Telegram Web Link
Kumpulan hip hop popular era 1990-an 4U2C mengambil serius dan sama sekali tidak memandang ringan isu hak cipta lagu berkaitan penganjuran konsert mereka pada 15 September nanti.

Ketuanya, Datuk AC Mizal berkata, panduan dan nasihat sudah diambil menerusi perjumpaan dengan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) supaya undang-undang muzik Malaysia sentiasa dihormati.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/kumpulan-4u2c-ambil-serius-isu-hak-cipta-lagu-bincang-dengan-macp-527696
#AWANInews
πŸ‘Ž24πŸ”₯6❀4πŸ‘1
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata bom berkenaan ditemui oleh seorang kontraktor kira-kira pukul 2.50 petang sebelum pihak polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kawalan keselamatan dan siasatan lanjut.

"Hasil penilaian risiko oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mendapati objek berkenaan perlu dimusnahkan menggunakan kaedah 'low order'," katanya.

Lanjutan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bom-lama-250-kilogram-ditemui-di-tapak-perumahan-bukit-goh-527700
#AWANInews
πŸ”₯18❀2
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, terutamanya dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat palsu dan menyalahi undang-undang di media sosial, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pertemuannya bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada Rabu, membincangkan usaha menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada era digital.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdrm-perkukuh-kerjasama-dengan-kementerian-komunikasi-tangani-isu-media-sosial-kpn-527684
#AWANInews
πŸ‘Ž43πŸ‘8❀3πŸ”₯1
Hari ini 97 tahun yang lalu, demonstrasi transmisi televisyen warna pertama dijalankan oleh John Logie Baird.

Pada usia 34 tahun, selepas tidak berapa berjaya dalam mencipta kasut bertapak angin dan pisau pencukur kaca serta bosan dengan karier menjual stokin, jem & sabun, Baird menumpukan perhatiannya untuk membangunkan sistem televisyen.

Tanpa sokongan dana yang besar, pencipta berbangsa Scot itu membina televisyen hitam putih dengan mengolah lampu basikal, tin biskut, kadbod, tali & jarum menjadi sistem mekanikal yang boleh memaparkan imej yang boleh dilihat & dikenalpasti bentuknya.

Pada Januari 1926, Baird mempersembahkan β€˜televisor’ ciptaannya itu kepada 50 orang saintis dari Royal Institution of Great Britain di makmal kecilnya di atas sebuah premis di Soho, London, & ia telah mengujakan para hadirin.

Tahun berikutnya, televisyennya telah dipersembahkan menerusi talian telefon sepanjang 438 batu antara London dengan Glasgow. Kejayaan itu membuka pintu untuk Baird menubuhkan Baird Television Development Company (BTDC).

Di bawah syarikat tersebut, Baird meneruskan penyelidikan & pembangunan sistem televisyen hingga berhasilnya transmisi berwarna, yang dipersembahkan kepada khalayak di makmalnya di Long Acre, London pada 3 Julai 1928.

Tahun yang sama juga, Baird menghantar transmisi televisyen pertama merentas Laut Atlantik dari London ke New York. Bermula tahun 1929, BBC menggunakan teknologi ciptaan Baird untuk menyiarkan program televisyen terawal mereka.

Namun pada ketika sama, banyak syarikat turut meneroka & menambah baik teknologi televisyen sedia ada. Akhirnya pada 1937, BBC menggantikan sistem mekanikal Baird dengan sistem televisyen elektonik yang dibangunkan oleh Marconi-EMI.

Begitupun Baird tidak terus berhenti, dia kemudian hadir dengan teknologi televisyen elektrik menggunakan tiub sinar katod (CRT) serta beberapa lagi pembangunan lain seperti televisyen stereoskop (3D) dan infra merah.

Sumber: BBC, History Today

#PeristiwaHariIni
πŸ‘8❀3
Airbus dijangka memuktamadkan perjanjian baharu dengan Malaysia Aviation Group (MAG) untuk penambahan pesawat jarak jauh A330neo, menurut sumber industri pada Rabu.

Perjanjian itu berkemungkinan diumumkan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Paris hujung minggu ini, kata sumber berkenaan.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/airbus-bakal-jual-lebih-banyak-pesawat-a330neo-kepada-malaysia-airlines-laporan-527725

#AWANInews
πŸ‘15πŸ‘Ž12❀2
Jualan kenderaan elektrik Tesla mencatatkan penurunan sebanyak 13 peratus dalam tempoh tiga bulan terakhir, di tengah-tengah kempen boikot yang dikaitkan dengan pandangan politik Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk - satu perkembangan signifikan memandangkan ramai menjangka kemarahan terhadap bilionair itu akan reda.

Penurunan itu sekali lagi mencerminkan kesan berpanjangan daripada sokongan terbuka Musk terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump serta beberapa tokoh sayap kanan di Eropah, yang dilihat terus menjejaskan daya tarikan jenama Tesla di mata pengguna.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/jualan-tesla-merosot-13-peratus-sentimen-antimusk-terus-jejas-reputasi-syarikat-527724

#AWANInews
πŸ‘21❀6πŸ”₯3πŸ‘1
SE-RAMP 2040 sasar sumbang sehingga 75 peratus kapasiti tenaga boleh diperbaharui Malaysia menjelang 2040. Pelan menyeluruh ini dilihat akan merancakkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, meluaskan akses tenaga luar bandar, serta memacu pelaburan hijau di peringkat serantau.
#AWANISabah+
#AWANInews
❀5πŸ‘3πŸ‘Ž2
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, secara rasmi telah menandatangani dekri presiden yang menggantung semua bentuk kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), susulan serangan udara oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear utama negara itu bulan lalu.

Langkah ini menyusul selepas Parlimen Iran meluluskan undang-undang yang mengarahkan penggantungan kerjasama di bawah Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT) dan perjanjian keselamatan berkaitan.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/iran-gantung-kerjasama-dengan-iaea-secara-rasmi-ketegangan-nuklear-meningkat-527723

#AWANInews
πŸ‘51πŸ”₯6❀3πŸ‘Ž3
Sekurang-kurangnya 61 individu dilaporkan hilang selepas sebuah feri karam berhampiran pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali, menurut agensi mencari dan menyelamat tempatan pada Khamis (3 Julai).

Menurut kenyataan Agensi Mencari dan Menyelamat Surabaya, insiden berlaku sekitar jam 11.20 malam Rabu di Selat Bali ketika feri berkenaan dalam perjalanan dari pulau utama Indonesia, Jawa, menuju ke destinasi pelancongan popular itu.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/61-hilang-selepas-feri-karam-berhampiran-bali-527736

#AWANInews
πŸ”₯7❀3
Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lepas, disambung reman tujuh hari lagi.

Suspek terdiri seorang lelaki dan dua perempuan itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 8.40 pagi, dan perintah reman dikeluarkan Majistret Khairatul Animah Jelani bermula esok hingga Khamis depan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘16❀1πŸ‘1
Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan tugas Ketua Hakim Negara sehingga jawatan itu diisi, susulan persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Rabu lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž22πŸ‘8πŸ”₯3❀2πŸ‘1
Penyanyi dan komposer, Ajai tampil memohon maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya ketika mengulas mengenai isu hak cipta yang melibatkan kumpulan, 4U2C.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, kenyataan yang dikeluarkannya bukan bertujuan untuk menyinggung atau menyekat mana-mana pihak daripada terus berkarya.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/enggan-panjangkan-isu-melibatkan-4u2c-ajai-mohon-maaf-527727

#AWANInews
πŸ‘15❀6πŸ‘Ž1
Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan tugas Ketua Hakim Negara sehingga jawatan itu diisi, susulan persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Rabu lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž10πŸ‘9❀5πŸ‘3
Sempadan negara perlu diperkukuh bagi membanteras isu penyeludupan dadah yang semakin membimbangkan, titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah kawalan di pintu masuk negara seperti lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan darat perlu diperketat kerana ia dikenal pasti sebagai antara laluan utama kemasukan bekalan dadah ke dalam negara.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkukuh-sempadan-negara-vape-wajar-diharamkan-sultan-abdullah-527741

#AWANInews
πŸ‘73❀14πŸ”₯6πŸ‘1
Arab Saudi dan Indonesia telah menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman bernilai sekitar AS$27 bilion, melibatkan kerjasama sektor swasta dalam bidang tenaga bersih, petrokimia, dan sumber mineral, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).

Perjanjian itu dimeterai semasa lawatan rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, ke Riyadh, di mana beliau bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/arab-saudi-indonesia-meterai-perjanjian-bernilai-27-bilion-fokus-tenaga-bersih-dan-petrokimia-527743

#AWANInews
πŸ”₯11❀6πŸ‘6πŸ‘Ž3
Polis sedang mengesan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi yang videonya tular di media sosial pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, tindakan pemilik kenderaan terbabit disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 279 dan 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-kesan-pemilik-tiga-kereta-halang-laluan-di-lebuh-raya-527758

#AWANInews
πŸ”₯25πŸ‘9❀4πŸ‘4
Microsoft kini mengurangkan sekitar 4% tenaga kerja mereka, memberikan kesan kepada hampir 9,000 orang pekerja.

Langkah ini memberi impak kepada pekerja pada peringkat global, meliputi pelbagai pasukan dan tahap pekerjaan yang berbeza.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-mal...

#AWANInews
πŸ”₯13πŸ‘Ž10πŸ‘3
McDonald’s Malaysia meraikan lebih 1,000 graduan menerusi Majlis Konvokesyen kali ke-5 Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata Program Perantis Vokasional McDonald's Malaysia ialah sebuah usaha memartabatkan belia melalui pendidikan vokasional dengan pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akademi-vokasional-mcdonalds-malaysia-perkasa-agenda-tvet-527763

#AWANInews
πŸ‘Ž25πŸ‘9❀5πŸ”₯2
OPPO Malaysia melancarkan siri OPPO Reno14 5G, telefon kecerdasan buatan (AI) terbaharu dengan penampilan model Reno14 Pro 5G, Reno14 5G, dan Reno14 F 5G.

Menurut Pengurus Pemasaran OPPO, Jonathan Lim, siri baharu ini menggabungkan teknologi fotografi AI flash dengan reka bentuk dan warna Iridescent Mermaid.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/oppo-lancar-siri-oppo-reno14-dengan-fotografi-ai-flash-dan-reka-bentuk-iridescent-mermaid-527779
#AWANInews
❀7πŸ‘2πŸ‘1
2025/07/08 20:39:20
Back to Top
HTML Embed Code: