Telegram Web Link
Pemimpin NATO pada Rabu akan meluluskan secara rasmi peningkatan besar dalam perbelanjaan pertahanan bagi membiayai program persenjataan semula terbesar pakatan itu sejak Perang Dingin, ketika sekutu bersiap sedia menghadapi kemungkinan serangan Rusia ke atas wilayah NATO, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Ini adalah lonjakan besar yang bercita-cita tinggi, bersejarah dan asas dalam memastikan keselamatan masa depan kita," kata Setiausaha Agung NATO Mark Rutte di The Hague, lokasi sidang kemuncak tahun ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž13πŸ”₯4❀1
Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Muhammad Asif, mengecam sikap hipokrit kuasa Barat terhadap Iran, termasuk tindakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang didakwanya bersifat berat sebelah dan mengamalkan pendekatan terpilih dalam menangani isu nuklear Tehran.

Dalam wawancara eksklusif bersama agensi berita rasmi Iran, IRNA, Asif menyifatkan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
❀33πŸ‘15πŸ”₯4πŸ‘Ž2
Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia meningkat sebanyak 14.6 peratus kepada RM497.4 bilion tahun lepas berbanding RM434.0 bilion yang dicatatkan pada 2023, menyumbang 25.8 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada harga semasa.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melalui satu kenyataan hari ini berkata eksport perkhidmatan menokok 24.6 peratus kepada RM242.9 bilion daripada RM195.0 bilion pada tahun sebelumnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
❀18πŸ‘Ž8πŸ”₯5πŸ‘3πŸ‘2
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kematian bapanya yang ditemui dengan kesan tikaman di perut di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Tasek Damai, Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa berumur 57 tahun yang bekerja sambilan sebagai penjual produk kesihatan, tinggal di rumah itu bersama suspek berusia 30 tahun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ”₯10
Amerika Syarikat (AS) memulakan rundingan dengan Iran mengenai satu perjanjian damai kekal, menurut utusan khas Steve Witkoff, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Bercakap dalam rancangan Fox News lewat malam Selasa, Witkoff berkata rundingan itu "memberangsangkan."

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž58❀1
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei menegaskan bahawa Republik Islam itu akan terus mempertahankan haknya untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan aman, meskipun berdepan ancaman Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya Israel.

Dalam temu bual bersama Al Jazeera, Esmaeil berkata hak Iran untuk memiliki tenaga nuklear yang aman adalah sah di sisi undang-undang antarabangsa, khususnya di bawah Perjanjian Pencegahan Penyebaran Senjata Nuklear (NPT).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘34❀4πŸ”₯2
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei menegaskan bahawa Republik Islam itu akan terus mempertahankan haknya untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan aman, meskipun berdepan ancaman Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya Israel.

Dalam temu bual bersama Al Jazeera, Esmaeil berkata hak Iran untuk memiliki tenaga nuklear yang aman adalah sah di sisi undang-undang antarabangsa, khususnya di bawah Perjanjian Pencegahan Penyebaran Senjata Nuklear (NPT).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘40πŸ”₯4❀2πŸ‘Ž2
Pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Melaka menjadi suspek utama selepas disyaki terbabit dalam penyelewengan dana sumbangan orang ramai berjumlah RM26 juta.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mengesan wang sumbangan telah dipindahkan daripada akaun NGO berkenaan ke akaun peribadi individu, disyaki pengerusinya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ”₯21πŸ‘Ž8πŸ‘4❀3
Seorang pembantu pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di George Town pada Rabu atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis, Ahad lepas.

Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin bagaimanapun tidak menerima pengakuan S R Aingaran, 19, kerana gagal mengecam gambar-gambar kejadian yang dijadikan fakta kes berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ”₯16❀1πŸ‘Ž1
Seorang guru silat pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap tiga anak murid lelakinya yang berusia 15 dan 17 tahun di hotel serta rumah inap.

Faizul Yusoff, 54, berdepan dua pertuduhan melakukan perbuatan itu ke atas mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah bilik hotel di Kampung Semut Api Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu pada 9 malam 13 Feb lepas dan 3 pagi 14 Feb 2025.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ”₯21πŸ‘Ž6❀1πŸ‘1πŸ‘1
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan caruman mandatori bagi pekerja bukan warganegara Malaysia bermula Oktober ini sebagai langkah memperkukuh perlindungan sosial dan menyokong amalan pekerjaan lebih adil selaras piawaian antarabangsa.

KWSP dalam kenyataan hari ini memaklumkan caruman KWSP akan diwajibkan untuk semua pekerja bukan warganegara di Malaysia yang mempunyai pasport dan pas kerja sah Jabatan Imigresen (JIM) kecuali pembantu rumah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž19πŸ‘9πŸ”₯2
Bank Dunia meluluskan AS$250 juta untuk membantu Lubnan membaiki infrastruktur kritikal dan memulihkan perkhidmatan yang rosak akibat konflik baru-baru ini, menurut kenyataan bank itu pada Rabu, lapor Xinhua.

Pembiayaan itu akan melancarkan Projek Bantuan Kecemasan Lubnan (LEAP) yang bertujuan memulakan usaha pemulihan serta meletakkan asas untuk pembinaan semula jangka panjang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ”₯6
Sapura Energy Bhd telah mengumumkan perletakan jawatan Datuk Shahriman Shamsuddin sebagai pengarah syarikat berkuat kuasa Rabu.

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perletakan jawatan itu dibuat kerana beliau terikat dengan komitmen lain.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ”₯4πŸ‘1
Komander tentera tertinggi Iran, Ali Shadmani, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu selepas mengalami kecederaan parah dalam serangan udara semalaman Israel di tengah Tehran minggu lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
❀21πŸ”₯10πŸ‘4
Trump mengkritik naratif media yang didakwanya mengecilkan keupayaan dan kejayaan Amerika.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž52πŸ”₯4πŸ‘2
Calon muda berhaluan kiri, Zohran Mamdani, kini bersedia untuk menjadi calon Demokrat bagi jawatan Datuk Bandar New York selepas mencipta kejutan politik yang luar biasa.

Lapor media antarabangsa, ahli politik berusia 33 tahun itu, yang merupakan seorang demokrat sosialis, mengisytiharkan kemenangan dalam pemilihan parti pada Selasa, menewaskan pencabar utamanya, Andrew Cuomo yang merupakan seorang veteran politik dan bekas Gabenor New York.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
❀43πŸ‘4
Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 15 lagi cedera dalam kejadian banjir lumpur berhampiran bandar Medellin di Colombia, kata Gabenor Antioquia Andres Julian Rendon pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rendon menggesa penduduk di bandar Bello dan kawasan sekitarnya supaya berpindah kerana kawasan itu masih terdedah kepada risiko tanah runtuh berikutan hujan yang berterusan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ”₯3❀2
War dominates headlines β€” but what about women giving birth in war zones?

With limited access to care, thousands of women are going into labor amid bombings, in makeshift wards β€” without proper medical support or safety.

#piaspectives
#AWANIinternational

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7519814066714594578
πŸ”₯1
Canselor Austria Karl Nehammer mengumumkan pemberian bantuan kewangan berjumlah EUR3 juta (AS$3.21 juta) kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi menyokong rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik.

Agensi Berita Emiriah (WAM) melaporkan bahawa bantuan itu bertujuan membantu menyediakan bekalan air minuman, makanan dan tempat perlindungan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘71❀17πŸ‘Ž5
Seorang wanita Malaysia berusia 46 tahun ditahan pada Isnin (23 Jun) kerana disyaki cuba menyeludup lebih dua kilogram (kg) dadah, termasuk ganja dan "ice", bernilai lebih S$142,000 (S$1=RM3.30), ke Singapura.

Dalam kenyataan bersama, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata pegawai ICA mengesan dua bungkusan yang dipercayai mengandungi dadah terkawal disembunyikan di bawah penutup bahagian hadapan motosikal yang ditunggang wanita itu semasa pemeriksaan dipertingkatkan di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ”₯14❀6πŸ‘1
2025/07/09 04:25:40
Back to Top
HTML Embed Code: