Telegram Web Link
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes salah laku dan tatatertib dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini.

Beliau berkata trend itu perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak, sambil menegaskan bahawa tiada toleransi terhadap sebarang isu berkaitan integriti dalam pasukan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Friends of Palestine Network (FoP) merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua aktivis Asia Tenggara yang telah menyertai Global March to Gaza yang baru sahaja berakhir — sebuah kempen masyarakat sivil multinasional yang menuntut penamatan sekatan haram ke atas Gaza serta mengetengahkan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di sana.

Kempen ini secara rasmi ditutup pada 16 Jun 2025 selepas berjaya menghimpunkan lebih daripada 4,000 peserta dari lebih 80 negara di Kaherah. FoP, sebagai peserta rasmi yang telah mendapat kelulusan, turut serta dengan menghantar delegasi dari Malaysia dan Indonesia, mewakili suara kolektif Asia Tenggara dalam gerakan global bersejarah ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang dilaporkan berlaku kira-kira 10.30 pagi tadi bukan disebabkan oleh aktiviti letupan kuari.

Pengarah JMG Perak Nizarulikram Abdul Rahim berkata aktiviti itu hanya boleh dilaksanakan bermula pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perhatian kepada semua pemilik perniagaan PKS! Jemputan khas untuk anda ke acara paling gempak tahun ini - SMEvaganza: The Star Power Marketing Fest yang direka khas untuk PKS sekalian. Kami akan jelajah ke 4 lokasi utama:

📍25 Jun (Rabu) - Sheraton PJ
📍2 Jul (Rabu) - The Light Hotel Penang
📍16 Jul (Rabu) - Opero Hotel Southkey JB
📍 23 Jul (Rabu) - Grand Riverview Kota Bharu

Antara keistimewaan yang menanti anda:

🍽️ Buffet + networking dengan selebriti

🎁 Door gift premium bernilai RM100 (confirm dapat!)

🤩 Pakej iklan dengan diskaun hebat! Dapat hadiah guaranteed dengan pembelian. (Jumlah nilai hadiah melebihi RM300,000)

🎉 Tambahan 100% bonus (beli 1, dapat 2) jika tempah dalam 48 jam!

🎟️ Penyertaan adalah PERCUMA! Tapi tempat terhad - hanya 2 pas untuk setiap syarikat.

📌 Daftar sekarang di https://amsclub.astromedia.com.my/events/rsvp/smevaganza-kl-am

Kami tak sabar nak jumpa anda dan kongsikan lebih banyak tawaran hebat. 😎

#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman visual yang diperoleh Reuters ini merupakan letupan yang berlaku akibat serangan udara oleh rejim Israel.

Lokasinya dikatakan bertempat di pusat pengeluaran peluru berpandu milik Iran di Khojir. Letupan besar menyebabkan asap tebal memenuhi ruang udara di kawasan tersebut.

#AWANInews
Dua individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM200,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
CEO Amazon kini berkongsi memo, sekali gus memperlihatkan beberapa kesan kepada operasi syarikat Amazon bergerak ke hadapan, selari dengan perkembangan arena kecerdasan buatan janaan.

Berkongsi mengenainya, AI dijangka akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan pekerja dalam melaksanakan tugasan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ibu negara masih terkawal dan Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman meskipun dua insiden tembakan dilaporkan berlaku di Brickfields dan Cheras dalam tempoh empat hari.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kedua-dua kejadian dipercayai berpunca daripada perseteruan antara suspek dan mangsa serta mempunyai motif tertentu, dan bukannya melibatkan tembakan rambang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sekurang-kurangnya 32 penerbangan ke dan dari pulau peranginan Bali, Indonesia dibatalkan selepas Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus dan memuntahkan awan abu tebal setinggi lebih 11 kilometer ke udara, menurut pegawai penerbangan dan bencana, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Letusan besar terbaharu itu berlaku pada waktu senja Selasa di daerah Flores Timur, di pulau Flores di timur Indonesia, sehingga mendorong pemindahan penduduk yang terdedah termasuk bayi dan warga emas dari kampung-kampung berhampiran.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.14 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter manakala di Semenanjung Malaysia naik sebanyak tujuh sen seliter daripada RM2.74 kepada RM2.81 seliter bagi tempoh sama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu meluahkan kebimbangan terhadap gejala penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia khususnya anak muda Melayu.

Beliau berkata situasi itu kian membarah dan memerlukan penyelesaian menyeluruh melibatkan pelbagai pendekatan termasuk kaunseling dan dakwah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beberapa mangsa nahas bas persiaran di Gerik, Perak pada 9 Jun lalu dikenal pasti mengalami kecederaan serius yang mengakibatkan kecacatan kekal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak kementerian bagi mengenal pasti bentuk bantuan susulan yang akan diberikan kepada mangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang pemandu treler dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Tinggi di Taiping pada Rabu selepas didapati bersalah memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian empat sekeluarga dalam kemalangan di Sungai Siput, lima tahun lepas.

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menolak rayuan Y Vethri Vel, 31, dan menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan denda RM20,000 untuk setiap empat pertuduhan pindaan serta mengarahkan hukuman itu berjalan serentak bermula 13 Jun lepas serta ditambah tiga bulan lagi penjara sekiranya gagal membayar denda.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pusat Meteorologi Negara China pada Rabu memperbaharui amaran tahap kuning untuk hujan ribut ketika hujan lebat dijangka melanda beberapa bahagian negara itu, lapor Xinhua.

Dari 8 malam Rabu hingga 8 malam Khamis, hujan lebat dan hujan ribut dijangka melanda beberapa kawasan di Guizhou, Sichuan, Chongqing, Guangxi, Hubei, Hunan, Henan, Hebei, Shandong, Tianjin dan Liaoning.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Masih terdapat ruang dan peluang untuk Malaysia mengurangkan inflasi perubatannya yang tinggi, salah satu yang tertinggi di Asia, melalui pembaharuan di bawah inisiatif pembiayaan kesihatan RESET Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata kadar inflasi perubatan Malaysia berada pada 15 peratus berbanding purata serantau sebanyak 11 peratus, berdasarkan data daripada Aon International Insurance Brokers.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sebuah mahkamah di Moscow telah mengenakan denda sebanyak 3 juta rubel (kira-kira AS$38,141) ke atas Apple kerana enggan memadam kandungan terlarang, menurut wakil mahkamah kepada RIA Novosti pada Rabu.

"Melalui keputusan Mahkamah Daerah Tagansky Moscow, Apple Distribution International Ltd didapati bersalah melakukan kesalahan pentadbiran di bawah Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia. Syarikat itu dijatuhkan hukuman denda pentadbiran sebanyak 3 juta rubel," kata wakil berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan perlunya satu reformasi menyeluruh melibatkan sistem persaraan, perlindungan sosial dan penjagaan kesihatan negara dalam mendepani cabaran populasi yang semakin menua.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, menjelang tahun 2043, 14 peratus rakyat Malaysia dijangka berumur 65 tahun ke atas, menjadikan Malaysia sebuah negara tua dalam masa kurang dua dekad.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 164 tahun yang lalu, Bapa Nasionalisme Filipina, José Rizal, dilahirkan.

José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda lahir di Calamba, Laguna, dalam keluarga yang berada. Pendidikannya bermula di rumah, kemudian di Biñan, Manila, seterusnya dilanjut ke Madrid, Paris, Berlin, Heidelberg yang merangkumi pelbagai bidang.

Kedahagaannya terhadap ilmu menjadikan Rizal individu dengan pelbagai kebolehan - seorang juruukur, doktor mata, pendidik, penulis, pelukis & pengukir, antaranya. Beliau juga mahir menulis, membaca & bertutur dalam sekurang-kurangnya 10 bahasa.

Pengalaman berdepan diskriminasi di tanah airnya serta kelananya ke serata Eropah mendorong Rizal untuk memperjuangkan nasib bangsanya. Lahir novel pertamanya, ‘Noli Mi Tangere’ (1887) yang mendedahkan kekejaman rejim Sepanyol di Filipina.

Novel sekuel ‘El filibusterismo’ (1891) mengukuhkan reputasinya sebagai seorang revolusioner. Memimpin Gerakan Propaganda & menerusi akhbarnya La Solidaridad, Rizal lantang menuntut reformasi, keadilan & hak bersuara rakyat Filipina dalam kerajaan Sepanyol.

Selepas bertahun berkelana, Rizal pulang ke tanah air pada 1892 & menubuhkan Liga Filipina di Manila. Persatuan reformasi aman itu dilihat sebagai ancaman oleh kerajaan Sepanyol, lalu Rizal ditangkap pada Julai 1892 & dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao.

Pada 1896, persatuan nasionalis Katipunan melancarkan pemberontakan yang memulakan Revolusi Filipina. Bagi mengelak dikaitkan dengan gerakan itu, Rizal memohon untuk dihantar ke Cuba, namun beliau dibawa ke Manila & dipenjara di Kubu Santiago.

Selepas dibicarakan, pada 26 Disember 1896, Rizal disabit bersalah atas tuduhan memberontak, menghasut & menubuhkan persatuan haram. Beliau dihukum bunuh pada 30 Disember itu di usia 35 tahun oleh skuad penembak di Bagumbayan (kini Luneta Park), Manila.

Keberanian, intelek & pengabdiannya kepada perjuangan memartabatkan bangsa & tanah air menjadikan Rizal seorang sosok keramat yang dikenang, disegani & dirujuk selamanya dalam sejarah Filipina & juga dunia.

Sumber: ThoughtCo., Owlnation, Britannica

#PeristiwaHariIni
2025/07/05 19:51:25
Back to Top
HTML Embed Code: