Telegram Web Link
Wanita warga emas yang meninggal dunia dalam kebakaran rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah, Kampung Sungai Rapat Tambahan, Ipoh, malam tadi, dikenal pasti sebagai Datin Salmiah Nyak Matt, 84.

Mangsa lelaki yang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pula ialah suaminya, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin yang dihubungi Astro AWANI mengesahkan kedua-dua mangsa adalah mentua kepada Ketua Pembangkang yang juga Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Astro Malaysia Holdings Berhad memulakan tahun kewangan 2026 dengan prestasi memberangsangkan apabila penambahan kasar pelanggan TV Berbayar meningkat sebanyak 17 peratus tahun ke tahun (YoY), didorong oleh sambutan positif terhadap pakej baharu Astro One.

Pakej tersebut menawarkan gabungan kandungan tempatan dan antarabangsa serta akses kepada 16 aplikasi penstriman termasuk Amazon Prime dan Sun NXT, semuanya dalam satu platform.

Tawaran istimewa turut diperkenalkan kepada 1.6 juta penjawat awam dengan harga serendah RM39.99 sebulan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan kelulusan serangan ke atas Iran berikutan keraguan terhadap keupayaan senjata utama yang dirancang untuk digunakan - bom GBU-57 'bunker buster' seberat 30,000 paun.

Menurut laporan eksklusif oleh The Guardian, perbzaan pandangan tercetus antara pegawai kanan White House dan Pentagon berhubung sama ada senjata itu benar-benar mampu memusnahkan kemudahan nuklear Iran yang kebal di Fordow, yang terletak jauh di bawah tanah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
MEBS adalah usaha strategik Kerajaan Sabah bagi memastikan pembangunan sektor ekonomi biru dilaksanakan secara tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi.

Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI.

#AWANISabah+
#AWANInews
Beberapa kawasan rendah di sekitar Jalan Kebun dan Kota Kemuning, di Shah Alam dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak 6 pagi, pada Jumaat.

Beberapa jalan utama dan beberapa kediaman telah mula dinaiki air dan keadaan itu turut menyebabkan jalan utama mengalami kesesakan lalu lintas.

#AWANInews
Majoriti rakyat Amerika Syarikat menolak penglibatan negara itu dalam konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan minggu ini.

Tinjauan oleh The Economist/YouGov mendapati hanya 16 peratus rakyat Amerika menyokong campur tangan ketenteraan oleh AS dalam konflik itu, manakala 60 peratus menentangnya dan 24 peratus lagi tidak pasti, lapor Anadolu Ajansi memetik kaji selidik itu.

Penolakan terhadap penglibatan AS dalam konflik itu turut merentasi batas parti politik, dengan 65 peratus Demokrat, 61 peratus pengundi Bebas dan 53 peratus Republikan menyatakan bantahan -- mencerminkan penolakan dwipartisan yang meluas terhadap sebarang penglibatan ketenteraan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada Jumaat mengumumkan sebanyak 13 pasukan yang sudah menerima Lesen Kebangsaan 2025/26 oleh badan bebas First Instance Body (FIB) dan akan bertanding dalam musim baru Liga Super 2025/26 yang akan membuka tirai pada 8 Ogos 2025.

Dalam pada itu, Sri Pahang pula mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan meskipun sudah menerima Lesen Kebangsaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pendakwa raya perlu segera memfailkan semula pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes SRC International Sdn Bhd, selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri itu.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kelewatan pihak pendakwaan menyediakan dokumen sejak 2019 adalah satu kegagalan yang perlu dijelaskan, lebih-lebih lagi apabila kes ini melibatkan skandal besar yang telah pun menyaksikan sabitan bersalah dalam kes pertama membabitkan SRC.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
From Ghosting To Trading

In the 1970s, the US and China didn’t have formal ties, but they started doing business anyway. Grain. Tech. Machinery. Slowly, trade became the bridge where diplomacy couldn’t cross. This is the untold story of how two enemies began warming up… one deal at a time.

#aCAPreCAP
#ChinaUSTrade
#AWANIInternational

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7517918659449212216
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu masuk campur urusan Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Razak daripada tuduhan pengubahan wang haram.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pengamal media mengenai pendirian Kerajaan susulan perkembangan terkini kes pengubahan wang haram RM27 juta dana SRC International Sdn. Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kementerian Luar telah mengarahkan semua rakyat Malaysia yang berada di Iran untuk meninggalkan negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihak Wisma Putra telah menguruskan pengangkutan darat untuk semua rakyat Malaysia.

Kesemua mereka akan menuju ke Ashgabat, Turkmenistan lantaran tiada sebarang penerbangan dibenarkan melalui Iran pada ketika ini.
#AWANInews
2025/07/04 04:57:35
Back to Top
HTML Embed Code: