Telegram Web Link
Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, mendedahkan beliau memilih untuk berehat berbanding menyertai kejohanan Piala Dunia Kelab yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini, meskipun menerima beberapa tawaran untuk beraksi.

Pendedahan itu dibuat selepas penyerang berusia 40 tahun itu memperbaharui kontraknya bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, untuk tempoh dua tahun lagi - sekali gus mengekalkannya di kelab itu melepasi usia 42 tahun.

"Saya ada terima beberapa tawaran untuk bermain di Piala Dunia Kelab, tetapi bagi saya, ia tidak masuk akal. Saya lebih memilih untuk berehat dan membuat persiapan rapi kerana musim ini akan menjadi sangat panjang," katanya menerusi satu video yang dimuat naik oleh Al-Nassr di platform X, pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Al-Hilal, kelab terbesar dan paling terkenal di Arab Saudi, merancang untuk bertemu bapa dan ejen Lionel Messi untuk membincangkan kemungkinan membawanya ke Liga Pro Saudi.

Ketika Messi terus menyerlah bakatnya dengan mengetuai Inter Miami melalui peringkat kumpulan Piala Dunia Kelab FIFA 2025, masa depan bintang Argentina itu kekal menjadi topik hangat, dengan langkah berpotensi untuk menggegarkan dunia bola sepak.

Menurut akhbar Saudi Al-Midan Sports, Fahd bin Nafel, Presiden Al-Hilal, kini berada di Amerika Syarikat (AS) dan dijangka bertemu secara tertutup dengan Jorge, bapa dan ejen Messi dalam beberapa hari akan datang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas digilis sebuah treler di Kilometer 254.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku selepas mangsa terjatuh ketika cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang membrek secara mengejut di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu di lorong kecemasan telah membrek secara mengejut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pengasas Amazon, Jeff Bezos, 61, dan penyampai televisyen, Lauren Sanchez, 55, melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis mewah di pulau San Giorgio Maggiore, Venice, Itali, pada Jumaat.

Majlis ini merupakan kemuncak kepada sambutan selama tiga hari yang menelan belanja sekitar AS$50 juta.

Namun, di sebalik kemeriahan, majlis ini mencetuskan bantahan daripada penduduk tempatan dan aktivis yang mengecam penggunaan Venice sebagai “taman permainan golongan kaya.”

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan, Washington tidak akan berdiam diri terhadap pendakwaan berterusan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung tuduhan rasuah.

“Amerika Syarikat membelanjakan berbilion dolar setiap tahun – jauh lebih banyak berbanding mana-mana negara lain – bagi melindungi dan menyokong Israel. Kami tidak akan berdiam diri,” kata Trump menerusi hantaran di platform Truth Social pada Sabtu.

Kenyataan itu dibuat beliau sehari selepas mahkamah Israel menolak permintaan Netanyahu untuk menangguhkan sesi keterangannya dalam perbicaraan, dengan alasan permohonan yang dikemukakan tidak mempunyai justifikasi yang kukuh.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh dua lagi kenderaan termasuk sebuah van yang diparkir di Jalan Teratai, Felda Bukit Aping Barat, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, maklumat mengenai kemalangan itu diterima daripada orang awam kira-kira jam 10.25 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa hilang kawalan dan melanggar dua kenderaan yang diparkir di hadapan sebuah rumah iaitu sebuah Proton Wira dan sebuah van Toyota Hiace," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui negara berdepan kekurangan jururawat yang kritikal.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, berkata KKM sedang mengambil langkah menanganinya termasuk meningkatkan jumlah pelatih.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman di ibu kota.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian berlaku pertengahan tahun lalu kira-kira jam 4 petang ketika mangsa berusia 14 tahun sedang tidur di bilik tidur ibunya.

"Mangsa terjaga selepas berasa disentuh dan mendapati ibunya, 36, serta teman lelaki wanita itu berusia 61 tahun berada di sebelahnya. Suspek kemudiannya bertindak merogol mangsa di hadapan ibunya," katanya pada Ahad.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) di utara wilayah Alborz, menurut pengumuman kumpulan itu pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Pejabat perhubungan awam IRGC memaklumkan bahawa serangan itu mengakibatkan kematian orang awam dan anggota tentera kerahan.

Tentera Israel pada Isnin berkata pihaknya telah menyasarkan ibu pejabat pasukan separa tentera Basij serta pasukan keselamatan dalam negeri di Alborz.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang pemilik rumah mayat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh mahkamah persekutuan selepas didapati bersalah menyimpan 191 mayat dalam keadaan reput serta menipu pelanggan dan kerajaan persekutuan.

Jon Hallford, 45, pemilik Return to Nature Funeral Home di Penrose, mengaku bersalah atas tuduhan konspirasi untuk melakukan penipuan melalui talian dan turut diperintahkan membayar pampasan berjumlah AS$1.07 juta (RM5.06 juta) kepada keluarga mangsa.

Menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara Daerah Colorado, Hallford dan isterinya, Carie Hallford, telah menyimpan mayat-mayat tersebut antara tahun 2019 hingga 2023 tanpa melakukan pembakaran atau pengebumian seperti dijanjikan kepada keluarga si mati tetapi menghantar abu palsu yang sebenarnya campuran konkrit kering.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Takahiro Shiraishi, lelaki yang digelar “Pembunuh Twitter” di Jepun, telah dihukum gantung pada Jumaat selepas disabitkan kesalahan membunuh sembilan individu yang dikenalinya melalui media sosial pada tahun 2017.

Menurut Kementerian Kehakiman Jepun, hukuman mati itu merupakan yang pertama dilaksanakan di negara itu sejak 2022 dan menandakan penamat kepada salah satu kes pembunuhan paling menggemparkan dalam sejarah moden Jepun.

Shiraishi, 34, menggunakan platform media sosial Twitter untuk mendekati mangsa yang mengalami tekanan emosi dan berhasrat untuk membunuh diri.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ratusan orang berhimpun pada Sabtu di ibu negara Sweden, Stockholm bagi membantah serangan berterusan Israel ke atas Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penunjuk perasaan berkumpul di daerah Odenplan di ibu negara sebelum berarak menuju ke parlimen Sweden.

Mereka melaungkan slogan: "Israel pembunuh, keluar dari Palestin", "Israel pembunuh, keluar dari Gaza" dan "Gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat".

Sambil mengibarkan bendera Palestin, mereka turut menuntut agar genosid di Gaza dihentikan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang lelaki warga emas maut manakala lapan lagi penumpang cedera selepas van dinaiki mereka terbabas di Jalan Bukit Ular, Kunak-Lahad Datu pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang juga pemandu van berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lapan penumpang lain berusia antara 46 hingga 75 tahun hanya mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi sebelum sepasukan enam anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 40 kilometer dari balai.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
“Pentas Jual” di Jelajah JIWA SME 2025 Ipoh menyaksikan pembentangan perniagaan oleh pengasas dan wakil dari lime PKS tempatan.

Tahniah kepada para pemenang:
Penyertaan Terbaik: Pentagon Math
Penyertaan Berpotensi: BIG POS
Penyertaan Berpotensi: Leo Batik

Terima kasih kepada para juri (@unifi @pitchinequity_my) para pengunjung dan usahawan yang hadir di acara kami.

Seterusnya, JIWA SME akan ke Kota Kinabalu dari 26hb & 27hb Julai. Jumpa nanti di sana!

#JiwaSME #jiwasmeipoh #JiwaSME2025
2025/07/05 19:55:19
Back to Top
HTML Embed Code: