Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) memberi amaran pada Isnin bahawa sistem makanan di Gaza telah lumpuh sepenuhnya ketika kebuluran semakin mencengkam wilayah yang dikepung itu.
Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan agensi itu berkata sekatan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan menyebabkan kematian ramai orang awam yang sepatutnya dapat dielakkan.
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pbb-sistem-makanan-gaza-lumpuh-ketika-kebuluran-semakin-parah-528356
#AWANInews

π₯13π10β€3
Malaysia kini tersenarai antara negara yang akan dikenakan tarif import sebanyak 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) susulan pengumuman terbaharu Presiden Donald Trump sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam siri tindakan perdagangan terhadap beberapa negara rakan dagang utama Washington.
Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik ke platform Truth Social, Trump mengumumkan, kadar tarif baharu itu akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos, melibatkan barangan dari Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan Kazakhstan dengan kadar berbeza dikenakan ke atas negara lain.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-tarif-trump-malaysia-kena-25-peratus-negara-lain-hingga-40-peratus-528384

π67π₯7π5β€2
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang pada Isnin mengambil sampel haiwan mati yang dipercayai diracun dengan sengaja di kawasan Bukit Bendera.
Pengarahnya Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata kesemua sampel itu dihantar ke makmal JPV Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya termasuk mengesan sama ada diracun atau sebagainya.
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpv-ppinang-ambil-sampel-haiwan-mati-di-bukit-bendera-528351

π₯7β€1π1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kadangkala, kita terlupa bahawa 'makan free' tu memberi kesan buruk kepada orang lain.
Kesian mamak ni.π₯Ή
#AWANInews
Kesian mamak ni.π₯Ή
#AWANInews
π17β€3π1
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkasakan pembangunan sukan negara dengan peruntukan RM1 juta melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi mengenal pasti serta memupuk bakat atlet dalam kalangan anggota badan beruniform.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memperakui komitmen itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Badan Beruniform yang dihadiri para pegawai tertinggi serta kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penjara (JPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/kbs-peruntuk-rm1-juta-bagi-pembangunan-sukan-badan-beruniform-528347

π13π3π₯3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa desakan blok Barat terhadap Iran agar menghentikan program nuklearnya tidak boleh bersifat pilih kasih dan berat sebelah.
Sebaliknya, tegas Anwar, layanan sama perlu dikenakan ke atas rejim Zionis Israel.

π41β€4π2π₯2
Seorang ibu lima anak bertindak agresif dan cuba melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas selepas ditahan polis berhubung kes penipuan tambah nilai Touch βn Go (TnG) pada Ahad.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, suspek yang berusia 36 tahun dan berada dalam lokap tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dipercayai berpura-pura pengsan akibat gastrik sebelum dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan, diiringi seorang anggota polis wanita.
Turut serta semasa mengiringi suspek ialah empat anggota lelaki yang menaiki sebuah kereta secara berasingan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-lima-anak-tipu-tambah-nilai-tng-cuba-larikan-diri-tendang-anggota-polis-wanita-528389

π₯14β€4
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengumumkan beliau telah mencalonkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menerima Hadiah Keamanan Nobel, sebagai pengiktirafan terhadap peranan Trump dalam memeterai beberapa perjanjian damai di peringkat global.
Netanyahu menyerahkan surat pencalonan rasmi kepada jawatankuasa Nobel dan memaklumkan perkara itu semasa menghadiri satu majlis makan malam bersama Trump di White House, pada Isnin.
βBeliau sedang mengukir perdamaian, satu demi satu, dari negara ke negara, dari rantau ke rantau,β kata Netanyahu.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/benjamin-netanyahu-calonkan-donald-trump-untuk-hadiah-keamanan-nobel-528399

π178π6π₯4β€2
Seorang lelaki maut tercampak ke dalam parit setelah motosikal yang ditunggangnya dipercayai bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Parit Buntar ke Sungai Bogak, bagan Serai pada Selasa.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, mangsa yang berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi cedera.
"Berlaku kemalangan melibatkan dua buah motosikal iaitu sebuah jenis Yamaha LC bertembung dengan motosikal Honda EX5," katanya.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemalangan-dua-motosikal-lelaki-maut-tercampak-dalam-parit-528400

π₯8β€4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Amerika Syarikat akan mengenakan tarif balas 25% ke atas eksport Malaysia mulai 1 Ogos 2025. MITI komited meneruskan rundingan konstruktif bagi mencapai perjanjian perdagangan yang seimbang dan saling menguntungkan.
#AWANInews
#AWANInews
π₯9π5π2β€1
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan pemilik akaun TikTok membayar RM100,000 kepada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan fitnah, mendakwa isteri bekas Perdana Menteri terbabit mengamalkan ilmu hitam, dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah, 74, kerana Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, gagal memasukkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman berkenaan pada tarikh ditetapkan.
Semasa membaca keputusan dalam prosiding taksiran ganti rugi yang dibuat secara dalam talian Zoom, hakim ini berkata, plaintif berjaya membuktikan kelayakannya untuk menerima ganti rugi akibat fitnah itu.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fitnah-rosmah-amal-ilmu-hitam-pemilik-akaun-tiktok-diperintah-bayar-rm100000-528406

π₯21π10β€6π2π1
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan, proses pelantikan hakim di peringkat atasan dilakukan mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.
Penegasan itu dikeluarkan AGC susulan gesaan beberapa Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta campur tangan dalam institusi kehakiman.
Menurut kenyataan AGC pada Selasa, pihaknya mengakui kepentingan keyakinan rakyat terhadap proses pemilihan kehakiman namun menekankan bahawa segala pelantikan termasuk jawatan tertinggi seperti Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lantikan-hakim-patuhi-perlembagaan-desakan-tubuh-rci-dianggap-spekulatif-jabatan-peguam-negara-528407

π35π₯8β€5π3π2
Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan tumpuan baharunya dalam membina jaringan perusahaan sosial melalui platform Ayuh Malaysia, susulan peletakan jawatannya daripada Kabinet selain kegagalannya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, bekas Menteri Ekonomi itu menjelaskan, perjuangannya dalam politik bermula sebagai aktivis yang memperjuangkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan meritokrasi dalam masyarakat.
Beliau menegaskan, perubahan tidak semestinya datang hanya dari pentas politik, tetapi juga perlu digerakkan dari akar umbi.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ayuh-malaysia-jadi-platform-baharu-rafizi-bina-jaringan-rakyat-528416

π48π12β€9π₯4π1
Hari ini 78 tahun yang lalu, Roswell Army Air Field (RAAF) mengeluarkan kenyataan akhbar tentang penemuan βpiring terbangβ di Roswell.
Roswell adalah sebuah bandar biasa di tenggara New Mexico, Amerika Syarikat yang dipacu oleh industri perladangan & penternakan. Namun segala-galanya berubah sejak lewat Jun/awal Julai 1947.
Seorang peladang bernama Mac Brazel menemukan serpihan aneh di ladangnya, terdiri daripada objek seperti kerajang timah, jalur getah & kertas tebal. Lalu dibawa sebahagian daripadanya kepada pegawai keselamatan setempat, Sheriff George Wilcox.
Sheriff George, yang mengaitkannya dengan cerita-cerita penampakan 'piring terbang' yang tular sekitar negara, membawa kes itu ke perhatian pihak yang lebih berkuasa dengan menghubungi pegawai di pangkalan tentera RAAF berdekatan.
Beberapa orang pegawai dan anggota RAAF digegaskan ke lokasi tersebut yang terletak kira-kira 50km dari Roswell untuk membuat pemeriksaan & kemudian membawa pulang segala serpihan yang ditemukan ke pangkalan.
Keesokan harinya, kenyataan akhbar dikeluarkan RAAF memaklumkan penemuan βpiring terbangβ oleh 509th Operations Group di Roswell. Namun esoknya, mereka menjelaskan bahawa βpiring terbangβ yang disangkakan itu sebenarnya serpihan belon cuaca.
Bagaimanapun, khalayak percaya ia bukan objek ciptaan manusia berdasarkan gambar pada laporan akhbar. Maka bermulalah pelbagai teori konspirasi & Roswell bertukar menjadi medan tumpuan para peminat makhluk asing & piring terbang.
Selama beberapa dekad cerita konspirasi terus berlegar, hingga Kongress AS mengarahkan satu inkuiri & penyiasatan dalaman dijalankan. Laporan dikeluarkan pada 1994 merumuskan bahawa serpihan ditemukan itu adalah daripada Projek Mogul.
Projek Mogul adalah misi sulit Tentera Udara AS menggunakan belon altitud tinggi dan mikrofon untuk mengesan sebarang ujian bom atom Soviet ketika Perang Dingin dahulu, maka menafikan segala kaitannya dengan objek dari angkasa lepas.
Begitupun, laporan rasmi pihak berkuasa yang meragukan ditambah dengan dapatan kajian bebas para alienis terus menghidupkan teori bahawa makhluk asing pernah singgah di Roswell.
Sumber: History
#PeristiwaHariIni

π₯6π3β€1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kami di Astro berusaha untuk memberikan kualiti kandungan yang terbaik untuk anda!
Hati-hati apabila menggunakann perisian atau kandungan percuma.
Tidak semuanya selamat untuk anda. π

π19β€3
Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba pada Selasa menyifatkan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas Jepun sebagai "amat dukacita," namun menegaskan, rundingan dua hala akan diteruskan ke arah mencapai perjanjian yang saling menguntungkan, lapor Agensi Berita Kyodo.
Walaupun langkah itu telah dimaklumkan kepada Jepun menerusi sepucuk surat rasmi, Ishiba berkata, kadar tarif itu adalah lebih rendah daripada ancaman awal Trump dan ini membuka ruang kepada rundingan dua hala yang lebih konstruktif.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pm-jepun-sifatkan-keputusan-tarif-trump-sebagai-amat-dukacita-528435

β€13π₯8π6π1
Penyanyi Dayang Nurfaizah memilih untuk membiarkan semua pihak terus berteka-teki berhubung dakwaan bahawa beliau sudah mengikat tali pertunangan dan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 44, turut menafikan wujud sebarang tarikh istimewa yang telah ditetapkan berkaitan majlis perkahwinan seperti yang didakwa.
Sebaliknya, bagi Dayang, tarikh yang benar-benar bermakna buatnya ketika ini hanyalah dua persembahan eksklusif menerusi Janji With Dayang yang bakal diadakan di Pulau Pinang pada 23 Ogos dan di Menara Kuala Lumpur pada 27 September. #AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/dakwa-sudah-bertunang-dayang-nurfaizah-pilih-kunci-mulut-528431

β€19π2π₯2
Dua jurulatih dari Malaysia telah disahkan menyertai kelab bola sepak Persis Solo sebagai langkah strategik untuk memperkukuh barisan kejurulatihan kelab Liga 1 Indonesia menjelang musim 2025/2026.
Mohamad Zulhazman Zulazwar dilantik sebagai penolong jurulatih manakala Khairulanwar Md Isa sebagai jurulatih kecergasan, susulan pelantikan Peter de Roo sebagai ketua jurulatih pada 27 Jun lepas.
Kedua-dua jurulatih akan memulakan tugas dalam masa terdekat untuk persiapan pramusim kelab berpusat di Solo atau juga dikenali sebagai Surakarta yang terletak di Jawa Tengah.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/2-jurulatih-malaysia-perkukuh-barisan-kejurulatihan-persis-solo-musim-20252026-528432

β€10π3
Bekas pekerja industri perhotelan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 memilih untuk bangkit dengan membuka sebuah restoran mesra komuniti yang kini mendapat sambutan hangat di Subang Jaya.
District SS15 mula beroperasi kira-kira tujuh bulan lalu hasil usaha Thinneassh, yang mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam bidang hospitaliti sebelum diberhentikan kerja semasa pandemik.
βSaya dalam industri hotel hampir 12 tahun. Bila COVID-19 melanda, saya diberhentikan kerja. Dari situ saya mula rancang dan buka tempat ini,β katanya.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/astrobiz-bekas-pekerja-hotel-buka-district-ss15-kini-jadi-tumpuan-komuniti-setempat-528457

π8β€5