Hari ini 17 tahun yang lalu, Melaka & Georgetown diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Kota Melaka & Georgetown mempunyai sejarah panjang lebih 500 tahun sebagai pusat perdagangan & pertukaran budaya antara Timur dengan Barat di Selat Melaka, menjadi medan khazanah pelbagai bangsa yang ketara juga tidak ketara (tangible & intangible).
Melaka adalah bukti sejarah panjang tanah ini berakar dari Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15, kemudian penjajahan Portugis, Belanda & Inggeris. Tidak hanya terlihat pada tinggalan bangunan pentadbiran, gereja & perkubuannya, tetapi juga budaya.
Begitu juga di Georgetown, yang merupakan lokasi pertama diduduki British di rantau ini. Dengan seni bina bangunan pentadbiran, komersil & kediamannya, bandar di Pulau Pinang itu menjadi bukti keberadaan pengaruh empayar besar itu sejak akhir kurun ke-18.
Kedua-dua bandar menjadi ‘melting pot’ kebudayaan Kepulauan Melayu, India, China & Eropah. Lantas ia diklasifikasikan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia secara serentak pada 7 Julai 2008 selepas disahkan menepati Kriteria ii, iii & iv yang ditetapkan:
ii) Kedua-duanya mewakili contoh luar biasa bandar perdagangan di Timur & Asia Tenggara, memaparkan peringkat perkembangan yang berbeza serta perubahan yang bersilih ganti merentas tempoh yang panjang & setiap peringkat saling melengkapi.
iii) Kedua-duanya adalah testimoni hidup kepada warisan & tradisi pelbagai bangsa di Asia & pengaruh kolonial Eropah. Ia terlihat daripada binaan bangunan keagamaan, kediaman, kepelbagaian bahasa, festival, tarian, kostum, muzik, makanan & pelbagai lagi.
iv) Kedua-duanya mencerminkan adunan pelbagai pengaruh yang menghasilkan seni bina, budaya & landskap unik yang tiada di tempat lain di Timur & Asia Tenggara. Bangunan-bangunannya memaparkan pelbagia jenis & peringkat perkembangan.
Menurut UNESCO, Melaka & Georgetown masih mengekalkan ketulenannya & memiliki elemen yang diperlukan untuk menyerlahkan “Nilai Sejagat Luar Biasa”nya.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, UNESCO
#PeristiwaHariIni

👍14👎5❤4
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 10 pagi
*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/3I9tV7T
🔸Enam beranak dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi keluarga
🔸Asyraf Wajdi fail saman RM1 juta terhadap Papagomo, nafi salah guna dana MARA
🔸"Tindakan Elon Musk tubuh parti politik baharu mengarut" - Trump
#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astroawani
🔸Enam beranak dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi keluarga 🔸Asyraf Wajdi fail saman RM1 juta terhadap Papagomo, nafi salah…
Senarai berita pilihan terpopular sepanjang hari untuk anda!
🔥4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
BRICS: Kenapa Malaysia memimpin inisiatif penubuhan jaringan ASEAN AI?
Pendirian Malaysia semasa Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ialah masa depan dunia tidak harus dibelenggu oleh pertembungan blok atau perpecahan geopolitik.
Senario pertembungan 'geopolitics of tech' atau teknologi berpaksikan kuasa geopolitik yang membawa risiko terhadap inovasi dan kestabilan bermasyarakat dan bernegara.
#BRICS
#SelatanGlobal
#Geopolitik
#EkonomiGlobal

👎11❤5👍3🔥1
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memaklumkan, terdapat beberapa kes meracun haiwan dengan sengaja di kawasan Bukit Bendera sehingga menyebabkan kematian.
PBBPP dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, haiwan seperti anjing, kucing dan juga burung ditemui mati dipercayai termakan makanan beracun di atas kawasan bukit itu.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pbbpp-sahkan-haiwan-mati-diracun-di-bukit-bendera-jpvpp-jalankan-siasatan-528190
#AWANInews

🔥10❤6👎1
Kehilangan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi sejak Sabtu masih belum ditemukan.
Namun, hari ini, sebuah kereta pula ditemukan dalam tenggelam di Sungai Korok, di sini, sekali gus memberi bayangan pada kehilangan keluarga berkenaan.
Sekalipun, jenis kereta tersebut belum dapat dipastikan, namun, pasukan bomba mengesahkan terdapat mangsa di dalam kenderaan itu.
Ketika ini, anggota pasukan keselamatan itu sudah berada di lokasi dan sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti mangsa.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kereta-dipercayai-dinaiki-enam-beranak-ditemukan-dalam-sungai-korok-528231

❤7🔥4👍2👏1
Bomba Kedah hari ini mengesahkan enam mangsa ditemukan dalam sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok, Alor Setar.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim yang mengesahkan penemuan itu, bagaimanapun, berkata, identiti kesemua mangsa sedang dikenal pasti.
Sehingga kini, kata Ahmad Aminuddin, mayat empat mangsa berjaya dikeluarkan dan dinaikkan ke tebing sungai.
Sementara dua lagi mayat yang dipercayai suami isteri belum dapat dikeluarkan lagi.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-termasuk-bayi-enam-bulan-ditemukan-maut-dalam-kereta-yang-tenggelam-dalam-sungai-korok-528237

❤17🔥5
Gesaan itu turut disusuli permohonan rasmi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Perlembagaan agar satu prosiding khas dijalankan berhubung perkara tersebut.
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, permintaan itu dibuat susulan kebimbangan serius terhadap kebebasan dan integriti institusi kehakiman negara, khususnya selepas beberapa keputusan mahkamah yang mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemelut-lantikan-ketua-hakim-negara-9-ahli-parlimen-pkr-gesa-tubuh-rci-528247

👍44👎7🔥7❤4
Sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta campur tangan dalam institusi kehakiman.
📷: Astro AWANI/ Shahir Omar
#AWANInews
📷: Astro AWANI/ Shahir Omar
#AWANInews
👍54👎8🔥6❤4
Perkumpulan BRICS menyatakan pendirian tegas dalam mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala berlandaskan peraturan serta menolak langkah perlindungan sebelah pihak yang menghukum, diskriminasi serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan dilaksanakan atas alasan kebimbangan alam sekitar.
Blok yang turut disertai lima anggota pengasasnya iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, juga menggesa pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa serta keadilan lebih ketara dalam perdagangan global.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/brics-tegaskan-komitmen-dagangan-adil-pembaharuan-imf-dan-kerjasama-kewangan-528226

👎6👍5
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva menyifatkan tindakan Israel di Gaza sebagai satu bentuk genosid, sambil menggesa dunia untuk segera bertindak menghentikan kekejaman yang sedang berlaku.
Ketika berucap pada Sidang Kemuncak BRICS di Rio de Janeiro yang turut dihadiri pemimpin dari China, India dan negara-negara lain, Lula berkata, komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap penderitaan rakyat Palestin.
https://www.astroawani.com/berita-dunia/presiden-brazil-kecam-serangan-ke-atas-iran-desak-israel-tinggalkan-gaza-528216

❤52👍28🔥5👎2
Perkara itu dibincangkan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Mostafa Madbouly dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphos.
Anwar yang berada di Rio De Janeiro, Brazil untuk Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS berkata, Malaysia dan Mesir bersetuju bahawa komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap pencabulan hak asasi yang berterusan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-mesir-afrika-selatan-mahu-penindasan-israel-di-gaza-dihentikan-segera-528236

👍31👎11🔥1
Iran menggesa agar Israel dan Amerika Syarikat dipertanggungjawabkan berhubung serangan mengejut ke atas negara itu yang disifatkan sebagai tindakan pencerobohan berskala besar, sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 935 nyawa.
Menteri Luarnya, Abbas Araghchi memberi amaran bahawa kegagalan komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan terhadap Israel hanya akan mengheret seluruh rantau dan dunia kepada krisis yang lebih parah.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/iran-tuntut-israel-amerika-syarikat-bertanggungawab-atas-perang-pencerobohan-528215

❤46👍36👎5🔥1
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wujud keperluan untuk pertubuhan itu diberi nafas baharu agar dapat mengemudi isu masa depan.
"Isu-isu seperti kecerdasan buatan, perdagangan digital dan dasar iklim, tanpa menjejaskan ruang dasar yang adil bagi negara membangun," kata beliau selepas bertemu Ketua Pengarah WTO, Dr Ngozi Okonjo-Iweala, di Rio de Janeiro, Brazil hari ini.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wto-perlu-diberi-nafas-baharu-pm-anwar-528256

👎24👍17🔥3
Seorang ibu tunggal dan kekasihnya direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Isnin selepas disyaki membunuh kanak-kanak perempuan berusia 15 bulan dengan cara mendera mangsa.
Perintah reman terhadap suspek wanita, seorang penganggur berusia 24 tahun, dan teman lelakinya yang bekerja di sebuah kedai peralatan memancing berusia 20 tahun, dikeluarkan oleh Majistret Teoh Shu Yee sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kanakkanak-berusia-setahun-didera-hingga-maut-ibu-kandung-kekasih-direman-528262

🔥11❤4👎1
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang
*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/4079uyt
🔸Mayat enam beranak termasuk bayi yang dipercayai hilang ditemukan maut dalam kereta yang tenggelam dalam Sungai Korok
🔸Lantikan Ketua Hakim Negara: 9 Ahli Parlimen PKR gesa tubuh RCI
🔸Iran tuntut Israel, Amerika Syarikat bertanggungawab atas ‘perang pencerobohan’
#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/4079uyt
🔸Mayat enam beranak termasuk bayi yang dipercayai hilang ditemukan maut dalam kereta yang tenggelam dalam Sungai Korok
🔸Lantikan Ketua Hakim Negara: 9 Ahli Parlimen PKR gesa tubuh RCI
🔸Iran tuntut Israel, Amerika Syarikat bertanggungawab atas ‘perang pencerobohan’
#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Astroawani
🔸Mayat enam beranak termasuk bayi yang dipercayai hilang ditemukan maut dalam kereta yang tenggelam dalam Sungai Korok 🔸Lantikan…

🔥3