Earhart juga gagal mengesan Itasca.
Tak lama kemudian, hubungan terputus. Earhart dipercayai melakukan pendaratan kecemasan di laut tak jauh sekitar itu. Namun pencarian meluas oleh pengawal pantai & tentera laut AS gagal menemukan apa-apa. Beliau diisytihar meninggal dunia pada 5 Januari 1939.
Sumber: History
#PeristiwaHariIni

โค12๐3