Telegram Web Link
Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Julai.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/harga-ron97-dan-ron95-kekal-diesel-di-semenanjung-naik-tiga-sen-528661
πŸ‘Ž15❀10πŸ‘5πŸ”₯1
Penyertaan dua lagi negara, iaitu Uruguay dan Algeria dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC), bakal membuka lembaran kerjasama baharu dan kefahaman lebih mendalam di antara ASEAN dan kedua-dua benua Amerika Latin dan Afrika.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perjanjian-tac-penyertaan-uruguay-algeria-lebarkan-hubungan-asean-dengan-amerika-latin-dan-afrika-528666
πŸ‘17πŸ‘Ž7
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai saksi untuk memberi keterangan berhubung isu penjualan saham dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada Khamis.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pac-panggil-menteri-kewangan-ii-beri-keterangan-isu-penjualan-saham-mahb-esok-528673

#AWANInews
πŸ‘31πŸ”₯5
Filem reboot β€œSuperman” arahan James Gunn, yang bakal ditayangkan pada 11 Julai ini, dijangka mencatat kutipan pembukaan di antara $120 juta hingga $130 juta di Amerika Syarikat (AS), menjadikannya pelancaran solo Superman terbesar dalam sejarah dan ketiga tertinggi bagi tahun 2025.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/superman-kembali-filem-arahan-james-gunn-dijangka-pecah-panggung-528664
πŸ‘9❀3
Tidak berlaku sebarang pencerobohan melibatkan pemaju atau mana-mana kontraktor sehingga menyebabkan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerja-kerja pembangunan atau pengorekan tanah oleh pihak berkenaan dilakukan di luar titik tapak kejadian terbabit.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/letupan-paip-gas-putra-heights-tiada-pencerobohan-pemaju-kontraktor-mb-selangor-528685
πŸ‘Ž33❀1
Tidak berlaku sebarang pencerobohan melibatkan pemaju atau mana-mana kontraktor sehingga menyebabkan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerja-kerja pembangunan atau pengorekan tanah oleh pihak berkenaan dilakukan di luar titik tapak kejadian terbabit.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/letupan-paip-gas-putra-heights-tiada-pencerobohan-pemaju-kontraktor-mb-selangor-528685
πŸ‘Ž82❀3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pada usia 100 tahun, Tun Dr. Mahathir membuktikan bahawa gaya hidup sihat, minda yang cergas dan semangat yang tidak pernah luntur mampu memastikan seseorang terus kekal aktif dan relevan.Tun M menjadi inspirasi kepada ramai untuk menjaga kesihatan dan terus menyumbang meskipun di usia emas. #TunM100
❀94πŸ‘Ž12
ASEAN mesti kekal sebagai wahana berprinsip yang memperjuangkan keadilan, undang-undang antarabangsa dan suara warga tertindas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited memperkukuh kesepaduan dan memetakan arah rantau itu menuju 2045.

Beliau berkata ASEAN tidak lahir daripada suasana yang mudah, tetapi terbentuk daripada kerumitan dan semangat dialog yang mesti terus dipelihara.


#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/asean-mesti-kekal-prinsip-perjuang-keadilan-suara-warga-tertindas-pm-anwar-528676
πŸ‘Ž36πŸ‘8
Polis sedang giat mengesan sekumpulan remaja dipercayai bawah umur yang menunggang basikal lajak secara berbahaya di Jambatan Angkat di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata ia susulan aduan berkaitan video tular berdurasi kira-kira 40 saat yang memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal lajak menuruni jambatan secara melulu pada siang hari tanpa mempedulikan pengguna jalan raya lain.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-kesan-kumpulan-remaja-tunggang-basikal-lajak-secara-berbahaya-di-jambatan-angkat-528697
❀10πŸ‘6πŸ”₯3
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari betina yang dianggarkan seberat 40 kilogram di Ladang Pelantoh Selatan, di Kijal, dekat sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata haiwan liar itu telah memasuki perangkap kira-kira pukul 1 pagi tadi yang dipasang pihaknya petang semalam susulan aduan penduduk kampung.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perhilitan-terengganu-berjaya-tangkap-beruang-matahari-528691
πŸ‘14
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan pindaan peraturan pemain asing Liga Malaysia 2025-2026 yang menyaksikan kuota pemain asing di atas padang dikurangkan kepada enam berbanding tujuh pemain.

Keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL ke-14 Bagi Penggal 2021-2025 selepas mengambil pertimbangan semula impak kepada Liga Malaysia dan juga perkembangan pemain tempatan.


#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/hanya-enam-pemain-asing-di-atas-padang-mfl-528703
πŸ‘15πŸ‘Ž2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tun Mahathir genap 100!

Masih β€˜steady’…Sihat akal🧠 dan tubuh badan jadi bukti walaupun beliau telah cecah usia 100 tahun, gaya hidup sihat menjadi asas menempuh usia menuaπŸ’ͺ🏻 Tahniah Tun!

#TunM100
❀42πŸ‘4πŸ‘Ž3
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio tiba di Pengkalan Tentera Udara Subang, untuk lawatan pertamanya ke Malaysia, hari ini.

Beliau tiba pada jam 7.30 pagi dengan menaiki pesawat Boeing C-32 bersama delegasi dari AS yang terdiri dari kalangan pegawai, diplomat dan petugas media.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/setiausaha-negara-marco-rubio-tiba-di-subang-untuk-persidangan-asean-528729

#AWANInews
πŸ‘Ž29πŸ”₯7πŸ‘2❀1
Restoran berkonsepkan budaya Mexico, Chica Bonita di Republik Damansara menawarkan pengalaman menjamu selera yang unik, lengkap dengan cita rasa asli, suasana santai dan hiburan langsung yang menjadi daya tarikan pelanggan setia.

Menurut Pengurus Operasi Chica Bonita, Ashwini, penubuhan restoran tersebut diinspirasikan daripada keinginan untuk menghimpunkan komuniti melalui makanan dan suasana yang meraikan budaya β€˜Day of the Dead’ dari Mexico.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/astrobiz-chica-bonita-tonjol-budaya-mexico-dengan-cita-rasa-dan-suasana-unik-528702

#AWANInews
❀5πŸ‘2πŸ‘Ž1
Malaysia secara rasmi mengumumkan pencalonan untuk pemilihan semula sebagai ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) bagi penggal 2027-2030.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil membuat pengumuman itu semasa sesi ucapan pemimpin pada Sidang Kemuncak Dunia mengenai Acara Peringkat Tinggi Masyarakat Bermaklumat+20 (WSIS+20) di sini pada Rabu.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/malaysia-umum-pencalonan-untuk-pemilihan-semula-dalam-majlis-itu-528670
πŸ‘Ž11πŸ”₯2❀1
Kerajaan menegaskan bahawa pengisian kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pengisian kedua-dua jawatan itu akan mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.


#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/proses-pelantikan-ketua-hakim-negara-patuhi-perlembagaan-persekutuan-azalina-528709
πŸ‘Ž50πŸ‘5❀1
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan ketenangan buat negarawan ulung itu.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar turut menyatakan harapannya agar bekas perdana menteri itu terus dikurniakan kekuatan tubuh dan ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan yang penuh makna.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-mahathir-genap-100-tahun-anwar-titip-doa-dan-penghargaan-528739

#AWANInews
#TunM100
❀53πŸ‘18πŸ‘Ž4πŸ‘3
Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus adalah langkah untuk merangsang aktiviti perniagaan dan juga mengekalkan permintaan domestik.

Selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan dan mengekalkan daya tahan ekonomi negara, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/penurunan-275-peratus-opr-akan-rangsang-perniagaan-kekalkan-daya-tahan-ekonomi-528704

#AWANInews
πŸ‘15πŸ‘Ž3❀1πŸ”₯1
❀9
Hari ini 5 tahun yang lalu, Hagia Sophia secara rasminya ditukar menjadi masjid.

Hagia Sophia di Istanbul asalnya dibina pada 325M di atas tapak kuil pagan oleh Maharaja Byzantine pertama Constantine I yang mengasaskan kota Constantinople. Anaknya Constantius II menaikkan tarafnya menjadi basilika Kristian Orthodoks pada 360M.

Ia melalui 3 fasa sebelum terbentuk binaan yang dilihat hari ini. Hagia Sophia yang pertama berbumbung kayu, namun musnah dibakar pada 404M dalam satu rusuhan konflik politik antara keluarga Maharaja Arkadios.

Pengganti Arkadios, Maharaja Theodosios II membina semula Hagia Sophia & struktur bumbung kayu baharu siap pada 415M. Seabad kemudian, berlaku β€˜rusuhan Nika’ menentang Maharaja Justinian I & ia sekali lagi dibakar.

Gagal baiki semula kerosakan parah, Hagia Sophia diruntuhkan seluruhnya pada 532 & dibina yang baharu. Menampilkan elemen seni bina tradisional Orthodoks, ia siap 5 tahun kemudian & strukturnya berdiri sehingga hari ini.

Kristian Orthodoks Greek adalah agama rasmi Empayar Byzantine. Maka selain sebagai gereja utama agama itu, Hagia Sophia juga menjadi tempat pertabalan Maharaja Byzantine. Ia menjadi simbol kemegahan Orthodoks sehinggalah tibanya kuasa Uthmaniyah.

Pada 1453, Sultan Mehmet I menakluk Constantinople, Hagia Sophia dijadikan masjid. Lantaran itu sebahagian besar ikonografi Kristian di dalamnya ditutup dengan kaligrafi Islam.

Bila Uthmaniyah tumbang pasca Perang Dunia I & republik sekular Turki diasaskan pada 1923, Mustafa Kemal menjadikan Hagia Sophia sebuah muzium. Pada 2013, tercetus gerakan menggesa statusnya sebagai masjid dikembalikan.

Recep Tayyip Erdogan menjadi Presiden Turki pada 2014, menggunakan posisinya untuk memperjuangkan hasrat itu. Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Turki membatalkan keputusan kabinet pada 1934 & secara rasminya Hagia Sofia kembali menjadi sebuah masjid.

Selepas 8 tahun, azan berkumandang semula buat pertama kalinya di Hagia Sophia & solat Jumaat yang pertama dilangsungkan di monumen bersejarah itu pada 24 Julai 2020.

Sumber: Astro AWANI, History, NPR
❀31πŸ‘10
2025/07/10 13:00:32
Back to Top
HTML Embed Code: