Telegram Web Link
Pelakon tersohor Bollywood, Deepika Padukone, mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai pelakon wanita India pertama yang menerima bintang di Hollywood Walk of Fame.

Pengumuman rasmi dibuat oleh Hollywood Chamber of Commerce pada 2 Julai lalu melalui siaran langsung global dari Ovation Hollywood.

https://www.astroawani.com/berita-hiburan/deepika-padukone-cipta-sejarah-pelakon-wanita-india-pertama-terima-bintang-hollywood-walk-fame-528065

#AWANInews
Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Jumaat malam.

Kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang membonceng mengalami kecederaan di leher dan kaki.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-tingkatan-empat-maut-nahas-motosikal-di-shah-alam-rakan-cedera-parah-528066
#AWANInews
Empat maut, enam masih hilang sementara tujuh selamat dalam insiden bot karam di Pantai Belawai pada petang Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.11 petang sebelum mengatur gerak anggota dari Balai Tanjong Manis ke lokasi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang penceramah bebas ditahan polis selepas dipercayai menyebarkan video seks yang memaparkan dirinya bersama isteri-isteri dan wanita lain.

Lelaki itu ditahan selepas isteri keduanya membuat laporan pada 16 Jun lalu, mendakwa suaminya menyebarkan video hubungan intim mereka, madu-madunya, serta beberapa wanita lain.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sebar-video-seks-bersama-isteriisteri-penceramah-bebas-ditahan-polis-528071

#AWANInews
Kerajaan Jepun memberi amaran bahawa lebih banyak gempa bumi kuat berkemungkinan berlaku di perairan barat daya negara itu, namun menegaskan bahawa orang ramai tidak seharusnya terpengaruh dengan ramalan bencana yang tidak berasas.

Amaran ini dikeluarkan susulan lebih 1,000 gegaran yang direkodkan di Kepulauan Tokara, Wilayah Kagoshima, sejak 21 Jun.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jepun-tingkat-persediaan-hadapi-gempa-sangkal-ramalan-kiamat-528070

#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa rundingan bagi perjanjian untuk mengambil alih platform media sosial TikTok daripada syarikat China, ByteDance, hampir dimuktamadkan, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Trump berkata perbincangan mengenai perkara itu dengan Beijing dijadualkan pada Isnin atau Selasa (7 atau 8 Julai).

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/rundingan-pembelian-tiktok-hampir-selesai-akan-mula-bincang-dengan-china-trump-528077

#AWANInews
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan bin Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Bekumpulan Astro Malaysia, Euan Smith hadir ke Program Astro Kem Badminton siri pertama tahun 2025 yang bermula di Olympia Badminton Arena, Kota Kinabalu hari ini.

📸: Astro / @azrul_rafie
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta memantau dengan rapi pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang kini telah mencapai kemajuan sebanyak 85 peratus.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kali ke-32 sempena pemukiman MRL yang bermula semalam di Melaka.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-ecrl-siap-85-peratus-mrl-digesa-pantau-kelancaran-projek-ksn-528088

#AWANInews
Hilang kawalan ketika menuruni bukit dan kawasan selekoh menjadi punca sebuah lori terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Persiaran Forest Heights 1 Senawang pada petang Rabu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.55 petang dan tular di media sosial menerusi video selama 35 saat.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lori-hilang-kawalan-turun-bukit-terbabas-masuk-laluan-bertentangan-528094

#AWANInews
Sudah tiba masanya untuk Forum Kerjasama BRICS meningkatkan perdagangan sesama negara anggota, seperti mana yang dilakukan oleh ASEAN, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penyertaan komuniti perniagaan dan sektor swasta dalam BRICS sangat menakjubkan, sekali gus mewujudkan peluang yang luas untuk menyuburkan konsep multilateralisme dalam kalangan negara anggota.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/seperti-asean-brics-juga-harus-tingkatkan-perdagangan-sesama-anggota-pm-anwar-528109

#AWANInews
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lima lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan menyasarkan warga emas dalam satu operasi khas di sekitar Putrajaya, pada Khamis lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata sindiket dipercayai telah beroperasi selama setahun itu menyasarkan warga emas tempatan di Lembah Klang yang ingin berkahwin dengan warga asing dengan mengenakan kadar bayaran antara RM50 hingga RM500 bagi setiap permohonan.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sindiket-palsu-dokumen-sasar-warga-emas-mahu-kahwin-warga-asing-tumpas-528091

#AWANInews
Sebuah galeri khas akan diwujudkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dinamakan sempena pelajarnya Allahyarham Nurly Sahirah Azman, yang terkorban dalam kemalangan tragik di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak, bulan lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata Galeri Nurly Sahirah itu akan ditempatkan di bangunan baharu fakulti UPSI, Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (I-Furqan), yang dijangka siap pada awal 2027.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/galeri-nurly-sahirah-akan-diwujudkan-di-upsi-mohd-naim-528086

#AWANInews
Meskipun baru selesai menjalani pembedahan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL), atlet karate negara Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik tetap bersemangat untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

Pemenang pingat emas acara kumite bawah 84 kilogram lelaki pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China itu kini giat menjalani proses pemulihan dan yakin mampu membuat kemunculan semula yang lebih kuat dalam tempoh enam bulan akan datang.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/muhammad-arif-afifuddin-tekad-pertahan-emas-sukan-asia-2026-528082

#AWANInews
Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira 34 tahun lepas mula menderma darah selepas menyedari darah jenis Rh Negatif yang dimilikinya sukar diperoleh di negara ini.

S. Shanmugam, 54, berkata dia telah menderma darah itu sebanyak 54 kali dan menjadi penyumbang terbesar jenis darah berkenaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak 33 tahun lepas.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-lori-derma-darah-jarang-jumpa-sejak-33-tahun-lepas-528090

#AWANInews
Sabah khususnya kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) merupakan destinasi yang aman dan selamat untuk dikunjungi pelancong luar negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata bagi memperkukuh persepsi positif serta keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap tahap keselamatan kawasan itu, 15 wakil diplomatik dan pegawai perwakilan asing dari 10 negara telah diberikan taklimat keselamatan serta dibawa meninjau ESSZone pada Sabtu.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/esszone-sabah-destinasi-selamat-aman-dikunjungi-saifuddin-nasution-528103

#AWANInews
2025/07/06 21:13:39
Back to Top
HTML Embed Code: