Telegram Web Link
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pada Rabu melakar sejarah baharu apabila Surau Madani di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan), di KM274.6 Lebuhraya Utara-Selatan, diisytiharkan sebagai surau R&R pertama di lebuh raya negara yang mendapat kelulusan untuk mendirikan solat Jumaat.

Pengisytiharan tersebut telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Faudzinaim Haji Badaruddin, Mufti Negeri Sembilan, di Surau Madani, R&R Seremban (Arah Selatan).

@plus_malaysia
#AWANInews
#MalaysiaMADANI
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila tercampak ke dalam kawasan paya bakau selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat Telok Gong, Pelabuhan Klang dekat Shah Alam, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.14 pagi.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kereta-langgar-lori-pemandu-tercampak-jatuh-jambatan-7-meter-527608

#AWANInews
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenakan saman ke atas 16 penumpang bas ekspres dan bas persiaran selepas dikesan tidak memakai tali pinggang keledar dalam operasi khas penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres dan bas persiaran.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, menerusi operasi itu sebanyak 18 bas di pemeriksa dimana 14 daripadanya bas ekspres manakala empat lagi bas persiaran.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kereta-langgar-lori-pemandu-tercampak-jatuh-jambatan-7-meter-527608

#AWANInews
Pelakon Korea Selatan, Lee Seo Yi, dilapor meninggal dunia pada usia 43 tahun.

Menurut kenyataan dimuat naik pengurusnya di media sosial rasmi mendiang pada Selasa, Lee disahkan meninggal dunia pada 20 Jun lalu.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelakon-lee-seo-yi-meninggal-dunia-527621

#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa berkata, Israel bersetuju dengan "syarat-syarat yang diperlukan" bagi memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza.

Trump dalam satu kenyataan menerusi platform Truth Social miliknya memaklumkan, wakil-wakilnya mengadakan mesyuarat bersama pegawai-pegawai Israel pada hari sama, lapor Anadolu Ajansi.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/israel-setuju-syarat-untuk-muktamadkan-gencatan-senjata-60-hari-di-gaza-trump-527616

#AWANInews
Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) tidak berpuas hati insiden letupan paip gas di Putra Heights diklasifikasi sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) dan mendesak siasatan disemak semula.

Menurut Setiausaha KKSB, Mohd Badly Nordin berkata, keputusan tersebut mengecewakan dan mengundang tanda tanya terhadap ketelusan siasatan, selain menafikan hak penduduk yang terjejas untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kebakaran-gas-putra-heights-penduduk-tidak-puas-hati-hasil-siasatan-desak-semakan-semula-527626

#AWANInews
Kerajaan negeri memandang serius isu dakwaan kesilapan kaligrafi khat kufi yang memaparkan kalimah Allah dan tular berlaku di sebuah masjid di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini pihaknya sedang mengenal pasti masjid atau surau yang dipercayai melakukan kesalahan terbabit kerana lokasi sebenar tidak dinyatakan dalam laporan tular itu.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/melaka-siasat-dakwaan-kesilapan-kaligrafi-kalimah-allah-dalam-masjid-527627

#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari kedua lawatan rasmi ke Itali dengan mengadakan sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama negara itu.

Anwar berkata pertemuan bersama dua syarikat gergasi pertahanan Itali, Fincantieri dan Leonardo, yang menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 tempoh hari, telah memperkukuh prospek kerjasama jangka panjang antara kedua-dua negara.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-bertemu-peneraju-industri-pertahanan-tenaga-itali-527671
#AWANInews
Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 34 tahun diberkas oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sebuah hotel di Seksyen 27, Shah Alam, kira-kira jam 8 malam pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, Op E-Noda itu bertindak merampas tiga telefon bimbit, dua kondom, tiub pelincir (1 unit), tisu basah (1 peket), sehelai tuala mandi serta sekeping kad akses.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/raih-rm6400-seminggu-suami-isteri-dicekup-promosi-video-lucah-pelacuran-dalam-talian-527655
#AWANInews
Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Melaka pada Rabu atas tiga pertuduhan mengugut dan memiliki gambar lucah madunya yang merupakan seorang guru.

Tertuduh, Herni Sofini Omar, 53, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/madu-mengaku-tidak-bersalah-ugut-simpan-gambar-lucah-guru-527633

#AWANInews
Pemain Beijing Guoan terpaksa pulang dengan basikal selepas bas pasukan mereka disita kerana hutang.

Menurut South China Morning Post, imej tular yang tersebar di media sosial pada 28 Jun menunjukkan bas Beijing Guoan ditarik, dengan pintu ditutup, berikutan perintah Mahkamah Pertengahan Rakyat Beijing.

Akibatnya, sebilangan pemain pasukan itu terpaksa menyewa basikal awam untuk pulang selepas latihan.

https://www.astroawani.com/berita-sukan/bas-pasukan-disita-pemain-terpaksa-pulang-naik-basikal-527645
#AWANInews
Sebuah helikopter tentera milik Misi Sokongan dan Penstabilan Kesatuan Afrika di Somalia (AUSSOM) terhempas dan terbakar ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Adde di ibu negara Somalia pada pagi Rabu, menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan Somalia (SONNA).

Helikopter berkenaan yang berlepas dari pangkalan udara Balidoogle membawa lapan anggota dan terhempas di dalam kawasan Halane Base Camp — zon keselamatan tinggi yang menempatkan diplomat asing dan pasukan tentera antarabangsa.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/helikopter-misi-afrika-terhempas-di-lapangan-terbang-mogadishu-527647
#AWANInews
Malaysia dan Itali senada bahawa keamanan dan kestabilan adalah kunci kepada kebebasan perdagangan yang menjadi asas kepada kemajuan ekonomi global selama ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia wajar diberi perhatian lantaran kedudukan yang strategik di dalam ASEAN selain menunjukkan kemajuan ekonomi yang progresif.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysiaitali-senada-keamanan-dan-kestabilan-kunci-kemajuan-ekonomi-527683
#AWANInews
Kerajaan Negeri Sembilan melarang aktiviti minum minuman keras di taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan padang serta pantai awam berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata tindakan itu bagi menghormati sensitiviti orang ramai yang mengunakan tempat tersebut untuk beriadah, dan penguatkuasaan akan dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta polis dengan kompaun maksimum sehingga RM 2,000 boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar.

Lanjut https://www.astroawani.com/berita-malaysia/negeri-sembilan-larang-minuman-keras-di-taman-rekreasi-pantai-awam-sertamerta-527676
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pada Selasa berkata Rumah Putih perlu meneliti kemungkinan untuk mengusir Elon Musk, selepas usahawan bilionair itu mengkritik rang undang-undang cukai dan perbelanjaan presiden, lapor Xinhua.

Musk, yang berasal dari Afrika Selatan dan kini adalah warganegara AS, memuat naik beberapa hantaran kritikan hujung minggu lalu di media sosial terhadap "big, beautiful bill" Trump.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-ugut-usir-musk-ekoran-perselisihan-berterusan-527686
#AWANInews
Dua orang maut akibat masalah berkaitan haba di Perancis manakala lebih 300 orang menerima rawatan kecemasan ketika sebahagian besar Eropah dilanda gelombang haba, kata Menteri Alam Sekitar Perancis Agnes Pannier-Runacher pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Sebahagian besar Perancis mengalami haba melampau pada Selasa, dengan tahap amaran tertinggi diaktifkan di 16 wilayah termasuk Paris. Suhu mencecah lebih 41 darjah Celsius di selatan dan tengah Perancis, manakala ibu negara mencatatkan 38 darjah.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/gelombang-haba-di-eropah-ragut-nyawa-527701
#AWANInews
Kes jenayah seksual di Terengganu bagi tempoh 1 Januari hingga Jun tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata sebanyak 108 kes jenayah seksual dilaporkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 104 kes dalam tempoh sama tahun lepas, dengan jumlah kes tertinggi membabitkan kejadian rogol dan sumbang mahram.

Beliau berkata mangsa yang terlibat berusia antara lima hingga 27 tahun, manakala suspek berumur antara 15 hingga 72 tahun, dan sebahagiannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Lanjut https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenayah-seksual-di-terengganu-meningkat-dalam-tempoh-enam-bulan-pertama-2025-527664
#AWANInews
2025/07/04 15:51:06
Back to Top
HTML Embed Code: