Telegram Web Link
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada sidang media mingguan selepas mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi, Putrajaya.

📷: Astro AWANI / Shahir Omar

#AWANInews
Kempen yang berasal dari luar negara itu merupakan salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara Palestin.

Ia dilakukan dengan cara memboikot selebriti-selebriti atau pempengaruh yang tidak menggunakan medium tersebut sebagai ruang untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.

Terkini, kempen yang juga sudah sampai ke Malaysia itu turut mempunyai laman Instagram sendiri bagi tujuan memberi informasi terhadap netizen tentang artis-artis tempatan yang perlu diboikot atas dasar berdiam diri berkaitan kekejaman di Palestin atau pun bekerjasama mempromosikan produk-produk yang didakwa memberi sumbangan terhadap Zionis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Mahkamah Tinggi Klang pada Rabu membenarkan permohonan seorang pemuda didakwa membunuh kekasihnya yang hamil pada tahun lepas, dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.

Kebenaran itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mohd Hirman Ab Raub selepas mendengar permohonan dibuat pihak pembelaan tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki di India ditahan kerana disyaki mencuri barang kemas dan barang berharga lain daripada penumpang pesawat semasa 200 penerbangan yang dinaikinya sejak tahun lepas.

Polis Delhi menahan suspek yang dikenali sebagai Rajesh Kapoor, 40, selepas mereka melancarkan siasatan terhadap dua kes kecurian barang kemas dalam penerbangan yang berbeza, baru-baru ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan dua lagi pemimpin kanan parti itu serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah ketiga-tiga mereka terhadap wakil rakyat PAS itu melalui proses mediasi, pada Rabu.

Peguam yang mewakili Lim, veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, Datuk Sankara Narayanan Nair berkata kes tersebut, akan dibicarakan di mahkamah bermula 2 Sept ini.

"Proses mediasi bermula 11 pagi tadi, tetapi semua pihak tidak dapat mencapai persetujuan, oleh itu sesi ini tidak berjaya. Kita akan ke mahkamah untuk perbicaraan, namun kami tidak boleh mendedahkan lebih banyak," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan di dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran utama iaitu SPOTV Stadia (Saluran 808) dan SPOTV2 (Saluran 809), serta disediakan di Astro GO, sooka dan NJOI.

Perlawanan UEFA EURO 2024 dijalankan di Jerman bermula 14 Jun hingga 14 Julai 2024 dan semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

#AWANInews
Gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kes yang berlaku di salah sebuah negeri beberapa tahun lalu itu sekali gus mengubah kehidupan kanak-kanak lelaki terbabit menjadi seorang yang ketagih untuk melakukan hubungan seksual.

"Peristiwa ini terbongkar apabila mangsa yang merupakan adik kembar kepada pelaku mengadu kepada ibu angkatnya selepas mengalami kesakitan di bahagian sulit," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki yang mendakwa dagunya cedera akibat terkena benang yang melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) selepas susur keluar Taman Kosas menghala ke Tol Bukit Teratai, telah membuat laporan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Keadaan cuaca panas di Madinah dengan suhu yang boleh mencecah hingga 42 darjah Celsius, bukan sahaja boleh menimbulkan risiko penyakit berkaitan penafasan dan kulit, tetapi juga boleh menyebabkan tekanan dalam kalangan jemaah.

Justeru kesemua bakal haji dari Malaysia dinasihatkan membuat persediaan dan mengambil langkah perlu bagi menjaga kesihatan masing-masing di dalam persekitaran cuaca panas tersebut.

#AWANInews
#KhabarHaji2024
#JejakWanitaKeAlHaramain
Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Rabu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim, Nik Habri Muhamad selepas tertuduh, Mohamad Ikram Irfan Samsudin, 23, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2024/05/29 11:47:04
Back to Top
HTML Embed Code: