Sebuah helikopter tentera milik Misi Sokongan dan Penstabilan Kesatuan Afrika di Somalia (AUSSOM) terhempas dan terbakar ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Adde di ibu negara Somalia pada pagi Rabu, menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan Somalia (SONNA).
Helikopter berkenaan yang berlepas dari pangkalan udara Balidoogle membawa lapan anggota dan terhempas di dalam kawasan Halane Base Camp — zon keselamatan tinggi yang menempatkan diplomat asing dan pasukan tentera antarabangsa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/helikopter-misi-afrika-terhempas-di-lapangan-terbang-mogadishu-527647
#AWANInews

Malaysia dan Itali senada bahawa keamanan dan kestabilan adalah kunci kepada kebebasan perdagangan yang menjadi asas kepada kemajuan ekonomi global selama ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia wajar diberi perhatian lantaran kedudukan yang strategik di dalam ASEAN selain menunjukkan kemajuan ekonomi yang progresif.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysiaitali-senada-keamanan-dan-kestabilan-kunci-kemajuan-ekonomi-527683

Kerajaan Negeri Sembilan melarang aktiviti minum minuman keras di taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan padang serta pantai awam berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata tindakan itu bagi menghormati sensitiviti orang ramai yang mengunakan tempat tersebut untuk beriadah, dan penguatkuasaan akan dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta polis dengan kompaun maksimum sehingga RM 2,000 boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar.
Lanjut https://www.astroawani.com/berita-malaysia/negeri-sembilan-larang-minuman-keras-di-taman-rekreasi-pantai-awam-sertamerta-527676

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pada Selasa berkata Rumah Putih perlu meneliti kemungkinan untuk mengusir Elon Musk, selepas usahawan bilionair itu mengkritik rang undang-undang cukai dan perbelanjaan presiden, lapor Xinhua.
Musk, yang berasal dari Afrika Selatan dan kini adalah warganegara AS, memuat naik beberapa hantaran kritikan hujung minggu lalu di media sosial terhadap "big, beautiful bill" Trump.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-ugut-usir-musk-ekoran-perselisihan-berterusan-527686

Dua orang maut akibat masalah berkaitan haba di Perancis manakala lebih 300 orang menerima rawatan kecemasan ketika sebahagian besar Eropah dilanda gelombang haba, kata Menteri Alam Sekitar Perancis Agnes Pannier-Runacher pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.
Sebahagian besar Perancis mengalami haba melampau pada Selasa, dengan tahap amaran tertinggi diaktifkan di 16 wilayah termasuk Paris. Suhu mencecah lebih 41 darjah Celsius di selatan dan tengah Perancis, manakala ibu negara mencatatkan 38 darjah.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/gelombang-haba-di-eropah-ragut-nyawa-527701

Kes jenayah seksual di Terengganu bagi tempoh 1 Januari hingga Jun tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis negeri Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata sebanyak 108 kes jenayah seksual dilaporkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 104 kes dalam tempoh sama tahun lepas, dengan jumlah kes tertinggi membabitkan kejadian rogol dan sumbang mahram.
Beliau berkata mangsa yang terlibat berusia antara lima hingga 27 tahun, manakala suspek berumur antara 15 hingga 72 tahun, dan sebahagiannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.
Lanjut https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jenayah-seksual-di-terengganu-meningkat-dalam-tempoh-enam-bulan-pertama-2025-527664

Tiada kawalan dan kurang pemantauan penggunaan media sosial oleh ibu bapa kepada golongan remaja di Kelantan antara punca peningkatan kes gejala sosial termasuk rogol di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Rohani Ibrahim berkata selain pengaruh rakan sebaya, akses tanpa had terhadap kandungan yang tidak ditapis dilihat menyumbang kepada tingkah laku yang bersifat negatif dalam kalangan golongan muda.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-kawalan-penggunaan-media-sosial-punca-gejala-sosial-di-kelantan-meningkat-exco-527679

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor melaporkan tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran sepanjang dua hari operasi dijalankan di sekitar negeri ini sejak Selasa.
Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata sebanyak 56 bas ekspres dan 23 bas persiaran telah diperiksa dan didapati kesemua kenderaan mematuhi arahan serta peraturan yang telah ditetapkan.
Lanjut https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ops-tali-pinggang-jpj-selangor-lapor-tahap-pematuhan-tinggi-527661

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap usaha dua sarjana Itali, Andrea Fais dan Stefano Bonilauri, yang menterjemahkan karya beliau, ‘The Asian Renaissance’, ke dalam bahasa Itali.
Karya tersebut, yang diterbitkan lebih dua dekad lalu, menggariskan gagasan besar mengenai kebangkitan semula tamadun Asia berasaskan nilai ilmu, budaya, keterbukaan dan keadilan sebagai tindak balas terhadap ketidakseimbangan global serta dominasi wacana Barat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

Komuniti Islam Itali menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia yang dilihat menjadi contoh kepada komuniti muslim minoriti di Eropah.
Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri di sini pada Rabu, Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS), Imam Yahya Pallavicini berkata nilai-nilai kepimpinan yang dibawa Anwar amat bermakna tatkala isu Islamofobia masih mendominasi rantau itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri di sini pada Rabu, Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS), Imam Yahya Pallavicini berkata nilai-nilai kepimpinan yang dibawa Anwar amat bermakna tatkala isu Islamofobia masih mendominasi rantau itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kumpulan hip hop popular era 1990-an 4U2C mengambil serius dan sama sekali tidak memandang ringan isu hak cipta lagu berkaitan penganjuran konsert mereka pada 15 September nanti.
Ketuanya, Datuk AC Mizal berkata, panduan dan nasihat sudah diambil menerusi perjumpaan dengan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) supaya undang-undang muzik Malaysia sentiasa dihormati.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/kumpulan-4u2c-ambil-serius-isu-hak-cipta-lagu-bincang-dengan-macp-527696

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata bom berkenaan ditemui oleh seorang kontraktor kira-kira pukul 2.50 petang sebelum pihak polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kawalan keselamatan dan siasatan lanjut.
"Hasil penilaian risiko oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mendapati objek berkenaan perlu dimusnahkan menggunakan kaedah 'low order'," katanya.
Lanjutan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bom-lama-250-kilogram-ditemui-di-tapak-perumahan-bukit-goh-527700

Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, terutamanya dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat palsu dan menyalahi undang-undang di media sosial, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pertemuannya bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada Rabu, membincangkan usaha menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada era digital.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdrm-perkukuh-kerjasama-dengan-kementerian-komunikasi-tangani-isu-media-sosial-kpn-527684

Hari ini 97 tahun yang lalu, demonstrasi transmisi televisyen warna pertama dijalankan oleh John Logie Baird.
Pada usia 34 tahun, selepas tidak berapa berjaya dalam mencipta kasut bertapak angin dan pisau pencukur kaca serta bosan dengan karier menjual stokin, jem & sabun, Baird menumpukan perhatiannya untuk membangunkan sistem televisyen.
Tanpa sokongan dana yang besar, pencipta berbangsa Scot itu membina televisyen hitam putih dengan mengolah lampu basikal, tin biskut, kadbod, tali & jarum menjadi sistem mekanikal yang boleh memaparkan imej yang boleh dilihat & dikenalpasti bentuknya.
Pada Januari 1926, Baird mempersembahkan ‘televisor’ ciptaannya itu kepada 50 orang saintis dari Royal Institution of Great Britain di makmal kecilnya di atas sebuah premis di Soho, London, & ia telah mengujakan para hadirin.
Tahun berikutnya, televisyennya telah dipersembahkan menerusi talian telefon sepanjang 438 batu antara London dengan Glasgow. Kejayaan itu membuka pintu untuk Baird menubuhkan Baird Television Development Company (BTDC).
Di bawah syarikat tersebut, Baird meneruskan penyelidikan & pembangunan sistem televisyen hingga berhasilnya transmisi berwarna, yang dipersembahkan kepada khalayak di makmalnya di Long Acre, London pada 3 Julai 1928.
Tahun yang sama juga, Baird menghantar transmisi televisyen pertama merentas Laut Atlantik dari London ke New York. Bermula tahun 1929, BBC menggunakan teknologi ciptaan Baird untuk menyiarkan program televisyen terawal mereka.
Namun pada ketika sama, banyak syarikat turut meneroka & menambah baik teknologi televisyen sedia ada. Akhirnya pada 1937, BBC menggantikan sistem mekanikal Baird dengan sistem televisyen elektonik yang dibangunkan oleh Marconi-EMI.
Begitupun Baird tidak terus berhenti, dia kemudian hadir dengan teknologi televisyen elektrik menggunakan tiub sinar katod (CRT) serta beberapa lagi pembangunan lain seperti televisyen stereoskop (3D) dan infra merah.
Sumber: BBC, History Today
#PeristiwaHariIni

Airbus dijangka memuktamadkan perjanjian baharu dengan Malaysia Aviation Group (MAG) untuk penambahan pesawat jarak jauh A330neo, menurut sumber industri pada Rabu.
Perjanjian itu berkemungkinan diumumkan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Paris hujung minggu ini, kata sumber berkenaan.
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/airbus-bakal-jual-lebih-banyak-pesawat-a330neo-kepada-malaysia-airlines-laporan-527725

Jualan kenderaan elektrik Tesla mencatatkan penurunan sebanyak 13 peratus dalam tempoh tiga bulan terakhir, di tengah-tengah kempen boikot yang dikaitkan dengan pandangan politik Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk - satu perkembangan signifikan memandangkan ramai menjangka kemarahan terhadap bilionair itu akan reda.
Penurunan itu sekali lagi mencerminkan kesan berpanjangan daripada sokongan terbuka Musk terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta beberapa tokoh sayap kanan di Eropah, yang dilihat terus menjejaskan daya tarikan jenama Tesla di mata pengguna.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/jualan-tesla-merosot-13-peratus-sentimen-antimusk-terus-jejas-reputasi-syarikat-527724

SE-RAMP 2040 sasar sumbang sehingga 75 peratus kapasiti tenaga boleh diperbaharui Malaysia menjelang 2040. Pelan menyeluruh ini dilihat akan merancakkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, meluaskan akses tenaga luar bandar, serta memacu pelaburan hijau di peringkat serantau.
#AWANISabah+
#AWANInews
#AWANISabah+
#AWANInews
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, secara rasmi telah menandatangani dekri presiden yang menggantung semua bentuk kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), susulan serangan udara oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear utama negara itu bulan lalu.
Langkah ini menyusul selepas Parlimen Iran meluluskan undang-undang yang mengarahkan penggantungan kerjasama di bawah Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT) dan perjanjian keselamatan berkaitan.
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/iran-gantung-kerjasama-dengan-iaea-secara-rasmi-ketegangan-nuklear-meningkat-527723

Sekurang-kurangnya 61 individu dilaporkan hilang selepas sebuah feri karam berhampiran pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali, menurut agensi mencari dan menyelamat tempatan pada Khamis (3 Julai).
Menurut kenyataan Agensi Mencari dan Menyelamat Surabaya, insiden berlaku sekitar jam 11.20 malam Rabu di Selat Bali ketika feri berkenaan dalam perjalanan dari pulau utama Indonesia, Jawa, menuju ke destinasi pelancongan popular itu.
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/61-hilang-selepas-feri-karam-berhampiran-bali-527736