Dua individu warga Indonesia yang mendakwa sedang dalam misi berjalan kaki dari negara asal mereka menuju ke Mekah ditahan pihak berkuasa ketika berada di Lahad Datu, malam kelmarin.
Difahamkan, kehadiran dua beranak tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan selepas rakaman video mereka tular di media sosial, sehingga mencetuskan aduan awam.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berjalan-kaki-ke-mekah-dari-sabah-misi-dua-beranak-warga-indonesia-cetus-keraguan-527875
#AWANInews

Bukan hanya membuka peluang pelaburan di Sabah, pembukaan Sabah Kibing Solar anak syarikat Kibing Group merancakkan lagi sektor perindustrian sekali gus menyumbangkan kepada peluang pekerjaan di negeri di bawah bayu itu.
#AWANISabah+
#AWANInews
#AWANISabah+
#AWANInews
Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan baharu terhadap rangkaian perdagangan minyak Iran dan institusi kewangan yang dikawal oleh Hezbollah, dalam usaha memperkukuh tekanan ekonomi terhadap Tehran dan sekutunya di Asia Barat.
Menurut Jabatan Perbendaharaan AS, rangkaian syarikat yang dikendalikan oleh Salim Ahmed Said, seorang warga Iraq-Britain, telah membeli dan menghantar berbilion dolar minyak Iran yang disamarkan sebagai minyak Iraq sejak sekurang-kurangnya tahun 2020.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kenakan-sekatan-baharu-terhadap-minyak-iran-dan-kewangan-hezbollah-527886

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dilantik untuk menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan.
Dalam surat bertarikh semalam, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang menjalankan kuasa dan tugas Ketua Hakim Negara berkata, pelantikan Zabariah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 9 (3) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Pelantikan Zabariah bermula semalam hingga jawatan tersebut diisi secara hakiki, menurut surat itu.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/zabariah-dilantik-menjalankan-kuasa-dan-tugas-presiden-mahkamah-rayuan-527900

Kumpulan militan warga Bangladesh yang ditahan dalam beberapa operasi di Johor dan Selangor dikesan menggunakan platform media sosial seperti WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan propaganda kumpulan pengganas Islamic State (IS).
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, selain itu, platform itu digunakan untuk merekrut ahli baharu dan memperluaskan pengaruh fahaman ekstremis di negara ini.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/militan-bangladesh-dikesan-sebar-fahaman-ekstremis-guna-whatsapp-telegram-527908

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan empat saman terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres kerana tidak memakai tali pinggang keledar dalam Ops Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) yang dilaksanakan sejak 1 Julai lepas.
Pengarahnya Zamri Samion berkata operasi khas tersebut susulan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres dan persiaran mulai 1 Julai.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpj-terengganu-saman-penumpang-pemandu-bas-ekspres-527899

Kerajaan memberi kemudahan kepada penyedia perkhidmatan bercukai susulan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai lalu, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan peraturan cukai berkenaan.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas industri berhubung cabaran mematuhi semua keperluan operasi di bawah perubahan SST, sekali gus menyediakan tempoh peralihan kepada pihak industri.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/mof-beri-kemudahan-pihak-industri-dalam-tempoh-peralihan-perubahan-sst-527903

Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Presiden Donald Trump berucap di satu perhimpunan di Des Moines, Iowa dan mengumumkan bahawa pertarungan UFC (Ultimate Fighting Championship) akan diadakan di kawasan White House.
Tambah beliau, pertarungan tersebut juga akan menjadi sebahagian daripada sambutan memperingati 250 tahun pengisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis memaklumkan, beliau mahu keselamatan untuk rakyat Gaza dan menyifatkan penduduk di sana telah melalui penderitaan yang amat dahsyat.
Kenyataan itu dibuat ketika Hamas menuntut jaminan bahawa cadangan gencatan senjata baharu yang disokong AS akan membawa kepada berakhirnya perang di Gaza.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-mahu-keselamatan-untuk-rakyat-gaza-hamas-tuntut-jaminan-tamat-perang-527881

Lee Zii Jia mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat badminton negara selepas berkongsi beberapa lakaran gambar di media sosial.
Hantaran misteri itu yang kini mengumpul lebih 71,000 tanda suka dan 1,000 komen, menimbulkan spekulasi mengenai maksud di sebalik perkongsian tersebut.
Pemain perseorangan profesional negara yang kini berada di ranking ke-27 dunia itu dijangka akan kembali ke gelanggang pertandingan di Kejohanan Terbuka Jepun yang berlangsung dari 15 hingga 20 Julai ini.
https://www.astroawani.com/berita-sukan/zii-jia-kembali-dengan-hantaran-penuh-tanda-tanya-527915

Dunia perfileman Hollywood kehilangan salah seorang pelakon ikoniknya apabila Michael Madsen, terkenal dengan watak-watak garang dan berkarisma dalam filem arahan Quentin Tarantino, dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun.
Madsen ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Malibu, California pada pagi Khamis dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, menurut kenyataan daripada pengurusnya, Ron Smith.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/michael-madsen-bintang-reservoir-dogs-meninggal-dunia-pada-usia-67-tahun-527914

Sebuah jet pejuang F-35B Lightning II milik Tentera Laut Diraja Britain telah menjadi tumpuan antarabangsa selepas tersangkut selama hampir tiga minggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Thiruvananthapuram, India, akibat kerosakan teknikal yang belum dapat diperbaiki.
Jet bernilai AS$110 juta itu mendarat secara kecemasan pada 14 Jun selepas menghadapi cuaca buruk dan bacaan bahan api tidak normal ketika menjalankan latihan di Lautan Hindi.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jet-pejuang-canggih-britain-tersangkut-di-india-cetus-tekateki-dan-meme-global-527902

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, telah mengarahkan satu taklimat khas berhubung insiden letupan paip gas di Putra Heights diadakan pada Isnin ini, khusus kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Selangor.
Menurut beliau, taklimat tersebut akan melibatkan kesemua wakil rakyat tanpa mengira latar belakang politik.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kebakaran-gas-putra-heights-taklimat-khas-wakil-rakyat-diadakan-isnin-ini-amirudin-527925

Seni bukan sekadar ekspresi estetika, tetapi pemangkin ekonomi dan pembangunan komuniti.
Itulah mesej utama yang diketengahkan dalam pembukaan sulung siri bicara Merdeka Award Talk Series 2025, yang berlangsung di Saloma Bistro, ibu negara.
Bertemakan “Profit Meets Performance: When Arts Means Business”, sesi tersebut menghimpunkan lebih 200 peserta termasuk peneraju korporat, penggiat seni, mahasiswa, yayasan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan, bagi membincangkan cara menjadikan seni sebagai satu industri yang mampan dan lestari.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/merdeka-award-talk-series-2025-bincang-potensi-seni-sebagai-industri-strategik-negara-527963

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen George Town pada Jumaat atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Australia, minggu lepas.
S.Prasanth, 25, yang merupakan pekerja sambilan sebuah hotel, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Juraidah Abbas, namun memohon masa bagi melantik peguam untuk mewakilinya.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-mengaku-salah-rogol-lakukan-persetubuhan-luar-tabii-terhadap-wanita-australia-527933

Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang warga asing ditemukan cedera parah di kawasan parkir bertingkat hospital itu, Ahad lepas.
Dalam kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan hari ini, Pengarah HKL Datuk Dr Harikrishna K.R. Nair berkata kejadian berlaku pada 4.30 petang dan pihaknya membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari yang sama.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-warga-asing-cedera-di-parkir-hkl-serah-rakaman-cctv-kepada-polis-527932

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Perancis di Hotel des Invalides, di Paris, pada Jumaat.
Anwar yang tiba sekitar jam 8.30 pagi kemudian diiring ke Dataran Musée de l'armée invalides sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Mengiringi beliau mewakili kerajaan Perancis adalah Menteri Ekonomi, Kewangan dan Kedaulatan Industri serta Digital Perancis, Eric Lombard.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-diberi-sambutan-rasmi-perkukuh-hubungan-kuala-lumpurparis-527946

Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera dalam letupan besar di stesen minyak dan gas LPG di daerah Prenestino, Rom awal pagi Jumaat.
Menurut pihak berkuasa tempatan, letupan sekitar jam 8 pagi waktu tempatan di Via dei Gordiani itu mengakibatkan bebola api besar dan asap hitam tebal menyelubungi langit ibu kota Itali, dengan gegaran dirasai di beberapa kawasan berhampiran.
Laporan awal menyebut bahawa kebakaran dipercayai tercetus apabila sebuah lori melanggar saluran paip, menyebabkan pam yang bersambung dengan tangki gas tercabut.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/10-cedera-dalam-letupan-stesen-minyak-di-rom-527973

Seorang wanita hamil lima bulan dan suaminya dihukum penjara dalam tiga prosiding mahkamah berbeza atas kesalahan menyamun, mencuri dan melupuskan harta curi.
Di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Hakim Haderiah Siri menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Jasila Jamaruddin, 31, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyamun dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh ditahan, iaitu 10 Jun lepas.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasangan-suami-isteri-dipenjara-kerana-mencuri-527961

Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang dikesan aktif sejak setahun lalu dipercayai merekrut warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia dengan mengenakan bayaran keahlian tahunan sebanyak RM500 bagi membiayai kegiatan berkaitan gerakan ekstremis.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan mendapati wang kutipan itu dipercayai disalurkan untuk menyokong perjuangan militan di Syria, Bangladesh dan juga Islamic State (IS).
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/militan-bangladesh-kutip-rm500-setahun-biayai-kegiatan-ekstremis-di-syria-bangladesh-527938