Menurut kenyataan syarikat utiliti itu, pihaknya memberi jaminan bahawa bacaan penggunaan sebenar tidak terjejas susulan terdapat aduan berlaku peningkatan luar biasa dalam graf penggunaan kilowatt jam (kWh) bagi sesetengah pelanggan.
“Atas isu teknikal, terdapat ralat yang menyebabkan paparan graf penggunaan bagi bulan Julai tidak tepat dan graf tersebut tidak dipaparkan buat sementara waktu.
“Kami sedang mengambil tindakan untuk membetulkan isu ini dan akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu lagi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-teknikal-punca-paparan-graf-penggunaan-elektrik-pada-julai-tidak-tepat-tnb-528490

👎36🔥4❤1
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ASEAN menggalas tanggungjawab penting dalam memastikan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) bukan sekadar satu instrumen undang-undang, sebaliknya adalah komitmen hidup serta dinamik yang menyumbang secara bermakna kepada usaha pelucutan senjata di peringkat serantau dan global.
"Dengan kewujudan ancaman terhadap umat manusia yang dibawa oleh senjata nuklear, saya menyeru semua negara anggota ASEAN agar kekal bersatu dalam usaha kita untuk mewujudkan Asia Tenggara yang benar-benar bebas daripada senjata nuklear," katanya.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/asean-perlu-terus-bersatu-untuk-pastikan-asia-tenggara-bebas-senjata-nuklear-mohamad-hasan-528500

👍15❤1👎1
Menafikan dakwaan kononnya dia mengkritik secara keterlaluan, Man Bai menjelaskan bahawa dia sudah pun bertemu sendiri dengan Aina baru-baru ini, dan hubungan mereka baik tanpa sebarang salah faham.
“Saya dah jumpa penyanyi tu sendiri. Dia baik dengan saya. Saya suka dia. Dia nyanyi pun bagus. So dia terimalah saya beri nasihat.
“Isu pun dah habis sebenarnya. Dia pun kata dia tak ambil hati. Saya cakap okay je. Tak ada masalah. Lagipun dia kadang-kadang latihan kat studio saya,” ujarnya kepada Gempak ketika ditemui di sidang media Pesta Kuantan 188 2025 di Ramada Suites, pada Selasa.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/saya-tidak-kutuk-isu-tiada-killer-song-man-bai-sudah-jumpa-aina-abdul-528483

❤10
Platform padanan kerja tempatan negara, MYFutureJobs, meraih pengiktirafan sebagai model perkhidmatan pekerjaan digital merentasi negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, MYFutureJobs adalah pemacu utama strategi pekerjaan Malaysia di bawah seliaan kementeriannya.
Beliau berkata, platform itu berjaya melonjak kadar penempatan pekerjaan secara ketara menerusi data masa nyata, analitik pasaran buruh dan padanan kerjaya menggunakan Kecerdasan Buatan (AI).
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/myfuturejobs-pemacu-utama-strategi-pekerjaan-malaysia-jadi-tumpuan-utama-bengkel-oic-528523

❤4👎1
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata Jakim juga diarahkan untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti pendekatan terbaik untuk membangunkan modul yang berkesan.
"Jika kita dapat bantu hapuskan fahaman ekstremisme dalam kalangan pekerja asing seperti warga Bangladesh, secara tidak langsung kita juga membantu negara mereka sendiri.
"Ini kerana ada antara mereka ini yang disyaki terlibat dalam cubaan menjatuhkan kerajaan asal mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Zakat Korporat 2025 di Kuala Lumpur pada Selasa.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jakim-rangka-modul-khas-bendung-fahaman-ekstremis-dalam-kalangan-pekerja-asing-528503

❤13👎1
Tindakan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas Malaysia akan menyebabkan pengimport minyak sawit Washington menanggung kos tambahan itu.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata Malaysia mengeksport produk berasaskan minyak sawit seperti oleokimia ke AS, selain komoditi utama lain termasuk sarung tangan getah, kayu-kayan, perabut dan koko.
Beliau berkata eksport komoditi Malaysia ke AS bernilai RM20 bilion daripada keseluruhan RM186 bilion.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tarif-ke-atas-produk-malaysia-akan-bebankan-pengimport-minyak-sawit-di-johari-528504

👍10❤4👏3👎1
Presiden Gabungan Pengusaha dan Pemandu Bas Sekolah Malaysia Dr M. Muruga menyifatkan situasi itu sebagai "bom jangka" kepada keselamatan jalan raya, terutama kepada pelajar sekolah yang dianggap permata negara.
Keengganan sebahagian besar pengusaha mendaftar walaupun yuran keahlian hanya RM40 setahun, menurut beliau menyebabkan mereka terlepas pelbagai manfaat penting disediakan persatuan termasuk aspek keselamatan, penyelenggaraan dan perlindungan undang-undang.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-7000-pengusaha-bas-sekolah-belum-berdaftar-persatuan-528485

🔥10❤1👍1👎1👏1
Hari ini 148 tahun yang lalu, kejohanan Wimbledon yang pertama membuka tirainya.
Pada 1868, All England Club diasaskan di padang seluas 4 ekar di Wimbledon, London. Populariti tenis yang semakin berkembang ketika itu mendesak mereka menjadikannya sebahagian daripada fasiliti tersebut.
Pada 1877, kelab itu menerbitkan satu pengumuman dalam majalah sukan mingguan “The Field,” menyatakan hasrat untuk menganjurkan satu kejohanan tenis padang terbuka kepada semua amatur bermula Isnin, 9 Julai dengan yuran kemasukan 1 pound 1 syiling.
Sebuah piala berharga 25 guinea dibeli & undang-undang formal digariskan, seperti saiz gelanggang 78 x 27 kaki, pemarkahan mengikut wajah jam (15, 30, 40, game), pemain pertama memenangi 6 ‘game’ menang satu set - yang menjadi asas peraturan tenis moden.
22 lelaki mendaftar, 21 yang hadir pada hari pembukaan. 11 pemain berjaya ke peringkat seterusnya, kemudian menjadi 6 pada esok harinya sebelum hanya tinggal 3 pemain. Seorang pemain mendapat 'bye' & separuh akhir ditentukan pada Khamis 12 Julai.
Kejohanan ditunda untuk memberi laluan kepada perlawanan kriket Eton vs. Harrow pada Jumaat & Sabtu itu. Perlawanan final yang dibawa ke hari Isnin 16 Julai turut ditunda kerana hujan - yang menjadi kebiasaan dalam kejohanan Wimbledon selepasnya.
Akhirnya pada Khamis 19 Julai, sekitar 200 penonton hadir untuk menyaksikan William Marshall, seorang 'Blue' Cambridge menentang W. Spencer Gore, bekas pelajar & pemain tenis Harrow School. Selepas 48 minit, Gore menewaskan Marshall 6-1, 6-2, 6-4.
Menjelang awal 1900-an, Wimbledon bertukar status kepada kejohanan dunia & pada 1922, All England Lawn Tennis and Croquet Club berpindah dari Worple Road ke stadium yang lebih besar di Church Road. Hanya pada 1968, Wimbledon menjadi kejohanan pro.
Kejohanan Wimbledon menjadi satu-satunya acara tenis utama yang masih dimainkan di atas gelanggang rumput, dianjurkan setiap tahun dari lewat Jun hingga awal Julai.
Sumber: History, Wimbledon, History Press
#PeristiwaHariIni

❤10👍4👎1
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf di atas kekhilafan kata-katanya yang mengaitkan perumpamaan tentang malaikat dalam konteks tekanan yang dihadapi ketika memegang amanah sebagai Presiden UMNO.
Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menjelaskan bahawa kenyataan tersebut dibuat dalam suasana penuh emosi sebagai usaha untuk menggambarkan ujian yang dihadapinya sebagai pemimpin.
"Namun saya akui, perbandingan tersebut telah mencetuskan kekeliruan dan boleh disalah tafsir.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/ahmad-zahid-mohon-maaf-atas-kekhilafan-kata-528530

👎111👍17👏4
Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata kenderaan Kia yang terlibat terdiri daripada 5,123 unit model Rio UB keluaran 2010 hingga 2017, yang disyaki berisiko mengalami litar pintas elektrik sehingga boleh menyebabkan kebakaran pada papan litar Hydraulic Electronic Control Unit (HECU).
Bagi kenderaan Yamaha, sebanyak 1,649 motosikal model MT09 dan 1,369 unit Tracer 9 GT keluaran November 2021 hingga Februari 2025 dipanggil semula kerana Throttle Position Sensor (TPS) tidak berfungsi dengan baik, manakala 149 unit model Tenere 700 keluaran 2023 hingga 2024 terlibat kerana masalah operasi klac.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpj-panggil-semula-8322-kenderaan-kia-yamaha-dan-mercedesbenz-528533

👏11👎1
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 8 pagi
*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/44D3iiW
🔸Ahmad Zahid mohon maaf atas kekhilafan kata
🔸Polis cari pasangan suami isteri 'lari' selepas kereta terjunam dalam sungai
🔸'Saya rindukan walid, umi dan adik-adik tapi mereka sudah tiada' - Putri Qisya
#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astroawani
🔸Ahmad Zahid mohon maaf atas kekhilafan kata 🔸Polis cari pasangan suami isteri lari selepas kereta terjunam dalam sungai 🔸Saya…
Senarai berita pilihan terpopular sepanjang hari untuk anda!
👎4🔥2
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Baginda bertitah langkah itu bagi menjamin kesejahteraan tenaga kerja serta menarik bakat bernilai tinggi.
"Syarikat-syarikat sedia ada juga digalakkan untuk meneliti semula struktur gaji dan mempertimbangkan kenaikan gaji minimum buat para pekerja tempatan mereka di Johor.
"Saya turut menggesa kerajaan Persekutuan agar satu dasar atau hala tuju jelas dapat disediakan bagi memastikan isu hijrah cendekiawan (brain drain) di Johor dapat diatasi," titah baginda menerusi hantaran di Facebook.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tunku-mahkota-ismail-cadang-gaji-minimum-rm4000-untuk-lepasan-universiti-di-jssez-528526

❤30👍24
“Saya rindukan walid, umi dan adik-adik... tapi mereka semua dah tiada.”
Itu luahan Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, satu-satunya anak yang terselamat dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Jitra, yang meragut enam nyawa ahli keluarganya serentak.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-7000-pengusaha-bas-sekolah-belum-berdaftar-persatuan-528485
#AWANInews
Itu luahan Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, satu-satunya anak yang terselamat dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Jitra, yang meragut enam nyawa ahli keluarganya serentak.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-7000-pengusaha-bas-sekolah-belum-berdaftar-persatuan-528485
#AWANInews
❤76
Harga logam nadir bumi melonjak pada Mei selepas China mengenakan sekatan eksport yang lebih ketat, menurut indeks komoditi bulanan yang diterbitkan oleh Persatuan Industri Bavaria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Secara keseluruhan, harga logam nadir bumi - logam penting untuk pembuatan teknologi tinggi dalam industri elektronik, automotif dan pertahanan, meningkat sebanyak lapan peratus dalam nilai dolar. Beberapa unsur mencatatkan peningkatan lebih ketara: terbium meningkat hampir 19 peratus, gadolinium sebanyak 17 peratus dan samarium lebih 15 peratus, menurut indeks itu.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/harga-nadir-bumi-melonjak-selepas-china-ketatkan-kawalan-eksport-528535

🔥14👍2
Johor mencipta sejarah terbaharu apabila giat melestarikan industri tekstil negeri dengan mengetengahkan kain benang Johor.
Jika Terengganu sinonim dengan songket Terengganu, Kelantan terkenal dengan batiknya, Melaka pula dengan kebaya nyonya, Johor kini mengangkat kain benang Johor sebagai produk terkini yang berteraskan budaya dan seni busana Melayu.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/kolumnis-kain-benang-johor-warisan-tekstil-bernilai-tinggi-528355

❤11👍6👎2
Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal direalisasikan apabila Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjadikan Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, sebagai anak angkat untuk memastikan masa depannya terjamin.
Putri Qisya merupakan anak kepada pasangan Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak dan Allahyarhamah Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi yang terkorban bersama empat anak mereka dalam tragedi di Sungai Korok, Jitra, pada Sabtu.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mara-ambil-putri-qisya-sebagai-anak-angkat-528557

❤71👍12
Perdana Menteri mengesahkan isu tarif import 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan Presiden Donald Trump pada Selasa, akan dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, esok.
Ini kerana, menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan AS mengenakan tarif secara unilateral akan memberi impak negatif kepada Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-anwar-bangkitkan-isu-tarif-import-dalam-pertemuan-dengan-rubio-esok-528601

👎21👍20❤3🔥2👏1
ASEAN tidak boleh sekadar menyasarkan kemajuan secara beransur, tetapi berjangka panjang dan berpandangan jauh.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, prinsip ini menjadi lebih penting ketika sistem global seolah-olah diserang dengan kebangkitan nationalisme dan unilateralisme.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dasar-asean-perlu-lebih-strategik-berpandangan-jauh-mohamad-528599

👎19👍7❤1
Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan yang menjadi suspek utama dalam beberapa siri kes liwat dan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki di sekitar Seksyen 27 dan 28, Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di Kuala Nerang, Kedah, semalam, selepas dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran.
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-pakistan-ditahan-kes-liwat-amang-seksual-kanakkanak-di-shah-alam-528576

👍19🔥10