Telegram Web Link
Presiden Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan menghantar surat dalam tempoh seminggu setengah akan datang bagi memaklumkan kepada negara-negara mengenai kadar tarif Amerika Syarikat (AS) yang mereka perlu bayar, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Pada satu ketika, dalam tempoh seminggu setengah atau lebih atau mungkin lebih awal, kami akan menghantar surat; kami telah bercakap dengan banyak negara dan kami hanya akan memaklumkan kepada mereka apa yang mereka perlu bayar untuk menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat," kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.

Trump berkata AS sedang dalam proses memeterai perjanjian perdagangan dengan beberapa negara lain, termasuk India.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Telegram mempunyai satu bilion akaun di seluruh dunia, namun hanya mempunyai sekitar 50 pekerja sahaja, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pihak pengurusan platform itu mengakui ia adalah antara cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan isu penapisan kandungan terlarang.

"Pihak pengurusan Telegram akan berjumpa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam masa terdekat ini membincangkan penapisan kandungan terlarang di platform itu. Telegram mempunyai lambakan kandungan membimbangkan seperti jual beli pornografi, penipuan dalam talian, pengantunan kanak-kanak, perjudian serta pelanggaran hak cipta melibatkan episod televisyen dan filem.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sorotan Hari Pertama: Jiwa SME 2025 Ipoh

Dari ucapan penuh inspirasi dan sesi perkongsian perniagaan dan peluang jaringan SME - suasana di AEON Mall Kinta City memang meriah!

Pembukaan oleh @ashwadismail & @unifi
Tampilan khas Pak Sandiaga Uno (@sandiuno) dari Indonesia 🇲🇨
Perkongsian oleh Unifi Business, Cendol Kampung Hulu, Digital Perak, OK OCE Indonesia dan GoFluence
Persembahan budaya tempatan
Cabutan bertuah untuk para pengunjung

Nantikan sorotan Hari Kedua!

#jiwasme #jiwasmeipoh #jiwasme2025
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menyeru lebih ramai rakyat bukan bumiputera menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan jumlah penyertaan golongan itu masih rendah ketika ini.

Mohd Nizam berkata ATM perlu dilihat sebagai antara peluang kerjaya yang terbuka untuk diceburi kerana ia satu bidang profesional yang jauh berbeza daripada bidang lain.

"Saya juga menyeru supaya kaum-kaum lain menyertai ATM, cabaran bermula di sini, kamu akan dapat rasakan erti profesionalisme sebenar," katanya pada sidang media selepas Istiadat Perbarisan dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM di Kem Perdana, Sungai Besi, di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jumlah kumulatif kes demam denggi di Terengganu bagi tempoh 1 Jan 2025 hingga semalam (27 Jun) menurun 28 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong berkata sepanjang tempoh itu hanya 90 kes demam denggi dilaporkan berbanding 125 kes pada 2024.

Beliau berkata setakat ini tiada kes kematian akibat denggi direkodkan berbanding satu kes sepanjang tahun lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan kesan langsung daripada sekatan berterusan dan serangan tentera Israel ke atas wilayah itu, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam kenyataan media, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan situasi kemanusiaan di Gaza telah "melepasi tahap malapetaka", sambil merujuk kepada kesan dahsyat akibat kepungan dan serangan ketenteraan Israel.

Beliau memaklumkan bahawa daripada 36 hospital di Semenanjung Gaza, hanya 17 yang beroperasi secara separa dan tidak ada yang berfungsi di utara Gaza dan Rafah di selatan - kawasan yang paling teruk terjejas akibat konflik yang berterusan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan Wilayah Nusa Tenggara Barat (NTB) memberi bayangan akan melaksanakan rombakan besar terhadap protokol keselamatan dan kawal selia pendakian.

“Kami akan memperkemas peraturan sedia ada bagi mengangkat Rinjani sebagai destinasi bertaraf dunia yang mampan,” kata Timbalan Gabenor NTB, Indah Dhamayanti Putri dalam satu kenyataan.

Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia, menarik ribuan pendaki setiap tahun. Namun, laluan yang mencabar serta cuaca yang tidak menentu telah menyebabkan beberapa kejadian berisiko tinggi — termasuk insiden tragis melibatkan kematian pendaki dari Brazil, Juliana Marins, pada 21 Jun.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Projek pembinaan empangan sabo di kawasan Lembangan Sungai Kupang, Baling yang bernilai RM22.8 juta dijangka siap lebih awal, iaitu dalam tempoh dua bulan lagi, susulan kemajuan fizikal yang ketara berbanding jadual asal.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, projek tersebut kini telah mencapai 62 peratus kemajuan fizikal, jauh melebihi jadual asal iaitu sekitar 20 peratus.

“Keseluruhan komponen projek ini melibatkan kawasan berisiko banjir. Sepanjang tahun 2023, terdapat 10 insiden banjir, manakala tahun 2024 mencatatkan 17 kali kejadian. Seramai 5,000 penduduk pekan Baling akan menerima manfaat apabila projek ini siap sepenuhnya,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Agensi Berita Qatar (QNA) melaporkan bahawa FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan kejohanan itu dijadual bermula pada 14 Sept apabila Pyramids FC dari Mesir, juara Liga Juara-Juara CAF, menentang Auckland City FC dari New Zealand, juara Oceania.

Pemenang perlawanan itu akan berdepan Al Ahli SC dari Arab Saudi pada perlawanan kedua kejohanan pada 23 Sept di Stadium King Abdullah Sports City di Jeddah, dengan pemenang akan mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Qatar.

FIFA memaklumkan tiga perlawanan akhir yang akan dihoskan Qatar akan bermula pada 10 Dis dengan perlawanan Copa Americas antara Cruz Azul dari Mexico, juara CONCACAF, dan juara Amerika Selatan yang akan ditentukan kemudian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Iran pada asasnya bersedia untuk menyambung semula rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS), menurut hantaran di X oleh Menteri Luar Abbas Araghchi, walaupun beliau menggesa Presiden AS Donald Trump supaya mengubah nada kenyataannya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

"Jika Presiden Trump benar-benar serius mahu mencapai perjanjian, beliau sepatutnya mengetepikan nada tidak hormat dan tidak dapat diterima terhadap Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei, serta berhenti menyakiti berjuta-juta pengikut setia beliau," kata Araghchi dalam hantaran tersebut. "Niat baik akan dibalas dengan niat baik, dan hormat akan dibalas dengan hormat."

Trump sebelum ini menyatakan pada satu sidang kemuncak bahawa rundingan baharu dengan Iran akan diadakan minggu depan, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
"Pada masa ini, kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan untuk menilai daya maju ekonomi bagi pembinaan loji kuasa nuklear baharu. Usaha ini dilaksanakan demi kepentingan pihak Turkiye bagi membangunkan model ekonomi yang saling menguntungkan. Rusia amat berbesar hati untuk terlibat dalam pelaksanaan projek ini," kata Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak kepada agensi berita kerajaan Turkiye, Anadolu.

Novak berkata demikian selepas mempengerusikan bersama mesyuarat suruhanjaya antara kerajaan Rusia-Turkiye bersama Menteri Perdagangan Turkiye Omer Bolat di Moscow pada Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ini antara yang menarik dalam #JelajahJiwaSMEIpoh bagi Hari Kedua - 29 Jun ini di AEON Mall Kinta City, Ipoh.

Nikmati dua hari penuh inspirasi di #JiwaSME2025 dengan pelbagai pengisian antaranya seperti sesi bersama tokoh usahawan, pameran SME, hiburan eksklusif dan persembahan menarik daripada artis tempatan, cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti menarik.

Kami menanti kehadiran anda di sana!

Untuk maklumat lanjut layari: www.jiwasme.com.my

#JiwaSME #JiwaSME2025
2025/07/01 05:33:45
Back to Top
HTML Embed Code: