Telegram Web Link
Jenama Rainforest World Music Festival (RWMF) yang mula diperkenalkan 28 tahun lalu akan dikekalkan penganjurannya di Sarawak.

Menurut Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, jenama ini perlu dikekalkan di Sarawak kerana ia bukan bersifat komersial semata-mata.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
"Saya tak pernah terlintas langsung untuk mencari pengganti. Kerana saya rasa macam terlalu cepat dan awal untuk saya cari pengganti. Saya rasa macam baru sahaja bercerai.

"Tetapi sudah tentu ada ramai peminat yang mendoakan saya. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya.

"Cuma seperti yang saya katakan, buat masa ini saya belum terfikir untuk mencari pengganti. Fokus saya adalah untuk anak saya, Nur Fatima dan bisnes," ujarnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Malaysia berjaya dipilih sebagai anggota Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi penggal 2025 hingga 2028.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Rusia Vladimir Putin menegaskan bahawa Moscow menentang pengembangan senjata pemusnah besar-besaran termasuk sebarang potensi perolehan senjata itu oleh Iran, menurut temu bual yang disiarkan pada Sabtu.

Dalam wawancara bersama Sky News Arabia, Putin menyatakan bahawa Rusia menyokong hak Iran untuk membangunkan tenaga nuklear bagi tujuan aman, sambil menekankan bahawa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tidak menemukan sebarang bukti bahawa Tehran bercadang membina senjata nuklear, lapor Anadolu Ajansi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi jaminan akan membawa usul daripada UMNO Bahagian Sembrong ke peringkat tertinggi parti bagi mencadangkan agar Datuk Seri Hishammuddin Hussein diterima semula dalam kepimpinan parti.

Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor berkata usul tersebut merupakan manifestasi penghargaan akar umbi terhadap bekas Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu yang banyak menyumbang kepada parti, termasuk membimbing beliau secara peribadi dalam arena politik.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Data Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan sebanyak 559 individu atau 0.5 peratus yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah bagi suku pertama tahun ini berkelulusan ijazah sarjana muda, sarjana atau Doktor Falsafah (PhD).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata 2,323 orang pula memiliki diploma dengan kesemua mereka berusia antara 19 hingga 40 tahun, terjebak penyalahgunaan dadah jenis sintetik atau konvensional seperti heroin atau ganja.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis sedang menyiasat satu kejadian buli melibatkan pelajar perempuan di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Klang, kata Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao.

Beliau berkata laporan mengenai kejadian itu dibuat pada 12.53 tengah hari Sabtu, susulan tular satu rakaman video yang memaparkan kejadian tersebut di laman sosial.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan pada Sabtu memutuskan untuk melantik semula Datuk Fuziah Salleh sebagai Setiausaha Agung PKR.

Mesyuarat itu turut memutuskan beberapa pelantikan semula iaitu William Leong sebagai Bendahari Agung manakala Ahli MPP Datuk Fahmi Fadzil sebagai Ketua Penerangan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketegangan antara Israel dan Iran terus memuncak apabila tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa sasaran strategik di barat laut Iran, termasuk depot dron dan kemudahan senjata di wilayah berhampiran Tabriz.

Serangan ini berlaku serentak dengan gelombang baharu serangan dron yang dilancarkan oleh Iran ke arah wilayah Israel.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Astro AWANI
Photo
Hari ini 39 tahun yang lalu, Diego Maradona menjaringkan gol dengan tangannya menentang England dalam Piala Dunia 1986 di Mexico.

Maradona yang berada di kemuncak prestasinya memimpin Argentina melepasi peringkat kumpulan tanpa kalah & menyingkirkan Uruguay untuk bertemu England, yang mara ke suku akhir selepas menumpaskan Paraguay di pusingan pertama kalah mati.

Perseteruan Argentina-England berakar di luar bola sepak, apabila British menjajah Buenos Aires & Las Malvinas (Kepulauan Falkland) pada kurun ke-19. Pada 1982, Argentina kalah dalam perang merampas semula hak terhadap kepulauan itu dari British.

Maradona, menggalas sentimen seluruh rakyat negaranya, membawa ‘misi balas dendam’ dalam perhitungan di Estadio Azteca, Bandar Mexico pada 22 Jun itu. Perlawanan tersebut kemudian dianggap sebagai antara detik paling ikonik dalam sejarah bola sepak.

Separuh masa pertama berakhir buntu tanpa jaringan. Namun 6 minit memasuki babak kedua, ketika kekalutan di pertahanan England yang diasak serangan Argentina, bola melambung ke arah gol England & cuba ditangkap penjaga gol, Peter Shilton.

Ketika itu Maradona pantas mengejar, melompat sambil mengangkat tangannya untuk menguis bola sebelum ia sempat ditangkap Shilton. Bola memasuki gawang & pengadil dari Tunisia, Ali Bennaceur mengesahkan gol tersebut biarpun dibantah pemain England.

4 minit selepas gol pertama itu, Maradona menggelecek bola dari tengah padang secara solo sejauh 60 ela dalam masa 11 saat melepasi asakan 4 pemain England sebelum memperdaya Shilton & menjaringkan gol kedua yang dianggap sebagai “Goal of the Century.”

England hanya memperoleh gol pada minit ke-81 namun ianya sudah terlambat. Dengan ‘bantuan “Tangan Tuhan”’ & keunggulan Maradona, ‘dendam’ Argentina terlunas apabila wisel penamat dibunyikan dengan jaringan 2-1 & menunjukkan England jalan pulang

Maradona terus memimpin pasukannya hingga ke final di mana mereka menewaskan Jerman Barat untuk Argentina menjadi juara dunia buat kali ke-2 selepas 13 tahun.

Sumber: Goal, FIFA

#PeristiwaHariIni
Dua remaja lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam pada Sabtu, berjaya diselamatkan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui aplikasi WhatsApp.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam digerakkan ke lokasi keberadaan mangsa yang dikongsi menerusi WhatsApp pada 1.16 tengah hari.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Donald Trump mengumumkan Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordo, Natanz, dan Esfahan.

"Kami telah menyelesaikan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz, dan Esfahan.

"Semua pesawat kini telah keluar dari ruang udara Iran," tulis Presiden AS itu dalam satu catatan di Truth Social, pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang pegawai kanan Houthi memberi amaran bahawa serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga tapak nuklear Iran menandakan “permulaan perang besar-besaran” di Asia Barat, dalam kenyataan keras yang mencerminkan kebimbangan mendalam terhadap eskalasi konflik serantau.

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa pesawat pengebom B-2 telah melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Fordo, Natanz dan Esfahan di Iran, dengan “muatan penuh bom” digugurkan ke atas Fordo.

Jurucakap politik Houthi, Mohammed al-Bukhaiti, dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh saluran TV Al-Masirah, berkata: “Serangan ini bukan sekadar provokasi - ia adalah pengisytiharan perang terhadap seluruh paksi penentangan. Amerika Syarikat kini secara rasmi menjadi pihak dalam konflik ini.”

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) mendakwa Presiden Donald Trump telah melancarkan serangan udara ke atas Iran tanpa kebenaran rasmi daripada Kongres, mencetuskan perdebatan hangat mengenai kuasa perlembagaan dan penglibatan ketenteraan AS di luar negara.

Kenyataan itu dibuat selepas Trump mengumumkan bahawa pesawat pengebom B-2 telah menggugurkan “muatan penuh bom” ke atas tiga tapak nuklear utama Iran - Fordo, Natanz dan Esfahan - dalam apa yang digambarkan sebagai operasi pencegahan terhadap ancaman nuklear Iran.

Ahli Kongres Thomas Massie dari Kentucky dan Senator Tim Kaine dari Virginia telah memperkenalkan rang undang-undang di Dewan Perwakilan dan Senat yang menuntut agar sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran memerlukan kelulusan Kongres terlebih dahulu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang pegawai kanan Iran mengesahkan bahawa sebahagian daripada kemudahan nuklear Fordow telah mengalami kerosakan akibat serangan udara yang disifatkan sebagai “serangan musuh”, di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Agensi Tenaga Atom Iran, Behrouz Kamalvandi, dipetik oleh agensi berita ISNA sebagai berkata bahawa “kerosakan terhad” berlaku di beberapa bahagian tapak pengayaan uranium Fordow, namun menegaskan bahawa tiada kebocoran bahan radioaktif atau ancaman terhadap keselamatan awam.

“Kami telah memindahkan sebahagian besar peralatan dan bahan penting lebih awal, dan sistem keselamatan berfungsi seperti yang dirancang,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) mengecam keras serangan ke atas tiga fasiliti nuklear utama negara itu di Fordow, Natanz dan Isfahan.

AEOI menyifatkannya sebagai tindakan “biadab” oleh musuh Iran yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan oleh media kerajaan, AEOI menegaskan bahawa serangan tersebut merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa, khususnya Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) yang sepatutnya menjamin hak negara-negara untuk pembangunan nuklear secara aman.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Letupan dan kepulan asap kelihatan naik ke udara di bandar Ahvaz, Iran dalam rakaman yang dikeluarkan pada hari Sabtu (21 Jun). Kenyataan dari tentera Israel menyebut bahawa jet pejuang Israel telah menyasarkan sebuah lokasi penyimpanan pelancar peluru berpandu di Ahvaz, di barat daya Iran.

#AWANInews
2025/07/02 05:25:14
Back to Top
HTML Embed Code: