Telegram Web Link
Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada pagi Ahad selepas tentera pendudukan Israel melepaskan tembakan ke arah orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza, menurut sumber perubatan dan saksi.

Mangsa berada dalam kumpulan orang ramai yang berkumpul berhampiran bekas koridor Netzarim di tengah Gaza untuk mendapatkan bantuan makanan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘Ž29๐Ÿ”ฅ6โค3
Iran mengesahkan kematian Ketua Organisasi Risikan IRGC, Mohammad Kazemi, serta timbalannya Hassan Mohaghegh, dalam serangan udara Israel ke atas Tehran. Iran membalas dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa sasaran di Israel, mencetuskan kebimbangan eskalasi konflik serantau.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ20โค8
Selangor Red Giants (SRG.OG) menutup saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 dengan bergaya selepas menewaskan Homebois 4-0 pada aksi Best of Seven Grand Final pada Ahad.

Lebih membanggakan, ia adalah kemenangan hatrik dicipta SRG.OG sejak menjuarai saingan pada musim ke-13.

Pada aksi di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, anak buah Michael Angelo Bocado (Arcadia) bermula dengan langkah kanan dalam perlawanan pertama apabila mendominasi sepenuhnya permainan untuk melakar kemenangan dalam tempoh 14 minit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘10๐Ÿ‘Ž5โค3
Cadangan untuk memperluas pengajaran subjek Bahasa Kadazandusun di sekolah meliputi empat bahasa etnik lain di Sabah telah dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata empat bahasa etnik utama yang dicadangkan itu ialah bahasa Tatana di Kuala Penyu, Kadazan Tangaa di Penampang, Murut Timugon di Tenom, dan Dusun Lotud di Tuaran.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘18โค7๐Ÿ‘Ž6
Hari ini 62 tahun yang lalu, Valentina Tereshkova menjadi wanita pertama di angkasa lepas.

Valentina Vladimirovna Tereshkova dilahirkan di Maslennikovo, Rusia pada 1937 dalam keluarga petani. Beliau bekerja di kilang kain sebelum menjadi penerjun payung terjun bertauliah pada usia 22 tahun di bawah naungan sebuah kelab penerbangan tempatan.

Tereshkova tertarik dengan program angkasa Soviet pada awal 60-an, dan pada Februari 1962 beliau terpilih bersama tiga lagi penerjun wanita dan seorang juruterbang wanita untuk mengikuti latihan intensif menjadi angkasawati/kosmonaut.

Pada 1963, Tereshkova dipilih untuk menyertai program penerbangan berganda Vostok, yang melibatkan kapal angkasa Vostok 5 dan Vostok 6. Beliau menaiki Vostok 6, berlepas ke angkasa pada 16 Jun dua hari selepas pelepasan Vostok 5.

Dua kapal angkasa itu melalui orbit yang berbeza, namun pada satu titik berada pada jarak 3 batu antara mereka, membolehkan Tereshkova berkomunikasi dengan Valeri Bykovsky yang berada di dalam Vostok 5 buat seketika.

Selepas mengorbit bumi sebanyak 48 kali dalam masa 70 jam 50 minit, Vostok 6 memasuki semula atmosfera dan Tereshkova melenting keluar daripada kapal pada ketinggian 20,000 kaki sebelum selamat mendarat dengan payung terjun beberapa jam kemudian.

Beliau dikurniakan anugerah โ€˜Hero of Soviet Unionโ€™ dan pingat โ€˜Order of Leninโ€™. Penerbangan itu telah memecahkan stereotaip dunia terhadap wanita, dan Tereshkova diangkat sebagai wirawati bukan sahaja Kesatuan Soviet tetapi mewakili wanita seluruh dunia.

Tereshkova mula terlibat dalam politik pada 1966 apabila diberi lantikan dalam parlimen Kesatuan Soviet dipanggil Supreme Soviet dan menjadi wakil Soviet dalam pertubuhan dan acara wanita antarabangsa.

Beliau juga mendapat ijazah PhD dalam kejuruteraan aeronautik pada 1977. Kini, pada usia 88 tahun, beliau masih lagi aktif dalam dunia politik.

Sumber: History, Britannica

#PeristiwaHariIni
๐Ÿ‘19โค10
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| ๐ŸŒฅ Setakat 9 pagi

*Berita Penuh*
๐Ÿ”— https://bit.ly/4n7CDU8
๐Ÿ”ธTrump tolak rancangan Israel๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฑ bunuh Ayatollah Ali Khamenei - Laporan
๐Ÿ”ธIsrael ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฑperlu bantuan AS๐Ÿ‡บ๐Ÿ‡ธ untuk serang Fordow โ€“ Sumber ketenteraan
๐Ÿ”ธPekerja kedai cuci kereta parah, kereta dipandu ๐Ÿš˜ terjunam dari tingkat tiga

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
โค8๐Ÿ”ฅ2
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, kemalangan itu membabitkan dua kereta Proton Waja dengan sebuah Perodua Myvi dipandu mangsa selain tiga motosikal ditunggangi lelaki berusia antara 29 dan 42 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton Waja dipandu lelaki berusia 38 tahun dari arah Kemayan ke Bahau cuba memotong tiga buah motosikal di hadapannya.

โ€œKetika memotong, datang kereta mangsa dari arah bertentangan menyebabkan berlaku pertembungan di bahagian hadapan sebelah kanan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ8โค5๐Ÿ‘1
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu dari orang awam yang sedang mencari lembu ternakannya kira-kira jam 5.13 petang pada Ahad.

Menurutnya, jarak tempat kejadian dengan jalan utama kira-kira 10 meter.

Beliau berkata, pihak polis juga menemukan baju dalam wanita di dalam parit, sepasang selipar berwarna biru bersaiz 40 berhampiran lokasi kejadian dan di leher mayat terdapat thali, disyaki rantai ikatan perkahwinan kaum India.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ12๐Ÿ‘2
Menurut penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Perdana Menteri boleh mempertimbangkan untuk tidak menggantikan kekosongan tersebut, tetapi meletakkan portfolio ekonomi di bawah pengawasan menteri sedia ada.

โ€œKita boleh kurangkan bilangan menteri, misalnya beberapa menteri yang meletak jawatan tidak perlu diganti buat masa ini.

โ€œApa yang penting ialah kita perlu ada tata cara dan tata kerja untuk memastikan semua tanggungjawab ini diletakkan di bawah sebuah kementerian yang baharu misalnya, yang diawasi oleh menteri sedia ada,โ€ katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘20โค5๐Ÿ‘Ž3๐Ÿ‘3
Kementerian Luar Iran mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel selepas melakukan serangan ke atas bangunannya di Tehran, yang mengakibatkan ramai mangsa cedera, termasuk kakitangan kementerian.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Menteri Luar Iran, Saeed Khatibzadeh menyifatkan serangan itu sebagai tindakan sengaja dan kejam yang dilakukan oleh โ€œrejim jenayah Israel.โ€

โ€œKecederaan yang berlaku melibatkan beberapa rakan sekerja saya, yang telah dipindahkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,โ€ kata Khatibzadeh yang mengetuai badan pemikir dasar luar kementerian, Institut Kajian Politik dan Antarabangsa (IPIS).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ22โค4๐Ÿ‘1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Peluru berpandu kelihatan di langit atas bandar-bandar di Tebing Barat pada Isnin (16 Jun), selepas Iran mengumumkan bahawa ia telah melancarkan satu lagi gelombang serangan ke arah Israel.

Letupan kedengaran apabila peluru berpandu pemintas dilancarkan dari Hebron dan Ramallah bagi memintas peluru berpandu yang sedang menghampiri.

Israel dan Iran telah melancarkan serangan baharu antara satu sama lain pada Ahad, mengorbankan ramai orang awam dan menimbulkan kebimbangan terhadap konflik yang lebih meluas.
#AWANInews
๐Ÿ‘24โค9๐Ÿ”ฅ7
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penduduk di bandar Petah Tikva, Israel, dipindahkan dari sebuah bangunan awal pagi Isnin (16 Jun) selepas ia terkena dalam serangan peluru berpandu terbaru yang dilancarkan dari Iran.

Sebuah lubang besar kelihatan pada bangunan di lokasi di mana penduduk sedang dipindahkan bersama barang-barang mereka, dengan bantuan petugas kecemasan.
#AWANInews
๐Ÿ‘34๐Ÿ‘8โค7
Pengharaman dilakukan secara menyeluruh juga melibatkan syarikat subsidiari kedua-dua entiti yang didapati menggunakannya untuk mengelakkan arahan import yang dikenakan Amerika Syarikat sejak 2019.

Turut termasuk dalam pengharaman kali ini ialah mengimport ciplet yang dikeluarkan oleh TSMC. Tahun lalu ciplet keluaran TSMC ditemukan pada cip Huawei Ascend 910B yang dikeluarkan oleh Huawei.

Berikutan itu TSMC dikenakan penalti AS$1 billion oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Ciplet dijual kepada syarikat Sophgo yang kemudian menghantarnya ke Huawei bagi memintas halangan teknologi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ7โค3๐Ÿ‘Ž3๐Ÿ‘1
Sumber mendedahkan kegiatan menyeleweng dana itu terbongkar susulan tangkapan lima suspek termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan sebuah pertubuhan menerusi OP Serantau yang dijalankan SPRM Selangor di beberapa lokasi sekitar Selangor, Melaka serta Pulau Pinang bermula Khamis lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘24๐Ÿ”ฅ3๐Ÿ‘3โค2
Semak samun menyambut pandangan mata penulis tatkala memandu masuk ke medan kenderaan yang memisahkan empat blok pangsapuri enam tingkat Flat Kuchai Jaya, Seputeh, di Kuala Lumpur.

Keadaan kawasan letak kenderaan yang hanya beralas tanah serta batu-batu kerikil itu pula penuh lubang dan lopak bertakung air hitam.

Namun, semua itu tidak mempersiapkan penulis untuk "bersedia" dengan bau meloyakan yang menerjah hidung sejurus daun pintu kereta dibuka.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ9โค5๐Ÿ‘3
Ikuti Siaran Luar Niaga AWANI sempena International Social Wellbeing Conference 2025 esok bersama Balqais Yusoff, Ketua Jabatan Polisi dan Strategi KWSP.

#ISWC2025 #EPF
๐Ÿ‘6โค3
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Isaac Herzog dilaporkan melawat lokasi kejadian serangan peluru berpandu Iran yang mengorbankan enam nyawa serta mencederakan puluhan mangsa lain di sebuah bangunan apartmen di Bat Yam, awal pagi Ahad.

Menurut laporan Times of Israel, Netanyahu dilihat meninjau sendiri kerosakan di kawasan tersebut, namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Herzog yang turut berada di lokasi menyatakan serangan berkenaan sebagai sangat dahsyat, dan menyifatkannya sebagai antara detik paling mencabar dalam sejarah negara tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘Ž41๐Ÿ‘9๐Ÿ”ฅ6โค5
Kisah pasangan suami isteri yang juga pengusaha keropok lekor di Sungai Choh, Rawang tular selepas kejayaan mereka menurunkan berat badan dalam tempoh lima bulan mendapat perhatian ramai di media sosial.

Mohd Razif Sani, 51, atau lebih dikenali sebagai Ajib yang pernah menjadi kartunis terkenal menerusi siri komik Anak-Anak Sidek, bersama isterinya, Nordiana Abu Hassan, 40-an, kini tampil lebih sihat hasil konsisten mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut Nordiana, keputusan untuk menurunkan berat badan dibuat selepas mereka mula berdepan masalah kesihatan seperti cepat letih dan paras kolesterol yang semakin tinggi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘22โค5๐Ÿ‘4๐Ÿ‘Ž1
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengesahkan bahawa kedua-dua suspek ditangkap bersama bahan letupan, bom dan pelbagai peralatan elektronik dipercayai digunakan untuk operasi sabotaj.

Tangkapan ini berlaku hanya beberapa bulan selepas Mahkamah Kehakiman Iran melaksanakan hukuman mati terhadap Mohsen Langarneshin, yang disabitkan bersalah menjadi perisik untuk Mossad.

Langarneshin terbukti terlibat dalam membantu perancangan dan sokongan teknikal bagi pembunuhan Kolonel Hassan Sayyad Khodaei, anggota Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), pada tahun 2022.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘41โค7๐Ÿ‘Ž3
2025/07/08 23:14:41
Back to Top
HTML Embed Code: